Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, October 25, 2010

GALAS: UMNO Mulakan Kempen Dengan Memfitnah Calon PAS

NOTA EDITOR: Saya tak sangka UMNO begitu desperado sehingga sanggup memfitnah calon PAS di Galas berkhalwat dengan ibu beliau sendiri.

Kalau duduk sebilik dengan ibu sendiri, tu namanya ziarah, bukan berkhalwat.

Perangai UMNO kuat memfitnah sehingga sampai tahap begitu buruk macam ni.



Calon PAS: Tuduhan khalwat fitnah semata-mata
Abdul Rahim Sabri Okt 22, 10 3:54pm


Tidak sampai 24 jam selepas diumumkan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad menjadi sasaran media rasmi Umno - Umno Online - yang melaporkan bahawa beliau pernah ditangkap berkhalwat.

Media rasmi Umno yang memetik laporan beberapa blog mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan 'isterinya' sekarang, Ramelah Mat Jusoh.

Dalam reaksinya terhadap laporan itu, Dr Zulkefli yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang menafikan perkara itu.

Malah, katanya, Ramelah yang dilaporkan itu adalah ibunya.

Dr Zulkefli, sebaliknya menjelaskan isterinya bernama Zainab Jalar.

"Fitnah semata-mata, - boleh buat semakan di mana-mana pejabat agama di Kelantan dan seluruh Malaysia," katanya dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini.

Selain mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap berkhalwat, Umno Online juga memperlekehkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mengenakan syarat untuk menjadi calon adalah bukan perokok dengan memberikan gambaran seolah-olan beliau adalah perokok.

"Saya tidak merokok. Semoga Allah mengampuni dosa mereka yang membuat fitnah," kata Dr Zulkefli.

Dr Zulkefli diumumkan sebagai calon PAS oleh Nik Aziz di Gua Musang malam semalam.

Beliau adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008 tetapi tewas.

Berusia 44 tahun, Dr Zulkefli merupakan anak ketujuh daripada 10 adik beradik.

Beliau adalah lulusan ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan, Universiti Malaya pada tahun 1992.

Dr Zulkefli mengendalikan klinik sendiri di Chiku 3, Gua Musang.

Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim, 48, akibat barah usus pada 27 September lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Chek Hashim, berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada BN, dengan mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi.

Chek Hashim mendapat 4,399 undi, menewaskan penyandang dari BN, Mohd Saufi Deraman 3,753 undi.

Selain Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, turut hadir di majlis pengumuman calon tersebut ialah ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim; presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang atau 16.35 peratus.

6 comments:

jai said...

Kah kah kah...

Kalau macam tu ibu tunggal tak boleh tinggal berdua dengan anak lelaki dalam satu rumah la yek???

BODOH PUNYA UMNO!!!

Kah kah kah...

Anonymous said...

husam musa bodoh. cina di galas dah marah pasal tanah untuk bina kuil tidak dilaksanakna dan diabaikan dan ditipu. orang asli marah gereja di hutan kena roboh oleh district officer. So PAS mesti kalah. padan muka. Batu sapi pulak PKR bodoh calonkan Ansari walhal di sana ramai cina dan orang bumiputera. So confirm PKR kalah. Padan MUka. Yang paling teruk ialah PAS kerana mengabaikan orang bukan melayu di GALAS. Tok guru juga bodoh kerana tidak melantik orang asli di Galas. So ini akan membuatkan orang pilih BN. Siapa bersalah di sini? PAS dan PKR kerana mengabaikan dan tidak kenal budi . Ini membuktikan elcetion 2011 BN memang besar. Anwar ialah punca utama .

Anonymous said...

lawok bodo punya amno..
lepas ni sapo sapo nak gi ziarah ibu kena bawak saksi Muhrim kakakah.. hukum agama umno la tu??
agak2 amno hukum dia ibu dgn anak batal air semayang koott? tapi agama umno memang lagu tu yg halal jadi haram yg haram jadi halal..
kalu la pesiden amno bodo tahap gaban maka ahli amno bodo tahap cipan la.. pasai tu la fitnah pun macam kartun animax..

Anonymous said...

yalah..calon PAS is a medical doctor..the one frm united moron orgasm pulak berkelayakan SPM(pangakat SAP kot.."sijil amat pundek")..moron orgasms very worried..dey no wanna punch card,clocking round d clock mcm pak guard..united mairendi fear they will mati kebuluran if pakatan continues thrash them!

Khun Pana aka johanssm said...

Awas !
Rakyat gua musang bakal terima rumah bocor dan rumah runtuh dari Moohideen .

Ikan sardin untuk murid sekolah pon dikebas oleh kroni..hahaha

tebing tinggi said...

Bab fitnah mefitnah kan UMNO baru belajar,PAS dah memang pakar dalam hal ini.
Sesuatu yang baru biasanya mengahirahkan dan seronok,seumpama kita memiliki kereta baru atau bini baru. Kerana terlalu gahirah kadang -kadang kita terlepas pandang banyak hal.
Apa kata doakan mereka-mereka yang suka mefithah supaya pechah perut mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.