Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, December 5, 2010

Rayuan Derma Pembelian Laptop Untuk Blogger Laman Marhean

Tulang Besi adalah pengikut laman Marhean sejak mula-mula Reformasi dahulu. Dan Tulang Besi cukup terharu kerana istiqamah beliau menjalankan laman beliau. Sudah lebih 10 tahun beliau terus menerus berkecimpung dalam arena blog dan website memperjuangkan kebenaran dan menentang kebathilan.

Sedih hati Tulang Besi bila Tulang Besi dapat tahu beliau menghadapi masaalah untuk membeli laptop baru apabila laptop beliau yang beliau selama ini pakai rosak.Oleh sebab itu Tulang Besi ingin melancarkan kempen membeli laptop baru bagi webmaster Laman Marhean.

Kepada mereka yang hendak menderma, dipersilakan menderma kepada akaun ini:

No Akaun: MayBank: A/C - 152068773478
emel: marhaen@gmail.com.


Sekiranya ada yang mahu menderma laptop kepada beliau, dipersilakan menghantar email kepada beliau dan meminta alamat beliau untuk dihantar laptop tersebut.

Di bawah juga adalah coretan blogger Laman Marhean berkaitan cabaran yang beliau hadapi selama berkecimpung dalam alam siber politik Malaysia.

Sekian terima kasih

Tulang Besi

Catatan Khas:
Tertarik dengan pertanyaan Tulang Besi, "Di mana bloggers Pakatan Rakyat?" Saya tidak mahulah menjawab bagi pihak blogger lain kerana masing-masing pasti mempunyai halangan dan kekangan dalam meneruskan perjuangan Amal Makruf Nahi Mungkar ini. Bebeza dengan blogger di sebarang sana, kebanyakan mereka ditaja untuk mempertahankan kemungkaran. Peralatan untuk beroperasi dan sokongan dana tidak menjadi masalah. Begitu juga dengan soal keselamatan diri dan keluarga. Mereka tidak perlu berhadapan dengan segala permasalahan dan kekangan.

Saya sebagai pengendali laman / blog pro-PR yang bergerak secara bersendirian sejak lebih 10 tahun yang lalu telah menempuh pelbagai keadaan suka dan duka duduk menghadap PC dan laptop tanpa mengira waktu. Sepanjang tempoh itu, peralatan silih bertukar ganti disebabkan kerosakan dan sebagainya yang terpaksa ditanggung hampir sepenuhnya daripada pendapatan yang tidak seberapa. Sesekali, adalah rakan-rakan atau pihak yang bersimpati menyalurkan bantuan namun jumlahnya hanya mampu untuk menampung bayaran bulanan sewaan server.

Pada bulan Julai yang lalu, satu-satunya laptop yang digunakan siang, malam, pagi petang (termasuk ketika bekerja) telah rosak disebabkan penggunaan yang terlalu lasak. Disebabkan sudah tidak mampu membeli laptop baru, saya telah menghentikan operasi laman ini di samping membuat rayuan kepada para pengunjung yang berkemampuan untuk menghulurkan bantuan. Alhamdulillah dalam masa dua bulan, dapatlah saya mengumpul sejumlah kira-kira RM500. Tapi jumlah berkenaan tidak membolehkan saya membeli sebuah laptop gantian yang berharga sekitar RM1,700. Ramai yang memberikan kata-kata semangat supaya saya meneruskan perjuangan, namun kata-kata semangat sahaja tidak dapat membeli sebuah laptop!

Nasib saya agak baik, apabila ada HambaAllah yang sudi meminjamkan laptop untuk membolehkan saya 'menghidupkan semula' laman ini sambil meneruskan rayuan memohon sumbangan derma bagi membeli laptop gantian. Alhamdulillah, setelah hampir dua minggu membuat rayuan, bertambahlah RM12.50 (Dua belas ringgit lima puluh sen) ke dalam akaun bank. Dan laptop ini akan dituntut semula oleh pemiliknya sebelum penghujung tahun ini. Inilah dilema yang sedang saya hadapi - menjadi pengemis untuk meneruskan perjuangan. Wallahu'alam.

3 comments:

Grand Marquis said...

Hairan kenapa TB tak sumbangkan aje satu laptop baru. Gaji TB kan 30k, takkan satu laptop pun tak mampu. Kalau TB percaya sangat yang dia tu memperjuangkan kebenaran dan menentang kebathilan, kenapa TB tak sudi bantu?

Jangan cakap pasal perjuangan kalau harga semurah itu pun perlu merayu di blog. TB sebagai "orang kaya" tidak sepatutnya memanjatkan rayuan orang, tapi seharusnya menjadi orang yang bagi sumbangan.

Anonymous said...

TENANG BRO...
GUA BARU DAPAT INFO NIE...
BRO DOA2 DURIAN RUNTUH AKN DATANG...

SU UNDERGROUND PAKATAN RAKYAT...

Anonymous said...

Malu! Itu lah, asyik mengutuk, menfitnah, dengki dll., beli lap top pun tak mampu....

Yang batil tetap batil, yang benar tetap benar. Tapi hakikatnya, mana ada 100% benar didalam dunia fana nie.

Nik Aziz pun dah tersasar dari kebenaran. Rakyat lihat dia ni dah jadi jurucakap DAP kapiak keparat, semua di iakan saja !!!!

Kau orang ingat Rakyat semua buta dan peka ke!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.