Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, October 7, 2010

Rahimi Othman Kawan Baik Saiful Bukhari

NOTA EDITOR: Soalan saya pada Rohaimi, bagaimanakah dua orang peguam, Saiful dan Latheefaa, boleh memaksa kamu membuat pengisytiharan bersumpah? Apakah kuasa Saiful dan Latheefa untuk memaksa Rohaimi berbuat demikian?

Sebagai seorang yang telah kandas belajar, sudah tentu beliau sering kesempitan wang.

Kalau YB Kulim, Lim Soo Nee, pun boleh ditawar sehingga RM20 juta, tak mustahil Rohaimi boleh dibeli dengan jumlah yang kurang dari itu.

Pokoknya hanya orang gila sahaja yang percaya Anwar meliwat.


Siapa Rahimi Osman?
Aidila Razak
Okt 7, 10
10:48am
Kongsi 68

PKR, yang mendapat publisiti buruk khususnya pada mesyuarat agung tahunan beberapa cabangnya sejak beberapa minggu kebelakangan ini, sekali mencuri tumpuan dengan pendedahan oleh Rahimi Osman.

Beliau membuat laporan polis semalam dengan mendakwa Ketua Penerangan PKR, Latheefa Koya dan Ketua Pemuda PKR Kedah Saiful Izham Ramli memaksanya membuat dua laporan bersumpah pada tahun 2008.

Dalam laporannya, beliau berkata akuan bersumpah berkenaan dipinda kandungannya untuk memalit dan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat tersebut.

Rahimi adalah pembantu Anwar pada tahun 2007 dan 2008 dan dikatakan antara mereka yang paling rapat dengan ketua umum PKR itu semasa pilihan raya umum.

Kandas di UIA


Beliau direkrut pada Mac 2007 bagi mengemas-kini blog Anwar, selepas kandas dalam peperiksaannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).

Jejaka berusia 25 tahun itu ditempatkan di pejabat PKR di Seksyen 16, Petaling Jaya yang juga dianggotai oleh kakitangan lain seperti Nik Nazmi Nik Ahmad, Sim Tze Tzin dan anak perempuan Anwar, Nurul Izzah - semua mereka sekarang ini adalah perwakilan PKR.

Seorang lagi kakitangan adalah Nathaniel Tan yang mengendalikan sebuah lagi pejabat di Phileo Damansara.

"Rahimi menyertai pada mulanya sebagai seorang sukarelawan. Tetapi beliau kemudian menguruskan semua temu-janji Anwar khususnya ketika tempoh pilihan raya kerana semua pembantu lain sibuk dengan kempen masing-masing,” kata seorang lagi kakitangan, Farhash Wafa Salvador.

Yang menarik, Rahimi adalah rakan sekolah Mohd Saiful Bukhari Azlan, di SMK Damansara Utama.

Saiful adalah pembantu kepada Anwar yang mendakwa dirinya diliwat tanpa rela oleh ketua pembangkang itu.

Rahimi juga adalah orang yang memperkenalkan Saiful kepada bossnya itu.

Perkara berkenaan didedahkan oleh Saiful semasa perbicaraan kes liwatnya itu.

Malah, nama Rahimi ditimbulkan sebanyak dua kali pada perbicaraan berkenaan.

Saiful juga membuat pengakuan bahawa Rahimi menghubunginya untuk berbual pada satu ketika pada Mac 2008 sebelum pilihan raya umum diadakan.

[Baca berita penuh]


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Rahimi karut, manipulasi akuan bersumpah
Dzulfikar Mashoor


PETALING JAYA, 7 Okt: Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah menganggap laporan polis terbaru yang dibuat oleh Rahimi Osman adalah karut bagi memanipulasi akuan bersumpah.

Rahimi, bekas pegawai khas Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menuduh dua peguam - Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli memaksanya menamakan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor pernah berjumpa Saiful Bukhari Azlan (saksi utama kes liwat) dalam akuan bersumpah (SD) keduanya pada 28 Jun tahun lalu.

Walhal katanya, Rahimi sendiri pada 23 Jun tahun lalu mempertahankan akuan bersumpah itu ketika memberi keterangan kepada polis.

