Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, September 13, 2010

UMNO Rompak FELDA, MAS, PLUS, PROTON..... PETRONAS???

Affidavit Tan Sri Tajuddin Ramli banyak membuka mata rakyat. Tan Sri Tajuddin memberitahu bahawa wang MAS sebanyak RM600 juta lesap kerana beliau diarahkan UMNO untuk merompak wang tersebut untuk UMNO. Tidak cukup dengan wang tersebut, MAS juga telah berhutang RM8 billion. Tan Sri Tajuddin juga menyatakan kehilangan wang MAS tersebut dilakukan oleh beliau atas arahan Presiden UMNO dan UMNO. Apa pun, sudahlah MAS hilang RM600 juta, duit rakyat digunakan untuk menampung kerugian MAS sebanyak RM8 billion selepas krisis kewangan 1997.

FELDA, PLUS, PROTON...

Kita baru sahaja tahu lebih RM2.7billion (atau RM8 billion) wang FELDA lesap dirompak oleh UMNO. Kononnya untuk tanam semula, tapi Guthrie dan Sime Darby pun tanam semula juga dengan kos yang berkali ganda lebih murah.

Lepas tu apa sebab bangunan FELDA boleh jadi begitu mahal macam tu? Apa untung peneroka FELDA dengan sebuah lagi bangunan di tengah-tengah Kuala Lumpur. Bukankah FELDA sudah ada bangunan di Segitiga Emas? Adakah peneroka-peneroka dari pendalaman Negeri Sembilan boleh tinggal di bangunan Felda yang baru setiap kali mereka melawat Kuala Lumpur.

MAlahan dari pengkajian MAlaysiawaves, bilangan pejabat yang kosong di Kuala Lumpur sudah pun tinggi. DEngan menambah lagi bilangan pejabat di Kuala Lumpur adalah langkah yang bakal membawa kerugian kepada FELDA.

Proton pula bukan sahaja wang rakyat dirompak (dalam bentuk subsidi) sebanyak RM13 billion, rakyat Malaysia sendiri di rompak. Yakni dengan terpaksa membayar RM40k lebih mahal dario harga pasaran setiap kereta yang dibeli oleh rakyat Malaysia.

Misalnya, sepatutnya Proton Wira cuma dijual dengan harga RM20k tapi rakyat Malaysia dipaksa UMNO untuk membelinya dengan harga RM60k.

PLUS: Malaysiawaves telah mendedahkan PLUS digunakan untuk menyelamatkan bangunan UMNO dari dilelong oleh bank.

PETRONAS

Dari pendedahan-pendedahan terbaru ini, saya tak berani nak bayangkan sudah berapa lori wang Petronas dirompak UMNO dan kroni-kroni mereka.

Dipersilakan membaca artikel2 saya di bawah ini:

1.0 Apa Sudah Jadi Dengan RM456billion Hasil Petroleum Malaysia?

2.0 Where Has All of Malaysia's Oil Money Gone To?

3.0 Bersedialah Melihat Anak2 Gadis Kita Jadi Pelacur Selagi UMNO Terus Memerintah

Bayangkanlah sendiri.

Tulang Besi



17 comments:

Anonymous said...

I hope more ppl could read your blog and post comments, unfortunately not.

Many Malaysians are still ignorant about what UMNO has done to the country, plundering all wealth without considering the future of next generation.

Nevertheless, your blog is one of my daily dose, truly exposing the the UMNO / BN plunderers.

Anonymous said...

.....+Tabung haji+ Tanah Rezab melayu+ EPF & SOCSO+ Amanah saham Bumiputra+.......

casper c said...

Tahun 80'an lagi, dibangku sekolah Tingkatan 1 umur 11 pun sudah dapat menilai bahawa UMNO itu "PUAKA" tetapi malang, ramai dikalangan Melayu masih taksub dgn UMNO.

Tahun 98, soalan dituju MahaCuri hal penyelewengan dalam UMNO dan MahaCelop membalas secara nyata dan tidak malu - jikalau undang-undang dikuat kuasa, ramai dlm UMNO akan tersabit.

Soalan yg sama dituju kpd Imam Besar Hadhari semasa kempen PRU ke 12 di P.Pinang, mantan Presiden UMNO berkata "terpulanglah rakyat(pengundi) tentukan" - dan jawabnya UMNO/BN hilang pentadbiran kerajaan negeri dibawah naungan parti Gerakan.

Soalan yg sama patut dituju kpd Setan UMNO kini memandangkan banyak terbongkar kes penyelewengan yg dulu cuba dirahsiakan dgn cop Official Secret Act(OSA) tetapi kes-kes dari 10-20 tahun yg lepas kini muncul dimuka keadilan dlm mahkamah baru-baru ini.

Nasib baik ramai yg masih kesempatan, mujur panjang umur dan masih berupaya hantar surat saman utk menebus apa yg telah hilang/curi oleh UMNO dan semua kutu-kutu sampingan.

