Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, October 2, 2010

Tengku Razaleigh Nafi Terima Perlantikan Pengarah PRK Galas BN

Ketika pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) beriya-iya mencanang persetujuan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya Umno-BN Bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Ahli Parlimen Gua Musang itu menafikannya.

Malah, sehari selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan persetujuan Tengku Razaleigh menyandang jawatan itu, Timbalan Presiden Umno turut mencadangkan beliau sebagai calon DUN Galas.

"Rakan, rakan, saya tidak berkata ya ataupun tidak. Saya akan menjelaskan berhubung Galas apabila saya pulang ke Malaysia,” katanya pada jam 6.35 waktu tempatan.

Kenyataan ringkas itu adalah reaksi sulung Tengku Razaleigh yang kini berada di luar negara kerana melawat Queen's University di Belfast, Ireland, terhadap pelantikan kontroversi itu.

Rentetan paparan twitter itu, bekas Presiden Semangat 46 yang dijadual pulang 9 Oktober ini, mendapat reaksi pengikut twitter yang bertanya: "Harap maaf Tengku, tetapi kenapa TPM asyik berkata bahawa anda telah persetujui? Bukan sekali tetapi hampir setiap hari.”

Tanpa memberi sebarang kata putus, Teng Razaleigh hanya berkata: "Itu, kita kena tanya beliau. Saya setakat ini belum membuat sebarang kenyataan.”

Sumber - .: TVSelangor.com :.

4 comments:

azman kamarul said...

Salam. TPM adalah orang nombor 2 di Malaysia sekarang ini.Ku Li adalah MP UMNO GUA MUSANG.Cuma Ku Li akhir-akhir ini sering mempertikaikan beberapa tindakan umno pusat terlebih lah lagi dalam isu royalti minyak Kelantan.

Biarpun begitu Ku Li masih orang umno yang berpegang kepada peinsip umno...pada hemat saya itu jelas seperti apa yang dihujahkan di Stadium Sultan Muhammad ke IV semasa ceramah perdana royalti minyak Kelantan tempohari.

TPM orang politik.Ku Li orang politik.Dua-dua datang daripada kandang yang sama.INGAT YANG HARUS KITA INGAT.

Anonymous said...

Tulang Besi..

Kenapa nilai berita KULI sebagai calun ni cukup penting.....sampai Tulang Besi pun nak menyibuk..Kerajaan PAS Kelantan cukup kuat..yakinlah Tulang Besi....

Anonymous said...

a cat n mouse game is now appenin between ku li n umno..umno wnats to expose ku li,thats thier agenda..

orang lama said...

Penderhaka kepada Sultan Johor iaitu Wak Din Sembab buat pengumuman merbahaya kepada ugama islam yg juga ugama rasmi negara ini iaitu - pelaksanaan pendidikan ' SEKS ' peringkat kebangsaan!!!

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2010%2F10%2F2%2Fnation%2F7145488

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=gUQJsRG4tOE

*Awas saudara saudari semua, puak2 ajaran sesat idealogi pluralisme dan liberalisme dan puak2 fasik munafik yg menyokong mereka telah menyerang dan mengancam akidah dan syariah umat islam di negara ini! berhati2 dan jangan mudah termakan umpan puak2 ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.