Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, December 14, 2010

Apa Bukti Kerajaan Pakatan Rakyat Menindas Melayu?????

Ke hulu ke hilir UMNO menjaja kononnya hak melayu terancam, Islam terancam dan Melayu ditindas di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.Mereka menjual cerita pada orang Melayu kononnya hak Melayu dan Islam telah hancur di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.

Namun, mampukah UMNO MEMBUKTIKAN segala dakwaan kosong dan tidak berasas mereka? Jawapnya TIDAK.

Ini kerana, UMNO ahu sedari mula tuduhan mereka ini TIDAK BERASAS. Baru-baru ini di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan, UMNO telah dimalukan apabila ADUN tunggal PAS, YB Taufik, mendedahkan peruntukan sekolah agama untuk Selangor JAUHHH lebih tinggi dari Negeri Sembilan.

Dengan kata lain, Selangor lebih baik dari segi menjaga agama berbanding Negeri Sembilan yang ditadbir UMNO.

Malah di Penang, 70% dari mereka yang memenangi kontrak adalah dari kontraktor2 Melayu. Ertinya, di bawah Ketua Menteri DAP pun, kontraktor Melayu masih mampu hidup.

Peruntukan kepada sekolah2 agama, gaji imam2, bilal2, peruntukan masjid2 dan surau2 semuanya lebiih tinggi di bawah Pakatan Rakyat berbanding di bawah UMNO.

Malahan, pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pakatan jauh lebih bersih berbanding UMNO dan Barisan Nasional.

Akhir sekali, SAYA MENCABAR mana-mana juak UMNO membawa bukti jelas hak Melayu dan orang melayu ditindas di bawah kerajaan Pakatan Rakyat. Saya cabar.

TUlang Besi

13 comments:

Anonymous said...

Bradeer, bertenanglah. Jangan terlalu ikut emosi. Jiwa yang tenang menggambarkan keindahan Islam. Islam itu lemah lembut, sopan santun. Ikutlah cara Nabi SAW berdakwah secra bijaksana.

Anonymous said...

dengan adanya tander terbuka di negeri pakatan rakyat, kontraktor UMNO yang bagus masih boleh lagi berpeluang mendapatkan tander kerajaan negeri... kalau kerajaan pakatan rakyat buat cara UMNO - kontrak runding terus... kontraktor UMNO yang bagus ni akan mati kering la jawapnya...

Tinta Hitam said...

UMNO tahu org melayu sebenarnya malas nak siasat betul ke tidak.Ap shj yg menyentuh sensitiviti mereka akan mendapat perhatian mereka.Islam bukan lah sensitiviti pertama org melayu.Ianya mungkin ditempat ketiga atau keempat.

Ketuanan melayu dan hak istimewa org org melayu adalah tempat pertama.Tu sbb UMNO memainkan isu ini sehingga kelubuk.Betul atau tidak belakang kira.Kebenaran bukan prinsip UMNO kerna mereka beriman kepada konsep Machievalli

mahaza said...

Sapa kata Melayu tak tertindas!

Aku tak dapat apa-apa pun?

Kah Kah Kah

Grand Marquis said...

Orang yang fikiran singkat hanya melihat keuntungan jangka pendek. Orang-orang macam ni lah yang akan jual negara dan menyebabkan orang Islam hilang kuasa.

Tak cukupkah Singapura dijadikan contoh?

Tanyalah orang Melayu Singapore, apa yang mereka ada? Peruntukan apa yang kerajaan singapore bagi untuk agama mereka? Hudud, langsung jangan mimpila.

Senarionya sama aje. Satu kumpulan melayu digula-gulakan oleh orang kafir, kononnya mereka tak tindas Melayu. Jadi beria-ialah melayu-melayu kitol ni menjaja supaya kita bagi kuasa kat orang kafir.

Nak buktikan kesucian mereka, dilantik Melayu (yusuf ishak) untuk jadi president.

Tapi hari ni, orang Melayu nak jadi fighter jet pilot pun tak boleh. MOD dia orang Melayu tak boleh masuk. Segala hak-hak mereka di hapuskan secara halus.

TB tak baca Quran kah? Saya pernah cabar TB untuk bagi satu ayat yang menyuruh orang Islam bagi orang kafir menjadi pemimpin pada kita.

Ada berani?

Grand Marquis said...

Sebenarnya, saya kadang2 sangat berbangga dengan kepemimpinan PR berbanding BN dalam sesetengah isu..

Kemungkinan saya akan mengundi PR pada pilihanraya akan datang

Anonymous said...

Grand Marquis,

Adakah anda maksudkan negeri Pulau pinang? Apa kamu butakan selama ini negeri Pulau Pinang tidak diperintah melayu? Siapakan Ketua menterinya sebelum Lim Guan Eng? Masa BN menang, UMNOlah yg punyai majoriti kerusi di Pulau Pinang. mengapa tidak dilantik ketua menteri dari kalangan orang Melayu Islam?

Sekarag DAP mendapat kerusi majoriti. Mengikut perkiraan perlembagaan, Ketua Menteri hendklah dari parti mereka. oleh itu Lim Guan Eng dilantik jadi KM, tak pelikkan? Lainlah kalau PAS yang byk menang, sudah tentulah kita berani mendesak melayu dijadikan KM menggantikan Koh Tsu Koon.

Pandai pulak awak berhujah mohon dicarikan satu ayat membenarkan si kafir jadi pemimpin, tanya puak2 UMNO dulu. Mereka yang dulu merangka undang-undang!

Anonymous said...

kpd grand marquis 12.17pm,

jadi cikgu kafir tak boleh mengajar anak islam kat sekolah?
ataupun jurulatih kafir tak boleh latih anak islam dalam sukan?

hujah jenis apa ini? banggakah kamu sebagai seorang muslim berhujah camni?

4RAKYAT

tulang dawai said...

umngok memang laa kaki lebong...
apa yg dia tuduh kat orang....yang tue laa dia buat...

dia kata orang rasuah...
dia kata orang fitnah dia...
dia lebung melayu kena tindaih...
dia kata mcm-mcm lagi....

semua tu dia punya angkara...
last sekali balik kat dia jugak....

kah kah kah

Serious Shepherd said...

'Pakatan Rakyat Menindas Melayu' adalah slogan yang disebarkan oleh tak lain dan tak bukan ialah golongan Pekembar.

Di pihak lagi satu, dituduh pulak DAP nak 'tubuh Dewan Ulama'. Ingatkan Mau Cari Angpau yang cakap (sebab big boss bintang filem (toot) diaorang yang menjamin bahawa kekuasaan politik Melayu kekal bila Pakatan Rakyat berkuasa kerana bakal PM adalah dari PAS), rupanya pihak 3rd force seperti yang dinyatakan dalam blog ini pada pautan sebelumnya.

Kesimpulan: 3rd force dan BN 'mendapat gaji dari sumber yang sama'.

Abd Razak said...

Grand moron ni ikut Islam mazhab melayu bukan mengikut Al-Quran dan Hadith...sbb tu otak bengap camtu...mmg dangkal dan jahil...kesian tgk kt dia...time blajar agama dulu lari...entah2 dia amik pendidikan moral masa sekolah dulu kn...

Grand Marquis said...

Cuba Razak bagi tau, Islam mazhab apa yang suruh kita bagi orang kafir berkuasa keatas orang Islam.

Anonymous said...

cuba Grand Marquis bagitau islam mazhab mane yang tak bagi pemerintah dia bukan islam?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.