Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, December 29, 2010

Solat Hajat Setiap Daerah Lantaran Isu Khusrin Munawi Dilantik KSN Selangor

NOTA EDITOR: Apa dosa kerajaan Selangor? Mengapa Najis dan UMNO mahu mensabotaj kerajaan negeri dengan melantik barua mereka bernama Khusrin Munawi. Seorang pegawai JUSA C yang sememangnya TIDAK LAYAK untuk menjadi Ketua Setiuasaha Negeri.

Hakikatnya perlantikan KSU tidak dinyatakan samada dilakukan oleh Sultan atau Menteri Besar mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor.

Bab 3 LII (1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor menyebut:

“Maka hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri; dan perlantikan ke jawatan-jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan.”


Saya mencadangkan supaya Dewan Undangan Negeri Selangor mengadakan sidang tergempar dan meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor supaya menjelaskan siapa sebenarnya yang layak melantik Ketua Setiausaha Negeri.

Bagi saya, ini semua adalah sabotaj UMNO kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Saya mencadangkan supaya Khusrin Munawi tidak dihalang perlantikannya tetapi tugas beliau digantung. Ertinya beliau terus makan gaji tapi tidak boleh berfungsi.

Tulang Besi


Kemelut Perlantikan SUK Selangor
29 Dec 2010 | Current Affairs, Personal | by admin | 18 Komen


Saya mengikuti kemelut terbaru melanda perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor atas beberapa sebab. Pertama, tentulah sebagai rakyat Selangor yang cintakan Perlembagaan. Kedua sebagai wakil rakyat yang berinteraksi dengan perkhidmatan awam Selangor secara berterusan. Ketiga sebagai anak seorang pesara kerajaan.

Bapa saya bekerja dengan Kerajaan Persekutuan sejak beliau tamat belajar pada tahun 1958 hinggalah beliau besara 30 tahun kemudian. Beliau merupakan anggota Malayan Civil Service ketika negara masih baru-baru merdeka, dan bersara sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik semasa memegang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos.

Perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di peringkat Kerajaan Persekutuan. Bab 3 LII (1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor menyebut:

“Maka hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri; dan perlantikan ke jawatan-jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan.”

Justeru kenyataan sesetengah pihak bahawa DYMM Sultan ataupun Menteri Besar mempunyai kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri tidak timbul. Undang-Undang Tubuh tidak menyebut kedua-dua pihak.

Namun tindakan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan perlantikan Pengarah JAIS Dato’ Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor hanya melalui memaklumkan Sultan tanpa memaklumkan Menteri Besar Selangor boleh dianggap melanggar protokol.

Adakah Menteri Besar, Ketua Kerajaan di mana Khusrin akan berkhidmat sebagai pegawai kerajaan paling kanan wajar dimaklumkan melalui media? Undang-Undang Tubuh menyebut bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri harus mengangkat sumpah di hadapan Menteri Besar – menggambarkan hubungan yang sepatutnya wujud antara beliau dan Menteri Besar, bebas tetapi saling hormat-menghormati untuk melancarkan jentera kerajaan.

Protokol sebenarnya, walaupun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang punya kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, tetapi sewajarnya dimaklumkan kepada Sultan dan Menteri Besar sebelum mengeluarkan kenyataan media.

Apatah lagi apabila kita mengambilkira bahawa Khusrin sebagai Pengarah JAIS dikenali dengan sikapnya yang seolah-olah ingin sabotaj Kerajaan Negeri Selangor selama ini.

Ramadan lepas, misalnya, Datuk Seri Najib Tun Razak ingin mengadakan program UMNO di Masjid al-Ihsan, Taman Medan. Hanya ketegasan nazir masjid yang mengikut titah DYMM Sultan yang tidak mahu masjid dipolitikkan berjaya mempertahankan kesucian masjid. Khusrin sendiri terlibat melobi agar program UMNO tersebut dibenarkan, sedangkan sebelum ini pelbagai sekatan dikenakan sekiranya pemimpin PAS atau KEADILAN ingin mengadakan program ilmiah di masjid.

Khusrin jugalah yang engkar dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan menimbulkan kontroversi berikutan lawatan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching ke Surau al-Huda, Kajang. Khusrin diam membisu pula apabila Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan menyampaikan cek di Masjid Sungai Tengi, Hulu Selangor.

Sebelum itu Khusrin ‘menempa nama’ dengan kes penangkapan bekas mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin dalm majlis yang turut dihadiri wakil rakyat Pakatan.

Adakah individu yang sanggup menjadi perkakas politik dan mempermainkan sentimen agama layak menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor?

Kerajaan Negeri sudahpun menghantar tiga calon daripada pegawai-pegawai kanan di negeri Selangor untuk menjadi calon Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru. Ketiga-tiga nama dipilih selepas melalui mekanisme pemilihan Kerajaan Negeri yang sudah dimaklumkan kepada Setiausaha Kerajan Negeri yang ada hari ini.

