Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, October 1, 2010

Duit FELDA Hilang Angkara UMNO atau DAP?

NOTA EDITOR: Dalam sibuk-sibuk Mahafiraun dan UMNO mencanangkan khabar kononnya Melayu semakin hilang hak, saya menjemput UMNO dan MAhafiraun untuk menjawab soalan saya ini.


Penyelewengan Felda bukti Umno khianat Melayu
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 30 Sept: Kemenangan peneroka Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda membuktikan bahawa badan berkanun yang dikuasai Umno itu adalah benar-benar pengkhianat Melayu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembelaan Peneroka (Tindak), Salahuddin Ayub berkata ianya juga menjelaskan lagi bahawa sememangnya berlaku penyelewengan dan penipuan biarpun dinafikan berkali-kali pihak Felda.

"Kemenangan peneroka Felda baru-baru ini memang menampakkan penyelewengan, penipuan serta salah guna kuasa (oleh) Felda ke atas peneroka."

"Kalau benar Umno mengatakan bahawa mereka adalah pejuang Melayu, 99.9 peratus peneroka yang terbabit adalah peneroka-peneroka Melayu," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Beliau mengulas kemenangan kes 10 peneroka dari Felda Sungai Koyan 2 dan 3 semalam.

Mahkamah Tinggi Kuantan semalam memutuskan Felda perlu membayar RM23,800 kepada 10 peneroka tersebut yang dinafikan hak mendapat bayaran tanam semula.

Dalam kes sebelum itu juga, Mahkamah Persekutuan turut mengarahkan Felda menyerahkan RM11 juta kepada 354 peneroka di Felda Kemahang 3, Kelantan ekoran Felda memanipulasi penggredan kelapa sawit.

Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS Pusat berkata, tindakan Felda menipu peneroka tidak ubah seperti bau busuk yang sedang melanda Felda.

Beliau juga yakin dan percaya, Felda sedang berdepan laluan sukar apabila satu demi satu penyelewengan terhadap peneroka mula terdedah.

Turut serta pada sidang media sama Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman dan Peguam Mohamed Hanipa Maidin.

Di penghujung sidang media itu, beliau juga merayu kepada Felda agar tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan semalam, sebaliknya membayar terus kepada peneroka.

7 comments:

Grand Marquis said...

Eh TB, bukankah Mahkamah ni dikuasai UMNO. Kenapa Felda boleh kalah?

Seperti biasa, bila mahkamah menyebelahi puak TB, masa tu adillah mahkamah.

Perangai tak pernah nak ubah.

otaklunyai said...

suatu masa dulu ada seorang cucu orang melayu kena rogol siapa yang berani membela sampai dilokap, masa orang melayu di Tanah Merah melaka dihalau dari tanah mereka dipotong bekalan air sampai nak ambil wuduk untuk bersolat pun tak ada siapa punya angkara dan siapa pula yang berusaha uruskan lori untuk bekalkan air untuk bersolat... kalau tidak LGE. walaupun dia belum Islam tetapi perangainya lebih baik dari orang umgok yang mengaku Islam...

azman kamarul said...

Saya pun kurang arif pasal felda ni.Jadi minta tolong sesiapa saja betulkan kenyataan saya ini kalau salah.

Memang felda dah teruk kewangannya.ORANG KAMPUNG SEMUA DAH TAU.

Angkara DAP kot!..sebab pengerusi felda iaitu YUSUF NOR tu orang DAP tak?...betul ke salah saya ni?.

Abd Razak said...

hahaha...grand moron dh xmampu nk jawab...tu je ke jawapan terbaik ko boleh bg...kesian umno ada org cam ko ni lg...pdn le hampeh...umno ngan ko mmg serupa...

Anonymous said...

Mahakutty n geng megidap penyakit sawan babi..dan dia punya biasa bagaikan kentut dlm angin..dia ingat dia masih raja malaysia..dini malaylai darvadia kunji dah lupa masa krisis 97,setaip kali dia punya suara keluar,hedge funds lagi kasi terajang sama dia..cina dah tau, mamak kutty ini suffer frm inferiorty komplex.. he so jealous of china's wealth frm the 60's..it burns this mamak pundey when he sees that even commie china is now a mega finacial super power..he can bark like a nayee until kingdom comelah,but wont b able change the equation lah..

Anak Perelih said...

tu baru mahkamah tinggi... sebab tu felda kalah... cuba nanti felda buat rayuan.. ke mahkamah rayuan atau mahkamah persekutuan.. mesti felda menang... dah banyak kes pattern dia macam ni.. kat mahkamah tinggi OK je ada keadilan... naik mahkamah rayuan dan persekutuan.. mesti UMNO/BN menang... mentang mentang la ketua hakim negara tu lawyer UMNO....

Anonymous said...

UMNo is trying their level best to bring down DAP, especially Lim Guan Eng..why Guan Eng?BECOS HE IS TOO GOOD TO BE TRUE!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.