Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, November 21, 2010

Wahai Zaid. Belajarlah dari Tulang Besi

Wahai Zaid, mengapalah kamu begitu angkuh dan sombong sehingga kamu sanggup meninggalkan PKR sekaligus?

Tulang Besi sendiri mempunyai banyak masalaah dengan parti yang Tulang Besi telah menjadi ahli semenjak zaman Arwah Ustaz Yusuf Rawa menjadi Presiden. NAmun, tidak sekali-kali Tulang Besi akan meninggalkan PAS.

Ini kerana, Tulang Besi tidak menyokong PAS kerana kepimpinan mereka. Tulang Besi menyokong PAS kerana perjuangan dan pegangan hidup (akidah) Tulang Besi.

Sebagaimana ramai orang2 PAS marahkan Tulang Besi, namun Tulang Besi tidak berhenti menegur dan mendedahkan kebobrokan segelintir pimpinan PAS yang selama ini menjadi onar dan menjalankan aktiviti2 yang menguntungkan UMNO.

MAlahan, di Padang Arafah baru2 ini pun, TUlang Besi mengangkat tangan yang tinggi di bawah sinaran matahari yang terik memohon Allah SWT (antara lain) membersihkan PAS dari anasir2 UMNO ini supaya PAS suci dari kesyirikan yang selama ini ditaja oleh UMNO.

Maka, adalah sangat2 bodoh bagi Zaid untuk merajuk dan keluar parti. Ia hanya menunjukkan betapa tidak ikhlasnya perjuangan Zaid dan komitmen beliau kepada parti.

Sudahlah bukti pun tak berapa jelas dan segala dakwaan yang beliau buat, rakyat umum masih tertanya-tanya akan sebab sebenar perginya Zahid.

Apa salahnya Zaid kekal sebagai ahli dan kalau ada bukti dedahkan bukti tersebut. Berapa kali Tulang Besi membuat pendedahan dan Tulang Besi membawa bukti bertulis, audio dan video.

Jangan kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga, kata orang tua-tua.

TULANG BESI SUDAH TIADA MASA DEPAN DALAM POLITIK PAS

Apa yang telah dilakukan oleh Tulang Besi selama ini MEMASTIKAN Tulang Besi TIADA HARAPAN untuk menjadi calon PAS dalam pilihanraya umum, pemimpin ataupun apa2 yang berkaitan PAS.

Dan, ada tawaran kepada Tulang Besi untuk menjadi calon parti2 lain, pun Tulang Besi tolak. Tulang Besi istiqamah dalam PAS dan Tulang Besi tidak akan mengorbankan cita2 perjuangan PAS yang diasaskan oleh perbincangan ulama di Seberang Perai pada tahun 1951.

Biarlah Tulang Besi tiada balasan walau sedikit pun dari PAS. Yang penting bagi Tulang Besi, adalah kesyirikan yang ditaja UMNO mesti dihapuskan. Ingat, pada tahun 60'an dahulu, bukan PAS yang mengkafirkan UMNO tetapi Tok Guru2 Pondok dari Kelantan dan Kedah. Tiada satu pun ucapan dasar PAS semenjak Merdeka yang mengkafirkan UMNO. Saya cabar sesiapa sahaja membawa SATU Ucapan Dasar PAS yang menyatakan UMNO Kafir.

Masa PAS jatuh tersungkur dulu pun selepas ditendang BN, berapa banyak wang yang dibelanjakan oleh arwah bapak Tulang Besi di dalam usaha membina balik PAS yang menjadi terlampau lemah hasil dari pengkhianatan UMNO. Sikit pun Tulang Besi tak mintak PAS membayar balik segala pengorbanan ayah Tulang Besi dahulu.

Segala usrah dan kuliah anjuran arwah ayah Tulang Besi yang setiap minggu berulang alik dari KL ke Rembau semuanya memakai ongkos pribadi arwah bapa Tulang Besi. Sampai bapa Tulang Besi meninggal,sedikit pun dia tak minta PAS ganti wang dia.

