Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, November 9, 2010

Tulang Besi Akan Menunaikan Fardhu Haji Tahun Ini, Inshaalah

Seperti yang lepas-lepas, TUlang Besi akan membuka kepada pembaca2 Malaysiawaves untuk menghantar doa-doa yang mereka hendak Tulang Besi baca sewaktu berada di Tanah Haram, terutama sewaktu Wuquf di Padang Arafah. Mengikut yang dipelajari Tulang Besi, doa ketika itu adalah AMAT MUSTAJAB. Malahan, di waktu itu, bagi orang lelaki, adalah sunnah berdoa secara berdiri kerana mengikut contoh Nabi SAW yang berdoa berdiri sambil mengangkat tangan ke langit.

Kepada sesiapa yang mempunyai hajat dan kehendak yang perlu didoakan oleh Tulang Besi, sila email kepada malaysiawaves@rocketmail.com sebelum 6 Dzulhijjah. Kerana selepas 6 Dzulhijjah Tulang Besi sudah tiada aksess kepada email lagi.

Bagi Tulang Besi, antara doa yang akan dibaca Tulang Besi adalah:

1.0 Selamatkan PAS dari anasir-anasir UMNO yang menjalankan propaganda UMNO kepada dalaman PAS.

2.0 Musnahkan kesemua golongan pro UMNO dalam PAS dan minta Allah SWT dedahkan segala kemunafikan mereka kepada ahli2 dan rakyat Malaysia.

3.0 Minta Allah SWT turunkan bala yang amat berat dan kemusnahan yang setara dengan bala yang diturunkan kepada Kaum Nuh dan Hud kepada mereka-mereka yang terlibat dalam “Pembelian Wakil2 Rakyat PKR dan DAP”

4.0 Meminta Allah SWT member kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya ke 13 kelak dan memastikan UMNO kalah, inshaalah.

5.0 Memberi hidayat kepada orang bukan Islam di Malaysia untuk menerima hukum syariah dijalankan sepenuhnya kepada orang Islam dan menjinakkan mereka dengan Islam...

Dan banyak lagi

Wallahualam bissawab
Tulang Besi
And here is the rest of it.

20 comments:

bakaq a.k.a. ~penarik beca said...

Semoga haji mabrur!

Tayadih Maysia said...

salam bro,

tahniah, semoga memperoleh haji mabrur dan keberkatan.


www.duniacacamarba.blogspot.com

Meraban... said...

tolong doakn hancurnya sistem penjajah & tertegaknya sistem yg 100000000000000000% yg ikut islam ...hahaha aamiiiiin.......

Anonymous said...

bro,i wish u a safe journey

Anonymous said...

Cantik dah doa TB tu..

Grand Marquis said...

Selamat menjalankan ibadat haji. TB juga perlu belajar tata cara doa Nabi S.A.W.

Amat malang waktu haji dihabiskan dengan mendoakan kemusnahan sesama Islam. Lebih malang bila doa kita hanya tertumpu pada persepsi kita yang belum tentu betul, misalnya mendoakan kemenangan PR dalam PRU ke 13. Apakah TB tahu yang PR ni akan lebih baik pememrintahnya? Itulah orang kata pi belajar tatacara doa yang betul kalau ada hajat. Saya bagi tip, pi baca doa istikharah yang di anjurkan Nabi S.A.W.

Amat malang juga mendoakan agar orang bukan Islam terima hukum syariah, sedangkan yang lebih utama ialah mendoakan mereka menerima Islam.

Semoga TB memanfaatkan Haj ni sebaik-baiknya. Jangan lupa doa agar Allah S.W.T. menunjukkan TB untuk melihat senario politik dalam keadaan yang benar, bukannya atas persepsi sendiri.

Abd Razak said...

ko pn sama je grand marquia@moron...nk ckp TB lak...ko tu punya persepsi menimbun lg tinggi dr TB...bila dicabar xberani nk jawab lak...dasar moron kn...

john labu said...

hahaha grand marquis...
tip tip hang ni sebijik macam tip orang munafik bagi kat nabi suma tip nak menghancurkan!
1. tata cara Nabi?, nabi tak pernah mendoakan kesejahteraan kaum munafika!
melayu mungkin islam tapi UMNO tu SAHIH bukan islam dan menolak islam.. elok sangat doa TB yg dasat tu utk umno. lu seriauu ke GM??
2. lu ingat TB tak tau ke tata cara doa nabi GM? apa lu ingat cara Nabi adalah berdoa kesejahteraan kpd perosak islam dan penaja maksiat seperti umno? lu melayu umno atau melayu islam??
3. lu tak baca ka GM, TB cakap itu cuma sebahagian doa2 beliau! lu mana tau apalagi doa tB, bukankah doa menerima hidayah, syariah, dan seumpamanya adalah doa merima islam? lu tau tak doa nabi kepada Omar? cuba tulis mai bagi tau kat TB yg pemahaman mungkin tak sebaik menafik umno, ikut paham GM la.
4. PR perintah kita tak tau camna nak jadi.. tapi bila dah perintah baru tau, macam kat kelantan dan pinang. memang tak kena la ngan selera gm dan amnu, tapi lazat utk rakyat, TAPI
kalu umno perintah dah 50 taun dah.. pahit manis judi, arak, maksiat melampau, korupsi, paparakyat, susu mahal, minyakk mahal, tol dan banyak lagi tu.. dah termuntah dah kita rasa.. JADI
lebih baik tukar pada PR ada peluang 50-100%, tapi bagi UMNO zero sifar, negetif tolak.. kena HIJRAH gM, itu tata cara Nabi..

tip yg GM bagi ni anak tadika pun gelak!

