Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, December 23, 2010

Khir Toyo Mengaku UMNO Jual Tanah Surau di Rawang



Maklumat yang didapati oleh Tulang Besi dari "contact" Tulang Besi di SUK adalah tanah yang seluas hampir satu ekar itu telah di "gezzete" kan sebagai tanah surau. Juga, itulah satu-satunya tanah milik "Melayu" di Pekan Rawang itu.

Namun, mengikut pengakuan Khir Toyo sendiri dalam blog beliau:

"Kelulusan penjualan tanah kepada SAP Holdings dibuat sebelum tahun 2000 lagi, yang mana ini bermakna ia dibuat sebelum pentadbiran saya"

Ini bererti Khir Toyo mengaku dengan sejelas-jelasnya bahawa tanah yang digazetkan sebagai "tanah surau" itu telah DIJUAL oleh UMNO kepada Tauke.(sila rujuk notakaki)

Mengapa saya kata demikian?

SAP Holdings Sdn Bhd adalah sebuah syarikat dimana pemegang-pemegang saham nya adalah:

Chew Ting Teck, Hung Te Hsin @ Ang Teck Thieng, Siaw Kwee Mow @ Sia Hock Chai, Sip Kew Yin, Tan Kok Yee, Tan Pang Kuan, Chow Soon Tat @ Chew Soon Tat, Chew Teng Meng @ Francis Chew, Chew Siew Ying and Dhew Teng Fook @ Chow Teng Fook.

Bayangkan di waktu penjualan tanah ini dubuat(sebelum 2000 atau pada 2003), UMNO menguasai MAJORITI kerusi DUN di Selangor. Dengan kata lain, UMNO mampu memerintah Selangor pada masa itu TANPA BARISAN NASIONAL.

Namun, tanah Melayu/ISlam tetap tergadai kepada tauke sekalipun UMNO berkuasa dengan penuh pada masa itu.

Soal saya kepada orang Melayu di Malaysia: Apa gunanya kita terus menyokong UMNO?

Tulang Besi menyokong sangat kenyataan Faekah:

“Fakta jelas mendedahkan siapa yang sebenarnya telah mengorban orang Melayu dan Islam di Rawang. Saya rasa mungkin lebih sesuai penduduk berhimpun di pejabat Umno dan MCA untuk membuat aduan mereka,” kata beliau.


Di waktu mereka kuat pun, hak Melayu tergadai. Apa lagi kita hendak harapkan dengan parti yang reput, korup dan penuh pendustaan ini?

Tulang Besi


notakaki:
Khir Toyo cuba menafikan penjualan tanah surau ini dilakukan pada zaman pemerintahan beliau. Padahal, mengikut rekod kerajaan negeri, saham SAP Holdings Sdn Bhd dijual oleh Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) kepada syarikat persendirian pada tahun 2003. Penjualan saham SAP Holdings Sdn Bhd ini sekaligus menyebabkan tanah Melayu di Rawang TERGADAI KEPADA TAUKE.

Saya cabar Khir Toyo menyaman Faekah (SU Politik Tan Sri Khalid) kerana membuat kenyataan ini.

Dan, Datuk Zainal Abidin Sakom adalah salah seorang dalang penjualan tanah yang digazet sebagai tanah surau di Rawang ini. Inilah dia standard Pengerusi Yayasan BAsmi Kemiskinan UMNO. PAtutlah YBK takut kena audit.

Tapak surau diserahkan kepada pemaju sejak lapan tahun lalu
Monday, 20 December 2010 | Ruangan: Berita


RAWANG, 20 Dis - Kerajaan Selangor akan memastikan penduduk di Kampung Melayu, Rawang, mempunyai kemudahan surau walaupun notis perobohan dan pemindahan (Surau Al Hidayah) telah dikeluarkan oleh syarikat pemaju bagi menjalankan projek pembangunan yang telah diluluskan lapan tahun lalu.

