Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, December 19, 2010

Khalid Ibnu Walid Tidak Layak Apa2 Jawatan dalam PAS.

Saya membaca laporan WIKIPEDIA berkenaan dengan kemenangan Islam dalam peperangan di Yamamah (Riyadh, Saudi Arabia) antara tentera Islam dan tentera Musailammah Al Kazzab.
Terdetik dalam hati saya, kalaulah di dalam PAS ada seorang Khalid Ibnu Walid, nescaya PAS akan mampu menang dalam pilihanraya dan memerintah Malaysia.

Begitu tenang dan begitu hebat gaya dan cara Khalid memimpin bala tentera Islam sehingga tentera Musaillamah yang begitu kuat itupun kalah tersunggkur. Dan, Khalid Ibnu Walid ni bukanlah seorang yang alim. Diberitakan beliau cuma menghafal tidak lebih dari 5 surah sahaja sepanjang hayat beliau, yakni, 4 kul dan surah Al Asr.

Tapi, beliau kerap kali dilantik sebagai jeneral oleh para khulafa sehingga Sahabat yang Alim dan Wara seperti Abu Ubaidah Ibnu Jarrah sanggup menyerahkan tampuk kepimpinan tentera kepada Khalid Ibnu Walid sewaktu peperangan Yarmuk tanpa bahas. Abu Ubaidah bukan sahaja seorang sahabat yang alim, hafiz Quran malahan salah seorang sahabat yang dijanjikan syurga oleh Nabi.

Namun, Abu Ubaidah tanpa segan silu menyerahkan tampuk kepimpinan tentera sewaktu menghadapi tentera Rom di Yarmuk. DAN, Allah SWT memberi kemenangan kepada tentera Islam di bawah kepimpinan seorang yang tidak alim dan tidak hafiz seperti Khalid Ibnu Walid

KEPIMPINAN ULAMA MENJAMIN KEMENANGAN?

Kalau mengikut logik mereka yang taksub kepada kepimpinan ulama dalam PAS, sudah tentulah Khalid Ibnu Walid tidak akan menang di dalam setiap pertempuran yang beliau hadapi dan pimpin.

Beliau bukan alim, bukan hafiz, bukan muffassin, bukan pula periwayat hadeeth. Beliau cuma seorang jeneral dan beliau cukup mahir di dalam pekerjaan yang beliau lakukan.

Malahan, para Khualafa Ar Rasyidin pun tidak ragu-ragu memberi beliau tampuk kepimpinan tentera Islam. Tidak pun para Khulafa Ar Rasyidin mempersoalkan latar belakang ke ulamakan Khalid Ibnu Walid.

Di dalam PAS, kalau hendak menjadi pemimpin, mesti ada title "ustaz". Malahan, perkara ini disebut oleh wakil Pemuda sewaktu ucapan penggulungan sewaktu Muktamar di Shah Alam. Wakil Pemuda dengan bangga berkata Pemuda sekarang telah diambil alih kepimpinan oleh ulama.

Dengan kata lain, istilah ulama itu dipergunakan serta diperdagangkan untuk mendapat jawatan dalam PAS. Soal kelayakan atau kepantasan serta kebolehan diletakkan nombor dua. Yang penting ada title Ustaz.

Itu yang pada waktu kita sepatutnya memikirkan jalan menjatuhkan UMNO, adalah seorang tu yang ada hubungan dengan Presiden tengah sebuk mengeluarkan dokumen tentang "Garis Panduan Tahaluf Siyasi". Semua kerana marah kepada ahli2 PAS yang melebihkan Pakatan Rakyat dan menolak "Kerajaang Perpaduang".

Saya yakin, kalau Khalid Ibnu Walid masuk PAS, beliau sudah tentu tidak diizinkan memegang apa-apa jawatan kerana beliau bukan ulama dan beliau bukan Ustaz. Lantas, kalau Khalid masuk PAS, Khalid akan dipastikan tidak memegang apa-apa jawatan kerana beliau bukan ulama.