TB, doakan cina-cina DAP tu masuk islam ganti Harun din, hasan ali, dll, dan doakan MELAYU pakat2 balik ngaji sirah nabi supaya depa kenal tata cara nabi yg sebenar bukan yg dah di modify oleh amnu..

SEmoga TB selamat dan sejahtera serta mendapat Haji yg sempurna (aka bukan haji UMNO!!)

Anonymous said...

demo ni, sesat barat dah wei.mengaji .semula la wei

zakwan said...

May U have a safe Hajj, TB

Regarding your concern, GM
I'm sure TB will also pray that non Muslim will be revealed to hidayah as well

I'm puzzled as to why you are you concerned with TB praying for non Muslims to accept Syariah law?

Did u not know that recently, an newly graduated Indian lawyer wants to practice Syariah law?
You can start by praying for her so that she will accept Islam as a way of life

I don't see why praying for non Muslims is wrong, at least according to UMNO's "fatwa" where they perform hajat prayers for Kamal bin Nathan and Linda Tsen

zakwan said...

It's undeniable that for 2 years, PAS did a terrific job in inculcating Islamic values among their DAP counterparts as seen in Guan Eng, Kor Ming, Nie Ching etc
Something that UMNO failed miserably for half a century

Proof?
Soi Lek claiming that Islam is the source of corruption, gutter politics and backwardness in most Muslim countries including Malaysia

Samy Vellu ridiculing the Quran by asking how the hell can the Holy Book build highways

And the latest absurdity
Former Subang Jaya ADUN, Lee Hwa Beng calling on all Christians to wage war against the formation of an Islamic state
This is indeed weird because his old boss, Mahathir declared Malaysia as an Islamic state in Parliament 9 years ago
In other words, MCA wants to bring upon another Crusade

Are u, GM along with UMNO Youth and Perkosa going to the streets to protest this declaration of war?

Anonymous said...

mm rasanya payah nak makbur haji kalau berdoa cam tu. Minta maaf cakap bukan hak saya nak meletakkan mabrur atau tidak tapi rasanya ke arah itu kot sebab hati TB macam hitam semacam je...

Semuanya negatif. Kan lebih baik berdoa macam ' UMNO insaf dan mahu mengikut lunas Islam dan jadi baik baik semuanya.'

Kenapa tak ikut teladan Rasulullah semasa di Taif di awal dakwah baginda dulu. TB umat Nabi Nuh dan Hud ke?

Anonymous said...

Doa ana untuk dapat isteri lagi satu boleh ke?

Anonymous said...

1. tata cara Nabi?, nabi tak pernah mendoakan kesejahteraan kaum munafika!
melayu mungkin islam tapi UMNO tu SAHIH bukan islam dan menolak islam.. elok sangat doa TB yg dasat tu utk umno. lu seriauu ke GM??

Ya ALlah Wahai John Labu oiii hang sedar ka apa yang hang cakap ni. UMNO SAHIH bukan Islam??? Macammana dengan ahli UMNO? Bukan orang Islam ka juga? Atau Ko maksudkan UMNO itu parti BUKAN ISLAM tapi ahli-ahlinya ISlam?

Cakap biar terang sikit. Ini soal akidah ni.

Walau apa pun jawapan ko bersiap sedialah untuk Jawab la kat akhirat kelak kalau ko orang Islam. Kalau ko bukan orang Islam minta maaf la ye sebab tersalah identiti.

pria malaya said...

salam bro..

selamat berangkat ke tanah suci...

doa yg teman nk pohon, sepertimana 5 doa yg akan diaminkan oleh bro di tanah suci nanti...

rasanya, kalau bro fokuskan 5 doa ini pun sudah mencakupi semuanya (hal politik dan pemerintahan)..dan ianya (fokus) adalah lebih baik..

semoga Allah makbulkan doa hamba2nya..

Grand Marquis=Geng Maki said...

Setakat yang lepas2 Grand Marquis berapa banyak kali kena tiaw dengan Tulang Besi.

Dah takda modal, gunalah modal "persepsi".

Nak buat macamana? Grand Marquis sering kehabisan hujjah bernas. Terpaksa lah mengarut banyak2. kalau tidak malu besar beb!!!!

Tu yang nama sendiri pun "Geng Maki"

otakbesi said...

Semoga segala ibadat diterima Allah.
jangan lupa berdoa supaya diketemukan Allah dengan TGNA depan kaabah.

Anonymous said...

selamat mdapat haji mabrur

Anonymous said...

Nak tunai haji pun mencaci ttg umno. keparat dan hancur lah kamu dengan niat2 kamu itu. amiiiin.

Anonymous said...

Semoga mendapat haji mabrur, di sana kita baling jamrah di sini balik besok kita baling penentang syariah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.