Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, December 14, 2010

Satu Lagi Bukti DAP Menindas Islam dan Melayu di Penang

NOTA EDITOR: Ni satu lagi bukti DAP menindas Islam dan Melayu di Penang.

Guru KAFA Dapat Bayaran RM100 Seorang Sempena Maal HijrahKUALA LUMPUR, 14 Dis — Kerajaan negeri Pulau Pinang mengumumkan bayaran khas Maal Hijrah RM100 kepada kesemua 1,376 guru Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) di negeri itu, yang akan dibayar minggu ini sempena perayaan Maal Hijrah.

Bayaran itu diumumkan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Dalam kenyataan itu, Lim juga menjelaskan bahawa bantuan khas sekolah sebanyak RM800 kepada setiap 7,812 anggota perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang datangnya daripada sumber kerajaan negeri Pulau Pinang dan tidak satu sen pun datang daripada kerajaan pusat.

“Pembayaran RM800 setiap orang melibatkan RM6.25 juta, yang telah pun dibayar kepada 7,812 juta pada 1 Disember lalu,” kata beliau lagi.

Menurut Lim, penerimaan RM800 oleh kakitangan awam negeri Pulau Pinang adalah melebihi RM500 yang diterima oleh anggota perkhidmatan awam persekutuan.

“Dengan pembayaran RM500 duit raya sebelum ini dan RM800 bantuan khas sekolah sekarang, ini bermakna bahawa semua anggota pentadbiran awam negeri Pulau Pinang telah menerima RM1,300 secara keseluruhannya pada tahun ini.

“Inilah yang saya maksudkan dengan memperkayakan warga pentadbiran awam.

“Dan, saya yakin kalau kita meningkatkan prestasi kerja kita, kita akan pastikan bahawa warga perkhidmatan kerajaan negeri Pulau Pinang akan sentiasa dapat lebih daripada apa yang anggota perkhidmatan awam persekutuan ataupun kerajaan negeri lain dapat perolehi,” kata Lim lagi.

Lim menambah, penghargaan RM1,300 tahun ini kepada semua pekerja kerajaan negeri Pulau Pinang ini adalah satu pengiktirafan kerajaan negeri kepada komitmen penuh mereka dalam menjayakan agenda kerajaan negeri.

Sumbangan yang diberikan itu melibatkan 20 jabatan negeri dan turut dipanjangkan kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP); Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP); Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC); Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP); Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang; Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang; Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPI); dan George Town World Heritage Incorporated.

“Pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM800 ini melibatkan sejumlah 3,153 pegawai dan kakitangan jabatan negeri dengan implikasi kewangan sebanyak RM2.5 juta.

“Sekiranya kita mengambil kira semua termasuk Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun Negeri dan agensi negeri, ia melibatkan 7,812 anggota dengan RM6.25 juta.

“Bantuan khas ini diberikan kepada semua pegawai perkhidmatan awam dalam pentadbiran negeri Pulau Pinang termasuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku Jawatan Utama atau Gred Khas.

“Kerajaan Persekutuan telah memutuskan bahawa pemberian RM500 diberikan kepada mereka yang memegang jawatan D54 ke bawah, tetapi negeri Pulau Pinang berikan semua.

“Tidak ada seorang pun dipinggirkan daripada mendapat insentif galakan ini,” katanya.

16 comments:

tungkaran hati.blogspot said...

Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat
keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal..!

Anonymous said...

Sebaliknya saya masih percaya dengan PAS. PAS tidak dapat berdiri sendiri untuk mengubah iklim politik malaysia yang semakin pincang. ini realiti. Barisan pimpinan PAS tidak pernah menggadai prinsip perjuangan mereka iaitu memartabatkan Islam sebagai ad-deen negara, menjadikan undang-undang dan peraturan Islam tonggak utama negara.

Ini jelas terlihat tatkala berlaku isu-isu yang melibatkan prinsip, PAS tidak pernah gentar menyatakan pendirian mereka yang jitu. Contohnya apabila timbul isu cina boleh menjadi PM di Malaysia. Datuk Nik Aziz dengan lantangnya menyatakan PAS menerima cina, India hatta Afrika kulit hitam sekalipun asalkan dia seorang muslim yang beriman.

