Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, October 27, 2010

Najib Akan Bina Lebih Banyak Kelab Malam????

NOTA EDITOR: Dalam UMNO Selangor buat bising ke sana ke mari pasal rumah urut di Selangor, rupa-rupanya mereka yang lebih ke depan menambah pusat2 maksiat dan haram. Hakikatnya, segala aktiviti maksiat di Malaysia berlaku dan dimulakan di bawah pengawasan dan pentadbiran UMNO dan Barisan Nasional. Eloklah, lepas ni bertambah2 lagi Bohsia dan buang anak di MAlaysia.

Setahu saya, hanya negara2 yang akan bangkrap ataupun negara bangkrap sahaja yang menjadikan maksiat dan benda2 haram sebagai sumber ekonomi.

ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina Andrew Ong Okt 26, 10 3:03pm

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).


Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.

Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.


Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.

Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Kriteria berkenaan adalah:

•Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu;
•Menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan
•Telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.
Selain mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.


Untuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan.

Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan

Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.


Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.

Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan

Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.


Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.

Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.


13 comments:

Anonymous said...

kerjaya yang popular pada masa hadapan adalah bartender,GRO,penari bogel,pelacor dan lain......

Anonymous said...

itulah namanya pentadbiran Haram jadah..

Anonymous said...

betoi ty betoi...
kita bulih bawa balik malaysia ke era siam/thai atau philipine tahun 60an dan 70an... hebat woo..
mungkin rakyat malaysia patut pakai cawat balik macam bikini kat negara pak sepupu Pm US..
lepaih ni mungkin umno jadikan malaysia Hub Gay pula selangkah maju didepan Singapura.

Serious Shepherd said...

HASAN ALI DI MANA KAU???

Ulama muda UMNO toksah ceritalah. Gerenti senyap sunyi sepi punya.

Anonymous said...

kihkihkih..beggers tak ada pilihan..united moron orgasm drive dah hilang stim..negra dah bangkrp dats why al najubori,al sherifah pookibasi,al poolti kacang mamak pundek kutty,n al auto anglo albino khinjir pigi qatar pi jilat al shieks selipar..""plzz give money..we willing to gadai everthing,even our coli,condoms,kayu golfs..plz give us suki yucky money..fithout f*k we cant live..without money we cant breathe..plzlah..tolonglah"

zakwan said...

Hypocrisy at its best
Why talk about gambling profits "haram" to be distributed in Penang when Jibby himself is helping a fellow crony in developing spas and nightclubs?

This is just what the country needs to see the rise in promiscuity and abandoned babies among Malay Muslim

This proves my point
The key to UMNO's political survival is to keep the Malays dumb, drunk with the culture of hedonism and low inculcation of religious values

Khun Pana aka johanssm said...

Saya rasa ini cara yang amat bagus dan best sekali.

Rakyat Malaysia dan Singapore tak perlu sampai ke Bangkok, tak perlu sampai ke Hadyai untuk entot - entot.

Lebeh banyak kabaret, lebeh banyak karaOke , lebeh banyak pusat urut batin , lebeh banyak Kathoi atau pondan , lebeh ramai GRO ada lah baik untuk ekonomi.

Baik untuk ekonomi siapa?
Baik untuk ekonomi Pak polis, Pak Imigresen, Pak RELA , Mat Dadah , Mat jaga kereta ..semua dapat Kopi-O.

Perkembangan industri Kelab Malam dan hiburan malam akan memberi faedah kepada ibu tunggal tempatan untuk jadi GRO.
Kalau tak chukop maka GRO akan di Impot direct ( tanpa tender ) dari negara jiran .
Maka dengan ini , saya ingin cadangkan The 1st.Janda of Malaysia iaitu Rosmah untuk pegang jawatan Menteri kepada KeMenterian Kabaret,KaraOke dan GRO.

Lebeh banyak Kabaret bermakna negara sudah majuuuuuuuuuuuu.
Lebeh banyak kabaret maka rakyat dapat High Income dan wang masyukkkkkk.

Anonymous said...

Saya heran maklumat berkenaan maksiat ni banyak diluahkan oleh komentar-komentar. Rasa nya mereka adalah kalangan pengunjung tempat maksiat yang dikatakan.

Buka pekong diri sendiri aje.
Kau oranglah pemaksiat utama , hanya pandai mengata orang. Walhal diri yang lebih teruk.

Teropong lah diri sendiri.

Anonymous said...

Apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mahu menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam sebagai tindakan membabi buta tanpa memikirkan kesan dari tindakan itu dalam jangkamasa panjang.

