Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, November 29, 2010

Kuasa Ketiga (3rd Force) Adalah Gerakan “Anti Islam”

Saya nampak sebuah corak mula terbentuk. Kumpulan yang diketuai oleh Haris Ibrahim dan Raja Petra ini sudah mula melaungkan ketidak puasan hati mereka kepada PKR dan kepimpinan Anwar Ibrahim. Pada pemilihan baru2 ini, mereka ini dilihat menyokong Zaid Ibrahim secara terbuka.

Kepada mereka yang mengikuti media2 berbahasa Inggeris di Malaysia ini sudah tentu mengenali penulis seperti Helen Ang and laman web “http://hartalmsm.wordpress.com/”. Pembaca sudah tentu akan melihat betapa kumpulan ini memusuhi apa sahaja agenda yang berbau ataupun bernama Islam. Haris Ibrahim sendiri terkenal sebagai tokoh yang terang-terang menolak hukum syariah dan hukum jenayah islam. Malahan, beliau cuba untuk meng”halal”kan murtad di Malaysia dengan kumpulan “Artikel 11” mereka.

Semenjak tertubuhnya Kerajaan Pakatan Rakyat di beberapa negeri, kumpulan “Haris Ibrahim” ini dilihat amat kritikal dan bechok sekali memaki DAP kerana beberapa polisi Pro Islam yang dilaksanakan oleh DAP. Malahan, laman web “Hartalmsm” ini secara terbuka memaki Guan Eng kerana menjadikan Saidina Omar Abdul Aziz sebagai rujukan beliau.

Juga, tidak dinafikan laman web Hartalmsm ini adalah pro Israel dan pro zionis.

SEMUA PARTI DI MALAYSIA MESTI BERGERAK KE TENGAH UNTUK KEKAL MEMERINTAH

Amat bodoh bagi sesebuah parti yang mengekalkan agenda “elitis” mereka yang semata-mata mahu memuasakan nafsu serakah mereka sahaja tanpa mengira perasaan, kebimbangan serta hati nurani majoriti rakyat Malaysia.

Itulah sebabnya PAS Terengganu kerapkali kalah pilihanraya. Kepimpinan PAS Terengganu lebih suka bercakap pasal wala’ dan ketaatan kepada pemimpin dari menyelami perasaan serta hati nurani rakyat Terengganu yang tidak semestinya anti Islam atau menolak Islam. Tak hairanlah, Pesuruhjaya PAS Terengganu di sorak (di boo) oleh penyokong sendiri di Kemaman.

Begitu juga DAP. Mereka sedar mereka harus memikat hati orang Melayu dan Islam. Oleh sebab itu, pegangan politik mereka yang “ekstrem” satu masa dahulu, mereka korbankan. Mereka memulakan langkah memahami hati nurani dan sanubari pengundi Melayu dan Islam bermula dari pengundi2 Melayu PAkatan Rakyat.

Maka, pegangan ultra secular DAP semakin hari semakin longgar dan pegangan Islam mereka semakin hari semakin ketat. Tak hairanlah UMNO melalui agen mereka Khusrin Munawi kelam kelibut cuba menghalang wakil2 rakyat DAP berbuka puasa di masjid2 dan surau2.

Mana pernah dalam sejarah Barisan Najis wakil2 rakyat MCA dan MIC buka puasa di masjid2 dan surau2. Tapi sejarah dicipta di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Wakil2 rakyat DAP berpusu2 menghabiskan ramadhan bersama-sama orang2 Islam dan orang Melayu berbuka puasa bersama.

Saya dapat laporan, wakil rakyat DUN SUbang Jaya, berbuka puasa bergilir-gilir surau di dalam DUN beliau untuk KESELURUHAN RAMADHAN. Ertinya, besok nak raya, beliau masih lagi berbuka puasa dengan penduduk Islam di salah sebuah surau di DUN beliau.
Ertinya, DAP lebih mudah dilentur dan dirapatkan kepada kefahaman Islam yang sebenar berbanding MCA ataupun MIC. MCA dan MIC berkawan dengan UMNO dan UMNO sendiri menolak Islam dan menolak hukum Allah. Mana mungkin MCA dan MIC mampu memahami Islam?

