Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, November 13, 2010

Pendedahan Skandal dari Pembaca Malaysiawaves

NOTA EDITOR: Berikut adalah satu surat yang Tulang Besi terima dari seorang pembaca Malaysiawaves. Terserah kepada para pembaca sekelian untuk membuat kesimpulan.Selamat membaca.



(Download Cashflow syarikat Hub Technologies di sini)Apa yang ingin disampaikan dalam maklumat ini ialah bagaimana seorang timbalan menteri menggunakan kuasa untuk kepentingan syarikat tertentu. Awang Adek telah secara langsung mengarahkan agensi-agensi dan syarikat berkaitan kerajaan ‘memberi kerja’ kepada syarikat bernama Hub technologies (M) sdn bhd.

Sejarahnya bermula ketika awang adek menjadi pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB). Sebuah syarikat milik Hussein Bahari dan adiknya Omar Bahari bernama Aora Sdn Bhd, membawa masuk produk pemadam kebakaran Dynamico. Dynamico ialah satu produk pencegah kebakaran dari jenis aerosol. Ketika itu, penggunaan ‘clean agent’ adalah sangat digalakkan di seluruh dunia kerana sifatnya yang lebih semulajadi (boleh terurai dalam udara) dan tidak mengotorkan. Ini sangat berbeza dengan sistem aerosol yang akan meninggalkan kesan serbuk putih yang toksik kepada manusia dan juga bersifat menghakis. Dengan tiada tanggungjawab, Awang Adek ketika itu menggunakan kuasanya untuk memberi projek bernilai jutaan ringgit kepada syarikat Aora Sdn Bhd.

Mungkin kerana tidak cukup, Hussein dan Omar Bahari membentuk 1 syarikat baru bernama Hub Technologies (M) Sdn Bhd dan membawa masuk 1 lagi produk aerosol bernama Aerohub. Kali ini mereka mensasarkan lebih banyak GLC dan agensi kerajaan, jabatan-jabatan, badan berkanun dan hospital-hospital dan Kementerian Pertahanan. Awang Adek kali ini menggunakan kuasanya untuk menggerakkan UKAS/3PU – Unit Kerjasama Awam-Swasta untuk mendapatkan projek. Projek terbaru ketika ini sedang dibuat bersama Kementerian Pertahanan.

UKAS atau 3PU bukanlah badan yang mempunyai authority untuk ‘meluluskan’ keberkesanan, kesesuaian atau pun efisiensi produk berkaitan produk pemadam kebakaran. Jabatan BOMBA sendiri TIDAK menakrif produk-produk tersebut sebagai clean agent dan TIDAK BOLEH digunakan di tempat berpenghuni atau ‘occupied area’. Apatah lagi ia boleh menyebabkan kerosakan pada alat dan mesin. Namun kerana kuasa yang ada pada Awang Adek dalam UKAS dan sebagai Timb Menteri Kewangan, projek itu telah diberi kepada Hub Technologies (M) Sdn Bhd.

Telekom Malaysia (TM) juga mempunyai sejarah penggunaan produk pemadam kebakaran aerosol yang tidak baik. Sebuah syarikat lain yang juga membawa produk yang sama dan tetap diberi projek bernilai jutaan ringgit. Kerosakan juga berlaku dan merugikan TM namun tiada laporan dalam akhbar mengenai apa sebenarnya berlaku.

Pada Julai 2010 Hub technologies (M) sdn bhd sekali lagi meminta bantuan Awang Adek. Pada 1hb Julai 2010 Hub technologies (M) sdn bhd didaftarkan di bawah Skim Jejak Jaya Bumiputra (sebuah badan di bawah Kementerian Kewangan) yang kemudian dijadikan platform atau saluran untuk menyampaikan ‘rungutan’ kepada Kementerian.

Ketika ini Awang Adek dikatakan telah memberi arahan kepada-kepada jabatan kerajaan, agensi, badan berkanun anak syrikat kerajaan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan seperti TNB, TM, kementerian-kementerian dan sebagainya untuk menggunakan produk Hub Technologies (M) Sdn Bhd. Kesemua projek-projek ini boleh dianggarkan bernilai puluhan juta ringgit atau mungkin mencecah seratus juta ringgit. Kalau macam ini barulah Hussein Bahari, Omar Bahari dan Awang Adek boleh kenyang.

Apapun nilai yang dibelanjakan oleh kerajaan pastinya kerugian yang berjumlah 2 kali ganda akan ditanggung kerana kerosakan dan penggantian produk baru.

10 comments:

Anonymous said...

sorry! kes ini tidak memiliki bukti yang kukuh, jika ada bukti lain kami akan buka kertas siasatan dan kami akan peram kertas siasatan sehingga menjadi tapai. - SPRM -

Anonymous said...

salam tulang besi.if u gentleman pls fail to the court.

dont get immoral publicity.

Anonymous said...

public service announcement
----------------------------

Pemandu teksi bangsa India merompak penumpang yang diambilnya di Pudu Raya
----------------------------------------------------------------------------


Dalam jam 1100 malam sabtu tadi , saya berjumpa seorang warga Indon yang baru
di rompak semasa berada di dalam teksi. Mengikut ceritanya dia dirompak di
kawasan teksi Pekeliling. Dia telah menaiki teksi itu di Pudu Raya sekitar jam 10 malam.

Dia telah memberitahu saya No Taxi - H 7261

Nama warga indon - SINOL

h/pnya 014 6360826

Mungkin pihak berkuasa PDRM ingin menghubungi simangsa untuk butiran lanjut.

