Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, December 26, 2010

UMNO Guna Ustaz Untuk Sebar Propaganda Nasionalisma

Rupanya UMNO menghantar ustaz2 mereka (yang bukan lulusan agama sangat pun, stkt maahad tahfiz semata-mata) masuk kampung keluar kampung sebar propaganda cetek UMNO untuk menakutkan orang kampung menyokong Pakatan Rakyat.

Di bawah adalah seorang ustaz bernama Kassim Elias, adik kepada ADUN UMNO Batu Kurau yang juga Penasihat Hal ehwal agama kepada menteri Besar Perak. Adiknya Ainon Mardhiah adalah puteri UMNO Bahagia Batu Kurau yang juga seorang guru agama di Sek Sultan Yusof Batu Gajah.

Lihatlah betapa ceteknya hujjah beliau memainkan semangat assabiyyah dan perkauman serta menyebar fitnah dan pembohongan. Sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat, tidak pernah orang bukan Islam mempersoalkan peruntukan serta hak Islam dan Melayu. Apa yang mereka minta hak mereka dihormati juga memandangkan mereka membayar cukai juga.

Saya nak tanya Ustaz ni:

1.0 Adakah orang Cina yang menghalalkan judi di Malaysia?

2.0 Adakah orang Cina menghalalkan arak di Malaysia?

3.0 Adakah orang Cina yang menghalalkan Qazaf di Malaysia?

4.0 Adakah orang Cina yang menghalalkan korupsi di Malaysia?

5.0 Adakah orang Cina yang menghalalkan perzinaan di Malaysia?

6.0 Adakah orang Cina yang menyebabkan undang2 hudud tidak dapat dilaksanakan di Malaysia?

Inilah taktik terbaru UMNO sekarang ini. Mereka menggunakan ustaz2 yang tampak seperti Ustaz PAS tapi sebenarnya agen UMNO menyebarkan propaganda UMNO.


13 comments:

baginda® said...

caya bro.. ini yg sy try maksudkan kat TB td... buat2 bersih2 mereka ni tapi nak rotate mind orang kampung

MENJ said...

Tak ada video pun, TB?

Tinta Hitam said...

TB,

Betul tu.Aku dah lama perhatikan Ustaz Kazim ni.Mmg di Ustaz UMNO.Kemana mana dia pergi dia akan menerca PAS dan org org PAS.Antara yg dia bangkitkan adalah mengapa org tuduh Najib bunuh Altantuya.Mana saksi dan bukti kata dia.Tapi dia tak pulak nak menekankan mengapa org org UMNO tudah DSAI liwat? Saksi dan bukti semua tak menyebelahi tuduhan berkenaan.selain drp itu takda pulak dia sebut

Dia sebenarnya menyemaikan secara halus pd pendengar agar menyokong UMNO dan berpura pura kononnya neutral.

dino said...

apa nak hairan , pas guna ulamak tabur fitnah sana- sini. lagi jahanam.

Anonymous said...

Halo.asal lah takde topik lain nak cakap asyik pasal agama jer...kao ni nak mendahului Allah ke ckp depa salah dekni tu salah.,..klu nak politik pun cakap ah pasal rakyat.,kesusahan rakyat...macam mana nak membantu....ni asyik nak gaduh pasal agama.,bangsa lain pun ketawa.,apa punya bingai.,.kao pikir rakyat atau orang2 kampong bodoh sangat ke tak tau menilai

Anonymous said...

Ustaz pakatan rakyat yg paling aku meluat adalah ustaz badrul Amin pkr yg pernah declare Dlm ceramah beliau utk jatuhkan hukuman pancung pd ustaz Asri...muko ustaz nia tak jernih langsung muko mcm indon Madura jer....dia dpt doctorate mana aku tak pasti....tapi dia memang layak jade badut pkr Dan pas jer...

Anonymous said...

Nama dia Ustaz Kazim... bukan Ustaz Kassim

abuMundzir said...

assalamualaikum... TB
dah risik luar-dalam ke sebelum sembur ustaz Kazim ngan kakaknya Ustazah Ainon tue ?? Ana risau terserkap jarang dari maklumat yang 'ala-kadar' je ...

Anonymous said...

Kebelakangan ini aku tengok mulut orang PAS ni macam longkang, keluar cakap dah memang busuk, tulisan busuk doa pun busuk. Korang ingat Allah suka ke perkara-perkara busuk? Lu pikirlah sendiri.....tak takut ke neraka yg hanyir?

Anonymous said...

jangan nak buat fitnah..

kan lebih tuan2 pegi jumpe dan bertanya sendiri dgn ustaz kazim...

itu lebih baik daripada membuat andaian sendiri...

takut jadi fitnah, besar dosanya...

saya pon orang PAS...

susah kalau ada pemikiran mcm tuan2 ni..bila gi ceramah kt orang/kawasan PAS, dikatakan ustaz tu masuk PAS..

bila pegi ceramah kat orang/kawasan UMNO, dikata pulak ustaz tu sokong UMNO...

eh kamonlah...jgn bebal sangat..

kita semua tau UMNO tidak mahu kepada Islam...

tapi ada tak ustaz2 PAS yang pegi bagi ceramah, kuliah pada puak2 tu???

bila bagi ceramah, pandai pulak minta ustaz hentam puak UMNO..

adakah Nabi Muhammad saw berdakwah sebegitu???

ada satu kisah saya ingat ustaz kazim pernah cerita..pernah disebut dlm ceramahnya..