Kalau siapa nak tau cerita Ayah Tulang Besi berusaha membina PAS Negeri Sembilan pada masa itu, dipersilakan bertanya Ustaz Azizan Abdul Razak, MB Kedah yang ada sekarang. Ini kerana antara ustaz2 yang dibawa oleh arwah abah dahulu menjelajah Negeri Sembilan adalah Ustaz Azizan sendiri (pada masa itu beliau pensyarah UKM).
Takut orang kata TUlang Besi ni pembohong dan mengada-adakan cerita.

Wang yang sepatutnya boleh dibelanjakan untuk keperluan keluarga dibelanjakan untuk membina semula PAS. Terpaksalah Tulang Besi dan adik2 memakai kasut sekolah yang sama untuk 2 tahun berturut-turut. Tulang Besi masih tidak boleh lupa betapa peritnya hidup pada masa itu.

Apabila seorang ayah berjuang PAS, maka seluruh keluarga beliau berkorban sama. Seluruh keluarga beliau berjuang Islam sama.

Yang penting apa yang TUlang Besi buat ini diredhai Allah SWT. Yang penting segala pengorbanan arwah bapa Tulang Besi dibalas dengan syurga oleh Allah SWT terhadap beliau.

DIMANA PUAK FRAKSI UMNO WAKTU PAS DITENDANG MACAM KUCING DAHULU?

Di mana Hasan Ali pada masa itu? Duduk atas kerusi empuk dalam pejabat berhawa dingin di pejabat kerajaan. Gaji tiap2 bulan masuk. Tak perlu risau pasal duit dan sebagainya.

Di mana Nasaruddin Mat Isa masa itu? Sorang pun tak tau, tapi yang pasti beliau tidak merasai keperitan membina PAS yang telah hancur

Di mana Dato Harun Din pada masa itu? Duduk di kerusi empuk sebagai pensyarah UKM duduk di dalam pejabat yang berhawa dingin.

Di mana Roslan SMS masa itu? Takda siapa pun tahu. Barangkali beliau sebuk bermain dengan anak2 polis di kuarters Polis yang beliau diami pada masa itu. Sekarang ni, dengar khabar dah beli kereta baru dan rumah baru nampaknya kawan kita ni.

Sekarang ini, mereka inilah yang terkehadapan mahu PAS bersenggama dengan UMNO. Hakikatnya, mereka sendiri tidak pernah merasa keperitan membina balik PAS sewaktu PAS jatuh tersungkur dulu.

Esok kalau PAS kena tendang, kena khianat lagi, merekalah yang pertama kali cabut. Tinggalah keluarga Tulang Besi dan seangkatan yang berhempas pulas membina balik parti yang telah hancur itu. Nauzubillah.

MASA MENANG SEMUA MENGAKU JADI AHLI PAS

Sekarang ini, Tulang Besi lihat, apabila sudah menang, ramailah yang berpusu-pusu ke PAS. Baru setahun jagung dalam PAS sudah berani menuduh Tulang Besi tidak pandai wala', tidak tahu berkorban, tidak ikut tarbiyyah dan sebagainya. Padahal, Tulang Besi ikut tarbiyyah PAS masa mereka ni kencing dan berak dalam lampin lagi. Ada tu, belum lahir lagi.

Budak hingusan seperti mereka ini, sejarah PAS pun mereka tak khatam. Yang mereka tahu hanya zikir "wala", "wala", "wala". Dalam pada tu, boleh tukar kereta baru, tukar rumah baru dsbnya. PAtutlah galak sangat wala' nya.

Pada ahli2 PAS semua, cubalah faham sebab sebenar Tulang Besi menentang usaha bersenggama PAS-UMNO ini. Kamu tak pernah rasa perit membina PAS sewaktu PAS jatuh tersungkur dulu.

BELAJARLAH ERTI PENGORBANAN WAHAI ZAID

Perkara ini lah yang perlu dipelajari oleh Zaid. Kadang2 kita terpaksa menjadi ahli biasa sahaja demi memastikan perjuangan parti kita kekal di atas landasan yang benar. Itulah pengorbanan kita kepada Malaysia dan rakyat Malaysia (dalam kes PAS pengorbanan TUlang Besi kepada agama).

Wallahualam bissawab.

Tulang Besi



24 comments:

Roslan Alan said...

syabas TB..teruskan perjuangan..

takdak parti said...

salute bro..

azmirtookoo said...

