Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, December 7, 2010

300Ribu Anggota RELA akan Di Daftar Sebagai Pengundi POS Untuk Menawan SELANGOR

Maklumat ni TB dah lama dapat. Cumanya, ianya hanya sekadar cadangan sahaja. Tapi, maklumat terbaru yang TB dapat, cadangan ini telah diterima oleh mereka untuk dilaksanakan.
Mereka telah membuat congak dan mendapati peluang mereka memenangi Selangor dan beberapa negeri lagi tipis. Ini sekiranya mereka bergantung kepada pengundi yang telah sedia ada.
Maka, cadangan mendaftar anggota RELA sebagai pengundi Pos telah diterima oleh mereka. Ini akan menambahkan lagi “bank” undi pasti Barisan Nasional untuk setiap DUN.
Ini tidak termasuk ahli keluarga tentera dan polis yang telah didaftar sebagai pengundi Pos tanpa mereka sedari.(baca di sini)

Juga, SPR telah membuat pengumuman bahawa para doctor, wartawan dan jururawat pun akan dibenarkan untuk mengundi pos.( baca di sini)

MENGAPA UNDI POS HARUS DIHAPUSKAN?

Mudah sahaja. Undi Pos TIDAK TELUS. Wakil2 parti tidak diizinkan untuk mengawasi perjalanan undi pos serta proses pengiraan undi pos. Malahan, undi pos sendiri tidak diketahui ke mana perginya dan tidak pula dikira pada HARI undi dibuang.

Undi pos akan diperam sehingga hari mengundi TANPA pengawasan dari partai2 yang bertanding. Memandangkan reputasi SPR yang jelas PRO BN (contoh: Perak dan Kedah), maka KETELUSAN UNDI POS adalah 100% diragui.

Dengan kata lain, undi pos ini akan dengan mudah menjadi alat dan cara Barisan Nasional memenangi kerusi kelak.

NAUZUBILLAH!!!

WAJIB PROTES UNDI POS

Kalau Pakatan Rakyat tidak mengambil langkah yang drastik dan membawa isu ini ke peringkat antarabangsa, maka dengan jelas UMNO/BN akan mempergunakan undi pos untuk kepentingan dan ketamakan serta haloba mereka.

Perlu perkara ini disanggah dan dilawan sekiranya kita masih mahu memerintah di Perak, Selangor, Kelantan, Penang dan Kedah.

Secara mudahnya, di kerusi2 yang perlu dimenangi UMNO dan BN, mereka boleh ada antara 2000-2500 pengundi pos yang bakal memenangkan mereka kerusi2 tersebut.

Jelas, UMNO terpaksa menaikkan kadar penipuan mereka ke tahap MAKSIMA demi memanjangkan usia mereka yang semakin hilang itu.

Semoga Allah SWT mengagalkan penipuan mereka ini, inshaalah.

Tulang Besi


300 ribu Rela undi pos untuk tawan Selangor?

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 9 Nov: PAS mengharapkan supaya penambahan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) seramai 300,000 di Selangor pada tahun 2011 tidak mempunyai agenda politik Umno BN untuk menawan negeri itu melalui taktik undi pos.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mengharapkan sasaran pertambahan mendadak anggota Rela di Selangor tidak menjadi tiket untuk mereka didaftar sebagai pengundi pos dalam pillihan raya umum akan datang.

PAS, tegasnya memang meragui kewibawaan undi pos dalam setiap kali pilihan raya kerana ia adalah simpanan tetap BN.

“Sudah lama PAS menuntut undi pos dihapuskan kerana kita mempunyai bukti daripada bekas anggota tentera yang bertugas selama ini tidak tahu siapa yang undi kertas mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, ujarnya pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu telus dan jangan menjadi tali barut BN ketika mengendalikan urusan pilihan raya.
Baru-baru ini, tambahnya rakyat telah dikejutkan tindakan SPR berhubung kumpulan pengundi 'hilang layak undi awam' yang berjumlah 18,493 orang dalam Rang Daftar Pemilih Suku Ketiga 2010.

Dan lebih mencurigakan, katanya jumlah tiga negeri paling ramai pengundi “hilang layak undi awam” ialah Kelantan (3,187), Kedah (2,876) dan Perak (2,007).
Menurutnya, PAS menganggap itu adalah tindakan untuk mengepung supaya tembok Umno BN tidak runtuh dan diserbu oleh Paktan Rakyat di negara ini.

