Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, October 21, 2010

Pelaburan Asing: UMNO Gelabah, Salahkan Pembangkang Pula

Setelah khabar bahawa Filipina lebih enteng dari segi menarik pelabur asing berbanding Malaysia, UMNO mengambil keputusan menyalahkan pembangkang pula. Kenyataan Mukhriz hanya mendedahkan kekukusutan UMNO di dalam menyelesaikan masaalah kemasukan pelabur asing yang semakin meruncing di Malaysia.

Hakikatnya, pelabur2 asing MENOLAK UMNO. Sekiranya UMNO pergi, maka pelabur asing akan kembali ke Malaysia, inshaalah.

Dengan tiadanya kemasukan pelabur asing, masaalah pengangguran akan semakin meruncing, gaji2 pekerja seluruh Malaysia tidak akan naik dan kuasa membeli semakin mengecil.

Duit minyak kita pun semakin habis kerana Idris Jala kata pada 2011 Malaysia akan menjadi pengimpot minyak.

HAkikatnya, UMNO akan merosakkan serta menjahanamkan Negara kita ini.
Tulang Besi

Mukhriz hina pelabur tidak datang ke Malaysia
Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 20 Okt: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir menghina para pelabur apabila mendakwa mereka tidak datang ke negara ini akibat hasutan pembangkang.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu berkata, Mukhriz memalukan Malaysia kerana beliau boleh mengakibatkan orang luar menghina Malaysia kerana mempunyai menteri yang tak cerdik.

"Jangan hina pelabur. Mereka tidak bodoh seperti orang menjawab tidak pakai akal.

"Bila pelabur hendak buat keputusan sama ada hendak melabur atau tidak ke negara ini, mereka tidak tanya Presiden PAS. Mereka tanya badan-badan yang diiktiraf seperti Economic Intelligence Unit atau Moody's," katanya mengulas dakwaan Mukhriz di Dewan Rakyat hari ini.

Menjawab soalan Dr Mohd Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) mengenai kejatuhan pelaburan asing sehingga 81 peratus ke negara ini, Mukhriz mendakwa kejatuhan berlaku akibat tindakan pembangkang memburuk-burukkan negara ini di luar negara.

"Dalam keadaan sebahagian besar pelabur sudah tak ada selera untuk melabur di negara ini, tiba-tiba muncul pula seorang yang bertaraf timbalan negeri di negara ini yang nampaknya cuba membayangkan para pelabur bodoh sangat untuk membuat keputusan tentang pelaburan mereka,” kata Mohamad.

Katanya, Mukhriz juga kelihatan menyifatkan rakyat terlalu bodoh untuk menelan jawapan seperti itu.

"Saya rasa akhirnya Mukhriz sendiri yang akan dianggap berada dalam tahap kebodohan yang teramat bodoh dengan jawapan itu. Jangankan ahli-ahli Dewan Rakyat di mana beliau memberikan jawapan itu, orang-orang Kampung Kandis di Jerlun pun mentertawakan beliau," katanya.

Mengenai tuduhan Mukhriz bahawa pembangkang tidak patriotik, Mohamad berkata, pihak yang tidak patriotik ialah kaki rasuah yang dilihat oleh rakyat berduyun-duyun di dalam Umno sehingga ayah Mukhriz sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat bahawa Umno sudah jadi parti perasuah.

"Bila rasuah, untuk mengelakkan hukuman, kuasa disalahgunakan, kebebasan kehakiman dinodai dan pelbagai kejahatan lagi dilakukan.

"Kaki-kaki rasuah itulah, termasuk di dalam Umno, yang tidak patriotik dan menyebabkan pelabur tidak mahu datang ke negara ini," katanya.


3 comments:

kenatipuolehumnoapco said...

UMNOAPCO YAHUDI LAHANAT nie .. dah lah bodoh , depa ingat mejority rakyat pun bodoh macam mereka.

Nie nak habaq , anak aku umur 15 tahun pun dah ludah parti UMNOAPCO. Jangan dok kelentong laaa , lagi depa kelentong lagi dalam depa nak jatuh.

Masa nak rayu melutut mintak undi , rakyat laa segala2nya dan tanpa rakyat mana wujud UMNO.

Bila dah dapat undi , rakyat dihina dan dibodohkan bukan setakat itu , boleh wujud UMNOAPCO dan menjilat kahak YAHUDI LAHANAT.

Khun Pana aka johanssm said...

Tak ada pelabur asing datang-salahkan Pakatan Rakyat


Baru baru ni ,Madey Kutty kata dia sokong diktator/kuku besi untuk tadbir negara...
Najis pulak kata berjanji akan buat huru hara jika apno tewas dalam pilihanraya umum.

apno ni dah lebeh teruk dari CPM ..Communist Party Malaya ialah parti komunis.
Ketua apno merancang dan ugut untuk jadi pengganas / terrorist sekiranya kalah.

Rakyat Malaysia mesti tendang kerajaan yang sokong keganasan.

Anonymous said...

Irans' foreign currency reserve is $100billion,and gold reserve pulak more than 30ton!iran under economic sanctions can achieve that,where as our ultra conservative chootmarani "award winning" banker pulak continues to do things that will eventually f*k bnm,our country,and the rakyat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.