Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, December 7, 2010

Pendakwaan Khir Toyo: Satu Sandiwara?????

Mengapa Khir Toyo didakwa sekarang? Diwaktu kemarahan rakayt memuncak akibat kenaikan harga barang dan petrol? Diwaktu rakyat Selangor turun ke jalanraya memprotes kroni2 UMNO merompak air mereka? Di waktu rakyat Malaysia dihimpit dengan masalah kenaikan harga barang serta kenaikan kos hidup?

Sudahkah kita lupa apa yang berlaku kepada Eric Chia dalam kes PERWAJA.? Apakah Eric Chia telah didapati bersalah?

Siapakah Khir Toyo? Seorang bekas Menteri Besar yang kemungkinan besar tidak akan dicalonkan semula sebagai calon pilihanraya. Seorang yang dipersalahkan di atas kekalahan UMNO dan BN di Selangor 2008. Apa ruginya UMNO sekiranya Khir Toyo didakwa?

Kemungkinan besar Khir Toyo didapati tidak bersalah adalah sangat kecil. Lupakah kita kepada kes liwat Anwar Ibrahim. Walaupun begitu lemah kes pihak pendakwa, kes beliau terus berjalan.

Mengapa pula sistem yang jelas berat sebelah kepada UMNO tiba-tiba bertindak keras ke atas penyokong mereka?

Jawapannya, bagi saya, adalah semua ini tidak lain sebuah SANDIWARA!!!!. Khir Toyo cuma didakwa. Bukan didapati bersalah.

Kesan dari pendakwaan ini diharapkan adalah supaya rakyat kendur kemarahan mereka kepada UMNO terutama mereka yang berada di atas pagar. Pendakwaan ini diharapkan dapat memberi gambaran positif kepada rakyat Malaysia seolah-olah Barisan Nasional ikhlas di dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa.

Ingat, wahai pembaca2 sekalian. Ini cuma PENDAKWAAN, belum lagi PENSABITAN KESALAHAN oleh mahkamah. PENDAKWAAN tidak menjamin apa-apa.

Cuma ia sekadar peluang kepada Barisan Nasional mengendurkan kemarahan rakyat kepada mereka.

Itu sahaja.

Tulang Besi





Khir Toyo didakwa atas tuduhan rasuah

Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan rasuah.

NONEKedua-duanya tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.

Khir Toyo, 45, didakwa berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Seksyen 7, Shah Alam.

Beliau mengaku tidak bersalah ketika tuduhan itu dibaca di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

khir toyo mansion 060709 06Khir Toyo didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

ADUN Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang DUN Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Shamsuddin didakwa di bawah akta yang sama serta satu tuduhan tambahan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat dengan Khir Toyo.

Pendakwaan dijalankan oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang dibantu Ketua Unit Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah.

Azhanis menetapkan ikatjamin sebanyak RM750,000 tiap seorang.

Khir Toyo diwakili peguam M Athimulan dan Mohd Afifuddin Hafifi.
Beliau menjadi menteri besar Selangor ke-13 dari Ogos 2000 hingga Februari 2008.

Sebelum itu, SPRM menahan Khir Toyo ditahan di pejabatnya di Shah Alam kira-kira jam 9 pagi tadi sebelum dibawa ke mahkamah.

NONEDifahamkan kedua-duanya disoalsiasat pagi ini di ibupejabat SPRM Selangor di Wisma PKPS di Shah Alam.

Ketua pendakwaraya SPRM, Abdul Razak Musa tiba di mahkamah kira-kira jam 11.10 pagi dan terus menuju ke kamar DPP.

Khir Toyo pula tiba kira-kira jam 11.25 pagi.
SPRM telah menyiasat kes tersebut ekoran dakwaan yang dibuat oleh ADUN Sekincan, Ng Suee Lim.

Ng mendakwa hartanah seluas 50,000 kaki persegi itu dibina pada anggaran kos RM20 juta, manakala tanah itu dibeli dengan harga RM3.8 juta.

Khir Toyo telah menafikan dakwaan tersebut, dengan mengatakan beliau membeli rumah dan tanah tersebut pada harga RM4 juta. Beliau juga telah memfailkan saman fitnah terhadap Ng

9 comments:

Anonymous said...

haha....blog tak laku ni berbunyi...
nak tergelak aku...
team PR pon tak suka blog ni..
team BN lagi lah x suka..
takde org suka blog ni,..hahahaha

caravanserai said...

Shadows and shadows
The way the politicians play
Say something doing others
It isn't the 20th century

Rhetoric passages
Trying to hide what is the game?
Spinning fictions throwing some facts
They think they can fool the people

The speed of light
The net world flies
Within minutes the debunk arise
They think they are smart dishing half truths

The drum beats rolling
One Toyol in the bag
So it seems on the day
After dragging on for years

Shadows and shadows
The players in the ruling elites
Sacrifices for the party
It is only the playing game

Yesterday's fools we aren't any more
The changes must come for the nation
It is already too late to fool again
We know what they are trying to do

Anonymous said...

KHIR SI KAMBING HITAM!!!

Anonymous said...

you dont need to be a lawyer to know ling buyer , toyol case is so vague. Willing buyer n willing seller makes a transaction. Whats wrong if Mr A sell to Mr B at a cheap price. There is no fraud or corruption . How to prove? OUR MACC IS malaysian association for clowns n comedians. Another sandiwara- bollywood style

Anonymous said...

Khir si kambing hitam!...Dia yang cari pasal,kambing hitam apanya?...Syarikat beli tanah tahun 2004 harga RM6 juta..Dia sendiri mengaku tiga tahun lepas tu dia beli tanah sykt tu sekali dgn rumah harga RM4juta. Camne harga tanah boleh turun pulak, setau aku harga tanah makin lama makin meningkat. Rumah yang macam istana tu sapa yg buat?..berapa kosnya atau rumah tu boleh tumbuh sendiri ke?...

Anonymous said...

1 kes 2 tahun siasat. Jika 24 kes lagi, akan mengambil masa 48 tahun lagi. Ini dikira cekap bersih amanah dalam pendakwaan.

otakbesi said...

kah kah kah!
aku dah kata melayu bukan lagi ditipu, tapi melayu telah diberak. Berak dikaki boleh tahan, tapi kalau berak di kepala, habis maruah.
Bolehkah penyamun menangkap perompak?. Bolehkah pencuri ditangkap lanun?.
Percuri suka melanun, pelanun suka merompak, perompak suka menyamun, penyamun suka mencuri, pencuri suka melanun dan ....,
Semuanya ada kegemaran yang sama, kalau tangkap pun tangkap olok-olok, kalau dakwa pun dakwa olok-olok, kalau tuduh pun tuduh
olok-olok, semuanya drama bertajuk "play-play".

Anonymous said...

anon 7.27am

klu blog x laku..ko baca jugak atau ko sudi utk komen jugak hahaha

Anonymous said...

drama akhir tahun,,,Kok ..pru 13 sangat hampir..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.