Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, October 11, 2010

Melayu Pulau Pinang Merempat Sejak Zaman BN/UMNO Lagi


Setahu saya, kaum Melayu di Pulau Pinang sudah jadi melukut di tepi gantang semenjak zaman Barisan Nasional memerintah Pulau Pinang lagi. Bukankah semenjak zaman Barisan Nasional 50 tahun sebelum ini, Melayu Pulau Pinang semakin pupus. Melayu Pulau Pinang juga terpinggir dari segi ekonomi sehingga tidak mampu bersaing dengan kaum lain. Cuba ingat, berapa banyak kedai Melayu di Pulau Pinang berbanding dengan kedai milik bangsa lain sewaktu UMNO/BN memerintah dahulu?

Bukankah ramai orang Melayu terpaksa berpindah dari Pulau Pinang dan duduk di Kulim dan Mahang sebab sudah tidak mampu duduk di Pulau? Bukankah ini berlaku sewaktu UMNO/BN memerintah Pulau Pinang?

Pokoknya Melayu merempat sewaktu UMNO/BN memerintah Pulau Pinang, bukannya sewaktu Pakatan Rakyat menjadi kerajaan.

Sekarang, UMNO menyimpan wang bantuan warga tua yang dikembalikan kepada mereka oleh pakcik2 dan makcik2 yang tertipu dengan propaganda murahan UMNO.

MAna duit2 tu semua wahai UMNO????




Umno tipu warga emas: Wang 'haram' dikutip Umno
Warta Rakyat


KUALA TERENGGANU, 10 Okt: Sehingga kini tidak ada satu sen pun wang yang dikatakan diserahkan oleh warga emas di negeri itu kepada Umno diserahkan kepada kerajaan negeri, kata Adun Permatang Pasir, Pulau Pinang Ustaz Salleh Man (gambar).

Langkah ini, bagi beliau menunjukkan Umno cuba menipu warga emas di negeri itu dengan membuat provokasi kepada mereka kononnya wang itu haram lalu di serahkan kepada Umno.

"Seperti yang diakui oleh Ketua Menteri, sehingga hari ini satu sen pun wang tersebut belum diserahkan oleh Umno kepada kerajaan negeri. Kalau wang itu haram, serahlah kepada kerajaan negeri," kata beliau dalam ceramahnya dekat Kuala Nerus malam semalam.

Salleh mendakwa, UMNO tidak sudah-sudah memainkan sentimen perkauman dan agama di Pulau Pinang agar orang Melayu bangkit menentang Kerajaan Pakatan Rakyat.

Padahal selama ini, apa yang dilakukan oleh Umno Pulau Pinang ketika bersama-sama Barisan Nasional yang dipimpin Gerakan memerintah negeri itu, soal Salleh.

"Adakah kerana menerima laba dan kemewahan mereka lupa nasib orang Melayu dan Islam, tapi bila Pakatan Rakyat memerintah mereka baru tersedar selama ini orang Melayu telah dipinggirkan," tanyanya.


Akhirnya, kata beliau, kerajaan Pakatan Rakyat dipersalahkan akibat kesilapan UMNO
selama ini.

Menurut Salleh yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, di bawah kepimpinan PR nasib orang Melayu mula terbela di negeri itu.

"Peruntukan sekolah agama rakyat telah disalurkan oleh kerajaan negeri, wang ehsan untuk wargamas diberikan, tabung khairat kematian dan pelbagai kemudahan lagi diberikan kerajaan Pakatan kepada rakyat," katanya.

Kejayaan Kerajaan PR ini sebenarnya melahirkan rasa cemburu dan khianat Umno, katanya.

"Mereka telah dan akan melakukan pelbagai helah dan kerja jahat untuk memburukan imej Ketua Menteri dan kerajaan PR," cerita Salleh dalam ceramahnya itu.

14 comments:

Anonymous said...

Kalau tengok muka yang dibulatkan dalam foto, muka ni muka ahli MIC. Pasai tu perangai dia macam perangai ahli MIC.

sri hartamas

Anonymous said...

Melayu Pulau Pinang memang merempat sejak dari zaman UMNO/BN. Kalau dulu depa merempat sebab duit peruntukan kerajaan Pulau Pinang untuk orang Melayu dirembat oleh pemimpin UMNO Pulau Pinang.

Namun keadaan ini tidak akan berubah, bukan kerana kerajaan Pulau Pinang dipimpin DAP, tapi kerana pemimpin UMNO sendiri merompak duit sumbangan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk warga emas dengan dakyah bahawa duit itu duit haram.

