Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, December 11, 2010

Sebab Musabab Anwar Tolak Jeffery Kittigan

Jeffery Kittigan inilah punca kekecohan dalam pemilihan PKR baru2 ini. Tidak hairanlah Zaid Ibrahim sendiri bersatu dengan Jeffery dalam pemilihan baru2 ini.

Namun, kekuatan Jeffery tidak mampu memenangkan Zaid di SAbah. Rupanya Zaid telah mengharap buah yang tidak jatuh. Jeffery tidaklah sepopular yang disangka Zaid. Maka, Jeffery gagal membantu Zaid memenangi kerusi Timbalan Presiden PKR.

Bagi saya, mengapalah Zaid hendak bertanding Timbalan Presiden? Beliau masih baru dalam parti, apa salahnya bertanding Naib dulu?? Saya rasa itulah faktor utama penolakan ahli PKR terhadap beliau. Beliau ni terlampau laju sangat mahukan jawatan dan pangkat. Mungkin niat beliau benar, tapi politik dimenangi oleh persepsi bukan niat.

Ikutilah laporan Freemalaysiatoday di bawah:

>"Jeffrey porak poranda parti" – Andipai
Fri, Dec 10, 2010
Dalam Negeri
KOTA KINABALU: Bekas calon PKR Parlimen Pensiangan dalam pilihan raya umum (PRU) 2008, Danny Andipai mencadangkan supaya bekas Naib Presiden Datuk Dr Jeffrey Kitingan dipecat kerana didakwa melancar agenda bagi memporak-poranda parti itu di Sabah.

Katanya, sepanjang menjadi naib presiden, Jeffrey tidak pernah berusaha untuk memperkasa parti tetapi sebaliknya merancang strategi untuk memecah belah perpaduan PKR Sabah sehingga parti gagal menang sebarang kerusi pada PRU 2008.


“Kehadiran Jeffrey dalam PKR selama ini hanya bersifat pengacau atau gunting dalam lipatan kerana sejarah politiknya membuktikan, sokongannya membawa rebah. Semua parti yang disertainya porak poranda.

"Dia masuk PBS, PBS tumbang kepada BN. Dia sertai AKAR, parti itu terpaksa dibubar. Dia sertai PBRS, berlaku krisis perlembagaan.

Dia masuk PKR, PKR hampir hancur. Sebelum PKR hancur, pucuk pimpinan wajar pecat Jeffrey,” ujarnya.

Kata Andipai, Jeffrey menjadi dalang utama kepada Geng 12 ‘Trojan Horse’ yang digantung keahlian selama setahun kerana menaja Parti Cinta Sabah.

Menurutnya, beliau sedia mendedahkan bukti pengkhianatan Jeffrey kepada pucuk pimpinan parti jika PKR memecat Jeffrey.

Ketua Penerangan PKR cabang Batu Sapi, Addin Ismail turut mencadangkan agar Jeffrey dipecat terus dan disenarai hitam oleh PKR atau menghalang dari menyertai mana-mana parti Pakatan Rakyat kerana ibarat "memelihara ular tedung di dalam rumah."

Katanya, pemilihan jawatan ketua perhubungan PKR Sabah akan dipantau oleh Naib Presiden, Tian Chua.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.