Begitu juga isu mendirikan negara Islam, PAS tidak pernah memansuhkan cita-cita ini cuma oleh kerana hasrat tersebut tidak dapat direalisasikan kini maka keutamaan ialah menjatuhkan kerajaan BN/UMNO terlebih dahulu melalui jalinan kerjasama dengan parti lain. Ini dibolehkan dalam Islam kerana menjatuhkan kerajaan yang zalim dan jahat itu wajib ke atas setiap umat. Nabi sendiri pernah menjalinkan kerjasama dengan memeterai perjanjian dengan puak2 yahudi yang bukan Islam demi mempertahankan Madinah dari serangan kafir Quraisy.

Anonymous said...

lee kuan yew menyokong umno dan bn memerintah malaysia kerana bn memang sama saja macam singapura, menindas melayu.

Grand Marquis said...

Pertama, dah tanya LGE, dia guna duit sumber mana? Jangan-jangan guna duit dari taukey lumba kuda lagi.

Kedua, hanya dengan RM 100, kalau di kali dengan 1376 guru baru berjumlah 137,600. Apalah sangat bagi sebuah kerajaan.

Tapi jumlah itu dapat memperbodohkan dan membeli umat melayu kitol. Fikir secara waras. Kalau kuasa tak ada di tangan, itu lah jadinya. setiap tahu mengharap belas kasihan orang kafir untuk bagi sumbangan. Tidakkah malu kita umat Islam terpaksa menaggih sumbangan dari kerajaan kafir?

Hari ni dia bagi sebab masih baru dan nak ambil hati, esok, bila dia dah menguasai sepenuhnya, maka apakah jaminan dia akan layan umat Islam? Lihat saja di singapura. Bila dah berkuasa, berapa banyak peruntukan LKY bagi kat sekolah agama? Sampai nak pakai tudung pun tak boleh kat sekolah. Masa tu apa boleh buat, kuasa dah tak de.

Anonymous said...

islam boleh dibeli oleh Lim Guan Eng............murah pulak tu..RM100.00


Sebab tu kene kenal Allah baru tahu apa itu Islam....

Anonymous said...

Kenapa takut dengan LGE dan DAP? Bukankah UMNO pun berkawan dengan cina MCA dan India MIC. Mereka tukan kafir juga. Apa berbezakah cina MCA dan DAP itu? Kalau awak mempersoalkan DAP menolak islam, apahal dengan MCA yang juga menyuarakan nada yang sama?

Sebenarnya yang merosakkan islam di bumi malaysia ini ialah BN dan UMNO secara total. merekalah yang telah menerima syarat untuk merdeka dari british dulu. Syaratnya ialah meneruskan dasar sekular dan menggunakan hukum ciptaan lord Reid sebagai teras undang2 negara. Pernah tak awak terfikir kenapa pemimpin UMNO dilayan begitu istimewa oleh rejim british? Tahukan kamu, presiden PAS yang pertama di kurung dalam penjara dan meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang dek terpaksa menahan kencingnya supaya tidak mengotorkan tempat solat beliau? begitulah perjuangan pemimpin PAS yang dinafikan dan begitulah juga relanya pemimpin UMNO dibabukan British dan disanjung sebagai patriot...kononnya!

bunbinban said...

ok la tu dpt gak seratus tapi UMNO bagi apa....?. di tarik lagi bantuan utk sekolah agama adalah. bila DAP bagi kata nak beli jiwa tapi kalau MIC atau MCA bagi korang pakat tepuk tangan...suka sgt...bongok apa melayu UMNO ni. Weiii yg kerajaan pusat dok kutip cukai dari judi tu asing ke tak akaun?. kalau dah spesis bangang keturunan ni mmg payah nak ajar. buta hati. oiiii..kalau bodoh jgn tunjuk kat org, ko pakat kongsi bodoh tu ngan kaum keluarga je la

Anonymous said...

Bodohnya Melayu,

Baik yang sokong UMNO mahupun PAS, jiwa pariah yang mudah digula-gulakan.

Takutlah pada Allah dan ikuti Rasullullah. Buang mentaliti peminta sedekah dan jiwa hamba. Berjuanglah mengikut iman dan fahaman yang betul.

Selagi melayu sibuk meminta-minta, berebut untuk habuan yang kecil, semakin besarlah potensi masa depan anak-anak melayu diperdagangkan oleh kafir. Tunggulah sampai masa sampai anak-anak gadis kita pun jadi komoditi dagang oleh umat kafir. Masa itupun dah terlewat sebab terlalu ramai yang bodoh menjadi pengikut dan ramai pula pemimpin yang lemah dan bodoh lagi membodohkan.

anti G.M said...

encik Grand Marquis sangatlah tertutup minda anda. encik G.M ni pure melayu ka? salasilah keturunan dari cabang melayu mana?

zakwan said...

