Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, October 8, 2010

Peluang PAS di Terengganu Tipis?

KEbetulan saya bertemu dengan seorang rakan yang berasal dari Terengganu. Rakan saya ini sememangnya dari keluarga yang kuat menyokong PAS. Rumah beliau di Setiu pernah digunakan sebagai tempat ceramah dan pimpinan2 PAS seperti Ayahchik pun pernah berceramah di rumah beliau. Begitulah kuatnya PAS keluarga kawan saya ini. Cumanya, beliau berada di DUN Permaisuri dan kerap kali PAS kalah kerana undi Pos. Tapi menurut beliau, kalau dilihat pada undi orang kampung, PAS sering menang namun apabila dibawa undi Pos, PAS akan kalah di DUN Permaisuri.

Mengikut kawan saya ini,kerajaan UMNO bawah Mat Said sedang giat menjalankan projek-projek pembangunan di Terengganu sekarang ini. Berbeza dengan kerajaan yang lepas, Mat Said tidak mendiskriminasi rakyat TErengganu yang mengundi dan menyokong PAS. Beliau kata sehingga ibunya sendiri yang menjadi penyokong tegar PAS selama ini boleh mendapat bantuan kerajaan negeri.

Manakala kawan-kawan beliau ramai yang menjadi kaya kerana diberi kontrak walaupun ada kawan-kawan beliau yang bukan penyokong UMNO. Hanya sekadar orang atas pagar yang menjadi kontraktor.

Beliau juga menambah, kepimpinan Ayahchik hanya diterima oleh orang-orang yang kuat PAS sahaja. Malahan, mereka yang hanya sekadar pengundi PAS pun menolak kepimpinan Tuan Guru Haji Hadi Awang.

Beliau kata, muka-muka lama yang dikekalkan sebagai pemimpin negeri sebenarnya ditolak mentah-mentah oleh rakyat Terengganu. Tidak hairanlah Pesuruhjaya PAS Terengganu di"boo" oleh penyokong sendiri di Kemaman.

Beliau menambah, sepanjang pemerintahan PAS 4 tahun 1999-2004, tiada apa-apa perubahan yang dapat dilihat dilakukan oleh PAS. Amalan nepotisma di kalangan kepimpinan kerajaan PAS Negeri pada masa itu begitu ketara.

Beliau kata, kalau nak minta apa-apa dari exco, mesti cari sanak saudara exco tersebut untuk pergi berjumpa. Kalau tidak, jumpa pun tak boleh, apatah lagi untuk mendapat kelulusan.

Maka, imej PAS dikalangan pengundi atas pagar masih buruk. Lebih-lebih lagi di kalangan kepimpinan PAS negeri masih lagi mengekalkan muka2 yang lama.

Beliau berkata, kalau PAS tidak dapat membawa calon baru sebagai Menteri Besar bagi mengganti TUan Guru Haji Hadi, beliau tidak nampak adanya harapan PAS untuk menawan Terengganu.

Beliau sendiri sebagai pengundi dan penyokong PAS traditional belum tentu mengundi PAS dalam pilihanraya depan.

Saya cuba memujuk kawan saya itu. Saya kata, jangan sampai macam tu. KAlau tak nak pun, undilah PAS di peringkat Parlimen dan UMNO di DUN. Janganlah sampai undi UMNO di DUN dan Parlimen.

Beliau menambah undi-undi pos yang sedang dipindah ke Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang akan memastikan Ayahchik tidak menang satu kerusi pun dalam piliharaya depan.

SAya balas, Ayahchik harus berterima kasih kepada penasihat-penasihat beliau seperti Khazani, Dr Shamsuri, Hasan Ali, Ustaz Kayu dsbnya yang begitu aktif menghasut Ayahchik dalam mengagalkan September 16.

Kalau September 16 berjaya tempohari, nescaya masalah undi pos ini sudah dapat diselesaikan.

Ayahchik haruslah berterima kasih kepada nama-nama diatas (dan ramai lagi). Juga bukan setakat itu, Suwardi Yaakob, Dr Shamsuri, Roslan SMS, Hasan Ali dsbnya terlibat secara aktif di dalam percubaan untuk menjatuhkan MB Selangor.

Bayangkan, percubaan menjatuhkan MB Selangor Pakatan Rakyat datangnya dari pejabat Presiden PAS sendiri.

Balasan dari Allah SWT adalah dalam bentuk ini. Pengungi tradisi PAS Terengganu pun belum tentu mengundi PAS pilihanraya depan.

Maklumat saya dapat di Terengganu, aktiviti mendaftar pemilih pun lembab dan antara terlemah di Malaysia.

SAma seperti di Selangor yang mana PJ Selangor hanya tahu memfitnah PKR dan DAP dalam mesyuarat PAS Pusat. Apabila diminta laporan, sudah 3 bulan tiada laporan.

Hapah kerja pun PJ Selangor tak buat.

Anggaplah tulisan ini muhasabah kepada PAS Terengganu. Janganlah kerana wala', kepentingan PAS digadaikan.

PAS Terengganu amat mementingkan wala' kepada pimpinan. Mereka memilih pemimpin pun dengan melanggar perlembagaan parti dan mengikut sistem DAP. Ahli2 dan aktivis dilatih untuk wala' kepada pimpinan dahulu, kepentingan PAS kemudian.

Mungkin atas sebab itulah Allah SWT tarik kemenangan dari mereka? Wallahualam.

Tulang Besi










4 comments:

Anonymous said...

Kesian. Populariti blog tb dah merundum. Dah tak de issue, naik balik isu terengganu dan UG.

TB tau, dia hanya akan ada response kalau dia kutuk Mahathir dan juga bila bangkit isu UG.

Man dego said...

Dulu masa Haji hadi power orang ini dapat habuk aja kut sebab itu le ... la ni dia membebel.

Anonymous said...

AZmin ali pun masuk geng Hassan ali ke...??? sebab nak jatuhkan Khalid Ibrahim...>???

mahaza said...

Dun Permaisuri... hmmm... err... mmm.... he he he.....
ADUN dia skrg Old Boys sama la... susah nak komen...
Seriously... dari FB dia, kerap dia melontar pertanyaan kepada umum untuk dijadikan panduan dimana ianya juga datang dari rakan-rakan yang mungkin bukan ahli politik tetapi ramai yang berjaya dan boleh memberi buah fikiran yang bernas tanpa memihak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.