Pi mai pi mai UMNO jugalah punca kemunduran orang Melayu Pulau Pinang. Padanlah Melayu Pulau Pinang, hampa ghapla sangat... termasuklah yang UMNO perambat pi Kulim dengan Sg Petani.... dok ghapla... kata UMNO baguih la.... pada hai... RM 100 warga emas pun depa nak rembat.... memang UMNO ni dok rebuih hampa dalam kawah nasik kandaq. Monyet di waterfall di Pulau Pinang lagi cerdik, UMNO bagi pisang ka, kacang ka... dia ambik ja... nak minta balik tobat monyet tu tak bagi punya.

Anonymous said...

Melayu PP dulu ada kuasa 12 kerusi DUN.tapi bagi Gerakan perintah,kenapa masa tu tak buat giliran macam kat Sabah.
Sekarang ni jangan haraplah ubn nak tawan balik PP..
Sebenarnya Malay Delima di PP cuma kerana ubn dah hilang kuasa, menabur fitnah macam macam lagi,akhirnya Allah dah gantikan dengan pemimpin baru yang lebih baik dari ubn.

Anonymous said...

AKU ANAK WATAN PENANG!
Kelahiran aku, sebelum Merdeka hingga Tahun 2008, BN memerintah, adakah apa apa kemajuan yang dikecapi oleh MELAYU PENANG, yang aku nampak MAMAK PENANG SAHAJA YANG MAJU ADA LAH KOT SEDIKIT MELAYU UMNO YANG BERPENGARUH itu sahaja.
AKU BERCAKAP INI DARI HATI YANG SUCI DAN LUHUR. SEMUANYA BENAR DAN TIDAK ADA YANG TIDAK BENAR MELAINKAN SEMUANYA BENAR BELAKA.
KAU ORANG LIHAT GAMBAR TUN BETUI2 - YANG DIBULATKAN ITU AHLI MIC DAH! Melayu merempat dan melukut diBumi sendiri bukan kerena PR, dah dari dulu lagi, punca sebenak dan perampas hak2 Melayu itu adalah MAMAK, kerena tdm kerala lah, kenapa baru nak pertikaikan dan tuduh PR??? Jangan jadi bodoh sangat, fikir! fikir! fikir!. Kecuali lah kalau hati tu dah busuk, maka busuk lah ingatan dan kenyataan tuuuu..Siapa Rahim Saibu? MAMAK ATAU MELAYU???????? Dulu apa yang ada pada dia???? Sekarang apa yang tak ada pada dia????? Fasai jadi Ketua Bahagian UMNO lah tuuuuuuuuuuuuuuuu
Kesedaran Melayu Penang ujud baru baru ini, bukan fasal PR tindas, sebenaknya PR lah yang menyedarkan Melayu Penang, harus mengucapkan terima kasih kepada PR. Kalau lah masih ditangan BN, aku percaya Melayu tak akan sedar lagi. Aku cakap ni bukan Melayu UMNO, sebab UMNO Melayu itu campok2, yang aku cakap ni adalah MELAYU bukan UMNO, tetap terpinggir oleh BN sejak lebih setengah abad. Kenapa Melayu UMNO yang dok buat hal, demo sana sini, cari fasai sana sini, buat kemelut sana sini, apa fasai?? Nak cari jalan belakang untuk rampas kuasa kah??? MCA DAN PGRM dah tenat, mana lah tahu UMNO berjuang bermati2an, kerusi KM dapat kat UMNO. Tak kira lah pakai jalan benar kah, helah kah, fitnah kah, samun kah, asalkan boleh rampas balik Penang.
Duit Kerajaan Penang bagi kat warga emas...HARAM bagi UMNO PENANG.
YANG DOK LANDOK, RASUAH, MAKAN KIRI KANAN ATAS BAWAH ITU TAK HARAM.DAPAT PROJEK DAN BUAT UNTUNG DARI PROJEK SECARA PAKSA ITU TAK HARAM... HALAL BAGI UMNO PENANG.
RAHIM SAIBU......DESAK PM/DPM KENAPA PAKAI DUIT HARAM GENTING, KUDA, TOTO, 4D DLL LAGI TAK DAPAT AKU BAGITAHU, KAU ORANG PUN TAHU. DUIT ITU TAK HARAM BAGI UMNO KAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!ADAKAH ISLAM PR DAN ISLAM UMNO LAIN?

Abd Razak said...

mana pegi pencacai2 umno/apco yg pengecut xnk guna nama sendiri ni...bila dh ada bukti perangai pemimpin mereka mmg bongok syp lak...pastu nk cabar TB lak...pirahh...dh le xberani nk letak nama...lg nk tunjuk bgs...si grand moron bila bab2 camni dia mengecut...xberani nk komen...mmg camtu perangai org2 umngok ni...dasar pencacai...

rimau akaq said...

umngok lah yg melingkupkan melayu pulau piang............

-tanjung bungah, tanjung tokong, jelutong, sg pinang,batu feringghi,telok bahang, kg makam,kg dodoi,sg ara, counter hall, kg jawa, ayaq itam, sg nibong, bayan lepas ..........semua depa rebat bagi kat cukong....melayu tinggai teloq.....dah tak dak apa dah.......

melayu dibodohkan oleh umngok dari dulu sampai ke laa nie......

buang kan karat biru biru and say no more to haru biru biru n lets pr run the show....give them chances first........

kah kah kah...........