Al-Fatihah kepada Allahyarham Haji Abdul Talib Bin Abdullah (bapa kepada Tulang Besi)...

Sewaktu beliau meninggal dunia, beliau tidak meninggalkan harta yang banyak kepada anak-anaknya..Tiada rumah, tiada kereta, tiada emas berlian..Yang ada dalam poket beliau cumalah beberapa keping wang RM 10, kertas-kertas, dan business card kawan-kawannya..Yang ditinggalkan cumalah ilmu dan tarbiyah Islamiyyah..

Juga Al-Fatihah kepada tokoh-tokoh perjuangan Islam yang lain seperti Imam Hassan Al-Banna, Salehuddin Al-Ayubi, Dr. Abdullah Azam, Sheikh Ahmed Yassin, Ustaz Fadzil Noor, Dato Haji Ishak Baharom, dan ramai lagi...Semoga Allah mengurniakan kepada kita semangat seperti mereka..InsyaAllah..

Anonymous said...

PAS penuh integriti sebab itu TB kutuk macamana pun, segala siasatan akan dijalankan dgn adil.

PKR adalah serpihan UMNO. Kalau TB percaya UMNO tu penuh khianat dan tidak pernah berlaku jujur kepada rakyat, boleh kah disamakan PKR dgn PAS?

Apa paksi PAS? Ugama.

Apa paksi PKR? Seorang individu yg bercita-cita menjadi perdana menteri.

Apakah Zaid Ibrahim boleh mengharapkan layanan dari PKR yg seperti PAS melayan TB?

Apakata TB keluar PAS dan masuk PKR cuba try test tengok.

- AtasPagar

AmenoWorld said...

Hahahah tulang besi, saya betul2 salute posting neh, berani dan jujur. Hahahahah well said bro

Anonymous said...

welcome back bro..zaid aah..det fella puki taik anglo pariah..he masok pkr utk bikin sabotaj..nasution dah bongkar dah..cina pun dah tau,zaid ini AUTA..actualy,ku li,madey,raja petra,zaid haris all shld form a 3rd party..jgn halang bro..jgn..and let them win oso..wanna know why?malaysia DAH BANGKURAP..kita tau para pundek mawaneh 3d force punya otak dlm lobang taik mereka..gerenti mereka tak akan tau mcm mana utk reengineer finace utk menghidupkan ekonomi negara..they will use the same ol dead formula..all anglo whore r like dat only wat..so let them form the 3rd force/party watever..then,when economy starts 2 burst,implode left right n center,people 4 sure will go nuts,haha..it will be our time to show our fists,kicks at pariah kepla butoh anglo whores n bums!!

Anonymous said...

Dengan hormat kepada ayahanda TB yang sudah pasti lebih tua dari saya, dan tanpa menafikan keikhlasan beliau utnuk berjuang untuk Islam, saya cuma muskyil kenapa nak berjuang seperti Saidina Abu Bakar habis seluruh harta benda sehingga anak-anak hidup keperitan? Kenapa tidak seperti Saidina Umar iaitu half-half?

Saya berpendapat kurang bijak sedikit sebab samada PAS itu satu kebenaran pun tak tentu lagi. Lain la Saidina Abu BAkar itu untuk Islam. Jadi memang terjamin dunia akhirat. Kalau untuk Pas silap silap akhirat tak dapat dunia pun tak dapat. Jadilah Ayahanda TB seorang insan yang sangat rugi. Rugi dalam keikhlasan. Agak sedih juga memikirkannya.

Kenapa rugi? lihat lah anaknadanya sendiri iaitu Tulang Besi.

Quote
"Tiada satu pun ucapan dasar PAS semenjak Merdeka yang mengkafirkan UMNO. Saya cabar sesiapa sahaja membawa SATU Ucapan Dasar PAS yang menyatakan UMNO Kafir."

Waduh-waduh. Angkuh benarnya bunyi TB ni cabar mencabar. Saya rasa TB ini ada psychological trauma sebab tindakan ayahandanya masa beliau kecil-kecil dahulu. Mungkin sebab dari rasa rendah diri, terasing berbanding dengan rakan-rakan yang sebaya sebab hidup susah. Bak kata orang putih iaitu "Daddy Issue". Anak yang terasa dirinya kekurangan sebab ayahandanya sendiri. Jadi kekurangan itu di dokong oleh rasa amarah terpendam lalu di biaskan menjadi keangkuhan. Sebab tu TB membesar sebagai orang yang angkuh.