Kerajaan Selangor melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini agar penduduk di kampung itu dapat terus menjalankan ibadat seperti biasa.

“Kerajaan Selangor tidak terlibat langsung dengan pelan pembangunan tapak sepertimana yang dituduh oleh mereka yang terlibat dalam demonstrasi semalam, yang diketuai beberapa pemimpin Umno, termasuk Datuk Zainal Abidin Sakom,” kata Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin.

Beliau menjelaskan, tanah yang terlibat dalam projek pembangunan tersebut dimiliki SAP Holdings Sdn Bhd yang akan menjalankan projek tersebut bersama satu lagi syarikat swasta Mahumas Sdn Bhd.

“Zainal sepatutnya selidik dahulu sebelum membuat tuduhan liar. SAP Holdings bukan lagi anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor.

“Pada 2002, Kerajaan Negeri Umno-Barisan Nasional (BN) telah membenarkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) melepaskan saham kepada pihak swasta.

“Beliau terlarang dari segi moral dan perundangan untuk menuduh kerajaan negeri sekarang kerana beliau adalah sebahagian daripada kerajaan yang bukan sahaja melepaskan saham dalam SAP Holdings, tetapi juga telah meluluskan projek tersebut,” kata Faekah menerusi kenyataan akhbarnya hari ini.

Beliau berkata, kerajaan terdahulu telah meluluskan permohonan SAP Holdings dan Mahumas untuk menjalankan projek atas tanah tersebut, termasuk lot yang diwartakan untuk pembinaan surau.

Lembaga Pengarah SAP Holdings Berhad sekarang ialah Datuk Abu Bakar Mohd Amin, Norihan Mohd Bakri, Tan Kok Yee, Chong Fook Sin, chew Siew Ying dan Chew Ting Teck.

“Fakta jelas mendedahkan siapa yang sebenarnya telah mengorban orang Melayu dan Islam di Rawang. Saya rasa mungkin lebih sesuai penduduk berhimpun di pejabat Umno dan MCA untuk membuat aduan mereka,” kata beliau.

Berhubung status gerai-gerai tanpa lesen yang beroperasi di sekitar surau berkenaan, Faekah berkata, laporan awal yang diterima dari Pejabat Daerah Gombak mendedahkan gerai-gerai itu dibina secara haram tetapi sewa dikutip oleh bekas bekas ahli jawatankuasa surau, Bing Selamat Amir, bagi mengisi tabung surau itu.

Bagaimanapun, ahli jawatankuasa baharu surau berkenaan mendakwa kutipan itu tidak pernah disalurkan ke tabung surau.

“Saya menyeru polis dan SPRM membuat siasatan lanjut berkenaan hal ini dan kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor akan memberi kerjasama penuh,” katanya.

8 comments:

Tulang Besi Berkarat said...

Tulang kayu,

Jika UMNO luluskan pemberian tanah itu kepada Cina sejak tahun 2000, kenapa sehingga tahun 2008 masih tiada apa-apa rampasan tanah dibuat?

Kenapa selepas Pakatan perintah baru tanah surau itu hendak diambil!!?

Grand Marquis said...

TB tertinggal penjelasan Dr. Khir

3. Setelah mendengar pandangan penduduk setempat dan melihat lokasi surau terbabit, Kerajaan Negeri pada 2003 telah membuat keputusan projek pembangunan atas tanah tersebut boleh dibuat dengan syarat surau tersebut hendaklah dikekalkan di tapak sedia ada.

Jadi bermakna tanah yang di "gezzete" sebagai tanah surau tetapi kekal. Nampak sangat spin TB penuh dengan pembohongan.

Grand Marquis Anjing Kurap UMNO said...

Tiada siapa yang akan beri biasiswa pada Grand Marquis. Bodoh macam ni, buang duit bagi dia belajar oversea. Taraf GM ni sekolah untuk kanak-kanak terencat akal.

