Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, December 18, 2010

Hujjah Ustaz Fathul Bari Hujjah Dangkal, Lagak Seperti Mujtahid Mutlak

Saya telah mendengar rakaman forum antara Ustaz Fathul Bari dan Ustaz Wan Ji. Sesiapa yang mahu mendengar rakaman tersebut sila klik di sini.

Saya hairan betapa jauhnya kualiti hujjah antara hujjah Fathul Bari berbanding hujjah Ustaz Wanji. Perbandingan yang saya buat dari segi kualiti hujjah:

Ustaz Wan Ji: Hujjah beliau berdasarkan kepada pendapat RAMAIIII ulamak. Pendapat ulamak2 yang digunakan oleh adalah dari ulamak-ulamak muktabar seperti ulamak2 Syafiee, Ulamak2 Hanafi, Ulama2 Maliki dan Hanbali. Tidak cukup dengan itu, Ustaz Wan Ji merujuk kepada ulamak2 hadeeth yang muktabar seperti Al Hakim, Ibnu Hajar, Addzahabi dsbnya.

Ustaz Fathul Bari: Hujjah2 beliau KURANG dan rasanya TIADA RUJUKAN kepada pendapat ulama-ulama yang muktabar. Lebih kepada tafsiran beliau secara terus di atas nas. Dengan kata lain, beliau bertindak seperti seorang “Mujtahid Mutlak”.
Apa kelayakan Ustaz Fathul Bari untuk mentafsir nas secara terus TANPA merujuk kepada pendapat ulama-ulama yang muktabar?

Di samping itu, hadeeth yang beliau pegang pun hadeeth yang DAEEF dan tidak boleh dijadikan hujjah ataupun hukum untuk menyokong pendapat beliau. (Rujuk pada bahagian ketiga rakaman ini).

MENGAPA PENTING MERUJUK ULAMA TERDAHULU?

Ilmu ulama2 dahulu lebih tinggi berbanding sekarang. Namun, sebab yang paling utama adalah pendapat ulama2 terdahulu adalah RUJUKAN UTAMA kepada umat Islam di dalam memahami kehendak Al Quran dan Sunnah.

Bererti, sekalimana tinggi pun ilmu seorang ulama pada zaman kita ini, mereka WAJIB merujuk kepada pendapat ulama2 terdahulu kerana pendapat ulama2 terdahulu adalah khazanah ilmu yang amat berharga kepada umat Islam zaman ini.

Ia juga melambangkan betapa merendah diri seseorang ulama yang rela merujuk kepada pendapat ulama2 terdahulu sebelum menggunakan pendapat sendiri.

Hakikatnya, hujjah Ustaz Fathul Bari dangkal dan bahaya untuk diterima berbanding hujjah Ustaz Wan Ji. Hujjah Ustaz Wan Ji merujuk kepada pendapat ulama2 muktabar yang mana jelas ianya lebih selamat dan menepati kehendak Al Quran dan Sunnah.

Berbanding dengan pendapat Ustaz Fathul Bari yang hanya berpaksi kepada tafsiran beliau semata-mata ke atas nas Al Quran dan Sunnah.

SECARA MUDAHNYA:

Hujjah Wan JI - Hujjah para Ulama2 Muktabar

Hujjah Fathul Bari - Hujjah2 berdasarkan TAFSIRAN BELIAU ke atas NAS Al Quran dan
Hadeeth semata-mata

Terpulang pada tuan-puan pembaca untuk menerima pendapat siapa yang paling selamat untuk diterima.

Wallahualam

Tulang Besi

10 comments:

Grand Marquis said...

TB bila kata Hadith Umar dan Kain tu hadith Mutawateer TB rujuk ulama mana?

dino said...

aku pilih al quran dan hadith daripada ulamak muktabar.

Ingin tahu said...

Salam..boleh tahu tak siapa ustaz fathul bari?

Anonymous said...

kpd ingin tahu:
Ustaz Dr.Fathul Bari merupakan seorang yg ahli dlm bidang hadis..
Graduan B.A(hadis) daripada Universiti Islam Madinah dan M.A(hadis)Universiti Yarmouk Jordan serta PHD (hadis)universiti islam antarabangsa Malaysia uiam..