Justeru, beliau mengharapkan supaya semua jentera pilihan raya di semua peringkat sentiasa mengambil berat mengenai daftar pemilih dan memerhatikan senario tersebut.
“PAS mengharapkan jentera PAS dan Pakatan Rakyat di Selangor perlu serius menanggani perkara ini. Modus operandi untuk tawan Terengganu 2004 dahulu dengan menambah pengundi sedang berjalan di Selangor.

“BN terlalu mengidam Selangor, berbanding negeri-negeri lain, kerana Selangor lubuk emas dan balang oksigen Umno,” ujarnya.

5 comments:

Anonymous said...

Bodoh baghal punya kaldai... sejak bila rela boleh jadi pengundi pos.. pos surat boleh ler.

zakwan said...

I've heard of such similar attempt by the MOD sometime last year
Zahid Hamidi once suggested the establishment of Askar Wataniah branches in every 222 parliament constituency for "national security" reasons

Obviously a devious plot to increase their chances of winning via postal votes
There's also the plans of gerrymandering where the a constituency's borders are modified

InsyaAllah, our brethren in the army will realize their folly and will up in arms with the ordinary rakyat to give the corrupt UMNO regime the boot

Anonymous said...

Pemimpin Pakatan Rakyat perlu bertindak segera dan berterusan berkaitan dengan undi pos itu, bagi menghalang perbuatan yang menjurus kepada memanipulasikan jumlah kertas undi dalam sesuatu kawasan pilihanraya.

SPR tidak akan membatalkan niat mereka yang bertindak seperti 'KIRA SAMPAI MENANG' kerana sesiapa yang cuba menghalang tindakannya akan dipelawa membawa kes itu ke mahkamah.

SPR begitu yakin dengan mahkamah Malaysia Boleh... bahawa mereka sentiasa berada dipihak yang benar walaupun mereka memang dilihat menipu.

PAS, DAP dan PKR perlu mencari cara bagaimana menentang pengkhianatan SPR yang dibuat secara terang-terangan tanpa rasa bersalah.

Jika tindakan tidak diambil daripada sekarang... kita akan melihat peristiwa yang sama berlaku seperti JPP PKR kendalikan pilihanraya parti mereka. Tindakannya hanyalah nafi dan penafian.

Kita jangan syok sendiri kerana menganggap bahawa UMNO Baru BN sudah lemah dan pastinya mereka akan kalah dalam pilihanraya ke 13....

Sebenarnya semua pemimpin BN sedar, bahawa mereka sudah lemah... Oleh kerana itu mereka sedang mencari ubat kuat untuk mengembalikan segala kekuatan yang telah hilang.

Mereka mengeluarkan duit berbilion ringgit yang berselindung disebalik nama projek tertentu bukan untuk membantu rakyat tetapi mereka mengupah orang cara bagaimana untuk menang pilihanraya yang akan tiba nanti.

Tidak kah cara mereka lakukan itu amat terang lagi nyata..?

Oleh kerana itu mereka tidak akan menyerah kalah dengan begitu mudah. Malah mereka berkerja keras, tidak tidor siang dan malam berbincang dan berfikir cara bagaimana untuk menang walau pun tanpa sokongan rakyat.

Asalkan ada cara, mereka akan gunakan tanpa mempedulikan apa yang akan mereka lakukan itu sebenarnya melanggar peraturan dan undang-undang negara. Lagi pula mahkamah mereka punya.

Apabila SPR bersifat seperti Si Luncai terjun dengan labu-labunya... maka pemimpin Pakatan Rakyat menyambut dengan "BIARKAN....BIARKAN... BIARKAN..."?

Sendiri mahu ingatlaaa....

Tuan Guru Hj. Hadi
Yb Lim Kit Siang
Datin Seri Azizah.

mat bosan said...

Kalau cadangan ni diteruskan,eloklah Pakatan Rakyat pulaukan Pilihanraya Umum akan datang,supaya dunia tahu bagaimana penipu dan penyangaknya UMNO/BN.Tan Seri Khalid sebagai MB Selangor boleh buat pilihan tidak membubarkan dewan negeri ikut PRU Najib.Kalau UMNO/BN boleh main kotor,Pakatan Rakyat juga mesti ikut main kotor.

Anonymous said...

elok lah tu...dah boring sgt dengan pakatan rakyat yg aku undi 2008....ternyata penipu...cepat cepat lah gelombang biru selangor naik mcm trengganu 2004 bila krajaan PAS tumbang...all da best BN!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.