Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, December 25, 2010

Menantu Presiden Nak Keluarkan Dokumen "Garispanduan Tahaluf Siyasi"

Tulang Besi mendapat maklumat sesungguhnya "menantu Presiden" sedang sebuk menyiapkan (atau pun memang sudah siap) sebuah buku atau kertas kerja bertajuk (lebih kurang)"Garis Panduan Tahaluf Siyasi".

Ada kemungkinan kertas kerja/buku ini akan dibentang dalam mesyuarat Majlis Syura PAS Pusat dan sekiranya mendapat sokongan akan dijadikan dokumen rasmi untuk semua ahli-ahli PAS.

Mengikut sumber dalaman Tulang Besi, kertas kerja/buku ini bertujuan menjaga garis sempadan antara keharusan tahaluf dan wala kepada golongan non muslim. Yang jelasnya, tiada siapa dalam PAS yang memberi wala' kepada kepimpinan yang lain dari kepimpinan PAS.

Cumanya bila kepimpinan PAS hendak bersenggama dengan UMNO, maka ahli2 bangun menentang. Itu sahaja.

Bagi Tulang Besi, ini adalah idea yang paling "dangkal" yang pernah diutarakan oleh mana-mana "pimpinan" PAS. Ianya tidak menguntungkan PAS serta tidak menguntungkan dakwah Islamiyyah. Juga, ia menunjukkan Menantu Presiden ini SUUZZAN (sangka buruk) pada ahli2 dan penyokong PAS sehingga menyangka ahli2 PAs tidak dapat membezakan siapa yang diberikan wala' dan siapa yang tidak.

PAS telah bertahaluf banyak kali sebelum ini: Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan sekarang ini Pakatan Rakyat. TIdak pernah berlaku ahli2 PAS sila memberi wala' dan ketaatan. Kalau ada pun cuma Zul Nordin yang membelakangkan PAS dan mementingkan diri sendiri sahaja. Saya nak tanya, mengapa sekarang baru nak sebuk-sebuk mengadakan dokumen ini?

Tulang Besi berspekulasi bahawa dokumen ini dihasilkan lantaran penolakan secara menyeluruh gagasan "Kerajaang Perpaduang" oleh 99% dari ahli dan penyokong PAS. Lantaran, untuk memastikan perkara yang sama tidak berlaku lagi, maka dokumen ini dihasilkan.

Kita perlu ingat, ahli dan penyokong PAS secara borong menolak gagasan perpaduang ini kerana mereka lebih suka dan selesa dengan gagasan Pakatan Rakyat. Maka, tak hairanlah Majlis Syura yang rata-rata pro kepada Perpaduang datang dengan idea seperti ini.

HIJRAHLAH WAHAI AHLI-AHLI PAS SEKELIAN

Bagi saya, idea seperti ini datang dari ahli2 PAS yang TIDAK MAHU BERHIJRAH. Sudah lebih 50 tahun kita berdakwah kepada UMNO. Namun, UMNO masih terus menghalalkan apa yang diharamkan oleh ALLAH SWT. UMNO masih menghalalkan judi, arak, maksiat, hub hiburan, fitnah, qazaf, korupsi dsbnya.

Maka, Allah SWT telah membuka jalan kepada PAS untuk berdakwah kepada orang bukan Islam pula. Siapa sangka Karpal Singh sendiri secara terbuka sanggup berbincang mengenai Negara Islam?

Kalau petanda ini pun tak nampak juga, saya tak tau la petanda apa lagi yang diperlukan.

Tulang Besi

ps Suka Tulang Besi perbetulkan. Sebelum ini Tulang Besi pernah merujuk kepada artikel ini dengan nama "Kod Etika Pakatan Rakyat Untuk Ahli PAS". Tulang Besi telah tersilap menggunakan nama sebenar buku menantu Presiden ini.

Harap maaf.

2 comments:

otakBesi said...

brother TB,
tahaluf siyasi! suatu istilah yg digunakan Ikhwan Mesir. Gagasan tahaluf siyasi (TS) dikemukakan oleh Ikhwan untuk menyelesaikan masalah pengelibatan mereka dlm politik Mesir.
Sementara PAS adalah sebuah parti politik Islam, gagasan tahaluf siyasi adalah sebahagian dari ijtihad siyasi. Perlembagaan PAS sendiri sudah memadai untuk para pemimpin PAS melaksanakan ijtihad siyasi.
Jika pemimpin PAS ingin menghormati keputusan ahli-ahli PAS mengenai UG, mereka mesti bersama majoriti ahli PAS.
Jika mereka ingin suatu keputusan berasingan yg berbeza, maka ahli majlis syura boleh memutuskannya. Ini adalah dasar dan disiplin parti PAS yang telah ditetapkan.
Ahli majlis syura merupakan mereka yg mempunyai kuasa tertinggi untuk memutuskan sesuatu keputusan mengenai parti. Keputusan ahli majlis syura adalah keputusan parti.
Namun pembentangan kertas kerja mengenai sesuatu dasar yg dibuat oleh individu tertentu bukan merupakan kaedah menyelesaikan masalah dalam parti.
Aku rasa kiat tiada masalah dengan kehendak menantu presiden, kerana jawatan menantu presiden tiada dalam parti.
Sesiapa pun boleh membuat kertas kerja dan dihantarkan kepada majlis syura. Tapi majlis syura berhak untuk membakul sampahkan kertas kerja yang dihantar.
kah kah kah!

Anonymous said...

Apalah bingai kau ni Tb,..klu umno tak kasi judi nanti kao cakap pulak umno tak adil..tak demokrasi...ingatlah kat malaysia ni ada rakyat cina.india dll.,cubalah kau tulis pasal mcm mana nak bantu rakyat miskin...ni tak asyik nak putar belit pasal agama..cakap orang ni haram..ingat sikit jangan sampai Allah kasi kau penyakit TB sudah.,..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.