Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, December 20, 2010

Jom ramai-ramai kita bunuh Dr Mujahid & bakar buku “Menuju PAS Baru”!

(Dari blog Nota Merah@Zainulfaqar)Anak usrah Ustaz Yahya Othman semalam memberitahu, bahawa Ajk PAS Pusat Datuk Abu Bakar Chik (ABC) baru-baru ini ke Kelantan bertemu dengan Yahya.

Dilaporkan ABC menuduh Dr Mujahid Yusof Rawa, anak bekas Mursyidul Am PAS cuba membuat onar dalam “jamaah” dengan menulis “Menuju PAS Baru”.

Mujahid dituduh sebagai “anai-anai” JIM (Jamaah Islah Malaysia) dalam PAS.(Kita tak sedar yang Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Yahya dan banyak lagi pimpinan utama lain bukan asal dari PAS, tetapi bekas ABIM)

Difahamkan tuduhan itu ekoran Mujahid pada “Lekuk Ketiga” seakan mendedahkan kelemahan Hadi dan kepemimpinan Ulama PAS dalam meniti arus demokrasi di tanah air ini.

Yahya yang dikenali sebagai “murabi” dan ikon “Ikhwan” dalam PAS turut didesak supaya meng”haram”kan ahli-ahli PAS dari membaca buku kontroversi itu.

“Yang mengajar Mujahid mengaji al-Quran, yang tarbiah Mujahid masa kecil itu antaranya ana (saya/Yahya) di rumah al-marhum Ustaz Yusof Rawa (bekas Mursyidul Am PAS).

“Baguslah kalau dia kritik ulama PAS sekarang, ulama kita pun ada yang ‘belawok’ (menipu),” jelas Yahya kepada ABC.

Difahamkan, Yahya menyindir kepemimpin ulama tertentu yang menyokong usaha “Kerajaan Perpaduan” antara PAS dan Umno walaupun awalnya menipu ahli-ahli parti, wartawan dan rakyat dengan menafikan “rundingan dalam gelap” itu.

Baru-baru ini, ABC khabarnya menemui Ustaz Fadhli Shaari, Setiausaha Akhbar bagi Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Fadhli cuba dihasut supaya meminta Nik Aziz meng”haram”kan penulisan popular Mujahid itu.

Yang menarik, Fadhli mempersoal motif desakan ABC serta menyuarakan rasa tidak bersetuju dengan hasrat tersebut secara tidak langsung.

Bahkan, Fadhli mencadangkan supaya wacana mengenai buku “Menuju PAS Baru” itu dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan pula secara ilmiah dengan menjemput Mujahid memberikan penjelasan buku lalu direspons oleh tokoh-tokoh yang layak.

ABC tidak bersetuju dan meninggalkan Fadhli.

Khabarnya Ajk PAS Pusat Ridhwan Mohd Noor berhasrat menulis satu buku dalam tulisan popular menyanggah karya Mujahid.

Inisiatif itu sebenarnya lebih wajar berbanding inisiatif ABC yang dianggap sesetengah pihak sebagai kaedah “Talibnanisasi”.

Insiatif itu juga lebih baik dari inisiatif menantu Presiden PAS, Zaharuddin Mohamad mengadakan muzakarah Ulama Muda PAS lalu menolak karya Mujahid mentah-mentah kononnya atas disiplin syariah.

Mujahid dalam satu forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor baru-baru ini mempersoal tindakan Zaharuddin menolak karyanya itu.

Zaharuddin yang juga dikenali sebagai Din Ayam dan “Khairy versi PAS” dipertikai kerana tidak menjemput Mujahid dalam muzakarah “misteri” anjuran Ulama Muda PAS itu.

Tak sabar menunggu buku Ridhwan!

Senario ini menggambarkan beberapa pemimpin PAS (khusus dari Terengganu) nampaknya angkuh serta tidak bersedia menerima kritikan dari luar dan dalam parti.

Cukuplah Tun Dr Mahathir dikenali sebagai Mahafiraun disebabkan keangkuhannya waktu jadi PM, jangan kita (PAS) pula dikenali sebagai “Haman” disebabkan enggan menerima buku “Menuju PAS Baru” ini.

