Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, November 12, 2010

Tanah Melayu Di Penang Terhakis Kerana BN - ADUN BN

NOTA EDITOR: Bukti terbentang sudah. Yang menghancurkan orang Melayu adalah bangsa Melayu sendiri. Tiada kena mengena dengan bangsa Cina, tiada kena mengena dengan India.

ADUN UMNO dari DUN Pulau Betong mengakui:

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Farid Saad (gambar) mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan Umno semasa berkuasa menjadi punca tanah orang Melayu makin berkurangan di Pulau Pinang.


Kalau orang kata taukeh Cina suka beri rasuah, kita kena soal kenapa orang Melayu tu sanggup terima rasuah. Kalau kita kata dadah merosakkan orang Melayu, kita kena soal bagaimana perkara ini berlaku dalam keadaan Polis Di Raja Malaysia dikuasai oleh bangsa Melayu. Kalau kita kata orang Melayu dilanda masaalah buang bayi, kita juga kena soal mengapa perkara ini berlaku dalam keadaan Kementrian Pendidikan dan Majlis2 Agama ISlam semuanya di bawah penguasaan orang Melayu.

Kalau kita persoalkan mengapa orang Melayu ramai tidak berjaya dalam perniagaan, kita juga kena persoalkan mengapa jadi begitu sedangkan Kementrian Kewangan dan bank2 di Malaysia dikuasai orang Melayu?

Cuba berhenti salahkan bangsa lain, cuba kita perbetulkan apa yang tidak betul dengan bangsa kita.

Kempen menyalahkan Cina dan DAP ini adalah propaganda UMNO demi menyelamatkan hayat politik UMNO yang semakin uzur dan tua ini.

Wallahualam

Tulang Besi

Adun BN akui Umno punca tanah Melayu terhakis
Mohd Sabri Said

JELUTONG, 11 Nov:
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Farid Saad (gambar) mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan Umno semasa berkuasa menjadi punca tanah orang Melayu makin berkurangan di Pulau Pinang.

Justeru itu, beliau sebagai generasi muda dalam Umno mahu membaikinya sekaligus memastikan lain-lain tanah yang masih dimiliki orang Melayu tidak diambil untuk pembangunan yang tidak terancang.

"Sebagai generasi muda dalam Umno, saya rasa ia perlu diperbetulkan apakah kesilapan lalu supaya tidak terus menjadi persoalan siapakah pengkhianat sebenarnya," ujarnya pada Debat Perdana Pengkisahan Tanah Melayu di Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian di Kompleks Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, di sini malam tadi.

Justeru, beliau mahu melupakan kisah lama yang ditinggalkan oleh generasi lama Umno yang nyata gagal menyelamatkan kedudukan tanah tersebut.

Dengan niat ikhlas, beliau mengajak semua parti politik Melayu dan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu agar duduk semeja berbincang bagaimana cara terbaik menyelamatkannya.

"Soal parti terpulang pada rakyat. Saya tidak menghalang orang Melayu mahu memilih perjuangan mana yang mereka hendak kerana yang penting ialah ia jaga tanah masyarakat Melayu," kata beliau.

Program anjuran Yayasan Bina Ilmu itu membariskan Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Yusoff Latif sebagai ahli panel.

4 comments:

Anonymous said...

cina mau cari makan saja. dulu umno control semua penang punya jalan. mau buat apa2 pun kena kasi 'duit kopi'. apa lu mau kami buat? tak payah niaga kah? mau anak bini lapar mati kah?

ini umno punya parti memang bangsat. lu kasi tanam sama ini parti, semua orang penang happy.

tak ada kira lu melayu atau cina atau india. kalau tak mau lim guan eng, minta orang macam nik aziz atau khalid samad mari jaga penang. tak apa, ini ok.

tapi tak boleh umno. bukan rosak melayu saja, semua orang kasi ini umno kasi rosak. semua tenggelam.

sekarang orang mau cakap sikit, ini umno hentam. kata cabar melayu. apa punya alasan ini?? budak pun tau bezakan lah.

kalau siapa nak tolong melayu, mesti kasi tanam sama ini umno. semua orang happy.

bukan itu saja, kasi tanam sama itu mca mic gerakan ppp juga. semua kasi tanam. tak mau ada akar yang tinggal. lepas tanam kasi taruk itu roundup. mau kasi betul betul tak boleh balik buat kacau.

4RAKYAT

Anonymous said...

Inilah UMNO - Parti Setan, parti yang suka membolot harta tanah orang walaupun harta tanah itu kepunyaan tok nenek moyang sendiri. Asal boleh kayakan diri sendiri cukuplah. Inilah dipanggil betul betul pengkhianat bangsa dan harus ditanam hidup hidup. UMNO Bangsat! UMNO Pelesit! UMNO Iblis! UMNO Pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara!

Anonymous said...

Inilah UMNO - Parti Setan, parti yang suka membolot harta tanah orang walaupun harta tanah itu kepunyaan tok nenek moyang sendiri. Asal boleh kayakan diri sendiri cukuplah. Inilah dipanggil betul betul pengkhianat bangsa dan harus ditanam hidup hidup. UMNO Bangsat! UMNO Pelesit! UMNO Iblis! UMNO Pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara!

Anonymous said...

Kalau UMNO jaga Penang...bukan tanah saje terkadai...tapi di buatnya pokai habis macam Sabah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.