Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, December 12, 2010

Seminggu Berlalu. Sumpah Tulang Besi Tidak Dijawab Blogger2 UMNO

Seminggu berlalu sudah. Blogger UMNO Guna Sumpah Serakah. Tapi, TUlang Besi berani bersumpah. Sah, blogger2 UMNO Takut Kerana Salah.

Begitulah resmi manusia yang kaki sebar fitnah. Mereka mengharapkan fitnah yang mereka sebar, lekat dan tidak dipersoal kebenarannya.

Namun, bak kata orang tua-tua, kail panjang sejengkal laut yang dalam jangan diuji.

Apabila Tulang Besi bersumpah laknat ke atas blogger2 ini, sehingga hari ini TIADA SEORANG PUN dari mereka yang berani menjawab. Tiada "SEEKOR" pun blogger-blogger UMNO ini berani membuat sumpah nafi.

PAdahal selama ini mereka cukup galak, riuh sekampung, mencabar Dato Seri Anwar bersumpah. Bila kena batang hidung sendiri apasal takut pulak?????

Wahai Papa Gomo, wahai Ruang Bicara Faizal, apasal senyap seribu bahasa? Korang bukan anak dara. Korang lelaki.

Kalau berani, tampillah ke depan. Kalau anak jantan, sambutlah sumpah Tulang Besi.

Kalau kamu benar, tiada apa yang perlu ditakutkan.

Bagi Tulang Besi, sah lah blogger-blogger UMNO ini PENDUSTA. Tapi saya tak hairan sebab AGAMA UMNO menghalakan FITNAH dan juga QAZAF.

MAka blogger2 mereka pun turut sama MENAMPILKAN AGAMA UMNO dalam tulisan-tulisan mereka.

Wallahualam bissawab

Tulang Besi

ps baca fitnah blogger UMNO di bawah

Nampaknya kolum cuit tulisan Datuk Zaini Hassan dua hari lepas tentang blogger-blogger mesra kerajaan serta ranking blog yang dikeluarkan telah membuatkan seseorang yang mengaku dirinya ahli Pas tetapi tidak membayar yuran menjadi sasau.
Orang yang saya maksudkan menjadi sasau itu adalah blogger yang menamakan dirinya tulang besi. Kalau dilihat pada nama itu tulang besi seolah-olah dia seorang yang berani. Ini kerana apabila kita nak menggambarkan keberanian seseorang kita akan menggunakan peribahasa 'urat dawai tulang besi'.

Tetapi tulang besi yang saya maksudkan ini adalah seorang penakut. Dulu dia tinggal di Indonesia. Daripada sana dia serang Hassan Ali dan geng-geng Pas Selangor. Kemudian bila kena saman dengan salah seorang orang Pas Selangor , dia minta derma atas nama tabung guaman tulang besi dan dapat RM 10 ribu saya difahamkan dia lari ke Arab Saudi pula. Sekarang dia berada dimana pula saya tidak pasti.

Punca utama si tulang besi menyerang Hassan Ali adalah kerana gagal mendapat jawatan CEO yang dipohonnya selepas Hassan Ali menjadi exco Selangor. Saya difahamkan semasa Pas memerintah Trengganu dulu pun begitu juga amalannya.

Tak dapat habuan di Trengganu, habis geng-geng Pas Trengganu di musuhinya. Tak dapat di Selangor habis geng-geng Pas Selangor dimusuhinya. Tetapi bila menulis dalam blog macam dia seorang yang hebat-hebat dalam dunia ini. Ada kala lagaknya mengalahkan pemimpin besar-besar Pas. Siap panggil sidang media lagi. Ptuihhhhhhhhhhh.......

Tak dapat dengan Hassan Ali dia beralih arah dengan Khalid Ibrahim pula. Dipuja dan di pujinya Khalid, entah dapat entah tidak saya tidak pasti.Tetapi dengar-dengar cerita (tidak dapat disahkan) , katanya sekarang bekerja dengan harakahdaily pula. Itu pun setelah puas mengemis, kerana kasihankan dia harakah terpaksa ambil kerana nak tolong dia dalam kes saman yang dihadapinya.


