Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, September 3, 2010

UMNO Tindas Peniaga Melayu di Kuala Lumpur

NOTA EDITOR: Dalam sebuk-sebuk UMNO menuduh kerajaan Penang menindas peniaga Melayu, rupanya UMNO sendiri menindas peniaga Melayu di Kuala Lumpur

Bazar Ramadhan: Di mana media Umno?
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 3 Sept: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoal langkah berdiam diri media-media arus berhubung protes peniaga kecil Melayu di ibu negara.

Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu (PPPKM) Wilayah Persekutuan hari ini bertindak membantah Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL) gara-gara tidak berpuas hati dengan agihan tapak bazar Ramadhan di sekitar Jalan Masjid India.

"Kalau dulu, media-media ini menggambarkan yang Ketua Menteri (Lim Guan Eng) pinggir peniaga-peniaga Melayu Pulau Pinang dari berniaga di Komtar, kenapa diam dalam isu protes peniaga Melayu hari ini," soalnya pagi tadi ketika menghubungi Harakahdaily.

Kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, jangan disebabkan insiden protes tersebut berlaku di negeri yang diperintah Umno BN, maka media-media propaganda Umo sanggup menggelapkan isu sebenar yang dihadapi oleh rakyat, khususnya Melayu sendiri.

Sambil menganggap langkah berdiam diri media arus perdana sebagai usaha memperbodoh orang-orang Melayu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna PAS Pusat berkata, ianya menyerlahkan sifat munafik Umno dalam memperjuangkan kepentingan Melayu.

Mewakili PAS, beliau menyuarakan sokongan kepada PPPKM kerana berani mempertikai kaedah agihan gerai-gerai bazar Ramadhan yang mungkin berpunca oleh amalan kronisme dan rasuah.

"Sepatutnya diagihkan pada ahli-ahli persatuan terbabit tetapi nampaknya DBKL beri pada syarikat-syarikat besar yang mungkin sebab kroni atau rasuah," ujarnya lagi.

Beliau mendakwa Menteri Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Umno) sebagai melampau kerana sanggup melihat sahaja DBKL menafikan hak Orang Kurang Upaya (OKU) dari mendapat 20 tapak yang sepatutnya dikhaskan pada golongan istimewa.

Kelmarin, Yang Dipertua PPPKM, Bahrim A. Razak dilaporkan mendakwa sebanyak 109 tapak perniagaan sepatutnya diperuntukan pada peniaga-peniaga Melayu.

Manakala, DBKL pula dilaporkan meluluskan hanya 380 tapak perniagaan dari 580 tapak perniagaan keseluruhannya sempena musim Ramadhan dan Aidilfitri tahun ini.

Lanjutan itu, mereka yang terbabit bertindak menghantar suatu memorandum protes kepada Perdana Menteri.

3 comments:

Anonymous said...

Sebelum ini,bangsa melayu dan agama islam amat dihormati oleh kaum lain tanpa berani mempertikaikan sebarang isu. Selepas PR memenangi PRU 12,kita lihat keistimewaan bangsa melayu mula disoal dan agama islam sudah dihormati.Apakah puncanya?Puncanya adalah golongan yang tamakkan kuasa sehingga menggadaikan maruah bangsa dan agama.Siapakah mereka?Mereka adalah PAS yang diketuai oleh Nik Aziz,yang hanya layak bergelar ular puki mak.Kerana dendam dengan UMNO,habis maruah agama digadaikan. Contohnya 'Tazkirah' DAP di surau kajang disokong oleh ular pukimak ini.Kita tahu adab memasuki rumah suci adalah kita mestilah bersih.Wanita haid dilarang masuk dan kita harus mandi hadas besar.Adakah Teo ini tahu mandi hadas besar dan mungkin pada masa itu beliau datang haid.Walaupun ular puki mak PAS ini boleh disifatkan sebagai dajal untuk menyesatkan umah, tetapi yang anehnya,penyokong2 PAS mengikut macam babi yang buta dan bodoh,sehingga setiap kali DAP membuang najis,PAS lah orang pertama yang akan memakan najis DAP,sehingga lalat pun belum sempat hinggap.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
alhusseyn said...

Tolong link kan blog ana :http://alhusseyn2-alhusseyn.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.