Ada kemungkinan besar si Indon ini tidak akan melaporkan rompakan itu olih sebab

sebab tertentu. Itulah sebabnya perkara ini selalu diulangi .


semasa saya naik teksi di stesen keretapi kajang, saya diberitahu olih se orang

Bangla yang perkara ini selalu berlaku -melibatkan pemandu teksi India.


Olih itu saya harap pengguna teksi khusunya wanita dan oku /muda pilihlah pemandu
teksi yang tuan/puan hendak guna untuk menjaga keselamatan tuan/puan


sekian

khong khek khuat

Anonymous said...

UNTUK MAKLUMAN DATO AWANG ADEK TIDAK ADA SEBARANG KUASA DLM UKAS KERANA UKAS DI BAWAH JABATAN PERDANA MENTERI BUKAN DI BAWAH KEM KEWANGAN.

SEHINGGA KINI UKAS TIDAK MEMPROSES SEBARANG PERMOHONAN BERKAITAN PROJEK INI.

SEKIAN UNTUK MAKLUMAN

casper c said...

Same shit but on a different day but just as well, we can all point a finger and say MACC head is a BARUAH UMNO or is it BEROK UMNO !!!! - by all count functions as the same.

Bila lagi saudara semua sekelian matang berfikir dan dapat pantau apa yg tengah berlaku ?

Kalau dulu kebas duit puluh ribu ie 'projek' pembaikan longkang, baik pulih surau dll dan kini dana yg dikebas mencecah angka puluh juta tetapi ramai yg masih izinkan kejadian sebegini, maka naya masa depan anak/cucu kamu sekelian tebuk lubang/hutang yg kini sedang rancak dibahagikan dikalangan pembesar UMNO, ahli kerabat terpilih dan rakan niaga berbagai belang - mampui oooui !!!!

Wake up my Malay brethren and grow a spine. Time to restore some honour to both race and nation, and fundamental to that effort is the ability to differentiate between right from wrong.

Anonymous said...

Betul ke? Ni kenapa tak report kat MACC atau sebagainya dengan segala fakta dan bukti kukuh. Instead the writer chose to do an email instead of do proper reporting. Kalau setakat email dan tak ada concrete follow up, buang masa ajelah. Nak layan buat ape...

Anonymous said...

Bodoh ko ni. Cakap belajar teknikal tinggi. Tapi bawak bahan fitnah cam cina bukit DAP. Kalau rasa handal dan berani sbg pejuang, bawak evidence, verify and validate. Bukan bawak bhn cerita budak sekolah modal haprak PKR dan DAP.

Paten cara fikir ko pun dah boleh di agak dah. No wonder ko syok sgt ngan DAP. Ada komisen ke kwn sosialis ko bagi nak bodohkan sedara islam ko yg lain ? UMNO mmg sangap, PKR mmg xde harapan dan DAP mmg celaka, tapi budak PAS cam ko ni ...kesian...semoga Allah bagi taufik dan hidayah kpd ko.

Anonymous said...

betul 2 bos..tinguk link bwah niiii

http://www.treasury.gov.my/pekeliling/pkp/pkp152012.pdf

ini die pekeliling kontrak utk psg produk aerohub

kawe ni pernah bekerja dengan kontraktor2 aerohub

nak dapat claim bukan main susah

bos kawe tak dapat lg 5% retention, projek dah lama siap 2013 lepas

rupanya bos2 besar dia ni dah amik kereta2 mewah, porsche panamera, bmw, alphard, range rover

macam mana tau, masa hantar claim dekat jalan 222 bangunan ibex boleh tengok kereta aerohub beratur

bukan tu ja, ada lagi kontaktor utk projjek baruni pn sama jgk, payment lambat bayar

dulu kita ingat nak tolong melayu, ttpi depa ni yg sbnrnya tipu melayu, kontraktor keluar duit tp depa tak bayar lagi. duit habis kena joli, kontraktor tanggung hutang byr supplayer, menpower, budak, ot

kalau u all tengok depan city link sebelah highway elite, boleh nampak satu lagi kilang aerohub, cer chek kt sini aerohub.com.my

projek aerohub bukan sikit tau, di putrajaya saja seluruh sistem co2 dah kena ganti dengan
aerohub punya produk

masa kawe buat kerja dlu, selalu panel di auto discaj. gas dia bau belerang. agak senak nafas jugak la klu cium

ada saja control panel yg auto discaj, tiba2 ja. kawe pase control panel program tak pernah jd macam ni, kalu ada pun sebab kilat petir

panel murah, tapi caj ke mof mahal. bca dlm kontrak tu RM280/meter padu.

tapi duit kontraktor tak nak bayar.

inilah syarikat bumiputera paling sampah yg kawe tau

bos kawe sampai le ni tak dapat duit.

Anonymous said...

kawe pernah kijo situ..epf setahun tak bayar..gaji 3 ke 4 bulan tak bayar..(masih xdapat lagi)
projek puluh juta setahun..tapi duit tak tau gi mano.

Anonymous said...

Penunggang agama.staff disuruh sembahyang jemaah tapi bos-bos kat atas bertindak zalim kat pekerja.epf potong tp tak bayar.zakat dipotong tp tak bayar.yg diaorang risau kereta porshe,BMW takde duit nak bayar ngan nak isi minyak.kepentingan org atas diutamakan dari staff.kalau bercakap mengalahkan ulamak dan mufti.melayu pijak melayu macam ni la.sampai cina boleh sound macam ni ka melayu kuat sembahyang kuat tipu.produk aerohub dapat kelulusan bomba pun dengan cara tak betul menggunakan pengaruh politik.kalau produk selamat dan terjamin tak mengapa.ini membahayakan pengguna.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.