Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, December 16, 2010

SPRM Kata TOk Guru TIdak Bersalah Terima Tajaan haji

Masihkan kau ingat tuduhan Kickdefella kononnya TOk Guru Nik Aziz telah menerima rasuah dari seorang ahli perniagaan dalam bentuk tajaan Haji. Semalam SPRM membuat pengumuman Tok Guru Nik Aziz bersih dari tuduhan rasuah terhadap beliau.

BAgi saya, tindakan Kickdefella tersebut hanyalah taktik beliau untuk memburukkan Tok Guru Nik Aziz semata-mata dan tidak ada tujuan lain. Beliau, pada waktu itu, sudah pun menjadi agen UMNO dan beliau mahu mendapat publisiti lebih supaya harga beliau semakin tinggi. Cara terbaik adalah menyerang Tok Guru Nik Aziz dan membuat tuduhan tidak berasas kononnya tajaan Arifahmi itu adalah satu bentuk rasuah.

Padahal, siapa pun yang mendapat tawaran haji tidak akan bertanya kepada penaja berapa banyak wang yang dibelanjakan untuk tajaan tersebut. Itu namanya biadap.

SPRM juga kata perlantikan Arifahmi juga bukan satu bentuk rasuah. Ertinya rekod Tok Guru masih bersih.

Tulang Besi


SPRM bersihkan Nik Aziz dan Wee Ka Siong Hafiz Yatim Dis 15, 10 3:01pm

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat bersih daripada tuduhan rasuah terhadapnya.

Tuduhan itu membabitkan dakwaan oleh Haji Nik Aziz dibiayai oleh seorang ahli perniagaan untuk mengerjakan Haji dan pelantikan menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai ketua eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

NONEPengerusi Panel Semakan dan Operasi SPRM, Hadenan Abdul Jalil berkata Nik Aziz tidak meminta syarikat tersebut membayar kos mengerja Haji sebanyak RM65,000.

Selain itu, katanya, Nik Aziz juga tidak pergi mengerjakan haji tersebut.

Bagaimanapun, panel tujuh anggota itu mendapati ada kelemahan dalam prosedur yang harus diperbaiki.

Panel itu bertanggungjawab menyemak kes-kes rasuah atau salahguna kuasa yang telah disiasat oleh SPRM, tetapi diklasifikasikan sebagai 'tiada tindakan lanjut' diperlukan.'

Panel juga membersihkan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Wee Ka Siong daripada tuduhan berlaku percanggahan kepentingan dengan memegang jawatan dalam sebuah firma arkitek, berkaitan dengan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang.

Bukti baru siasatan Tajudin

Hadenan yang juga bekas ketua audit negara, turut menafikan bahawa SPRM tidak mengambil tindakan terhadap bekas pengerusi Malaysia Airlines (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli.

NONEMenurutnya, siasatan masih berjalan, terutama terutamanya selepas penemuan bukti baru berhubung perkara itu.

Katanya, dakwaan bahawa SPRM tidak menjalan siasatan adalah tiadak berasas kerana ada penemuan bukti baru dan SPRM sedang menelitinya.

Ditanya sama ada bukti baru itu mengenai apa yang dilaporkan di blog, Hadenan menekankan bahawa ia sedang dalam siasatan.

Ditanya sama ada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail juga sedang disiasat kerana didakwa tidak mahu mengambil tindakan terhadap Tajudin, Hadenan enggan mengulas mengenainya.

Tajudin sedang disiasat berhubung pembelian kemudahan MASkargo di Dusseldorf, Jerman, yang mengakibatkan kerugian besar kepada syarikat penerbangan negara itu.

SPRM memulakan siasatan terhadap Tajudin sejak tahun 2002, dan blog Malaysia Today yang dikendalikan oleh penulis blog Raja Petra Kamarudin, mendakwa ia tidak diteruskan atas arahan Abdul Gani.

3 comments:

otakBesi said...

keh keh keh!
SPRM,
badan bertanggungjawab untuk memelihara rasuah jerong seiringan dengan menghapuskan rasuah bilis.
Sebagai sayap ke 5 UMNO, SPRM akan secepat kilat membuka kertas siasatan apabila aduan rasuah dibuat oleh makcik tua felda ke atas pemimping pembangkang, namun bersifat seperti kura-kura yang buta untuk membuka kertas siasatan bila rasuah berlaku seperti matahari di tengah hari.

Grand Marquis said...

kalau mengikut teori otakBesi, Nik Aziz adalah salah seorang rasuah jerong.

Anonymous said...

kalau mengikut teori PR dan TB kebiasaannya.. mmg betullah SPRM tak berani dakwa jerung besar.. dan cuma berani kat bilis kecil jer.. dan munkin juga sbb PILIHANRAYA UMUM dah makin hampir.. sbb tu kerajaan arah SPRM tak dakwa N.Najis.. sbb nak pikat pengundi PAS.. tapi yg ni tak di panggil kambing hitam.. kita panggil kambing putih lak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.