Bangkitlah saudara-saudara Melayu. Suatu masa dulu, agak ramai yg buat tak tahu prilaku pembesar UMNO pasal yg curi juga Melayu - jalan mudah utk menandingi golongan 'dan lain-lain' - kereta mewah berderet, rumah beralamat D.Height, Tmn Duta, Kenny Hills etc - langsung tak kesah mencuri itu salah.

Imbas kembali dan cuba renung keliling - yg malang kini adalah anak kamu sendiri tak kira Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain - semua kena tibai dan wang songlap/leweng/curi oleh UMNO/BN adalah beban yg dipikul oleh generasi yg masih dibangku sekolah.

Mak dan Bapak punya salah (bodoh, bongkak dan bangsat), si anak pula yg terjejas membayar balik segala wang dan harta yg dirompak UMNO/BN.

Bahkata Mat Salleh - "There is no FREE LUNCH" - segala yg dinampakkan sebagai sumbangan amal ataupun upacara rumah terbuka anjuran pencuri UMNO/BN - semuanya masuk kira 'account' masa depan anak kita semua, percayalah kata-kata ini, walaupun tak manis utk dibawa bincang.

Regards and my best, TB and all.

telur dua said...

......dan Rakyat Malaysia.

Tinta Hitam said...

TB,

Pecacai pecacai UMNO tak percaya ckp ko.Kit autnggu la komen depa ni..

Anonymous said...

+ LTAT + Amanah pencen + PNB +++

dino.yp@gmail.com said...

+bank negara + maybank + CIMB bank + Citibank +....what a bull of shit!

Anonymous said...

Membaca tulisan Barry Wain, malaysian Maverick; Mahathir in turbulent times memang menyakitkan hati dan memedihkan jiwa. mahathir membaham apa saja yang menjadi khazanah negara untuk kepentingan kaum kroninya. Benarlah seperti kata TB, kita membayat TOL untuk melunaskan hutang UMNO membiayai kos ibu pejabat UMNO di PWTC yang parti itu berhutang dengan maybank. Mehurut Barry Wain, Mahathir sendiri pernah menjawab satu soalan dari kalangan mereka juga tentang kewajaran pmbayaran TOL oleh rakyat marhaen, katanya, "betul, memang menyusahkan rakyat, tetapi siapakah pula yang akan membiayai hutang kita dengan maybank atas kos pembinaan bangunan UMNO di PWTC itu?" B*b* punya perdana menteri!

dlines said...

apa pencaci jawab....jangan baca atau dengar, tu SEMUA kabar angin nak jatuhkan melayu..itulah skrip umno dan pencacinya guna pakai selama ini...rakyat dah mula sedar..siapa sebenarnya mereka..
pendedahan demi pendedahan untuk pengetahuan rakyat betapa rakus dan jijik nya pemimpin kita.

Anonymous said...

1.Apa yang hang tulih kali ni semuanya betui Tb!!sokong 100%!
2.Dulu selalu ikuti hal jutawan segera seperti tajuddin ramli!halim saad!amin shah!dan seangkatan!waktu depa jadi jutawan segera tu!!pakat-pakat dok berlumba beli jet pribadi!heli pribadi!dua tiga buah sorang!tayang sana sini!!
3.Dan memang jadi lumrah!bila jadi jutawan segera!tentulah ada orang dibelakangnya!dalam kes ni tentulah puak pemimpin umno!itu adalah realiti!fakta yang tak boleh disangkalkan lagi!!dan pada masa itu orang yang sering guna jet pribadi puak jutawan segera tersebut termasuklah anuar brahim!!sama-sama tumpang sekaki noo!!
4.Bila dah tersepit!tajuddin ramli ni mulalah mengelabah!bongkar semuanya!!tapi tiada masalah!walaupun bangkrap!!duit !!anak cucu tujuh keturunan pun tak habis makan!!halai!haram!!biaqpilah kot!!
5.Persoalannya sekarang!!benda begini juga dah jadi ikutan pada puak melayu pas!kalau tenguk kes balak dikelantan!tokey balak cina kapiaq harbi bagi "derma" kat puak pas kelantan!samalah juga dengan kes diatas!!Itu!baru negeri miskin!!!kalau dapat perintah negara!!samalah juga!!
6.Hangpa boleh jamin!!perkara yang sama tak terjadi kalau Pas dapat perintah malaysia nanti!!
7.Oghang tua kata!!puak lulusan agama ni lagi lapaq duitttt!!depa ni lagi bahaya!!makan duit macam puak umno!tapi depa akan guna islam untuk kelabu mata oghang!!!!
8.Tak percaya!hangpa tenguk kes yang terbaru!!kes konsaltan motivasi dari indon tu!!puak agama wilayah kata HARAM!puak agama yan g jadi panel syariaah konsaltan tersebut mati-matian kata HALAL!!

