Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, October 8, 2010

Putrajaya vs Meluaskan Jangkauan LRT

SAya hairan melihat kota London. Pusat pentadbiran kerajaan England yang bernama Westminster telah berada di situ selama lebih seribu tahun. Malahan, rata-rata seluruh Eropah, pusat pentadbiran mereka berada di tengah-tengah metropolitan.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan2 Eropah ini adalah membina sistem pengangkutan awam yang efisyen dan pantas.

Kos membina Putrajaya, mengikut jawapan Perdana Menteri, adalah sekitar RM RM11,831 juta. Di samping itu, banyak lagi yang belum dipindah ke Putrajaya i.e. Istana Negara, kedutaan-kedutaan asing, Parlimen, kediaman-kediaman rasmi para duta dan banyak lagi.

Ini juga tidak termasuk kos operasi yang ditanggung 100% oleh Kerajaan Malaysia kerana Putrajaya terletak di bawah Perbadanan Putrajaya dan bukannya di bawah sebuah kerajaan tempatan. Rakyat di Putrajaya (yang tidak seberapa itu) tidak membayar cukai. Maka, wang untuk pentadbiran datang 100% dari kerajaan Pusat.

Pada waktu yang sama, setelah wujudnya Putrajaya, bilangan pejabat-pejabat yang kosong dan tidak disewa bertambah. Malahan, dianggarkan sekitar 50% bilangan pejabat di Kuala Lumpur kosong dan tiada penyewa lima tahun lepas.

Sekiranya kedutaan2 asing berpindah ke Putrajaya, apa akan jadi kepada bangunan-bangunan yang sedia ada di Malaysia? Misalnya, Kedutaan Arab Saudi sekarang ini berpusat di Wisma Chinese Chambers of Commerce. Sekiranya mereka berpindah, siapa yang akan menyewa ruang kosong itu? Ertinya, ramai lagilah orang yang akan kehilangan kerja.

Bukankah lebih baik dan bijak, RM11++billion digunakan untuk membina LEBIH BANYAK stesen LRT di Kuala Lumpur. Terlanjur itu, panjangkan KL Monorial untuk masuk ke dalam KL Sentral. Ini tidak, rakyat Malaysia terpaksa berjalan melintas jalan Bricksfield untuk menukar ke sistem keretapi yang lain.

Terbukti di negara Eropah apabila ada sistem pengangkutan awam yang efisyen dan pantas, masalah kesesakan lalulintas terhapus. Rakyat akan lebih suka menaiki sistem keretapi LRT dari memandu terutama apabila pergi ke tempat kerja.

Tetapi UMNO dan Dr Mahathir lebih suka membazir wang rakyat di atas projek2 yang tidak berguna seperti Putrajaya, PROTON, PKFZ,KLCC, F1, KLIA dsbnya. Bila buat jalan pun dikenakan tol ke atas rakyat.

Hasilnya, yang untung adalah kroni dan UMNOPUTRA sebab tanah Putrajaya dan KLIA sudah siap dibeli kroni2 UMNO terlebih dahulu sebelum dimajukan. Tak caya, tanyalah Mike Tyson.

Dengan kata lain, UMNO tidak pernah memikirkan nasib rakyat. Mereka cuma kesah pasal kebajikan kroni mereka sahaja. Di buat projek-projek pembangunan semata-mata untuk mengkayakan kroni.

Projek pengangkutan awam ini projek yang TIDAK MENGUNTUNGKAN KRONI. Serata dunia, sistem pengangkutan awam semuanya terletak di dalam tangan kerajaan negara masing-masing. Maka, projek seperti ini tidak dihiraukan oleh UMNO kerana untungnya sikit sangat.

PAda waktu yang sama, perbelanjaan untuk MEGAPROJEK di Malaysia adalah seperti berikut:

Koridor utara : RM17.5 billion
Koridor timur : RM112 billion
Wilayah iskandar :RM47 billion
Koridor sabah :105 billion
Koridor Serawak :107 billion


Juga, kerajaan yang sama merintih dan mengomel kerana bayaran subsidi minyak sahaja mencecah RM17.1 billion (pada tahun 2006)

Sekiranya UMNO membina sistem pengangkutan awam yang efisyen sedari mula, saya jamin Kerajaan Malaysia tidak perlu membayar subsidi sebegitu tinggi.

Yang hairannya, ada pula duit untuk buat mega projek seperti di atas.

Tulang Besi

5 comments:

Anonymous said...

Malu baca tulisan TB di atas...tiada analisa..penuh dgn andaian tanpa fakta jelas..nilai tulisan begini hanya layak dibaca oleh org2 d timbaktu jer...inikah yg d katakan international biz consultant?...penat kerajaan hantar pelajar melayu ke overseas belajar utk majukan bangsa agama tapi kalau inilah productnya..bajet tu patut bagi buat tandas awam jer...

Anonymous said...

Bukankah lebih baik dan bijak, RM11++billion digunakan untuk membina LEBIH BANYAK stesen LRT di Kuala Lumpur. Terlanjur itu, panjangkan KL Monorial untuk masuk ke dalam KL Sentral. Ini tidak, rakyat Malaysia terpaksa berjalan melintas jalan Bricksfield untuk menukar ke sistem keretapi yang lain.

1001% setuju

Anonymous said...

Anonymous October 9, 2010 1:05 PM
Jikalau begitu pendapat anda, apa kata anda tulis satu artikel yang penuh dengan fakta dan analisa yang kritikal. kita bandingkan artikel anda, dengan artikel yang anda ngomelkan tiada analisa dan fakta yang jelas ini. jangan tahu mengomel jek, buktikan juga anda lebih hebat, malah lebih hebat dari tandas awam.

joehan said...

bodonye TB ni..psl kl monorail tu..mmg skrng ni tgh nk smbungkn ke kl sentral pon monorail tu..ko dtg kl sentral ni tgk bangunan under construction tu...org bodo cmni pon blh tulis artikl n disanjung2 oleh budk2 bodo pr..adoilaa...mmg seswai org2 pr diskong oleh bdk2 bodo..hahaha..bodo punye bdk pr..

joehan said...

psl lrt plak..kn gov dh plan nk smbung yg kelana jaya line tu..ko ni xikuti perkembangan semasa lngsung..harap komen aku disiarkn..bodo la bdk2 pr ni..memalukn...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.