Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, November 11, 2010

Benarkah Berlaku Penyelewengan Di Dalam Pemilihan Keadilan

Sekarang ini zaman internet, zaman teknologi informasi, zaman perakam suara dalam telefon, zaman kamera dalam handfone, zaman blog, zaman Photobucket, zaman 4Shared Folder, zaman MP3 recorder dan sebagainya.

Ertinya, zaman ini JAUH lebih sukar untuk menutup penipuan dan penyelewengan berbanding dengan "yang telah telah" (kata orang Kedah).

Arakian, kalau benar ada penyelewengan dan penipuan dalam pemilihan PKR seperti yang didakwa oleh Zaid Ibrahim dan Haris Ibrahim (adik beradik ke?), maka saya memohon dengan segala hormatnya untuk mereka mem"publish" bukti tersebut di dalam blog2 mereka untuk ditonton oleh khalayak ramai.

Kalau pihak kepimpinan PKR tidak mahu mengambil kira bukti2 tersebut, biar mahkahmah rakyat yang menentukannya.

Apa yang saya benci adalah Zaid Ibrahim dan Haris Ibrahim menghentam kepimpinan PKR kononnya mereka menipu dan berbohong, tapi SATU HABUK bukti pun kita tidak lihat.

Tak perlu memarahi Anwar, Azmin, Gobala dsbnya. Rakyat Malaysia yang menyokong PKR dan PAS dan DAP bukan bodoh. Kalau kami bodoh, kami akan sokong UMNO.

Tak perlu maki Anwar dan Saifuddin. Cukup dengan kamu membawa bukti yang jelas berlakunya penyelewengan yang dahsyat seperti yang kamu dakwa itu.

Dari kenyataan awal kamu, seolah-olah penyelewengan pemilihan PKR ini laksana pilihanraya umum di Mesir, di mana penyelewengan berlaku depan mata. Tapi, kalau begitu dahsyat dan sadisnya penipuan dalam pemilihan Keadilan, mengapa tiada satu bukti pun yang dipertontonkan kepada khalayak umum.

Para wartawan dari akhbar alternatif juga mengikuti perkembangan pemilihan PKR secara rapat. Namun, tiada satu pun akhbar tersebut melaporkan penyelewengan yang begitu sadis berlaku seperti yang di dakwa oleh kedua-dua anak ibrahim ini.

Jangan kita menang sorak, kampung tergadai. Kalau sayang perjuangan, lebih baik kita menerima kekalahan dengan hati terbuka dan teruskan perjuangan kamu.

Sedih saya melihat gelagat mereka yang tidak mahu menerima kekalahan seperti ini.

Saya tak nafi ada kelemahan dalam perjalanan pemilihan PKR tersebut. Itu semua orang maklum. Namun, berlaku penyelewengan dan tipu undi? Susah saya nak percaya.

Anyways, saya menunggu bukti untuk dikemukakan oleh kedua-dua anak Ibrahim ini.

Terima Kasih

Tulang Besi

10 comments:

Anonymous said...

bagi aku lah yg ader otak nie.....pun ragu dgn keputusan kat sabah aritu....mcmana peratusan mengundi tiba2 meningkat sampai 400% dari tempat lain....dah mcm kat Galas kawasan org asli....kalau kau percaya maknanya kat Galas pun UMNO tak menipulah....otak akulah....

Anonymous said...

Ye lah TB, di zaman serba canggih ni tentu banyak bukti boleh dapat, macam penyelewengan UMNO menang pilihanraya Dan UFO. Mesti banyak boleh jumpa Dan ternyata benar...

Anonymous said...

Lebih berat lagi Zaid dah mula main kasar dengan menyerang perbadi bang nuar.
Aku nak tanya Zaid,sekiranya kamu masuk Pkr kerana keADILan maka terimalah keputusan yang tidak memihak kepada kamu.
Mengapa kamu nak condem tokoh nombor wahid yang paling ditakuti oleh umno.
Sebab itu aku tak nafikan ada beberapa kawan yang mengatakan kamu seolah olah ejen umno masuk kedalam Pkr untuk memporak perandakan kekukuhan parti.

Anonymous said...

hahaha..zaid ciakap nak tubuhkan parti keadilan baru..man,hotak loyar berok anglo jagoh kampung crony capitalist is so stupid..nak taroh satu nama ori pun tak tau..so easy,PUB(Parti Ultra Bodoh)..kahkahkahkah..for sure RPK,kick d pungkok,msk,rocky,zorro?,pundek lankan haris,couple of anglo drunkered bhangra bufoons,loyars n pub n bistro lovers who like to shout HUMAN RIGHTS! akan masok..but the key thing is whether or not mr "tak tentu arah selalu kena tipu" ku li nak masok or not..ku li n raja petra will try to tarik the royal stouts(moreover ku li boleh inject $$$)..and then there is the hindraf group who probably got the backing of lee kuan yew/temasik holdings and hindu taliban BJP(who knows CIA pun ada tolong siki2 kot..bankrupt amerika is desparate to regain artificial power by using bodoh pawns like waytha,n uthaya)..bangkai separa nyawa madey a/l kutty will wait n see(as usual lah)..and hopefully,couple of imam palsu aka farksis oso masok to give the party the "melayu muslim flavour"(makcik pakcik,owang asal for sure will tertarik to see raja kelantong's harley,zaid wealth..ish ish..melayu pandai ngok..ada mechedeh,ada motor busat,ada dui kalu pandai..yes?)..kahkahkah