Sireh said...

1)Semua pendapat boleh diterima & ditolak melainkan pendapat Rasulullah...

2)Tidak semestinya kena merujuk kpd pendapat ulamak muktabar jika anda alim dlm al-Quran & hadis...

3)Pesan nabi; "aku tinggalkan 2 perkara yg jika kamu pegang, kamu tidak akan sesat selamanya: al-Quran & sunnahku...

Anonymous said...

"Hujjah2 beliau KURANG dan rasanya TIADA RUJUKAN kepada pendapat ulama-ulama yang muktabar. Lebih kepada tafsiran beliau secara terus di atas nas. Dengan kata lain, beliau bertindak seperti seorang “Mujtahid Mutlak”.

Apa bebal sangat penulis blog ni. Betul la apa lak salahnya Ustaz Fathul merujuk kpd Nas. Al Quran itu mudah.....“Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Qur’an untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?” (Al Qamar: 17)

Anonymous said...

penulis blog menulis WAJIB rujuk ulama, tolong bagi dalilnya?? kita cuma berpegang hanya pada al.quran dan sunnah,selepas itu baru rujuk ulama, bukan terus rujuk ulama dahulu ...

Anonymous said...

Pd sy, langkah mengemukakan pndpt ulama muktabar lebih myakinkn. Siapa fathul bari nk dbndingkn dgn Al Hakim& Ibnu Hajar?? Nk bndingkn PhD UIA dia dgn ilmu ulama muktabar?? Nk2 pulak si fathul bari ni sah2 dh sain jd ahli umno. Pndpt peribadi shj.

Smkjo Sibu said...

Bodoh laa... yg bg komen kat sini... 1. Korang tak faham apa yg penulis blog nak sampaikan dan 2. Korang betul2 bodoh tentang dalam cara pengajian ilmu quran dan hadith.

Tolong baca ni...

orang yang di bolehkan baca DAN KELUARKAN HUKUM (utk kegunaan orang ramai) dari Nas Al-Quran dan Hadith mestilah seorang yang mujtahid (diiktiraf oleh ulamak mujtahid yang lain).

Orang awam, ustaz2 atau ulamak2 biasa TIDAK BOLEH mengambil Nas dan Hadis dan terus menerbitkan hukum berdasarkan Nas dan Hadis td. Apabila kita mahu juga mengunakan mengunakan Nas dan Hadith sebagai hujah atau hukum. Kita perlu menerangkan pula ia adalah selari dengan pendapat dari Imam2 lain yang mujtahid.

Itulah method pembelajaran ilmu Al-Quran dan hadith. Korang dah lah bodoh lepas tu wat statemant bodoh lagi berdosa.

TOLONG LAH BACA APA ITU MUJTAHID DAN PERBEZAAN ANTARA MUJTAHID DAN ORANG AWAM.

Smkjo Sibu said...

Bodoh laa... yg bg komen kat sini... 1. Korang tak faham apa yg penulis blog nak sampaikan dan 2. Korang betul2 bodoh tentang dalam cara pengajian ilmu quran dan hadith.

Tolong baca ni...

orang yang di bolehkan baca DAN KELUARKAN HUKUM (utk kegunaan orang ramai) dari Nas Al-Quran dan Hadith mestilah seorang yang mujtahid (diiktiraf oleh ulamak mujtahid yang lain).

Orang awam, ustaz2 atau ulamak2 biasa TIDAK BOLEH mengambil Nas dan Hadis dan terus menerbitkan hukum berdasarkan Nas dan Hadis td. Apabila kita mahu juga mengunakan mengunakan Nas dan Hadith sebagai hujah atau hukum. Kita perlu menerangkan pula ia adalah selari dengan pendapat dari Imam2 lain yang mujtahid.

Itulah method pembelajaran ilmu Al-Quran dan hadith. Korang dah lah bodoh lepas tu wat statemant bodoh lagi berdosa.

TOLONG LAH BACA APA ITU MUJTAHID DAN PERBEZAAN ANTARA MUJTAHID DAN ORANG AWAM.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.