Memang setahu kita bukan dasar PAS mengkafirkan UMNO tetapi macamana pengamalan ahli-ahlinya? Perkataan-perkataan ahlinya? Tingkah laku ahlinya? Jangan tipu la TB banyak orang PAS secara individu atau dalam kapasiti tertentu mengkafirkan UMNO yang mana TB sendiri sudah maklum sebenarnya.

Jadi tak usah la angkuh sangat sampai mencabar orang tetapi disembunyi dengan perkataan-perkataan penuh helah. Nak tengok dasar sebenar PAS tenguklah perangai ahli-ahlinya. Kalau ahli-ahlinya mengkafirkan orang lain maka itulah juga dasar PAS walaupun ianya bukan rasmi. Kalau ahli-ahlinya suka memaki-maki orang itulah juga dasar PAs walaupun ianya tidak tertulis.
Kalau ahli-ahlinya angkuh, itulah juga dasar Pas.

Simpati saya pada ayahanda TB. Keikhlasan beliau untuk ISLAM tetapi hasilnya jadi PAS seperti sekarang. Semoga Allah menilai beliau dunia akhirat ke atas keikhlasan beliau sahaja bukan amalannya sebab rasanya amalannya membawa kepada Pas yang berwajah putih kononnya tetapi berhati hitam.

AmenoWorld said...

TB, kalau boleh disabledkan ruangan komen moderator neh..

Karuna said...

Zahid is an individual political leader and not a team political leader. There is no perfect political parties in this world. Political leaders have difference vision that always leads to misunderstanding. Just in a family, brother and sister too have difference in opinion. Zaid's vision is form a new political parties for GE13. Hopefully, he is not the second Wee Choo Keong, who left DAP and form a new party which do not win even a seat. Zaid, please be patience and wait for for turn. Azmin have put a lot of effort since the day one as compare to Zaid contribution

al khattab said...

artikel yg sangat sihat utk didengar dan difahami..insyaallah ana tdk akn keluar parti tetapi akn fight dan terus fight sampai dipecat...insyaallah...

Anonymous said...

Tulang besi,

Saya amat terharu membaca keperitan anda dan keluarga membina parti PAS yang rosak.

Ketika susah tiada siapa yang sanggup berkorban masa, tenaga dan wangringgit. Di mana Hasan Ali pada masa itu? Di mana Nasaruddin Mat Isa masa itu? Di mana Dato Harun Din pada masa itu? Di mana Roslan SMS masa itu?

Itu adalah pertanyaan cepu emas kepada mereka yang tiba-tiba muncul ketika parti telah menyinar.

Sebenarnya pada pandangan saya, apa yang Tulang besi rasa mungkin sama apa yang dirasakan oleh Azmin Ali dalam PKR.

Ketika PKR jadi parti hantu, dimana Zaid Ibrahim ketika itu..? Tapi bila PKR diterima rakyat pada 2008 tiba-tiba muncul pula Zaid yang menggatal menawarkan perkhidmatan yang hebat pada parti PKR.

Kalau kita mengimbau semula kisah Zaid selepas keluar dari UMNO Baru, ramai dikalangan ahli PKR mengharapkan Zaid akan bersama mereka menentang UMNO Baru.

Tetapi berbeza dengan pemimpin PKR.
Khususnya Azmin, walau pun dia orang lama dalam PKR tapi idealoginya lembab, tiada kemampuan untuk berdikari, lebih bergantung nasib pada Datuk Seri Anuar untuk dilihat sebagai gagah.

Tanpa Datuk Seri, Azmin Ali adalah pemimpin bacul. Untuk kepastian, kita tunggu dan lihat sendiri bila Datuk Seri dihantar kepenjara lagi.....

Sedangkan Zaid adalah orang yang berpengalaman dalam dunia putarbelit fakta (peguam) dan dia juga berpengaruh dalam dunia politik.

