Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, December 2, 2010

Fakta Pengkhianatan UMNO Terhadap Melayu: Tanah Rezab Melayu

NOTE EDITOR: Terima kasih kepada Blogger Juara Rakyat. Artikel di bawah boleh dibaca di sini

Ini fakta menunjukkan Umno penjahanam tanah orang Melayu;

1) 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.

2) 5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

3) 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!

4) Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

5) 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.

6)Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

7) Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.

8) 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

9) 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan.

10) Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.

11) 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.

12) Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.

13) Kampung Chubadak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.

14) Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)

15) Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP. Sebenarnya slogan Umno “Hidup Melayu” perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu “di mana Umno kuat di situ Melayu merempat”.SETUJU????

11 comments:

dino.yp@gmail.com said...

fakta or auta ?

Anonymous said...

fakta dalam khayalan

Anonymous said...

fakta macam bangkai

Anonymous said...

fakta

Anonymous said...

Alhamdulilah kerana UMNO telah diberi Allah nikmat utk memerintah negara ini selama 50 tahun. Jikalau Allah tidak mengizinkan atau UMNO kufur nikmat itu maka Allah akan menariknya balik sapertimana Allah menarik balik nikmat memerintah daripada PAS/DAP di Negeri Perak. Allah maha mengetahui jika lagi lama PAS memerintah maka lagi banyak kehancuran akan berlaku dibumi Perak. Allah maha mengetahui kalaulah Malaysia ini diberi kepada PAS utk memerintah selama 50 tahun, mungkin negara ini sudah menjadi hancur atau jadi negara pelacur. Kepada Allah kita berserah.

Tamingsari said...

Pernah dengar ceramah saifudin nasution sibudak muka lekuk2?

Lebih kurang ginilah faktanya...

saje direka2... untuk mengelirukan rakyat....

Aku pun bleh tuleh je kat mane2 dalam negeri Pakatan Haram dalam Selangot, Kedah, Penang dan Kelantan dan buat angka2 mcm ko tulis nie...

Malaysia wave konon... mcm anjing... Mana bukti tuduhan ko nie? Ke ko merujuk dengan Saiufudin Budak Muke lekuk2.

Siapa pun takkan percaya dah dengan blogger pengampu....

Tamingsari.

Anonymous said...

Aku pun makin lama makin malas dan ini mungkin kali terakhir tulis,lebih baik baca dan tulis komen dgn bangsa lain dlm TMI ataupun MC.Tengok komen org kita macam GM dah tak larat dah.Kalau otak dak karat macam dua tiga berok diatas takpahlah TB susah2 buang masa je.Orang kita konon berlagak pandai tapi kurang membaca sebab tu jangan kata UMNO/BN,Mugabe pon boleh tipu orang Melayu.Tak payahlah ada gadget macam2 tapi fakta simple pon tak faham

Grand Marquis said...

Anon 1:48 PM,

Semua orang boleh mengaku dirinya pandai ataupun banyak membaca. Tapi kalau orang tu pandai dan banyak membaca, dia takkan tulis macam ni.

Kalau hang baca semua point tu, ada tujuan tertentu tanah itu di gunakan. Sama ada untuk pembangunan industri, lebuh raya, kampus U, Resort, dll.

Isu tu saja digempak, disensasi, diputar belit oleh TB (ataupun mamat penyokong PR yang di copy paste tu). Dia guna perkataan Gadai, Halau saja bagi nampak buruk.

Tapi malangnya tektik tersebut berjaya menipu orang macam anda yang banyak membaca (baca apa tu, mangga ke?).

Kalau betul kerajaan gadai dan halau, dah tentu orang Melayu dah buat demo.

Lainlah macam kerajaan PR.
1. Nizar gadai tanah bagi kat cina 999 tahun. Apa hasilnya (pembangunan, kilang, lebuh raya, resort)? Tarak. Bagi free. Itu baru namanya gadai.

2. Kelantan, mungkin tak gadai. Tu yang hutan memanjang aje kat kelantan dan tak de pembangunan. Bila hutan memanjang, tu yang ahli politik kelantan dok gadai tanah balak kat cina.

3. Penang, kampung buah pala, ha, tu baru namanya halau.

Jadi, kepada TB dan Anon, kalau nak naik ranking blog, buatlah sesuatu yang betul-betul bijak.

Anonymous said...

kebanyakan melayu tak pandai matematik.

tapi busuk busuk cubalah faham statistik

level spm oi. Bila kata melayu ngok marah.

kamu kat atas nih bingai ke?

Tak pas matematik kat spm ke?


Ada satu blog pro ameno yang cerita -penulis pelacur

dalam simpanan ameno nih ada 3 kelas-


1.yang dapat gaji/imbuhan rm 20 000 ke atas

ini geng rocky bru dan rakan se kelas dengannya


2. middle clas macam geng unspinners, pisau ,rbf

dsbnya yang dapat elaun lumaian yang mereka bolih

pakai keta saga/honda city/vios


3. pelacur murahan bagaikan nyamuk yang mendapat
imbuhan seperti free makan atau china doll
bila ada keramaian besar mungkin dapat elaun
dari mukriz/kera jamban

golongan nih tak perlu spm , despatch boy. mat rempit
di bawah pimpinan azeez paria masok dalam senarai nih.

geng nih pakai kapcai -kalau lebih lebih pakai yamaha -lc aje

jadi saya nampak kutu yang buat komen kat atas ni tergolong dari
geng 3 le. tolonglah untuk kemajuan kome semua gilah
amek tuisyen matematik- janagan jadi bingai berul.

malulaha kat bangsa lain sikit-kalau tulis cheklah data
dari buku gomen. Melalak macam pangsai aje dah tak jadilah.

kalau nak celapun biarlah dengan data. merapu tanpa data ibarat
kome semua gila sombong lalut-macam melayu sial aje.

jagalah maruah. kita sesama melayu kena jaga kepentingan melayu.

esok anak cucu kita gak jadi sampah dalam negeri.

tengoklah kat sarawak apadah jadi. taib tokay milioneh. rakyat
miskin kedana.

dari stail pun , aku agak hidup macam sampah.

ingat pesan nabi muhammad saw -kemiskinan membawa ke kekufuran!!!



korok wan man

Tinta Hitam said...

Pergi lihat sendiri tempat tempat yg disebutkan itu.Sya dah lihat dan mmg betul>paling mudah ialah ladang KLK di Lekir dan Kilang simen YTL di Padang Rengas..

Terpulang lah pd penyokong uMNO utk menafikannya.Saya pu tka berharap mereka sokong sebab mereka mmg bodoh.

Grand Marquis said...

Tinta Hitam,

Hang pi tengok apa? Hang tak nampak ke Melayu, Cina dan India semua dapat kerja kat kilang simen.

Nizar bagi tanah 999 tu apa yang bangsa lain dapat? Habuk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.