Khun Pana aka johanssm said...

Sila bacha " Surat terbuka Dato Mat Zain "
yang terdapat dalam blog Malaysia-Today.

Ya, surat yang panjang tapi sungguh terperinci dan lengkap.
Harap Tun Kutty , musang hasan dan Pigtail tidak terjun dari bangunan atau mati terkejut.

Anonymous said...

nak tergelak tengok muka2 veteren melayu yg bodoh, org bagi duit bukan main pulangkan balik cam bagussss...

walhal amno dah lama menipu dan melingkup org melayu pulau pinang, anak2 muda melayu mat rempit, rmh kaya2 semua org cina, yg melayu makin keluar beli rmh kat kulim, kat sg petani. semua tu hasil perintah amno/gerakan tapi tak sedar... apa yg ada dgn melayu penang bak kata mat sabu yg tinggal hanya boria, tapi boria pun dah tenggelam jugak ka..

Anonymous said...

melayu di tipu hidup2 oleh mamak sejenis manusia yang tidak segan silu mengaku melayu.Apa dah pupus ke melayu tulen kat Penang sampai dok lantik mamak jadi pemimpin korang dalam parti yg kononnya pejuang melayu. Melayu UMNO ni mmg bodoh, tak serik2 kena tipu dek geng mamak bendahara dan si kitul...mentaliti membaca pancaindera, majalah mangga, variapop dan yg sewaktu dengannya. Kalau baca buku lain baru baca tajuk dah nguap macam muluk badak....

Pak Ali Balik Pulau said...

Aku pun orang Penang, bersekolah di St Xaviers Branch school di Pulau Tikus, kemudian sekolah menengah di St Xavier 's Institution.....

Secara pandangan kasar memanglah melayu penang tak nampak terserlah berbanding dengan negeri lain, terutama di bahagian pulau.

Sebabnya saudara, kaum cina dari dulu memang berminat tinggal di sana. Mereka yang kaya raya dan berada tidak akan lepas peluang beli harta di pulau supaya melayu di pinggirkan. Mereka amat berharap PP dikeluarkan dari Malaysia supaya jadi macam singapura....

Walaupun hampa, hati mereka terubat juga sebab dengan ramainya kaum cina disana, mereka boleh ada kuasa politik.

Jika tuan-tuan seorang melayu pada tahun 60 an dan 70 an,anda boleh rasa betapa hinanya sebagai melayu ketika itu... pekerjaan melayu ketika itu hanyalah sebagai penarik beca, drebar bas, konduktor bas, kuli diperlabuhan, tukang bersih sampah dll....

Nasib baik dengan pertolongan kerajaan, ramai anak melayu pulau pinang yang elok sikit didalam pelajaran diberi biasiswa melanjutkan pelajaran.

Sekarang, walaupun tak sehebat mana, orang tak heran lihat ramai orang melayu berkereta, berumah besar dan indikator paling realistik ialah dari segi kuasa membeli orang melayu di pulau pinang.

Jangan dibangkit isu kerajaan umno tak tolong melayu, kerajaan umno tak peduli orang melayu di pulau pinang.

Itu semua dakyah pengkianat yang nak pecah belahkan melayu disana. Melayu PP hanya boleh dibantu jika melayu bersatu. Cina di PP baik Gerakan/MCA atau DAP serupa saja.....berdirilah tegak tegak dan fikir sendiri secara ikhlas....

Anonymous said...

Melayu Pulau Pinang Merempat Sejak Zaman BN/UMNO Lagi????

Sekarang lagi teruk merempatlah??

Atau Pakatan memang tak mampu bantu langsung seperti yang kamu sendiri mengaku dari tajuk post ini?

Jadi apa bezanya Pakatan? Lagi teruk rupanya, hahaha!

Anonymous said...

Ini bermakna idola kamu si anwar memang tak buat ape2 untuk orang pulau Pinang masa dia berkuasa dulu. Tapi adik-beradik dia semua kaya raya Dan taukeh2 yang rapat dengan anwar.

Anonymous said...

tak buat apa2?
alahai.. apa lagi PR nak buat.. macam2 dah buat! tapi kalau lah duit ehsan warga tua pun UMNO pakat tipu rembat.. sampai tua la melayu merempat!! alahai UMngok! dah nak mampus pun masih tak sedar diri.. betul la baka umno ni baka kerala kena jual! hampehhh!

jibam said...

wah... famous ler kau sekarang.. even RPK pon dok komen pasal kau


http://malaysia-today.net/mtcolumns/no-holds-barred/34829-freedom-to-oppose-as-long-as-you-agree-with-me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.