Kehadiran Zaid tanpa penyokong dalam PKR telah menggugat kedudukan Azmin Ali dan kuncu-kuncunya. Mana mungkin orang lama dalam parti boleh memberi laluan mudah kepada orang baru yang bakal menghakis maruahnya sebagai pejuang PKR...?

Sasaran Azmin dalam parti PKR bukan timbalan presiden tetapi presiden parti PKR kerana dalam parti PKR jawatan presiden masih kosong. Anuar telah dicadangkan supaya bertanding jawatan tersebut tetapi telah menolaknya. Kedudukan Datuk Seri Anuar dalam PKR amat mengelirukan....

Sedangkan Datin Seri Azizah yang menang jawawtan presiden tanpa pertandingan itu atas nama saja tanpa kuasa. Bila presiden tiada kuasa bagaimana beliau mahu menguruskan dan menghidupkan partinya..?

Kita melihat Zaid ada kemampuan untuk berkerjasama dengan Datin Seri Azizah membimbing parti menjadi parti pilihan rakyat Malaysia serta mampu bersatu dengan PAS dan DAP.

Dan kita juga melihat pengaruh Zaid mampu menyingkirkan kedudukan Datuk Seri Anuar sebagai penasihat parti yang kita ketahui bahawa parti PKR tidak memerlukan penasihat tetapi memerlukan seberapa ramai pemimpin peringkat ranting, cabang dan pusat.

Tidakkah kehadiran Zaid menunjukkan malapetaka besar bagi mereka yang berkepentingan..?

Orang yang telah lama dalam parti pasti ada kumpulan mereka tersendiri berbeza dengan orang baru seperti Zaid yang masih keseorangan.

Pertandingan dalam pilihanraya kecil dan pilihanraya parti PKR adalah jalan terbaik untuk menyingkirkan Zaid dari menduduki sebarang kedudukan dalam parti.

Kita tidak tahu keadaan sebenar, tapi apa yang diluahkan oleh Zaid menunjukkan ramai kuncu Datuk Seri Anuar menyerang Zaid dari semua sudut. Ini membawa maksud, gajah yang besar yang berhadapan dengan serangan itu pun boleh tumbang.

Bila Zaid melawan ikut citarasanya, apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Anuar dalam perjumpaan pucuk pimpinan parti bersama ahli-ahli parti di Auditorium MBSA, Shah Alam...?

Zahid dicop sebagai kurang ajar dan pengkhianat. Dimana presiden parti sebagai ketua... tidak dapat dikesan.

Zaid memang perlu keluar dari PKR, jika tidak dia akan mati kering dikerjakan oleh Azmin dengan pencacai-pencacainya yang bercita-cita ingin menjadi Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.

Alahaiii PKR... perbetulkan dalaman parti dulu sebelum nak bercerita siapa layak jadi calon dalam pilihanraya ke 13....

Anonymous said...

zaid tu lain orangnya
cara tersendiri
apapun kurasa ada pekdah gak caranya suatu masa nanti

Grand Marquis said...

Kalau kita tanya TB, boleh tak Zaid tinggalkan UMNO. Gerenti jawapan TB YA, malah bagi dia sebab UMNO taghut.

Tapi kenapa Zaid tak boleh tinggalkan PKR? Adakah PKR dalam manefestonya ada kata memperjuangkan Islam? Adakah negara Islam agenda PKR?

Apa beza UMNO dan PKR? Kenapa Zaid boleh tinggalkan UMNO tapi tak boleh tinggalkan PKR?

Nampak sangat disini hipokrisi dan cetek pemikiran. Tinggalkan parti dalam puak aku, tak boleh, tapi tinggalkan parti lawan aku boleh.

Orang lain lompat keluar dari UMNO, boleh, tapi lompat keluar dari PKR, tak boleh.

Belajar dari TB, ya, belajar macam mana nak jadi hipokrit dan meletakkan otak kat lutut.

p.s. TB, mana duit tabung yang TB collect dulu? Sampai sekarang ni tak de berita. Mungkin TB belajar dari PAS secara istiqamah cara-cara uruskan tabung memali ataupun sebenarnya Wahai PAS, belajar dari Tulang Besi cara-cara menguruskan tabung.

Grand Marquis = Geng Maki said...