Dan Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berpendapat kononnya soal agama, Wira Perkasa tak kompromi dalam memartabatkan agama, bangsa dan tanah air. Tapi secara spontan mencadangkan pada kerajaan agar menyediakan hub untuk operasi ditempat yang khusus bagi memenuhi minta 'mereka'adalah sokongan dari kumpulan melayu celaka.

Untuk pengetahuan ahli UMNO Baru...

Tidak kita fikirkan bahawa dalam hub hiburan itu akan ada arak, dadah, pelacuran, samseng, rasuah, dan berbagai jenayah boleh berlaku disitu....

Siapa yang akan memantau keselamatan anak bangsa dan memberi jaminan bahawa mereka tidak terlibat sama dalam perniagaan itu.. JAKIM MAIS atau Jabatan Perdana Menteri atau ahli UMNO Baru...?

Inilah akibatnya apabila kita memilih orang yang tidak tahu menguruskan rumah tangga tapi diampu dan dibodek jadi pemimpin.

Perdana Menteri berserta menteri-menterinya dilihat amat lemah dalam menguruskan negara sehingga terpaksa menggunakan khidmat jururunding dari luar "APCO"

Lihat bagaimana jururunding dari APCO mengajar perdana menteri kita yang bodoh cara mencari duit...? Untung satu Rugi sepuluh.....! Inilah hasil yang rakyat Malaysia dapat dari pelaburanR RM77 juta oleh perdana menteri dalam syarikat APCO.

Dan PERKASA yang dilihat sebagai wira melayu bercakap bukan untuk kepentingan bangsa melayu tetapi lebih kepada kepentingan politik UMNO Baru.

Ketika ini mereka dilihat sebagai kumpulan melayu celaka yang berlagak seperti samseng jalanan dan bertindak mengikut keperluan semasa... ada upah ada kerja tak ada upah diam membuta.

Helo pemimpin PERKASA... anak bangsa melayu adalah generasi yang suka berpoya-poya. Mereka mudah terpengaruh dengan segala macam gejala maksiat.

Jika kamu pentingkan bangsa melayu agar mereka sehat dan cermerlang maka kamu perlu tegah Perdana Menteri dari meneruskan cita-cita APCO untuk menjahanamkan bangsa melayu yang beragama islam secara perlahan-lahan itu.

Jika kamu menyokong dasar kerajaan yang menyebabkan anak bangsa melayu menjadi rosak akidahnya maka kami rakyat Malaysia akan menentang kamu dari pelbagai sudut.

Biarpun kamu dilindungi oleh polis dan hakim dalam mahkamah namun kami akan tentang kamu sebagai musuh dalam selimut.

PERKASA MELAYU CELAKA..!

Abd Razak said...

Bila ada posting mcm ni para pencacai2 setia umno seperti grand marquis aka GRAND MORON sunyi sepi je...biasa memekak je x tentu psl...mana suara korang ni...mmg dasar PENCACAI SAMPAH especially si GRAND MORON tu...aku percaya kalau diajak berdebat dpn2 mesti terkencing2 kn...

Anonymous said...

sume bnde jd poltik..ngri jjhan pkr ke bn ke sme je..berspah klb mlm..kcuali bbrpe ngri..plitik wt rkyt mlaysia kutuk each other spai ble2..xabs2..

Grand Marquis said...

Apa salahnya Najib buat kelab malam?..Isteri najib Datin Seri Termulia Rosmah bukankah seorang penyanyi?..Jika rakyat gundah, bukankah elok jika ada orang yang menghiburkan kita?..

Aku sokong idea DS Najib ini..Janganlah kita terlalu sayang akan dara dan kesucian anak2 dara melayu kita..Kerana lambat laun dara itu pasti hilang..Kan lebih elok dijual dikelab2 malam..

Hidup UMNO..hidup BN...Saya sokong UMNO walaupun UMNNO zalim..

ps : Maaf, hati saya telah hitam dan tertutup untuk melihat keburukan UMNO..Maafkan saya..

Anonymous said...

Bro GM,
klu hati ko dah itam legam sekali pun, jgn le spai mendoakan begitu sekali...maaf jika terkasar, apa perasaan ko bila dara-dara yg ko sebutkan tadi tu tiba-tiba adik ko, kakak ko, anak perempuan ko atau lebih cantik lagi GRO tu emak ko sendiri (sebab GRO tu biasanye org2 yg dah agar berumur)

kan lebih baik kita berbahasa dlm memberikan pandangan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.