Setuju?

Zainulfaqar Yaacob
Bukit Bintang | 3.43 pagi

7 comments:

MEOR SAIFUL NAZLI said...

ALHAMDULILLAH... ADA JUGA YANG BERANI TEGUR FULAMAK-FULAMAK NI. JANGAN ANGGAP DIRI SUDAH ELIT. CHECKLIST BALIK SENARAI RIYAK YANG DAH DIBUAT. FULAMAK-FULAMAK.

kamarul said...

semoga semua cerahkan fikiran..takkan hanya keranaa hanya tidak setuju tulisan seseorang maka keluar arahan "bakar buku "...zaman sudah berubah ...sepatutnya galakkan orang minat membaca...

matantiug said...

Bakar Chik ni siapa?Kalau ada sesiapa yang "membawa onar" dalam PAS,mereka ialah Puak Trengganu ni.Puak Trengganu ni dikenali juga dengan Puak UG,mereka inilah yang wajar dikeluarkan dari PAS.Dalam keadaan PAS yang masih terkial-kial untuk membuat persediaan PRU ke13,Bakar Chik buka pulak "medan baru" untuk mengalih perhatian kepada isu yang tidak kena-mengena dengan PRU ke13.Dengan rentak yang sama,menantu Hadi Awang juga turut berperanan untuk "create diversion" agar PAS hilang forkus kepada gerak-kerja PRU ke13.Fikirlah siapa yang akan untung nanti.

KHALID MOHD ISMATH said...

hang pa kena tau jugak yg JIM ni mmg berbahaya kepada PAS...

tengok lah mcm mana Allahyarham Ust Hassan dulu disingkirkan oleh puak2 JIM gak..

selagi puak2 JIM ada dalam PAS, selagi itulah PAS akan berpenyakit.

bg yg ahli PAS lama2...depa tau perangai JIM mcm mana....

ahli PAS baru2 mmg akan pandang mulia insan berlatarbelakangkan JIM ini sebab korang tak mula dari bawah.

ikut usrah PAS dari muda...barula hangpa tau mcm mana perangai JIM. sekian.

Anonymous said...

khalid mohd ismath kata:

"tengok lah mcm mana Allahyarham Ust Hassan dulu disingkirkan oleh puak2 JIM gak.."

cuba tanya timbalan presiden pas, siapa dok jaja bahawa allahyarham terpalit dengan kes kohilal. fail2 kes berlambak2 untuk ke mahkamah. waktu tu nasha tanding kawatan timbalan presiden...

hussin said...

http://notamerah.wordpress.com/2010/12/18/jom-ramai-ramai-kita-bunuh-dr-mujahid-bakar-buku-menuju-pas-baru/#comments

(1)
assalamu’alaikum,

penjelasan ustaz yahya perlu diberi perhatian oleh bakal perwakilan ke muktamar pas 2011. ketika kehangatan igauan kerajaan perpaduan di kalangan kepimpinan pas, terdapat komen2 di beberapa blog akan “pembohongan” yang berlaku sehingga pengomen2 tersebut dicop sebagai pengkhianat dari dalam, pembawa fitnah. sekarang ini, ‘belawok’ di kalangan pemimpin pas disuarakan sendiri oleh ustaz yahya. apakah pula cop yang akan diberikan oleh pengampu2 kerajaan perpaduan terhadap ustaz yahya?

“Baguslah kalau dia kritik ulama PAS sekarang, ulama kita pun ada yang ‘belawok’ (menipu),” jelas Yahya kepada ABC.

Difahamkan, Yahya menyindir kepemimpin ulama tertentu yang menyokong usaha “Kerajaan Perpaduan” antara PAS dan Umno walaupun awalnya menipu ahli-ahli parti, wartawan dan rakyat dengan menafikan “rundingan dalam gelap” itu.

pemimpin2 yang sudah ada cop ‘belawok’ ini perlulah menarik diri dengan serta merta dari semua jawatan dan janganlah bersikap talam dua muka! kalian sudah gugur kelayakan sebagai pemimpin. ahli2 pas pula usahlah bersikap malu-alah dengan mereka. islam adalah dasar perjuangan pas. islam tidak perlu malah menolak pemimpin yang ‘belawok’!

wallahu’alam.