Geng Maki Tanya:

Apa beza UMNO dan PKR? Kenapa Zaid boleh tinggalkan UMNO tapi tak boleh tinggalkan PKR?.

UMNO tolak hudud. Anwar Ibrahim tak tolak hudud.

Si Tampok Manggis said...

Minggu hadapan keputusan rasmi pemilihan akan diumumkan. Soalannya adakah pemilihan PKR 2010 benar-benar pemilihan yang adil dan telus? Bukankah melaksanakan ketelusan dan keadilan itu hendaklah diperlihatkan? Bukankah sebarang keraguan dalam proses pemilihan tersebut menyebabkan pemilihan tersebut tidak dilihat telus? Adakah keadilan dan ketelusan telah dipersembahkan sebaik-baiknya kepada calon, penyokong, ahli parti dan tukang sorak serta penonton pemilhan ini?

Soalan yang lebih besar ialah; bukankah pemilihan 2010 diharap dapat memikat rakyat Malaysia kepada PKR? Bukankah pemilihan 2010 ini adalah peluang untuk menunjukkan betapa PKR adalah sebuah parti yang ditubuhkan dari asas integriti, ketelusan dan keadilan? Jangan sia-siakan peluang ini. Sesungguhnya keyakinan rakyat kepada PKR tidak mudah untuk dikembalikan kesan dari drama pemilihan ini.

Tiada manusia yang serba lengkap. Mengakui kesilapan bukan perkara jijik dan memalukan. Membuat pembetulan bukan hanya kerja anak-anak sekolah selepas ditegur oleh guru mereka. Membetulkan apa yang dilihat tidak telus dan tidak adil semasa pemilihan PKR 2010 bukan bermakna PKR berundur dalam perjuangannya menegakkan keadilan. Malah tindakan ini akan menjadi sanjungan rakyat yang telah sekian lama mengharapkan perubahan.

Jika TIDAK, PKR tidaklah ada bezanya tetapi masih juga seperti mereka-mereka yang telah sekian lama busuk lagi memualkan!

baca sepenuhnya disini http://sitampokmanggis.blogspot.com/2010/11/pemilihan-pkr-2010.html

Alias Mohd Yusof said...

Syabas di atas perjuangan ikhlas saudara dan keluarga saudara demi menegakkan kebenaran. Sungguh terharu mendengar cerita saudara itu.

abu shahid said...

Salam TB..

Semoga Haji Mabrur bersamamu.

Dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan Keadilan bukan pujian manusia yang kita tuntut,atau pujian manusia banyak yang kita perlukan.
Hanya keredhoan Allah jua kita memohon.

Sekiranya ada lagi 10 manusia seperti TB, ambo yakin rakyat malaysia dan ahli Pas serta reformis lainnya akan membawa perubahan dalam cara berfikir dan bertindak pada isu yang semakin mencabar kini.

Teruskan mengkoreksi wahai TB,Allah senantiasa bersama orang orang yang membenarkan Kebenaran dan Keadilan Ilahi.

Tulang Besi said...

Waduh-waduh. Angkuh benarnya bunyi TB ni cabar mencabar. Saya rasa TB ini ada psychological trauma sebab tindakan ayahandanya masa beliau kecil-kecil dahulu. Mungkin sebab dari rasa rendah diri, terasing berbanding dengan rakan-rakan yang sebaya sebab hidup susah. Bak kata orang putih iaitu "Daddy Issue". Anak yang terasa dirinya kekurangan sebab ayahandanya sendiri. Jadi kekurangan itu di dokong oleh rasa amarah terpendam lalu di biaskan menjadi keangkuhan. Sebab tu TB membesar sebagai orang yang angkuh.

Memang setahu kita bukan dasar PAS mengkafirkan UMNO tetapi macamana pengamalan ahli-ahlinya? Perkataan-perkataan ahlinya? Tingkah laku ahlinya? Jangan tipu la TB banyak orang PAS secara individu atau dalam kapasiti tertentu mengkafirkan UMNO yang mana TB sendiri sudah maklum sebenarnya.