"Ia suatu manipulasi fakta yang tidak benar," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini.

Manakala, Latheefa dan Saiful masing-masing turut menafikan dakwaan Rahimi kononnya memaksa diubah inti akuan bersumpah pertamanya di Quality Hotel sebelum ini.

Rahimi turut mengaku bahawa turut menyaksikan konsultansi Latheefa dan Saiful di Quality Hotel pada 28 Jun lalu memandangkan beliau merupakan kenalan paling akrab kepada Saiful Bukhari Azlan, saksi utama yang mengaku diliwat Anwar.

"Dari pemerhatian saya terhadap Rahimi, kedatangannya adalah untuk memberikan kerjasama kepada pihak kami (peguam).

"Saya boleh sahkan di sini bahawa tidak ada apa-apa paksaan ke atas beliau," tegas Sivarasa.

Disebabkan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Subang tidak menolak kemungkinan bahawa wujudnya satu lagi konspirasi untuk memburuk-burukkan parti serta Anwar, Ketua Umum PKR.

"Kita nampak ada tangan di belakangannya untuk merancangkan episod buruk ini," tegasnya.

Sebelum pada itu, Latheefa memberitahu bahawa Rahimi ketika akuan bersumpah kedua ditulis mengaku bahawa Mumtaz sebenarnya bertanggungjawab membawa Saiful Bukhari berjumpa Najib dan Rosmah.

Saiful Izham pula kemudiannya membangkitkan unsur keraguan yang tidak munasabah di sebalik kenyataan media serta laporan polis yang dibuat Rahimi itu.

"Yang menjadi kehairanan kami, sekiranya beliau ditahan oleh kami secara paksa, mana mungkin beliau bersama-sama dengan parti selepas dari itu untuk membantu kempen-kempen, khususnya di Permatang Pauh," ujar Saiful.

Manakala, peguam N. Surendren yang mewakili Latheefa dan Saiful Izham kemudiannya menuntut supaya Rahimi memohon maaf dalam masa 24 jam serta menarik balik tuduhan berunsur fitnah itu.

Tindakan undang-undang akan dikenakan, termasuk ke atas beberapa media arus perdana sekiranya Rahimi enggan berbuat demikian.

11 comments:

Anonymous said...

Tulang Besi..

Tulang besi kawan baik siapa ye...Tulang Besi lagi hebat..tak payah pakai peguam nak berbohong.. tak payah akaun bersumpah nak berbohong..hanya orang yang gila sahaja percaya Tulang Besi bercakap benar

Anonymous said...

Tulang besi berkata,

'Pokoknya hanya orang gila sahaja yang percaya Anwar meliwat.'

Kalo dah tau org gila sahaja yg percaya, kenapa Anwar nak menangguhkan-nangguhkan perbicaraan?
Berani kerana benar, takut kerana salah.

Mengenai hal Rahimi ini, masih awal lg untuk kita membuat persepsi, tp nyatanya perkara ini tidak akan berlaku sekiranya ANWAR SEGERA MENYELESAIKAN KES MAHKAMAHNYA. Bila da terjadi mcm ni jgn nak disalahkan sesiapa pula ataupun dituduh konspirasi kerajaan semata-mata.

Bila dah asyik tangguh-tangguh macam inila jadinya. Allah itu maha Besar, Sepandai-pandai tumpat melompat akhirnya jatuh ke tanah jua, pendedahan demi pendedahan akan terus berlaku sekiranya Anwar terus-menerus mengabaikan kesnya.

Jangan nak dituduh sesiapa kalo perkara yg buruk dikaitkan oleh Anwar, kerana Anwar sendiri yg melengah-lengahkan kesnya. Kalo rasa berada di pihak yg benar, selesaikan segera! Sekarang terimala hakikat satu permasalahan baru menimpa diri Anwar sekali lagi.

Anonymous said...

Berilah Rahimi ruang & peluang buat PC dulu..

Grand Marquis said...

'Pokoknya hanya orang gila sahaja yang percaya Anwar meliwat.'