Tulang Besi

ps Tulang Besi ada terbaca satu pendapat ulama bahawa sebenarnya Khalid Ibnu Walid tidak dilucutkan jawatan. Hakikatnya, pada asalnya, Khalid adalah salah seorang komander di bawah kepimpinan Abu Ubaidah Ibnu Jarrah untuk tentera Islam di Utara. Namun, pada peperangan Yarmuk, Abu Ubaidah telah menyerahkan kuasa kepimpinan Tentera Islam di Utara kepada Khalid Ibnu Walid.

Apa yang dilakukan oleh Saidina Umar adalah mengembalikan semula perlantikan Abu Ubaidah Ibnu Jarrah kerana itu adalah keputusan yang asal. Bukanlah Khalid dilucutkan atau dipecat seperti yang biasa kita dengar kerana di kalangan para Sahabat, soal jawatan ni tak jadi hal. Takda siapa yang lapar jawatan.

Adapun Khalid turun berjuang seperti tentera biasa adalah atas permintaan beliau sendiri. Ini kerana peperangan di Parsi itu adalah peperangan terakhir tentera Islam. Maka, itulah peluang terakhir beliau mendapat Syahid di jalan Allah.

Beliau tetap komander di bawah Abu Ubaidah dan tidak mungkin orang seperti Khalid Ibnu Walid diturunkan pangkat sampai ke tahap prebet oleh Nabi SAW. Dalam keadaan Nabi SAW dan Saidina Abu Bakar meletakkan Khalid di tahap JENERAL, tidak mungkin Saidina Umar meletakkan Khalid Ibnu Walid pada tahap yang lebih rendah berbanding tahap yang telah diletakkan oleh Saidina Abu Bakar dan Nabi SAW. Itu bukan sifat dan perangai Saidina Umar, dgn mudah tidak menghormati keputusan Nabi SAW dan Saidina Abu Bakar.

Wallahualam bissawab

8 comments:

Grand Marquis said...

Ini juga satu contoh tafsiran singkat pemikiran TB. Hanya pandai mencedok serah untuk di spin pada perkara yang sesuai dengan serakah dia.

TB hanya pandai tonjol Khalid Ibnu Walid semata-mata nak bagi gambaran yang puak-puak Erdogan ni pun layak menerajui PAS. Mungkin TB berharap TB yang tak ada kelayakan agama pun boleh mendapat tempat dalam kepimpinan Pas. Cuma tak sangka TB begitu desparate sampai terpaksa spin Khalid Ibn Walid untuk kepentingan puak erdogan.

Konsep kepimpinan ulama ialah konsep yang dicanang oleh PAS sendiri dan dijaja selama berpuluh tahun untuk memancing undi. Tapi hari ni, TB bertindak terbalik pulak dengan memperlekehkan kepimpinan ulama.

Zaman ni umat Islam dah maju dan tak semudah diperbodohkan oleh idea sempit, sama ada kepimpinan ulama atau kepimpinan Erdogan secara totok.

Orang atas jalan pun dah paham apa itu ulama dan umara. Orang dah paham, untuk kejayaat umat, perlunya kerja sama ulama dan umara kerana setiap pihak ada kepakaran dalam bidangnya.

Cuma hairan ada yang masih begitu terbelakang. Yang Erdogan sibuk nak bagi fatwa dan yang ulama sibuk nak bincang tentang ekonomi. Cuma TB serba boleh. Ekonomi pun boleh, bagi fatwa pun boleh, hadith pun boleh dan hari ni serah pun boleh.

TB memang serba boleh.

TheSniper said...

Salam bro.
Bab ni wa konpius dgn PAS.

grand marquis = geng maki said...

Dari komen GENG MAKI (grand marquis), nampak sangat dia takut dengan geng Erdogan.

Lepas tu menyalak macam anjing kelaparan, ntah apa2 ntah dia cakap.

PAdahal, hujjah TB mantap dan berkesan.

Hujjah kao macam taraf sampah je, Geng Maki

anti G.M said...

ko ni knape g.m? bnyak benor ko tak puas hati. mane ko punye posting aku nak bace. kalau betul sgt bernas. tau kutuk org jek, sendiri punye posting tak de plak. macam bacul jek.

Anonymous said...