Aikk kenapa tiba2 tuduh saya angkuh ni? Semata-mata saya buat cabaran, boleh ke saya dituduh angkuh?
Saya berani buat cabaran kerana saya tahu secara fakta bahawa tidak pernah menjadi dasar PAS menyatakan UMNO kafir.
Yang memulakan usaha mengkafirkan UMNO adalah tok2 guru pondok dari Kelantan dan Kedah. Manakala, ahli2 PAS yang mengaji dan belajar dari tok2 guru Pondok ini menyebarkan apa yang diajarkan kepada mereka oleh tok2 guru pondok tersebut.

Adapun tuduhan “daddy issue”, ia cuma spekulasi liar semata-mata. Arwah ayah saya tidak memberi saya apa2 kecuali agama. Dan itulah hadiah paling besar seorang bapa kepada anaknya.

Tulang Besi said...

Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang memberi ucapan syabas kepada saya.

yang penting bagi kita semua adalah kita melindungi generasi masa depan kita dari kesyirikan yang ditaja oleh UMNO.

Oleh sebab itu, perjuangan mesti diteruskan.

Arwah bapa saya dulu cukup suka bersyarah. Bila jumpa orang mesti bersyarah pasal politik

Alhamdulillah saya lihat majoriti yang beliau syarah tu sekarang dah masuk PAS ataupun PKR.

Anonymous said...

tenggok muka Zaid dah tahu dah..typical kroni jaguh kkampung nep pundek mawaneh..this fellas r farts in the international arena..sini,bolehlah kelontong makcik pakcik,owang kamopung,estate workers..but,in real life time,these types of anblo butoh's nett worth is ZERO

Anonymous said...

and wat about katak dibawah tempurung jaguh kampung ularmaks pukimaks farksis?they have no choice but to be ulhotak.2.can make easy money by kelentonging ,twisting n turning islam to frighthen n to slave makcik pakcik kampung(api neraka!!..haram!!..syirik!!..during the arak crisis,no one bothered to ask,why in the holy quran, the "haram" word arak/wine is used as a symbol to describe the supreme's joy/bliss/love?..no other symbol kah dlm dunia to describe joy/love/bliss???..but our farksis think they r chosen by the lord..they r specel beings,way above normal fellas..haha..i say, the farksis need a nice blow job 2 make their hotak berfungsi semula!!

Anonymous said...

tahniah bro!
lu masih kekal seperti dulu...setia dgn parti dan istiqamah dlm perjuangan..walaupun diserang/dikutuk dari perbagai arah, lu tetap dgn pendirian lu...wa caya sama lu...aku tgk sikit pun tak lari dari tajuk atau isu yg dilontarkan spt 'kerajaang pepuduaang' atau UMNO = UMCO...lu tetap tidak berganjak!!! inilah contoh2 ahli2 Pas yg perlu kita cungkil dan kepada2 musuh lu, wa harap attack la lagi klu bole gunakan double C4 hahahha...

May Allah Bless You...

john labu said...

syabas TB, kerana istiqamah menyambung perjuangan abah anda, alfatihah utk roh beliau..
ditempat saya trg, keluarga dan orang pas lain lari masuk parti kepala korbau bila pas masuk kapal layar umno.. tapi pakat balik ramai-ramai masuk pas bila pas kena tendang...
orang2 dahulu bukan kejar harta atau baja subsidi bila masuk pas.. mereka sangup susah janji pas pegang agama..
saya paham macammana orang dulu dan abah TB berkorban demi pas dan agama.. orang umno tidak akan paham kerana mereka tak pernah berkorban kecuali mereka korbankan agama, negara dan rakyat demi harta dan kuasa@!!

MENJ said...

Sepatutnya mereka yang menyokong perpaduan UMNO-PAS di dalam PAS berasa malu kerana saya sendiri yang dahulunya bekas penyokong tegar UMNO yang makan UMNO, minum UMNO, tidur UMNO dan ingatkan akan mati dalam UMNO sedar akan kebatilan UMNO dan meninggalkan parti sesat ini dan menyertai PAS sebagai AHLI SEUMUR HIDUP menolak sekeras-kerasnya perpaduan ini. Sebarang usaha untuk menyatukan PAS dan UMNO, saya akan tentang sehingga titisan darah terakhir. Ini bukan sebabnya saya taksub kepada PAS, akan tetapi saya maklum akan kekufuran yang saya bergelumang ketika bersama UMNO.

- MENJ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.