"Tidakkah malu kita umat Islam terpaksa menaggih sumbangan dari kerajaan kafir?"

Oh that's funny, GM tak ori
Last i check, BN won GE 12 despite the devastating tsunami due to the "fixed deposits" of Sabah and Sarawak which contribute the most seats to BN in Parliament today

As we are aware, Sabah was recently classified by the World Bank as the most poorest state in Malaysia
Heck, even the Auditor General's report throughout the years has stated that both Sabah and Sarawak has the highest poverty rate compared to the alleged "underdeveloped" PAS ruled Kelantan

Sarawak as we all know has its riches plundered by Taib Mahmud,family and cronies

So it's no brainer that BN plans on keeping the Sabahans and Sarawakins especially the Dayak in rural locations dumb, ignorant and unaware of the atrocities committed by BN or the revolution brought forth by PR at the Peninsular

Keep them poor so that the most simplest of election goodies can be showered to buy their votes during election season
Keep them in the dark by depriving them of phone and internet services. as evident in the Batang Ai election

zakwan said...

"Tidakkah malu kita umat Islam terpaksa menaggih sumbangan dari kerajaan kafir?"

Here's another funny thing, GM tak ori
Let's say if Gerakan still rules Penang today and Tsu Koon refuses to allocate not even a single cent for the welfare of Muslims

I'm sure that you and every other UMNO cyber ass kissers will be up in arms crying foul, labeling Gerakan with all sorts of names from chauvinist to Laknatullah

Come to think of it, Gerakan has not done much to uplift the welfare of Penang Muslims during their near 3 decade rule compared due to DAP's mere 3 year rule

And don't get me started with the money coming from gambling profits
UMNO's association with Vincent Tan throughout the years where the party accept kickbacks in exchange for gambling license award for Berjaya proves that UMNO is synonymous with gambling

Hell, even Mahathir stated his support for Najib awarding gambling license to Tan at that Perkasa organized Malay gathering back in June for the sake of strengthening the party financially

So, why should you even bother on whether the money comes from gambling sources or not when UMNO has been propagating since the Mahathir years

If Gerakan were the ones giving RM 100 to KAFA teachers instead of DAP, I'm pretty sure you will not bother to make a fuss

zakwan said...

I forgot to add on my 1st comment
It is ironic that the votes by the East Malaysian community which largely consists of non Malays enable UMNO to form the government for the past 5 decades, further enabling UMNO to enforce its Ketuanan Melayu agenda

In other words, the non Malay's blind support to the BN and not the Malays contribute to the nourishment of Ketuanan Melayu or should I say, Ketuanan UMNO in Malaysia

So, GM tak ori
Don't talk about Malay Muslims asking sympathy from a kafir government when our so called "Malay Muslims" leaders are sitting in comfort at Putrajaya because the support by the kafirs at Sabah and Sarawak

Grand Marquis said...

Cuba baca yang ni betul betul

ha ha...

GRAND MARQUIS PENCACAI UMNO ANGKAT NAJIS said...

MAri kita tengok sumber berita GM TAk ORi ini:

"Namun begitu, menurut sumber dari sekolah KAFA, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah tanpa sebarang pengumuman mengkredit terus ke akaun sekolah-sekolah KAFA agihan per kapita yang saban tahun diterima oleh KAFA masing-masing.


Ertinya, berita yang GM TAK ORI bangga sangat ni cuma bersumber dari khabar2 angin dan cakap mulut org yang tidak dikenali.

Itulah resmi GM TAK ORI. Taraf pemikiran rendah sikit dari kerbau.

GRAND MARQUIS PENCACAI UMNO ANGKAT NAJIS said...

Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat
keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal..!
.

Sbb dgn cara dahulu, PAS jadi macam kera sumbang. Orang Melayu tak suka orang Cina/India menjauhkan diri.

Sebab tu kau suka sangat. Sebabnya cara PAS dulu menguntungkan UMNO.

Hahahahaha dasar pencacai UMNO. Kalau tak menipu tak sah.

zakwan said...

I bet that if Gerakan is still the government in Penang today, Najib or any UMNO PM will not bother lifting a finger to assist the KAFA teachers at Penang

GM, why don't you list down any good deeds by the Gerakan led Penang state government in improving the welfare of Penang Muslims in the past 30 years prior to March 8,2008?

Here's your chance to refute and humiliate me, TB every other PAS/PR affiliated bloggers/commentators

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.