Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, October 1, 2010

Dasar Ekonomi Baru Lebih Menguntungkan Bukan Melayu -DPMM

NOTA EDITOR: Atas sebab inilah agaknya Dr Mahathir begitu bersemangat sekali mempertahankan Dasar Ekonomi Melayu. Hakikatnya, nikmat dari DEB sebenarnya sebahagian besar pergi kepada bangsa bukan Melayu.

Kalau tidak, takkanlah tokoh2 perniagaan di bawah menjadi penyokong kepada NGO Mahathir, Yayasan Perdana:



i. Tan Sri Dato' Francis Yeoh Sock Ping - YTL Corporation

ii. Tan Sri Dato' Lee Kim Yew - Country Heights

iii. Dato' Seri Lee Oi Hian - Mengikut FORBES, beliau berjumlah RM225
juta

iv. Dato' Sri Kua Sian Kooi - Kurnia Insurans (rujuk Forbes)

v.Tan Sri Datuk Tee Hock Seng - YB Senator

vi. VInsetan - Judi Bola dan Berjaya Corp.


Bukan Melayu peralat Melayu dalam perniagaan – DPMM

Fri, Oct 1, 2010

Dalam Negeri

datuk syed amin aljeffri Oleh Muda Mohd Noor


KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin organisasi perniagaan Melayu hari ini mendakwa banyak syarikat bukan Melayu memperalatkan kelemahan orang Melayu dalam bidang itu.

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur, Datuk Syed Amin Aljeffri berkata, sebaliknya orang-orang Melayu itu tidak pula memperalatkan peniaga kaum lain.

Bagaimanapun, tokoh perniagaan veteran itu tidak menyalahkan kaum bukan Melayu yang bertindak sedemikian.

“Saya tidak boleh menyalahkan mereka (memperalatkan perniaga Melayu). Mereka memperalatkan kita kerana kelemahan peniaga Melayu sendiri.

“Kita (peniaga Melayu) mengambil jalan mudah kerana kita masih pada tahap perintis dalam bidang ekonomi,” katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Menurutnya, antara kelemahan utama ialah ketiadaan pengetahuan mencukupi dalam perniagaan.

Syed Amin berkata, penguasaan orang Melayu dalam industri kecil dan sederhana (IKS) hanya 20 peratus dari kira-kira sejuta orang.

Katanya, sepatutnya penguasaan peniaga Melayu dalam IKS mencapai tahap 35 peratus.

Sehubungan itu, beliau meminta peniaga Melayu mempelbagaikan bidang perniagaan bukan hanya tertumpu kepada sektor pembinaan sahaja, yang bergantung kepada tender kerajaan.

3 comments:

Anonymous said...

Sistem yang dibentuk oleh UMNO terutama bawa Dr Mahathir adalah konspiracy antara elit Melayu dan kuncu-kuncu kereka dikalangan kaum lain untuk mengkayakan diri. Inilah sistem robber-baron yang bangun disemua negeri penjajah dahulu. Orang miskin dan rakyat jelata diperalatkan untuk menjaga kemewahan puak atasan.

Anonymous said...

Yalah..UMNo pundek bizniz model ialah goyang kaki,phak choo cheng,dapat mcm2 tender,kasi sama cina kontrektor..lepaiah tu,pow komisyen dan macam macm dri kontrektor2 bukan melayu..easy money maah..tak perlu berpeluh utk dapat millions,macam macm "perks"..banyak pegawai gomen dah jadi millioanires thru skim kaya yg disongsangkan oleh mamak pundek kutty..dan ada jugak ahli politikus mcm taib mahmud,mamapundek kutty,kj, dah jadi unoffcial billionaires!!

Anonymous said...

Sebagai seorang Cina, saya terasa dengan tajuk posting ini kerana ia memberikan gambaran secara spontan bahawa semua orang Cina mendapat keuntungan dari DEB itu, pada hal hanya beberapa orang towkeh-towkeh Cina yang pandai main jolok dan pandai jadi barua kepada peminpin-peminpin BN yang mendapat habuan besar tersebut.
Kerana itulah majoriti orang Melayu memandang serong dan marah kepada semua orang Cina kononnya semua orang Cina telah merampas kekayaan negara ini pada hal yang merampas adalah peminpin mereka sendiri dan barua-barua itu. Majoriti orang Cina yang di bawah ini telah bekerja bertungkus lumus untuk mencari nafkah sara hidup, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, ada lebih sikit simpan, jimat cermat sehingga tabiat berjimat cermat orang-orang kebanyakan Cina ini telah digambarkan sebagai suatu yang 'typical' sebagai seorang Cina dan digelarkan pula sebagai kiasu!
Oleh itu adalah salah mengatakan orang Cina yang dapat keuntungan dari DEB. Sepatutnya ditulis 'DEB beri keuntungan besar kepada sebilangan kecil towkeh-towkeh Cina yang jadi barua kepada pemipin BN dan pemimpin BN yang benarkan ini berlaku!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.