(2)
ridhuan disarankan menulis buku bagi merungkai masalah pemimpin ‘belawok’ daripada menjawab buku mujahid. apakah dengan buku ‘menuju pas baru’ mujahid menggadai prinsip islam? manakala pemimpin ‘belawok’ pula tidak gugur kelayakan sebagai pemimpin. buku pemimpin ‘belawok’ ini dijangka akan mendatangkan pulangan yang lebih baik kepada ridhuan daripada buku menjawab ‘menuju pas baru’.

wallahu’alam

hussin said...

http://notamerah.wordpress.com/2010/12/20/hadi-akui-wujud-kelemahan-dalam-pakatan/#comments

assalamu’alaikum,

2 perkara ucapan ustaz hadi yang menarik perhatian:

1. Ada ketikanya Pakatan juga sering berhadapan dengan perbezaan pendapat dan pandangan dalam menyelesaikan pelbagai masalah

a. pakatan rakyat dibina berdasarkan perjuangan yang mempunyai persamaan. sebarang perbezaan pendapat dan pandangan dalam mencari titik penyelesaian tidak dikira sebagai masalah. tidak ketemu penyelesaian adalah masalah.

b. bertindak dengan membelakangi keputusan muktamar – memperkasakan pakatan rakyat – dengan sendiri menimbulkan pelbagai andaian yang boleh menyebabkan perbezaan pendapat dan pandangan. maka perbincangan memerlukan masa yang panjang dan bersiri. untuk mendalami pendirian pas.

2. PAS mengakui tidak mempunyai masa yang panjang untuk melaksanakan beberapa dasar yang dirangka oleh Pakatan kerana BN sentiasa mencari jalan meruntuhkan negeri pimpinan mereka.”

a. memperkasakan pakatan rakyat diputuskan di muktamar 2009. ia dicemari dengan igauan kerajaan perpaduan. dua tahun masa terbuang.

b. aduan ustaz abu bakar chik kepada ustaz yahya kononnya mujahid cuba membuat onar dalam pas dan mendesak ustaz yahya mengharamkan ahli2 pas dari membaca buku ‘menuju pas baru’ secara terang menunjukkan bahawa ada segelintir pemimpin pas masih di takuk lama. inilah barangkali yang meyebabkan pas gagal untuk menepati keputusan muktamar 2009 sehingga memerlukan endorsement kedua pada muktamar 2010. sekali gus pas gagal untuk memperkasakan dirinya sendiri.

c. memang bn sentiasa mencari jalan meruntuhkan negeri yang ditadbir pakatan rakyat. sesudah menyedari hakikat ini, kenapa pas membuka seluas ruang dan peluang kepada umno/bn? dua tahun masa disia2kan.

d. kotakanlah apa yang telah dipersetujui dengan sahabat2 dalam pakatan rakyat dan bukan menyelinap ke dalam kelambu umno kerana mahu capai persetujuan lain. hentilah menelan bulat2 apa yang disuap oleh oleh orang yang sangat sayang pada umno itu.

e. ““Baguslah kalau dia kritik ulama PAS sekarang, ulama kita pun ada yang ‘belawok’ (menipu),” jelas Yahya”. apa lagi yang ditunggu oleh mereka yang dicop ‘belawok’ oleh ustaz yahya ini. kalian sudah gugur kelayakan menjadi pemimpin dalam pas. itulah yang dimaksudkan oleh ustaz yahya, barangkali.

f. siapa ustaz bakar chik dalam hieraki kepimpinan pas? dia hanya dilantik ke pusat. kenapa tidak timbalan presiden (yang di dahinya tertulis “nik aziz bukan pas”) yang berjumpa ustaz yahya? dia layak berjumpa ustaz yahya kerana dia juga ulama, tidak begitu?

wallahu’alam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.