Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, November 12, 2010

Mahkota Hospital Melaka TIdak Izin Pekerja Wanita Pakai Tudung

Rupanya, dalam sebuk-sebuk UMNO ke hulu ke hilir menjaja kononnya hak Melayu semakin tergadai, Islam semakin dalam bahaya, DAP semakin ganas menentang Islam, rupanya dalam negeri Melaka sendiri Islam dihinjak-hinjak.

Beza Melaka berbanding negeri lain dalam Persekutuan Tanah Melayu adalah UMNO menguasai 2/3 kerusi di Dewan Undangan Negeri Melaka. Maksudnya, UMNO mampu memerintah Melaka TANPA Barisan Nasional ataupun parti2 lain.

Namun, dalam negeri yang dikuasai sepenuhnya UMNO ini, hospital Mahkota Melaka telah tidak mengizinkan pekerja wanita mereka memakai tudung. Saya sendiri melihat dengan mata kepala saya betapa pekerja2 wanita ini memakai ID yang ada gambar mereka memakai tudung, tapi di depan saya mereka membuka tudung.

Rupanya, ia adalah arahan rasmi dari pentadbiran Hospital Mahkota Melaka dan ia berlaku di bawah pengawasan kerajaan UMNO Melaka.

Kalau di negeri yang mereka kuasai 100% macam ni pun mereka tidak dapat memperjuangkan hak orang Islam yang begitu mudah, apa lagi yang boleh kita harapkan dari UMNO.

Janganlah sampai kita jadi macam Indonesia. Pekerja2 perempuan diberi arahan secara terbuka untuk tidak memakai tudung. Sekiranya mereka memakai tudung, nescaya mereka dibuang kerja.

Kalau tak salah saya juga, Mahkota Hospital ini juga sebuah Hospital kepunnyaan Singapura.

Ikutilah rakaman perbualan Tulang Besi dengan salah seorang dari pekerja Mahkota Hospital dengan klik di bawah:

Rakaman Perbualan Tulang Besi dengan Pekerja Mahkota Hospital Berkaitan Larangan Pekerja Memakai Tudung

22 comments:

Grand Marquis said...

Dalam hari-hari terakhir sebelum memulakan ibadat haji, TB sepatutnya menumpukan perhatian pada ibadat yang perkara-perkara yang boleh membawa manfaat kepada mencapai haji mabrur. Bukannya berada di tanah suci Mekah sambil terus memanjatkan berita-berita yang belum sahih kebenarannya.

Untuk seketika dalam hidup, bermuhasabah dirilah, lupakan urusan dunia, khususnya urusan politik yang penuh fitnah, manipulasi dan pembohongan.

Hj. Idris Embong said...

Tinggalkanlah hak memakai tudung kepada wanita Muslim agar ditentukan mereka dengan akal sendiri.

Ingatlah. Islam yang memaksa itu Islam yang palsu.

Walhal dalam Islam tiada paksaan, dan Islam itu benar-benar Islam hanya kalau ianya muncul dari hati sanubari dengan sendirinya.

Yang selainnya, Allah S.W.T. lah saksi kata-kata dan perbuatan kita. Dialah hakim, bukan kita. Hanya ini yang adil dan betul.

Sekian.

Akhir kata, untuk pengetahuan saudara, saya bukan penyokong UMNO sama sekali malah saya menolak UMNO sekeras-kerasnya kerana ianya parti yang sudah dimakan rasuah dengan sedalam-dalamnya.

Saya menggesa saudara dan para pembaca agar jangan campurkan politik parti dengan agama Islam; sesungguhnya Islam lebih suci dari motif dan kemahuan politik semata-mata.

Wassalam.

Anonymous said...

INI PERKARA BESAR BAGI UMAT ISLAM ianya berlaku lama sudah menjadi DURI dalam dalam daging kuasa mutlak yang ada hanya bergantung terkentul-kentul ditangan umno dan serumpun Bn keparat tiada penyelesaiannya hingga kiniPPIM yang ada hanya sebagai wayang UMNO,Tidak dapat memrobek menyelesaian yang berlarutan begitu lama,perkara ini bukan benda baru lagi.Kalau mahu duduk sebangku dengan UMNO ta'payahlah kita tahu umno ini jembalang dalam wayang kulit.

Anonymous said...

Perkara ini telah berlaku lama sudah ssyarikat-syarikat dan company-company ini yang pergurusan bukan tidak peka akan hukum-hakam Islam tetapi sesetengahnya cuba untuk memasang niat merusak aqidah orang Islam dan Memalukan maruah Islam itu sendirimenjadi DURI DALAM DAGING.
Apa puak Umno buat sebagai tunggak yang memerintah,hanya tahu menerima untung yang banyak tetapi membiarkan AGAMA ISLAM TERGADAI.