Tulang Besi pergi Kansas City kerana dia layak. Beza TB dgn GM macam langit dengan bumi.

Anonymous said...

UMno juai everything..juai agama,tanah,negara!Wat else to expect frm pookimak laknatulah?!

Anonymous said...

grand moron pi over c utk hisap kotek anglo pariah..balik sini,dia double talk like a typical malayali mairendi moron..in truth,dis fella is not even fit to b pak guard..

AmenoWorld said...

CLONE TB BERKARAT :

SAPA CAKAP TAKDE? SAPA CAKAP TAKDE MANGKUK WAKLUE TAKDE!

TANAH TUE PATUT DI AMBILALIH PADA TAHUN 2008, TETAPI BN MANGKUK AYUN KALAH PADA MASA TUE. SBB TUE SEGALA YG SEPATUTNYA DIROBOHKAN PADA TAHUN 2008 TERTUNDA MANGKUK AYUN WAKLUE. OTAK TAK TAHU CITER SEBENAR PUTAR ALAM KEMAIN HEBAT. LUE MMG BINGAI PASAL BELA OWANG YG BINGAI.

GM :

KAH KAH KAH LUE MMG BENGAP. PASAL APA KALAU BETUL KDEB NAK KEKALKAN TANAH TERSEBUT SEPATUTNYA DIA PINDAH MILIK. LUE JUAL SAHAM DAN LUE NAK PAKSA OWANG TUE KEKALKAN JANJI ATAS TANAH DIA. SPESIS APA LUE NEH? LUE JUAL BASIKAL LUE KAT WA PEHTUE LUE NAK WA KATA LUE JGN TUKAR KALER CAT NEH SAMPAI BILA2 BILA2 BEB PASAL GUA DAH GAZETKAN KALER NEH BEB, APA KE BODOH LUE PUNYA STATEMENT NEH? LUE DENGAN KHIR SAMA2 BENGAP. LUE LAGI NAK BEKAP KHIR. LUE INGAT KHIR TUE SAPA? DIA TUE IDOLA RASUAH MALAYSIA BEB. OWANG BENGAP JE BEKAP DIA. LUE BEKAP DIA DEPAN ALLAH SWT LAH KALAU LUE BERANI SANGAT. BENGAP!

YA BETUL AKU SETUJU. TB TOLONG DEDAHKAN DOKUMEN TB. TB MAMPU BUAT NANTI SAYA TOLONG EDARKAN DOKUMEN BERKAITAN TUE. MEMANDANGKAN BERUK2 UMNO DAH SPIN HABIS CITER NEH KETIKA MULA2 HAVOC SEKARANG KITA BUKA KEBENARAN SATU PERSATU TGK SIAPA YG KENA SIAPA YG MALU SIAPA YG TERRRRRRJUN DARI BANGUNAN. HAHAHAHAHHA..

otakbesi said...

kah kih keh!
Grand Markudis<
siapa atas bumi ni yang percayakan hujah anak Toyol, tubuhnya masih lagi berbau taik, bukan orang pasPKRdap yg lumur taik kpd anak toyol ini. Bahkan UMNO sendiri melalui SPRM
Kerja menjual tanah melayu kepada taugeh cina ini kerja pemimpin UMNO. Dalam tanah yang dijual tak pernah dihiraukan, sama ada kubur, surau atau rumah orang miskin.
Hari ini kerja jenayah pemimpin UMNO nak dikaitkan pula kepada org lain. Dia yang berak, dikatakan jubur orang bertaik. poraaaaaaaaah!

Anonymous said...

Bodoh punya melayu.tak habis habis nak gaduh sesama sendiri...bangsa lain ketawa kan..klu btl pakatan rakyat bagus suruh lah depa buat masjid baru.,apa nak kecoh2.,punyalah bangang.,ckp nak tolong rkyat.,nak buat masjid baru pun susah,dulu waktu GE12 bukan main lagi janji2 kosong..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.