Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, December 25, 2010

Menghadapi Krisis Kenaikan Harga, Kelantan Anjur Perkahwinan Perdana

NOTA EDITOR: Syabas kepada Kerajaan Kelantan yang prihatin dengan kesusahan dan kesempitan yang dihadapi oleh rakyat Kelantan. Di zaman krisis inflasi dan kenaikan harga barang ini, Kerajaan KElantan menganjurkan Nikah Perdana melibatkan hampir 100 pasangan.

Bagi Tulang Besi, ini adalah satu cara yang amat baik untuk menjimat kos dan mengawal masaalah sosial. Seeloknya perkara ini dilakukan di setiap negeri supaya dapat membantu pasangan2 yang menghadapi kesempitan wang.



>Kelantan peruntuk RM300 ribu anjur nikah perdana
Salmah Mat Husain
KOTA BHARU, 22 Dis
: Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM300,000 bagi menganjurkan program perkahwinan perdana yang julung kali diadakan di Kelantan pada 25 Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar berkata, program berkenaan berkenaan diadakan lebih berbentuk kebajikan bagi membantu golongan belia dan beliawanis berkahwin.

“Peruntukan itu termasuk membiayai mas kahwin, jamuan dan peralatan perkahwinan.

”Seramai 100 pasangan akan mengambil bahagian pada program itu yang akan dirasmikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya di sini.

Menurutnya, mas kahwin sebanyak RM1,000 disediakan kepada pasangan terbabit.

Katanya juga pasangan orang kelainan upaya (OKU) turut mengambil bahagian.

“Kita juga berusaha mendapatkan Emas Dinar sebagai sebahagian dari mas kahwin pada majlis berkenaan,” katanya.

Wan Ubaidah berkata, program berkenaan diadakan bertujuan memberi galakan kepada golongan muda berkahwin bagi mengelakkan mereka terjebak dengan gejala kurang sihat.

Menurutnya mas kahwin sebanyak RM1,000 dicadangkan Menteri Besar supaya umat Islam mendapat keberkatan.

“Jangan menyusahkan soal perkahwinan kerana mas kahwin yang terlalu tinggi boleh mengundang gejala tidak sihat,” ujarnya.

Pada majlis berkenaan pengantin lelaki akan berkumpul di Masjid Muhammadi bermula jam 7 pagi. Kemudian mereka akan diiringi perarakan motosikal klasik dan Persatuan Kereta Viva Kelantan ke Putik.

Manakala pengantin perempuan akan menunggu pasangan masing-masing di Putik. Majlis akad nikah akan disempurnakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

2 comments:

Anonymous said...

bro,kau lihat link kat bawah
geng2 perkasa tak puas hati pingat berahim ali & ku li kena tarik mereka buka blog hentam sultan kelantan
http://thekelantanoutsider.blogspot.com

Anonymous said...

bro,kau lihat link kat bawah
geng2 perkasa tak puas hati pingat berahim ali & ku li kena tarik mereka buka blog hentam sultan kelantan
http://thekelantanoutsider.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.