KUMPULAN KETIGA TIDAK SUKA DAP KENDUR DENGAN ISLAM

Sebenarnya, inilah sebab mereka marah sangat dengan Anwar dan menolak Azmin sebagai Timbalan Presiden seterusnya menyokong Zaid Ibrahim. Bukanlah mereka ini suka sangat Zaid Ibrahim tu, tapi mereka melihat peluang mereka memanjangkan agenda ultra sekularisma mereka dapat dilaksanakan dengan sokongan kepada Zaid Ibrahim.

Namun, apakan daya, pengaruh Zaid dalam PKR tidaklah setinggi yang diharapkan. Hatta di Sabah sendiri Zaid ditolak oleh ahli-ahli PKR. Sokongan dari Jeffery yang diharap-harap tidak kesampaian kerana Jeffery sendiri tidak sepopular yang disangka di Sabah.

PKR sepatutnya memikirkan tokoh lain yang tiada sejarah hitam untuk Sabah. Ikuti contoh yang ditunjukkan di Sarawak. PKR menaikkan pemimpin dari kalangan mereka yang tiada rekod buruk dan bermasaalah.

Maka, dengan gagalnya projek mereka menaikkan Zaid Ibrahim, maka terpaksalah mereka mencari platform baru untuk mengenengahkan agenda ultra sekularisma mereka. Maka keluarlah cadangan “Kuasa Ketiga” (3rd Force) dari orang-orang seperti Haris Ibrahim dan Raja Petra Kamaruddin. Mereka ini tidak lain sedang mencuba untuk mewujudkan kumpulan pendesak yang komited kepada ideologi ultra sekular mereka.

KUASA KETIGA DIJEMPUT NAJIB MENYERTAI BARISAN NASIONAL

Saya tak terkejut kerana Najib sendiri bukanlah pemimpin yang hiraukan halal dan haram. Najib dengan mudah telah meluluskan lesen judi bola tanpa sedikit rasa dosa atau risau. Maka, bagi saya, hanya menunggu masa sahaja geng2 Kuasa Ketiga ini memberikan sokongan mereka kepada Najib TUn Razak. Mereka akan sedar bahawa agenda anti Islam mereka lebih sesuai dijalankan di dalam Barisan Nasional dan UMNO berbanding Pakatan Rakyat.

Dalam Barisan Nasional, KESEMUA parti menolak hudud dan hukum syariah Islam. Parti2 ini termasuk UMNO, MCA, MIC, Gerakan dsbnya. Mereka juga menolak apa sahaja usaha memartabatkan Islam serta mereka menyokong apa sahaja usaha yang diharamkan Islam i.e. Judi Bola.

Kumpulan Kuasa Ketiga ini hanya menunggu masa menjadi barua dan budak suruhan UMNO serta Barisan Nasional, pada pendapat saya. Mengapa? Kerana ideologi (akidah) mereka adalah sama dengan UMNO dan Barisan Nasional = Anti Islam.

Tulang Besi

ps. Allah SWT telah beri nikmat kepada TUlang Besi kerana Tulang Besi telah bertemu secara pribadi dengan kesemua Presiden/Yang Dipertua Agung PAS kecuali Dr Burhanuddin Helmi dan Tuan Haji Ahmad Fuad.

Tulang Besi sendiri pernah bertemu dengan Dr Abbas Alias, Presiden/YDP Agung PAS yang kedua sewaktu beliau menjadi Pengerusi Masjid Jamek Kuala Lumpur. TUlang Besi masih ingat arwah Dato Asri datang ke rumah Tulang Besi kerana jemputan makan malam oleh arwah bapa TUlang Besi dan TUlang Besi masih ingat Arwah Yusuf Ar Rawa datang ke kedai TUlang Besi dan arwah bapa TUlang Besi bawa beliau berjalan dengan menaiki lori 1 tan.
Alhamdulillah syukur nikmat kepada Allah SWT.

11 comments:

Grand Marquis said...