Spin TB kali ini rasanya kurang bagus sebab fakta nampak sangat selektif. Kalau nak spin kalau boleh janganlah nampak sangat. TB kena spin laju lagi.

Tak di sebut pun kenapa Umar R.a memecat Khalid. Kemudian memandai-mandai menafsir "Itu bukan sifat dan perangai Saidina Umar, dgn mudah tidak menghormati keputusan Nabi SAW dan Saidina Abu Bakar."
Ini pada saya satu spin TB yang sangat naif, juvanile dan tindakan desparado untuk menegakan pendapat sendiri kerana manusia boleh berubah menurut keadaan dan situasi. Khalid waktu zaman Rasulullah s.a.w dan zaman Umar R.a mungkin berbeza.

TB juga sewaktu melayari wikipedia mungkin terlupa hendak menulis bahawa terdapat kontroversi di zaman Abu Bakar r.a dimana Khalid "merogol" Layla binti al-Minhal. Tetapi kalau dilihat dari fakta wikipedia saya rasa Abu Bakar r.a seperti terkhilaf dalam hal Khalid ini. Rujukan lanjut diperlukan walaubagaimanapun.

Walaubagaimanapun saya bersetuju berkenaan tafsiran bahawa kepimpinan tidak semestinya dari mereka yang bergelar uztaz. Kalau seperti di atas Abu BAkar r.a sendiri boleh terkhilaf, apatah lagi Nik Aziz dalam perkara yang beliau tidak mahir.

Satu lagi ulama ialah plural kepada alim iaitu bermakna mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan. Dan Uztaz pula tidak lebih dari maknanya sebagai "Cikgu". Saya pun "Uztaz" juga sebab saya pernah ada pengalaman mengajar dulu. Jadi saya rasa PAS haruslah mentafsirkan semula perkataan alim/ulama dan uztaz. Jangan sempitkan terma-terma tersebut ke dalam hal-hal ugama. (perlu diingatkan Islam bukan hanya sekadar "ugama") Dalam erti kata lain Khalid al-Walid juga seorang ulama tetapi dalam Ilmu perang. Contohnya untuk menjadi komander perang dunia siber TB lebih layak dari Nik Aziz. (agaknyalah- anggapan saya sahaja. entah-entah Nik Aziz lebih savvy dari TB dalam hal-hal siber ni. Siapa tau?)

Anonymous said...

apasal la bodoh sangat TB.
memang la kalau kalid al walid ada sekarang dia tak akan dpt apa2 jawatan dlm PAS, sebab kat malaysia sekarang bukan dalam medan perang.

jawatan yg kalid al walid pegang hanyalah ketua perang sesuai dgn kepakaran dia sebelum dia masuk Islam. Takde pulak nabi dan sahabat lantik dia sbg khalifah ke qadi ke selepas dia masuk Islam.

Otak dah ada kat kepala lutut - itulah masalah ko TB.

Anonymous said...

Finally, an issue that I am passionate about. I have looked for information of this caliber for the last several hours. Your site is greatly appreciated.

Muawiyah said...

Assalamualaikum Tulang Besi

Khalid ibn Walid tu panglima perang. Bukan seorang pemerintah negara, bukan gabenor, bukan kadi (hakim).

Tulang besi kena paham menda macam ni. Beza PAS ngan UMNO adalah meletakkan Islam sebagai pemerintah. Untuk terangkan Islam kenalah cari Orang tahu alim tentang Islam.

At the same time, Ramai je golongan professional yang mempunyai jawatan dalam PAS. Saya tahu Tulang Besi nak mengkritik konsep kepimpinan ulama' dan merasakan konsep itu ketinggalan zaman.

Tulang Besi seolah-olah mahu memperlekehkan golongan Ulama. Tindakan Tulang Besi ini boleh memakan diri. Jangan kerana mabuk politik, ulama' diperlekehkan. Cukuplah dengan maki hamun AMNO terhadap golongan ulama' PAS. Jangan pula orang PAS sendiri yang join sekaki.

Kalau dibuang kepimpinan ulama', PAS akan jadi seperi UMNO berwarna hijau memakai kopiah putih

Sekadar member pandangan

Semoga Allah memberi petunjuk

Wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.