Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, December 6, 2010

MB2 Selangor Dari UMNO Kerap Dipalit Skandal??

Sikit pun saya tidak terkejut di atas pendakwaan Khir Toyo.

Semenjak Merdeka, negeri Selangor hanya mempunyai MB dari UMNO sahaja (sehinggalah tahun 2008). Tiada parti lain yang dapat menghantar wakil mereka ke kerusi MB melainkan UMNO.

Sejarah menunjukkan kepada kita, MB2 Selangor dari UMNO ini amat mudah dijangkiti skandal dan rasuah. Sehingga ada seorang MB tu telah terpecat dan terpenjara gara-gara korupsi yang beliau lakukan. Mana ada negeri dalam Malaysia, MB mereka pernah dipenjarakan angkara rasuah dan skandal. Hanya negeri Selangor sahaja yang menikmati seorang MB mereka tersabit kesalahan rasuah dan dipenjarakan.

Mari kita senaraikan MB2 tersebut. Namun, saya tak nak bagitau apa skandal yang pernah terpalit kepada mereka. Tapi, para pembaca sendiri sudah tahu:

1.0 Harun Idris
2.0 Muhammad bin Muhammad Taib
3.0 Abu Hassan Haji Omar
4.0 Mohamed Khir Toyo

Ertinya, rakyat Selangor telah membuat keputusan bijak mengambil MB dari parti lain dari UMNO. Sekiranya tidak, sampai bilalah rakyat Selangor akan terpaksa mengharungi kesah sedih MB mereka terpalit rasuah dan skandal.

Tahniah rakyat Selangor.

Tulang Besi

ps skandal Dato Harun Idris boleh dibaca di bawah ini:

Krisis Harun Idris berkesudahan pemecatan beliau pada awal 1976. Dia hilang jawatan parti dan kerajaan. Antara tuduhan adalah memiliki harta bernilai RM60 juta yang juga dikaitkan dengan pembabitan dalam mengagih kensesi balak di Bangi.

Pada November 24 1975, Harun disabitkan dengan salah guna wang hampir RM8 juta Bank Rakyat kerana membiyai perlawatan tinju Heavyweight Muhamad Ali dan Jeo Bugner. Dia juga menghadapi tuduhan rasuah RM250 ribu dari Hong Kong & Shanghai Bank Corporation sehingga membawa hukuman penjara.


Khir Toyo lepaskan jawatan Ketua Pembangkang, mahu kekal Adun
December 06, 2010KUALA LUMPUR, 6 Dis –
Datuk Ser Dr Mohd Khir Toyo yang hari ini didakwa berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam memutuskan untuk melepaskan jawatan Ketua Pembangkang Selangor berkuat kuasa serta-merta.

“Saya akan melepaskan jawatan Ketua Pembangkang Selangor berkuat kuasa serta-merta,” kata beliau dalam tulisan blognya petang ini.

Berkenaan jawatan dalam parti, kata Dr Khir (gambar), beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti.

“Jika ia menjadi masalah besar kepada parti, saya rela mengundur diri. Namun sebagai wakil rakyat, saya akan terus berkhidmat walau atas platform mana pun sehingga mahkamah membuat keputusan.”

Beliau juga merupakan Ketua Umno Sungai Besar.

Pagi tadi, Dr Khir, 45, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Dr Khir didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang DUN Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Beliau merupakan Menteri Besar Selangor ke-13, dan memegang jawatan itu dari

Ogos 2000 hingga Februari 2008 dan dilantik sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor.

Dr Khir berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak pendakwa raya yang menghadapkannya ke mahkamah kerana ini memberi peluang kepadanya mmenjelaskan isu ini dalam mahkamah dan membersihkan dirinya.

“Ini juga bermakna rumah saya bukanlah berharga RM24 juta seperti yang dituduh oleh pembangkang.

“Saya membeli rumah saya dengan harga pasaran semasa yang dinilai oleh beberapa penilai hartanah dan melalui pinjaman bank, justeru saya tidak takut untuk ke Mahkamah menjelaskannya,” kata beliau.

