Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, December 4, 2010

Sumpah Laknat TUlang Besi ke atas Bloggers Pendusta Yang Memfitnah Tulang Besi

Ada seorang blogger Pondan (sebab tak tau sapa) menulis sebuah artikel bertajuk "Zaini Hasan Buat TUlang Besi Sasau". Dalam artikel tersebut diulang-ulang kembali fitnah lama ke atas Tulang Besi seperti:

1.0 Tulang Besi tidak pernah bayar yuran ahli
2.0 TUlang Besi menentang Hasan Ali sebab kecewa tak dapat jawatan.
3.0 Tulang Besi burukkan geng Terengganu sebab masa PAS perintah Terengganu, TUlang BEsi tak dapat projek (entah bila ntah TB mintak projek di Terengganu)
4.0 TUlang Besi seleweng duit Tabung Guaman

dsbnya. Boleh search tajuk artikel tersebut dan baca sendiri.

Di sini, TUlang Besi ingin mengulangi Sumpah Laknat yang pernah TUlang Besi ungkapkan kepada blogger2 pondan pro Ulamak PAS yang turut mengulangi fitnah yang sama:

Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Sesungguhnya KESEMUA tuduhan yang diungkapkan dalam artikel bertajuk "Zaini Hassan Bikin Tulang Besi Sasau" adalah FITNAH YANG SANGAT JAHAT. Semoga Allah SWT menurunkan bala ke atas mereka-mereka ini sama seperti bala yang Allah SWT turunkan ke atas kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Saleh. AMINN!!!


Tulang Besi bercadang meminta bantuan kawan Tulang Besi untuk mengulangi sumpah TUlang Besi ini di hadapan Kaabah.

Kalau BLOGGER2 UMNO serta Zaini Hassan anak jantan, SILA JAWAB SUMPAH TULANG BESI ini dan bersumpah NAFI semula.

Tulang Besi sedang menunggu

Wallahualam

13 comments:

Mohd Shubhi said...

Sabar itu lebih baik....terutamanya untuk orang Pas.

Grand Marquis said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Sabar TB...dulu TB suka fitnah orang, sekarang Allah SWT balas pada TB secara cash. Bertaubatlah selagi masih ada masa kerana berjuta orang juga menyumpah seranah TB, hidup jadi hru hara, jiwa tak aman dan hidup jadi papa kedana dan hina....kembali lah kepangkal jalan...Allah maha mengetahui

Anonymous said...

blog TB dah tak laku...
komen pon sikit jek..kesian plk tengok TB ni...
takde plak tu org nak menyokong TB..hehe

Anonymous said...

Sabar Haji. Jangan cepat melatah. Ana dah nasihat anta kat Mina dan Arafah. Jadilah blogger yang berhemah. Jangan sesekali mengikut hati yang panas. Kalaulah betul ianya fitnah, doakan agar Allah buka hatinya agar tidak lagi melakukan perkara yang terkutuk itu. Itu lebih baik dari berdoakan kecelakaan pada mereka(kalau betul mereka fitnah).

Walaupun fahaman dan haluan kita berbeza, tapi ana pun terasa juga bila org kutuk anta sbb anta adalah kawan ana. Cuma ana rasa tahap kesabaran ana meningkat sejak 15hb Nov 2010.Jadi taklah berapi sangat. Anta pun sebenarnya adalah insan yang memiliki ilmu dan bijaksana. Gunakanlah untuk menyedarkan manusia secara sewajarnya. Anta ingatkan ana ttg tangan, mulut dn hati...skrg ana ingatkan anta tttg kesabran, kesabaran dan kesabaran sbb anta juga kawan ana.

Haji...kita ada 2 ukuran atas amalan pada pertengahan bulan lepas.....mabrur atau marduk. InsyaAllah,Allah memberi yang terbaik pada anta.

Nota: jangan panggil orang lain PONDAN, tak baik.

....Kawan anta..
Haji Atuk.......

Tulang Besi said...

Terima kasih atas nasihat berharga dari Haji Atuk.

Jangan takut wahai sahabat sehidup semati ku.

Semasa menulis artikel ini ana dalam keadaan tenang dan tidak marah.

Sumpah ini terpaksa dilalukan untuk mengengkang serangan fitnah yang sudah dimulakan oleh orang2 yang tidak bertanggungjawab.

Untuk memudahkan semua pembaca membuat penilaian tanpa perlu berfikir dalam2, maka saya pun membuat sumpah.

Saya menunggu puak2 sebelah sana tu sumpah balik.

Biar Allah SWT menentukan siapa yang benar dan siapa yang dusta

Grand Marquis said...

TB sepatutnya muhasabah diri. TB nampak marah bila orang timbul isu CEO, tapi TB sendiri galak tuduh orang lain kecewa sebab tak dapat jawatan CEO.

Masa TB tuduh orang tu dia tak rasa apa-apa, bila dia sendiri kena, mula la sumpah sana-sumpah sini.

Udahlah tuduh dan fitnah ni ada double standard. TB tuduh orang boleh tapi orang tuduh TB tak boleh. Ni sumpah-sumpah ni pun ada double standard.

Kadang-kadang lucu sungguh tengok hipokrisi orang yang kononnya memperjuangkan Islam.

wan2B said...

nih pon fitnah gak ke

http://tulangbesi.wordpress.com/

Grand Marquis=Geng Maki said...

Grand Marquis said...

TB sepatutnya muhasabah diri. TB nampak marah bila orang timbul isu CEO, tapi TB sendiri galak tuduh orang lain kecewa sebab tak dapat jawatan CEO.

Masa TB tuduh orang tu dia tak rasa apa-apa, bila dia sendiri kena, mula la sumpah sana-sumpah sini.
.

TB Sumpah sebab tuduhan tu palsu. Ada paham ka?

Anonymous said...

apa la sumpah2 ni. kalau kita benar. buat apa nak bersumpah. buat biasa je lah

warisumno said...

nape melenting???? macam betol je...ke takot :)... sampai kirim sumpah kat membe tu... tapi aku x pelik...org pas memang camtu suke menyumpah org...tok guru kencing berdiri anak kentot kencing belari

otakbesi said...

Hj. TB,
hati panas dilayan, bertenang sekejap, bersumpah untuk menafi adalah suatu yg tiada mendatangkan faedah.
cara terbaik musuh, mencari kelemahan, sekarang musuh boleh menghidu kelemahan, "buat tuduhan fitnah pasti TB hilang tumpuan".
Ingat "ada mata lihat, ada telinga dengar, ada tangan taip, ada mulut cakap, ada hati kemas-kemaskan".

Panglima Perang Cyber said...

sumpah boleh ke dengan tulisan?


maaf saya tak tahu pasal agama sangat.

tetapi bersumpah kena dengan mulut.


ada berani ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.