Anonymous said...

sambung sikit lagi...
1.Lepas dari perompak umno!!
2.Lahir pula perompak pas!!
3.Tak percaya!!hangpa tenguklah nanti!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

hbs hang nk percaya pd sapa..??kalau dah ulamak pn x percaya...g blaja agama nu dulu,, spya nnt bila pas buat apa2 keputusan hang tau betul ka x yg depa duk buat.bkn duk biaq diri diperbodoh media x guna tu....hang pn jenis y bhya jgk sbb x percaya pd agama!blh terima..??

Tinta Hitam said...

TB,

Kan aku dah ckp.Pecacai UMNO dah bersuara.Cuba tgk hujah dia keh keh keh..HUjah yg standard " ala kalu PAS berkuasa pun PAS mcm UMNO juga" kata mela'un mela'un ni

Hujah takda standard langsung..

im said...

salam.. hmm.. banyk betol duit rakyat habis dikaup...pandai dierang cari lobang.. x pat korek tang sini.. korek kat tempat lain.. kalo dah abis gak.. naikkan cukai terus... rakyat keja
habis2an , kata ramai lg org msia mnganggur...hish... pasni kalo duit dah abes nak amik kat mana plak?? x tau lah kalo pokok getah kat felda leh jd emas kot???

Anonymous said...

"Hujah takda standard langsung.."-tinta hitam.

1.Untuk puak yang kelulusan macam tinta hitam ni!!hujahtu kira ok lah!!hang mana ngaji tinggi!!kalau berhujah taraf masters atau Phd !!hang melopong kot nanti!!dan sesuai lah jugak dengan pemimpin hangpa seperti mahfuz!mat sabu!dan ramai lagilah!!jenuh nak sebut!!yang kelulusan macam tinta hitam jee!!!!
2.Hai!!TB tak berani jamin yang Pas tak akan jadi perompak macam umno!!banyaklah fakta tentang pas pun dah jadi perompak seperti umno ni!!hangpa pilah jenguk blog lain!kickdefella ka!!hangpa jangan jumud!!dok tenguk blog puak hangpa jee!!dok baca harakah jee!!hangpa buka mindala sikit!!kalau hangpa cerdik la!!!hangpa bayangkan harun din boleh pi nasihat nik aziz tentang perkara kecik jee!!!yang budak-budak tadika pun boleh selesai sendiri!!
3.La ni ramai mengaku ulamak!!ada degree dalam bidang agama sikit dah mengaku ulama!!ada degre dalam bahasa arab pun boleh mengaku ulamak!!jasa dalam hal-hal agama!!zero!!yang pandai depa pandai ialah dok menghalalkan yang harus!mengharuskan yang haram!!

p/s-hairan jugakno!yang dok dakwahkan umat islam!orang asli bukan puak-puak yang lulus bidang agama!!depa lulusan pro seperti kedoktoran!kejuruteraan dan lain-lain bidang sains dan teknologi!!depalah yang bersungguh-sungguh menjalankan dakwah dimalaysia sekarang!!!

Anonymous said...

pencacai umno selalu ckp PAS parti miskin selalu mintak derma dari ahli2 masa ceramah ...yg diaorang x sedar umno dulu nak g london pun mintak duit dari rakyat tanah melayu...la ni sampai sekarang diaorang ingat harta negara ni mak bapak dia punya...memnag dasar meLayu mudah lupa...

Khun Pana aka johanssm said...

Tiada siapa yang boleh jamin bahawa sekiranya Pakatan Rakyat berjaya tubuh kerajaan baru dan didalam kerajaan baru PR tiada penyamun ,pencuri dan penipu ..ini realiti.

Tapi untuk accountability , negara dan rakyat perlu bertukar-tukar kerajaan.
Chuma dengan cara ini mana-mana parti memerintah akan laksanakan tanggungjawab dengan adil.

Parti yang sudah memerintah dengan lama pasti sudah tumbuh banyak ulat ulat dan banyak akar akar dan cabang cabang korupsi.
Haruslah di cabut kalau dah ada ulat dan korupsi yang banyak.
Kita letak kerajaan yang baru untuk 1 atau 2 penggal.
Ini ialah cara fikiran dan tindakan yang waras.

*PR tidak pernah berkata bahawa PR adalah 100 % bersih dan bebas dari rasuah.
*PR tidak pernah berkata bahawa PR adalah lebeh baik dari BN.
Tapi kalau betul nak baiki keadaan , peluang harus diberi kepada PR .

Kita tengok di Penang, adakah orang Penang yang tak suka PR atau umno yang tak suka PR?
Kita tengok di SElangor , Kedah dan Kelantan.
Kalau hari ini Perak buat undi negeri , besok PR akan kembali lagi sebagai kerajaan Perak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.