Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, November 28, 2010

Nurul Izzah Anwar Sah Menjadi Naib Presiden PKR

Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar telah sah dinobatkan sebagai Naib Presiden PKR yang baru. Pihak Malaysiawaves mengucapkan syabas dan selamat bertugas. Semoga Allah SWT memberikan kejayaan serta keupayaan kepada beliau untuk menjadi ikon politik kepada kesemua pengundi muda dan pengundi pertama kali dalam pilihanraya yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Tahniah dan selamat bertugas wahai Puteri Reformasi


PKR sahkan Azmin timbalan presiden, Elizabeth Wong undi tertinggi MPP
TERKINI @ 06:47:21 PM 28-11-2010
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
November 28, 2010
PETALING JAYA, 28 Nov - Di sebalik proses pemilihan langsung bersejarah yang turut dicemari dakwaan kecacatan dan kepincangan, Azmin Ali hari ini secara rasmi diumumkan sebagai Timbalan Presiden PKR yang baru.

Azmin menggantikan Senator Dr Syed Husin Ali yang menyandang jawatan itu sejak 2003.

Naib Presiden itu menewaskan pencabarnya yang juga Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub dengan memperoleh undi sebanyak 19,534.

Azmin merupakan timbalan presiden keempat PKR yang ditubuhkan April 1999.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatannya tanpa cabaran.

Awalnya jawatan timbalan presiden ditandingi oleh Datuk Zaid Ibrahim tetapi menarik diri selepas minggu kedua pengundian atas alasan wujud kepincangan dalam proses pemilihan.

Mustaffa juga membuat dakwaan itu tetapi meneruskan saingan dengan protes.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Tetap Hishamuddin Ismail ketika Kongres Nasional PKR yang berakhir hari ini.

Sementara itu, bagi jawatan naib presiden, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mendahului senarai apabila menerima 13,211 undi.

Ini kali pertama Puteri Reformasi itu bertanding jawatan itu.

Kesemua empat naib presiden yang dipilih merupakan muka baru.

Turut memegang jawatan itu Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang mendapat 11,744 undi, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh (8,927) dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datu Dr Mansor Othman (8,576).

Bagi 20 jawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Elizabeth Wong mendapat undi tertinggi dengan menerima 10,897 undi.

Ia diikuti Badrulamin Bahron (9,672), Hee Loy Sian (8,473), Khalid Jaafar (7,889), Johari Abdul (7,719) dan Abdul Rahman Yusof (7,719).

Turut dipilih menjawat ahli MPP yang baru adalah Haniza Talha (7,588), Fariz Musa (7,511), Zakaria Abdul Hamid (7,170), Roland Chia Ming Shan (7,095), Siti Aisah Shaik Ismail (6,876), Ismail Yusof (6,332), Latheefa Koya (6,242), S. Kesavan (6,139), Shuhaimi Shafiei (6,095), M. R. Shamugam (5,964), Yusmadi Yusoff (5,810), S. Manikumar (5,789), Mustafa Kamal Yusoff (5,745), Christina Liew (5,707).

1 comment:

Anonymous said...

I thot she was part of zaid's group..as a result,she lost in pmt pauh..helo maam..u r quite naivelah.. twin guitar blasts frm billy corgan n james iha dah benged ur mind kot..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.