Anonymous said...

hallo bro...setakat komplen mcm ni apaguna bro...lu cari duit la buat hospital islam....sebab org jenis mcm lu la umat islam terus ketinggalan dibelakang...yg tahu hanya komplen org lain tanpa melihat kelemahan sendiri....hak org lain apa u nak pertikai...kalau kita kuat...ada duit boleh buat hsopital sendiri bantu umat...perkara mcm ni tak berlaku...yg hang tahu tulis dlm blog sampah hang ni dan komplen mcm mcm pasal org lain tanpa hang melihat sendiri bahawa mentality mcm hang ni lah penyumbang kepada kemunduran umat islam dimalaysia....sory i pitty u bro!

Barangkali komen saya sebelum ini tak tersampai. Saya ingin kirimkan lagi sekali.

Tinggalkanlah hak memakai tudung kepada wanita Muslim agar ditentukan mereka dengan akal sendiri.

Ingatlah. Islam yang memaksa itu Islam yang palsu.

Walhal dalam Islam tiada paksaan, dan Islam itu benar-benar Islam hanya kalau ianya muncul dari hati sanubari dengan sendirinya.

Yang selainnya, Allah S.W.T. lah saksi kata-kata dan perbuatan kita. Dialah hakim, bukan kita. Hanya ini yang adil dan betul.

Sekian.

Akhir kata, untuk pengetahuan saudara, saya bukan penyokong UMNO sama sekali malah saya menolak UMNO sekeras-kerasnya kerana ianya parti yang sudah dimakan rasuah dengan sedalam-dalamnya.

Saya menggesa saudara dan para pembaca agar jangan campurkan politik parti dengan agama Islam; sesungguhnya Islam lebih suci dari motif dan kemahuan politik semata-mata.

Wassalam.

Anonymous said...

betapa pendustanya yang mengatakan pihak pengurusan mahkota medical center melarang kakitangannya daripada mengenakan tudung ketika bekerja
[img]http://www.thedailystar.net/photo/2010/04/10/2010-04-10__h04.jpg[/img]

[img]http://www.nowbali.co.id/wp-content/uploads/2009/05/64Slice-CT-Scanner-MMCnew.jpg[/img]

[quote]MAHKOTA MEDICAL CENTRE, MALACCA

64Slice-CT-Scanner---MMCnewMedical Tourism means traveling abroad to receive medical, dental and cosmetic care. Mahkota Medical Centre in historic Malacca, Malaysia is the regional leader in medical tourism. Patients and travelers from Indonesia, Singapore and elsewhere in Asia travel to Malacca to avail of Mahkota’s Health Care services. For everything from a comprehensive health screening, curing orthopedic sports injuries or undergoing a major surgical procedure. Mahkota Medical Centre prides itself on being Asia’s medical care value leader.

Take Health Screening, a traveler can check in to Mahkota’s health screening centre in the morning, take all of the tests and examinations and then consult with one of the centre’s doctor and receive the complete results all in the same day. The cost for the men’s’ and women’s wellness screening, which includes all tests, laboratory reports and doctor’s consultation is USD 188 or about Rp 2.100.000,-

Mahkota Medical Centre believes that “value is the name of the game in medical tourism”. Patients, first of all, insist on highly qualified and respected doctors with international credentials then next they look for a lower cost overall than they can find in their home country. In Malacca they have an inexpensive and fascinating holiday getaway as part of the package. [NOW]

Kuta Galeria, Jalan Patih Jelantik Blok PM 1 No. 11 Kuta, Bali
P. 0361 769 062 www.mahkotamedical.com[/quote]
http://www.nowbali.co.id/whats-on-may09/

AmenoWorld said...

TB : nampaknya umat islam semakin terseksa ya tinggal kat malaysia neh kan?

joe said...

xbley nak buat apa ble org islam sndiri yg pkai tdung g2-g2 jer..
ble org gertak skit dah kecut...
klo depa btol2 islam,kompem dh chow awal2 dr c2..

L@n@ a.k.a Mak Budak said...

saya minta izin share .. terima kasih ..

sYafIkJacK said...

melaka dah amat teruk dah , sekolah orang jahat kat situ , sekolah orang mengandung kat situ , orang tak boleh p[akai tudung pun ad kat situ .

L@n@ a.k.a Mak Budak said...

salam betul ke berita ini??? dapat feedback dari orang melaka mereka kata masih ada orang yg betudung di sekitar hospital..

Rohazam Bin Bakar said...

Pertama sekali, Kerajaan Negeri Melaka takde kena mengena dgn pentadbiran MMC nih. Lain la kalau Hospital Putra, mmg kerajaan negeri yg punya.