Marhaen Kacak said...

zaid lepas ni nak tubuhkan parti tongkat ali lor... lagi gagah perkasa dari PERKASA.... boleh tidur sebantal dengan pok him ali..hahaha

Dato' Najib Buta Sejarah

Anonymous said...

memang BODOH BAHALOL jer jawapnya siapa yg sokong PKR....parti anak branak, parti cap ayam.....PUNGKOK KENA ROBEK (PKR)

Anak Perelih said...

dian nak tubuh parti islam liberal malaysia kut... kan puak puak yg sokong di tu kebanyakannya geng geng islam liberal dalam PKR...

Anonymous said...

liberal or not..puak anglo r finito..souless bums they r!..how many attended his ceramah dat day in kedah?..only f*kin 100!he is a f*kin loyar..he should have lodged police report,sue pkr,show evidence..instead he is farting around..sudahlah jagoh kampong zaid..people r not fooles..ur chongs backfired bigtime..u n ur anglo bum rpk gave away lots of clues..

Anonymous said...

Bukan persoalan zaid nak jatuhkan PKR tetapi masalah sebanyak 162 aduanbelum dapat disiasat oleh kepimpinan PKR. Belajar dari sejarah..brother semua ooi.. parti UMNO telah ditubuh dan diperjuangkan oleh Dato Onn tapi akhirnya dia sendiri yang 'mengkhianati' parti dengan kenyataan untuk membukanya kepada kaum lain sedangkan beliau merupakan seorang pejuang penyatuan bangsa melayu yang bukan calangnya tetapi beliau telah silap langkah dengan bertindak sedemikian. Adakah Anwar juga tidak tersilap langkah dalam memperjuangkan keadilan?

Beliau hanya manusia biasa dan kadang-kala sebagai manusia sikap kepentingan diri kepada keluarga dan kaum kerabat juga ada..

Oleh demikian jika dalam kes ini ada kelemahan maka siasatlah. Tidak rugi pihak PKR membuat tindakan siasat ini. Tuduhan yang melulu kepada kedua-dua pihak akan dapat diselesaikan jika pihak atasan PKR mengambil berat aduan yang dilemparkan oleh ahli... Ular yang menyusur akar tidak hilang bisanya.

free force said...

Salam ,,, Isu yg menjadi pkok perbincangan ialah, apa pemilihan yg di adakan pkr ini telus dan adil... Kadang2, jarang sekali kita mempunyai bokti yg cukup kukuh,,, sebab itu bila mana org yg sepatut sabit kesalahan bisa lepas dari hukum, walaupun hakikat realitinya dia yg memang bersalah??? Ini telah banyak berlaku di alam dunia??? Kalau nak cari bokti perkara itu bukan lah mudah??? Namun dari segi hakikat memang berlaku ??? Jadi biarlah kita mengunakan akal secara bijak dan rssional, berpadtukan akal yg waras??? Dalam pemilihan pkr yg berlaku, bukan zaid seorng yg mengadukan ketidakadilan berlaku, termasuklah mustapa kamel,dan cikguburt??? Ini sudah memboktikan perkara ini memang berlaku, apalagi dgn ahli2 pkr yg lain??? Tidak ada yg menipu atau membuat putar belit ini, akan bercakap dia yg menjadi penipu??? Janganlah bla mana org membuat laporan , maka sewenang di tuduh sebagai pengecut dan sebagai nya. Anwar sendiri pernah memngunakan duit dalam pemilihan ketua umno dulu??? OK... Persoalan sekarang, sekira 3 calon yg membuat aduan kepada pkr tidak di ambil tindakan??? Sudah tentu pk itu ,sudah nampak di adil dan telus,,,sedangkan kan pkr melaongkan keadilan untuk semua. Di mana ,, tauladan melalui berbuatan??? OK kita terima jua keputusan yg di buat,,, bermakna azmin akn menang besar??? Kan persoalan nya , apakah kemenangan yg tersebut bermaruah dan berintergriti,,, sudah tentu di kelangan ahli dan pendokong di luar yg bukan ahli pkr,,, mempersoalkan perkara ini. Apakah dgn kemenangan yg tidak bermaruah akan menjadi tradisi dalam pkr>....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.