6 comments:

Anonymous said...

takleh sumpah lah TB.. ada ulama dah nasihatkan takleh sumpah2.. buat lawak la TB ni.. bila saipol sumpah kata tak sah lak.. bila suruh anuar sumpah.. kata ulamak dah nasihatkan tak perlu sumpah.. sekarang TB lak nak main sumpah2 lak.. tak main lah TB.. dah tanya ke kat ulamak2 TB ke.. yg sumpah TB tu boleh diterima ke tak.. sah ke atau tak sah.. nanti jadi sesumpah lak.. baru tau..kalau betoi kena fitnah gi lah buat laporan kat balai polis ke.. balai bomba ke atau mana2 tempat yg sewaktu dgn nyer lah .. kdg2 sian gak tenguk si TB ni.. tu lah.. pandai sanagt kata kat org tu lah.. org ni lah.. dah kena batang hidung sendiri baru tahu camna rasanya kan.. apa2 pun kena banyak sabar ye TB... takut gak lepas ni TB merajuk taknak lagi tulis blog lak.. dah hilang lagi sorang penulis murah upahan dari PR..

Grand Marquis said...

Ha ha, posting ni sangat lawak. Cuba tengok ni:

TB kata:
Wahai Papa Gomo, wahai Ruang Bicara Faizal, apasal senyap seribu bahasa? Korang bukan anak dara. Korang lelaki.

Kalau berani, tampillah ke depan. Kalau anak jantan, sambutlah sumpah Tulang Besi.

Kalau kamu benar, tiada apa yang perlu ditakutkan.


Sekarang ni kita gantikan nama-nama tersebut dengan watak lain. Bunyinya jadi:


Wahai Anwar Ibrahim, apasal senyap seribu bahasa? Korang bukan anak dara. Korang lelaki.

Kalau berani, tampillah ke depan. Kalau anak jantan, sambutlah sumpah Saiful.

Kalau kamu benar, tiada apa yang perlu ditakutkan.


Kalau korang tengok, ayat yang sama yang TB guna, tapi bila guna nama lain, tetapi membawa makna yang sama, cuma ia menjadi perkara yang berlawanan dengan tindakan dan sikap TB.

Saya dah kata dah, hipokrisi TB dan juak PR terlalu banyak sehinggakan segala tindakan mereka pasti ada anti-thesis kepada hipokrisi mereka. Yang ni dia suruh orang sambut sumpah laknat dia, tapi dalam masa yang sama dia tak pulak suruh Anwar sambut sumpah laknat Saiful.

Kenapa korang ni tak malu dengan sifat hipokrit macam ni?

Anonymous said...

Eleh mike..

Soalan teman tak berjawab lagi..macamane munkalu benor2 Anwar meliwat ? apa hae mike ? Ingat..dari 1998 lagi tu !

Sekarang ni pertembungan antara 2 perkara aja.. anwar melihat atau najib membunuh.. pilih ler nak jadi puak mana !

Ingat, kesan pada puak yang kita sokong itu akan balik pada amalan kita, iman kita, keluarga kita, rezeki kita dll..

Pilihlah puak anda skrg..

-OghangKuale-

Tulang Besi said...



Soalan teman tak berjawab lagi..macamane munkalu benor2 Anwar meliwat ? apa hae mike ? Ingat..dari 1998 lagi tu !

.

ada 4 saksi tak??

Grand Marquis said...

Bila bab orang tuduh Anwar, TB minta 4 saksi. Bila Anwar tuduh saiful dengan pegawai mahkamah tu, tak pula TB minta 4 saksi.

Anti thesis kepada hipokrisi TB lagi.

Anonymous said...

Kesian TB....hhahaaahaaa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.