Kata Dr Khir, apa yang beliau harapkan ialah perbicaraan dilakukan secepat mungkin, bukannya ditangguh-tangguhkan bagi menghalang daripada bergiat dalam politik.


6 comments:

Grand Marquis said...

Eh tak kan Khir Toyo, orang UMNO boleh kena cekup SPRM? Bukankah semua agensi kerajaan semuanya dibawah kuasa BN dan tunduk pada SPRM?

Khir Toyo kena charge ada pengajaran untuk kita belajar dari perangai TB dan juak-juak PR.

Bila orang UMNO kena cekup SPRM, dia kata orang UMNO rasuah. Bila puak dia kena cekup dia kata SPRM anjing UMNO, guna untuk serang puak dia.

Itulah kelibat TB dan puak pembangkang yang menyebabkan orang menyampah sangat dengan perangai mereka. Bukan sebab orang sokong sangan UMNO tu.

kenatipuolehumnoapco said...

Mike Tyson ... bawak pitih berkilo2 tu jangan lupa. Melayu UMNGOK APCO YAHUDI LAHANAT aje mudah lupa.

Nanti kes akan dibuang tanpa berbela macam I NO SPEAK INGLIS .. kat Australia.

Awal2 dah tanam baja Willing Seller Aka Willing Buyer. Melayu UMNGOK APCO YAHUDI LAHANAT aje percaya dan membela Penyamun Tarbus nie.

Anonymous said...

ala.. khir tu tK LAMA LEPAS LA... CUBA TENGOK DULU PENDAKWAAN DIA TU... SURE ADA LOOPHOLE PUNYA... PUBLIC RELATIONS EXCERSISE NAK PRU 13 JE... DAN KHIR JADI KAMBING HITAM JE...

KHIR SI KAMBING HITAM....

zakwan said...

Grand marquis tak ori
Your stupidity never failed to amaze (or appalled) me

Khir Toyol's mismanagement and constant abuse of power during his tenure as MB have been exposed months after Pakatan took over Selangor
Remember the day where the newly elected PR government entered the state government office only to be welcomed with a ransacked office with shredded documents and damaged locks and cabinets?
God knows what skeletons Toyol is hell bent in keeping in his closet

Countless evidence in the form of documents and statistics legit enough to implicate Khir Toyol has been sent to the MACC but have been swept under the rug
His Balinese mansion, the disneyland trips, the land scandals, the sand scandals etc and MACC didn't bother to lift a finger

Instead, they unleashed a witch hunt on the Pakatan led state government with little evidence to charge them
The most infamous ones was the TS Khalid's car service and the donation of 40 cows to his constituency (which MACC cleared months later)
The other is Teoh Beng Hock's alleged embezzlement of a mere RM 2000 worth of money
We all know what to him after that

zakwan said...

Make no mistake
This is merely a sandiwara to generate the illusion that UMNO/BN is serious in tackling corruption
History has indicated that Toyol will walk free, just like Eric Chia, Kasitah Gaddam and Norza Zakaria who were implicated prior to a general/by election only to be walk scott free when the dust settles

Also, Najib would be handing Selangor to Pakatan for another term if Toyol is entrusted with leading the BN machinery in Selangor in the coming GE
So these court charges are a means to discard Toyol, allowing Najib's golden boy, mat sesumpah Ezam to take charge

Regardless, Khir Toyol's political career will crash and burn

Alhamdulillah

PS
Now that Khir Toyol is being charged, what about the white haired tyrant at Sarawak?
BN's fixed deposit is slipping through their fingers by the day

Grand Marquis said...

Kasihan khir toyo...Sibuk2 pasal pasir, akhirnya dia sendiri kena dakwa mahkamah..Jika saya menjadi Pakcik Toyo, dah lama saya tak mengaku Khir ni anak saya..mencemar nama Islam dan kaum2 jawa..

Terlalu bangsat lah anak Toyo sekor ni !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.