Dari segi rekod Khusrin juga wajar dipertikai. Khusrin sendiri sekadar dalam gred Jusa C, justeru melangkah Jusa B untuk menjawat Setiausaha Kerajaan Negeri yang bergred Jusa A.

Khusrin sekadar menghabiskan 3 daripada 27 tahunnya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di peringkat Persekutuan, selebihnya beliau cuma berkhidmat di negeri Selangor.

Seolah-olah kelayakan Khusrin hanyalah sikapnya yang memang menentang Kerajaan Negeri yang diambilkira!

Kerajaan Persekutuan kelihatan begitu terdesak untuk mendapatkan semula Selangor dan sanggup mengheret istana semata-mata untuk kepentingan sempit politik mereka.

Di Perak, Dato’ Dr Abdul Rahman Hashim sememangnya Setiausaha Kerajaan Negeri sejak sebelum PRU-12 lagi. Apabila Kerajaan Pakatan Rakyat mengambilalih tampuk pemerintahan Perak, beliau kekal di jawatannya.

Ketika Kerajaan Negeri pimpinan Datuk Seri Nizar Jamaluddin dirampas pada Februari 2009, Dr Rahman memainkan peranan penting untuk memastikan agenda BN terlaksana. Perkembangan di Selangor menyaksikan seolah-olah Najib membuat rancangan yang sama, apatah lagi selepas rombakan pengerusi perhubungan UMNO menyaksikan Najib kekal sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor!

Kerajaan Negeri Kelantan juga menghadapi masalah ketika Datuk Wan Hashim Wan Daud menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri.

Jelas sekali peranan Setiausaha Kerajaan Negeri, sebagai ketua perhidmatan awam di sesebuah negeri amat penting bagi memastikan perjalanan kerajaan. Mustahil Kerajaan Negeri dapat berfungsi dengan baik dengan Setiausaha Kerajaan yang sememangnya mempunyai agenda yang bertentangan dengan Menteri Besar dan Kerajaan Negeri.

Di sebalik sepak terajang politik sempit, kesan kemelut ini ialah semangat Federalisme yang diperjuangkan bapa-bapa kemerdekaan kita dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan semakin punah. Kesannya, jika tidak diubati, akan berpanjangan sehingga membelengu anak cucu kita.

Saya terhibur melihat ada pihak UMNO cuba menyebut tentang Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh dalam hal ini. Jelas sekali mereka tak faham semangat Perlembagaan tersebut. Apatah lagi, apabila menggantung ahli Parlimen, melantik JKKKP mahupun menafikan royalti negeri Kelantan, tak pernah pula UMNO merujuk Perlembagaan!

Sekali lagi saya ulang, jangan ada pula yang cuba mainkan kononnya sesiapa yang mempertikai perlantikan Khusrin sebagai anti-istana. Tindakan Datuk Seri Najib yang mengheret KSN dan Istana Selangorlah yang wajar dipertikai!


« Program ‘Back to School’ di Taman Glenmarie | Hadir di Program Pembasmian Kemiskinan Bandar »

2 comments:

Anonymous said...

Nak pinda perlembagaan negeri, adakah PR cukup 2/3 majoriti?

Bab 3 LII (1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor cukup jelas. yg mewujudkan jawatan2 itu adalah Kerajaan Selangor. Jadi kalau ada kekosongan, Kerajaan Selangor lah yg mesti meminta Suruhanjaya Perkhidmatan mencalonkan seorang anggota perkhidmatan awam mereka. tidak semestinya penama yg dicalonkan akan diterima bulat2 olih Kerajaan Selangor. Kalau terima juga walaupun org yg dicalonkan itu tidak berwibawa, bodohlah MB Kerajaan Selangor dan Exconya.

Kalau tak percaya interpretasi ini, pergi mahkamahlah. Kerajaan Selangor tolah Kusrin, dan kes diawa kemahkamah. Sementara tu Kerajaan Selangor bolih melantik mana2 pegawai awam untuk menjalankan tugas SUK.

Mana ada masalah. Masalahnya ialah MB Khalid dan Exconya takut dgn Sultan yang hanya 'constitutional monarch' yg sepatutnya mesti bertindak diatas nasihat MB atau semasa sistem Residency Inggeris, 'ikut kata dan arahan Resident-General' walaupun bahawa undang2nya ' acting on the advice of the R-G'.

Anonymous said...

Saya setuju cadangan sdr supaya Selangor tidak menghalang perlantikan Kusrin tetapi jangan bagi dia berfungsi.

Kunci bilik SUK.

Berikan satu meja dan kerusi dan tempatkan bersama-sama pegawai kerani yang lain.

Kalau dia tak datang ketip kad perakam kedatangan, kenakan tindakan tatatertib.

Kita tengok babak seterusnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.