Saya harap semua pembaca TB ingat artikel ini. Hari ini kita lihat TB kata 3rd force tu anti-Islam.

Nantilah, bila PAS berkawan dengan 3rd force ni atau 3rd force sokong Anwar balik, kita akan lihat TB berubah warna.

Dulu bukan main TB kutuk RPK. Tapi bila RPK sokong PKR dan Anwar, bukan main TB agungkan RPK. Bila RPK kutuk balik PKR, tiba-tiba TB berubah warna pulak.

Sama juga dengan Zaid Ibrahim. Dulu masa dalam PRK dulu bukan main. Hari ni dah mula bunyi lain dah.

Kita tunggu dan lihat.

p.s. kenyataan paling lawak dari TB: Maka, pegangan ultra secular DAP semakin hari semakin longgar dan pegangan Islam mereka semakin hari semakin ketat.

ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha....

Anonymous said...

I support Zaid. Azmin is the problem in PKR for us laymen.

Anonymous said...

//I support Zaid. Azmin is the problem in PKR for us laymen.//
so u mengaku r a dumbo moron,and smart ones r problematic,and dont have the rights to be a top leader?

Anonymous said...

the chances of grand mairendi becoming a begger on the street is greatar than pakatan bersatu ati with 3rd fart force..wanna hedge fokker??

Anonymous said...

3rd fart force ketua poondek pootra dah psycho..KCN..i wanna vote for him for lifelah..i m getting ready wit banner "long live pundek pootra".."hidup anglo pariah".."delta f*king with bankrupt anglo banks is good for ur health"

Anonymous said...

sokong TB

yes said...

Terima kasih TB. Teruskan usaha anda untuk menyedarkan orang ramai. dia nak setuju atau tidak dengan pandangan anda, terpulanglah.

Ingatlah , sedangkan bila nabi SAW nak mengembangkan Islam betapa ramai dari kaumnya yang memusuhinya. Inikan pula bila anda menulis tentang politikal scenario hari ini. Semua orang ada pandangan sendiri, jika mereka tidak bersepedapat itu hak mereka, tetapi ingatkan mereka tulislah dengan cara beradab.

Anonymous said...

TB,

Kenyataan kau..."Maka, pegangan ultra secular DAP semakin hari semakin longgar dan pegangan Islam mereka semakin hari semakin ketat."

Huuuuh! tak sangka kau boleh tulis macam itu. Otak kau nie dah mereng kot....

Anonymous said...

asian anglo pariahs r so stupid,they deserved to b raped,sodomised by their basterd bankrupt,failed,fraudulent anglo banks..but,our local anglo pariah dogs like to show off that they r some specel breed..that they r above everbody..problem is,due to thier extreme kepukimaan,there is a very very very high possibility that our hard earned money,our assets will end up in the basterd fraudulent bankrupt anglo banks safe deposit boxes..

zakwan said...

Hold your horses there ,TB
I do not know where you got the idea that the 3rd force is anti Islam

I'm gonna have to disagree with what you said about Haris and RPK

I remember Haris defending the Ngeh-Nga cousins who are under fire from UMNO and their NGO lapdogs for reciting the Quranic verses in many of their public speeches
Haris also reiterate the fact that the Quran belongs to all of humanity, not just Muslims

As for RPK, he is well known for his secular/liberal stand on Islam but he's never been anti Islam
Sure, he is against Hudud but believes that from a legal and constitutional standpoint, hudud cannot be implemented
Let's not forget that PAS needs to win 2/3 of federal seats to declare Malaysia an Islamic state and amend the current laws to include hudud

Last I check, he never supported issuing gambling license to cronies or establishing an entertainment hub for the sake economical progress

zakwan said...

3rd force is formed in conjunction with the numerous defections of several PR MPs and state assemblymen who betrayed their respective constituencies with the most defectors coming PKR

Haris stated that this initiative is to search for capable and worthy candidates to assist Pakatan for the upcoming general election

Sure the 3rd force are disillusioned with Pakatan primarily PKR but they hate BN even more

Want to talk about anti Islam movements, look at UMNO, MCA, Sisters in Islam and many others

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.