Saya boleh conformkan yg isu tudung kat MMC ni betul, tapi pada Front-desk jer.
Department lain boleh pakai tudung. Sepupu mak saya Sister kat MMC dibenar pakai tudung, nurse di klinik2 pakar pun ramai yg pakai tudung.

Tadi saya call sorang minah ni, sebelum ni dia keje kat MMC front-desk utk patient registration. Dia kata mmg MMC buat policy macam tu. Masa interview MMC dah maklumkan yg post kat front-desk tak bole pakai tudung. So yg tak pakai tudung tu mmg sukarela tak pakai tudung, bukan dipaksa jgn pakai tudung.

Dimaklumkan jugak awal tahun 2010 staff Muslim MMC ada buat petition pada management utk membenarkan staff front-desk Muslim utk memakai tudung. So far tak tau apa feedback management MMC.

Dan MMC ni mmg ada lain macam sikit, ada 86 Consultant/Specialist yg tetap & visiting, tapi cuma 7 Consultant/Specialist Melayu/Muslim. Yang 7orang ni pun patient selalu kena curik, saya dpt tau nih biler dok borak dgn staff mmc yg buat part time berniaga kat uptown Pahlawan Walk. Diorang naik kesian tgk 7 org doktor nih kena pegi buat talk sana sini tapi bila patient dari talk tu masuk, mcm ada komplot hantar patient tu pd doktor lain... yg 7 org tu tak nak bising2 sbb nnt tak bole cari makan...

so sape ade maklumat tambahan bgtau la yer...

Rgds,
Rohazam Bakar

Tulang Besi said...

L@n@ a.k.a Mak Budak said...

salam betul ke berita ini??? dapat feedback dari orang melaka mereka kata masih ada orang yg betudung di sekitar hospital..
.

Betul. Rakaman ini saya ambil dari pekerja Mahkota sendiri.

L@n@ a.k.a Mak Budak said...

terima kasih TB ..

Tulang Besi said...

Tadi saya call sorang minah ni, sebelum ni dia keje kat MMC front-desk utk patient registration. Dia kata mmg MMC buat policy macam tu. Masa interview MMC dah maklumkan yg post kat front-desk tak bole pakai tudung. So yg tak pakai tudung tu mmg sukarela tak pakai tudung, bukan dipaksa jgn pakai tudung.

Dimaklumkan jugak awal tahun 2010 staff Muslim MMC ada buat petition pada management utk membenarkan staff front-desk Muslim utk memakai tudung. So far tak tau apa feedback management MMC.

Soal sekarang, apa tindakan UMNO Melaka?

Ada UMNO Melaka potong kepala lembu dan berarak ke depan Hospital Mahkota Melaka?

Anonymous said...

Relaks aje brader. Lim Guan Eng selalu tu puji wira2 Islam, dan kau kata DAP menentang Islam??? Janganlah tulis yg bukan2. Jgn ikut sikap mufti perak tu.

jai said...

teruk betul hospital ini

man said...

Saya ingin komen sedikit tentang komen Hj. Idris Embong yg berbunyi ...
Tinggalkanlah hak memakai tudung kepada wanita Muslim agar ditentukan mereka dengan akal sendiri.
Ingatlah. Islam yang memaksa itu Islam yang palsu.
Walhal dalam Islam tiada paksaan, dan Islam itu benar-benar Islam hanya kalau ianya muncul dari hati sanubari dengan sendirinya.
Wahai Hj yg sebenarnya maksud dalam Islam tiada paksaan ialah Islam tidak memaksa agama lain menganuti Islam tetapi sekiranya kita ni Islam ada paksaan pada tempatxnya "contoh hadis Rasulullah “Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang sejak umurnya tujuh tahun dan apabila berumur 10 tahun, pukullah mereka jika mereka tidak sembahyang.” (riwayat at-Tirmidzi).

Anonymous said...

salam tuan rumah..sorry but this is not true..my firm is quite near to MMC, i have been operating there for quite some time.. lots of MMC nurses wear head scarfs, some of them are my clients (some dah jadi frens pun) ..tambahan lagi, MMC selalu juga request for my sister's professional service (she's a cancer specialist and wears tudung)..its not a problem at all..so, u tersilap kot :-)

Anonymous said...

Kalian salah di sana saya tengok pakai hijab bukan dr hati cem pakai uniform je ,tak niat dr hati jd pegang tangan buka hijab bisa kapan je - nah di Indonesia ya PAK BUKAN INDON kalau BICARA yg BENAR INDONESIA ada yg pakai ada yg tdk di per lakukan sama - saya ini Indonesian and I damned well as Indonesian !! Vielen Dank !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.