Hanya orang gila sahaja yang percaya Anwar itu maksum.

Abd Razak said...

hanya org gile cam grand moron marquis je percaya DSAI meliwat...org bodoh cam ko dh xbyk kt dunia ni dh...tinggal spesisi terakhir cam ko je...si rahimi tu budak sekolah aku...mmg aku kenal sgt dh...awal2 dia pegang AIC pn aku dh nampak dia ni mmg xbetul...last2 bila jd kes saiful terus dia gelabah dan jauhkan diri dr PKRF dan AIC...so mmg aku xterkejut dia buat camni...org bodoh dan bangang je yg terkejut atau terkejut beruk (mmg spesis beruk pn) dgr berita ni...apa kata lpn ni ko lak buat pengakuan kene liwat ngan DSAI...ckp le ko kene satu hari 4 kali..baru gempak sikit utusan meloya nk lapor nnt...

Abd Razak said...

nk tau kenapa tangguh...cuba ko tanya pihak pendakwa knp takut sgt nk bg bahan bukti utk rujukan lawyer DSAI...semua kes pihak pendakwa dan pembela kene kaji bahan bukti utk dijadikan panduan dlm perbicaraan nnt...biar aku bg contoh...katakan nenek ko kene tangkap polis atas tuduhan merogol...pastu pihak pendakwa kata ada bukti kukuh...so mesti lawyer nenek ko nk tgk bahan bukti tu kn...ko bayangkan camna nk pertahankan nenek ko nnt time bicara bila bukti tu hanya pendakwa je yg dpt kaji sedangkan lawyer nenek ko xdpt...melainkan ko upah lawyer bangang utk membela nenek ko...mmg dia xkan mintak bahan bukti tu...so pokoknya hanya org bodoh je yg xmintak bahan bukti utk rujukan...dlm kes ni sama ada pendakwa xde bukti kukuh atau diorang takut nk tunjukkan bukti tu...so ada fhm x...org gile je percaya ngan kes bicara camni...

Anonymous said...

tapi satu kerajaan takot dgn insan bernama Anwar Ibrahim....

Anwar punya kekuatan luar biasa....rugi Malaysia lau Anwar x jadi PM...sgt2 rugi...

sape ckp Anwar maksum.....


p/s:
blog ni mendapat sambutan yg cukup menggalakkan drpd penyokong2 UMNO...

Anonymous said...

anuar ni kaki kelentong,yang aku tahu masa dalam penjara tak sakit pun belakang,tapi bila keluar mahkamah sakit bukan main lagi,dalam jel bolih main badmiton,tipu punya orang lah.kawan sempenjara

Anonymous said...

halo brader...jgn tanya sapa itu rahimi...lu tanya sapa itu keling paria yg halang hak demokrasi utk rakyat msia buat press confrence...dia ingat itu klang PKR punya kaa.....anwar brahim tuduh yg buat kecoh tu org luar...pada hal itu keling paria dia punya balachi ler....ini manusia satu jenis selalu salah org lain tapi lupa diri sendiri bukan malaikat....manyak bahalol punya olang

Anonymous said...

sesiapa yang bangun bertahjud doakanlah agar org yang di zalimi di pelihara Allah dan si pemfitnah di laknati Allah seluruh keturunannya.agar APCO dikeluarkan dari bumi Malaysia.

harap perkasa tukar Malysia ke Tanah Melayu balik....ada berani??

Anonymous said...

Setahu saya sekarang ni semakin ramai org dah tahu siapa anwar ibrahim sebenarnya. Pernahkan pemimpin2 PAS berjumpa dgn Saiful Bukhari Azlan dan mendengar dari mulut beliau sendiri cerita sebenar? Pemimpin PAS dan PKR tidak akan berbuat demikian kerana takut mendengar cerita sebenar. Jadi, teruslah hidup di dlam penafian dan tertipu oleh syaitan.

Oh ya, ini ada satu cerita menarik. Kalo tak brapa pintar berbahasa Inggeris, silah dapatkan penterjemah.


http://barkingmagpie.blogspot.com/2010/08/what-anwars-trial-really-means-by.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.