beliau pernah dapat tawaran untuk memberi ceramah di hadapan Menteri2 UMNO..

jadi beliau kata itu adalah peluang baik untuk beliau memberi teguran kepada UMNO...
tapi malangnya ada puak-puak dlm PAS yang bebal terus boikot dan fitnah ustaz masuk UMNO...
terus ustaz kazim tak jadi bagi ceramah dan memberi ceramah di tempat lain yg mana hadirinnya di jabatan kerajaan yang tak ramai..

betapa ruginya..sedangkan itulah peluang terbaik untuk tegur puak2 UMNO ni..

sekarang banyak masjid, surau yang telah membuang ustaz kazim daripada menyampaikan kuliah...
jawablah di akhirat nanti wahai AJK surau/masjid kerana menghalang masyarakat utk belajar..

ingatkan UMNO je yg pandai GAM ulama...rupanya ada ahli PAS yang bebal diperingkat akar umbi pon sama...
pemimpin dan ustaz2 dlm PAS saya percaya jika mereka tau, pasti tidak bersetuju dgn tindakan ini..

tapi disebabkan ada segelintir puak2 bebal dalam PAS ni, yang menyebabkan PAS dipandang serong secara keseluruhannya...

Anonymous said...

sambunngan.

saya mengikut lama kuliah ustaz kazim...beliau telah berulang kali mengatakan yang beliau bukan ahli politik...beliau mengajar agama,baca kitab..

benar beliau tidak belajar hingga ke negara arab...tapi itu tidak bermakna ilmu beliau serendah ilmu tuan2...cuba semak balik...

berapa ramai ustaz2 lulusan al azhar, dn mana negara arab yang balik ke malaysia yang selalu, rajin turun memberi kuliah kepada masyarakat??berapa ramai???

kalau kita tengok ustaz2 yang mengaji di pondok2 la yg banyak turun berjumpa dengan masyarakat, mengajar supaya mengenal Allah..

jangan tuan2 ingat dah belajar di Al azhar, tuan2 lebih bagus daripada ustaz2 yg hanya belajar di tanahair...kalau tuan2 berfikir begitu, tuan2 silap...

saya nak tanya tuan2 disini, berapa kali tuan2 pergi berdakwah kepad puak UMNO ni supaya terima islam secara keseluruhan???berapa kali???


ada tak dalam kuliah ustaz kazim yang menghasut, mengajar supaya orang PAS membenci orang UMNO dan sebaliknya????

jgn hanya dengar 1, 2 ceramah terus anda label ustaz sebagai orang UMNO..cuba dengar dulu ceraamah ustaz kazim ni banyak2..baru anda tau ustaz ni orang mana..pasal abang ustaz tu, ikut dia la..takde kena mengena dgn ustaz..takkan kerana si abg UMNO, adik PAS maka hubungan kena putus..cuba cerdik skit,,

nasihat saya pergi beli cd ceramah ustaz yang berjumlah ratusan tajuk tu...dgr satu2...saya percaya tidak ada satu pon yg dikatakan ustaz yang menyokong UMNO..

kalau betul, beliau kata betul tidak kira la sama ada PAS atau UMNO..

begitu juga kalau salah, dikatakan salah tidak kira PAS atau UMNO..

ini tidak..asal pegi ceramah orang UMNO je, cop masuk UMNO...cuba buka minda sikit...jgn bengap..dlm PAS NI ramai orang profesional,ahli perniagaan, kakitngn kerajaan dn macam2....gunakan akal dan rasional skit bila nak berdakwah dgn orang UMNO..

ini tidak,,bila konon nak dakwah, kita hentam mereka...bukannye nak wat cara elok2..

pastu bila ada ustaz tegur perangai penyokong akar umbi supaya jaga perangai...melenting pula...

ini la perangai buruk orang Melayu...tidak kira PAS atau UMNO..

Anonymous said...

sambungan...last..

selalu kita dengar orang Melayu digambarkan sebagai lemah lembut, sopan santun, menghormati tetamu...tapi bila ditegur, kita bole tgk perangai sebenar orang melayu...melenting tak ingat, terus tidak bertegur sapa..

berbeza dgn orang Arab..mereka agak kasar..tapi bila ditegur, mereka bole terima dgn hati terbuka..

kita dalam PAS selalu bercakap, kalau nak ikut islam, ikut secara keseluruhann, bukan amik sekerat2 mcm UMNO...

soalnya adakah islam mengajar supaya kita membenci saudara seagama??boikoit, pulau???

arwah datuk saya dulu merupkan orang kuat PAS dan imam di kampungnya...bila ada orang UMNO meninggal, dia tidak pergi...adakah Nabi kita suruh buat mcm ni???/sudah tentu tidak..kalau cina DAP mati, ramai pula org PAS yg gi lawat..pelik sguh manusia ini..

saya percaya dan tidak pernah dengar tok guru nik aziz, ustaz harun din suruh orang PAS jangan pergi lawat kalau orang UMNO meninggal..saya tidak pernah dengar..tapi inilah yang dibuat oleh puak2 bebal dlm PAS...byk lagi kalau nak sebut..

kalau dgn DAP, cina, india penyokong PAS bole kita berpeluk, berjabat tangan, kenapa kita tidak bole buat perkara serupa dgn UMNO??

dengan DAP, cina india yang terang2 tidak mengakui, menolak Allah sebagai tuhan pon kita bole bersalam, mengapa dengan orang UMNO yang solat siang malam, baca quran, puasa, mgerjakan haji kita tidak bole berbaik2 dan berusaha mencari kesepakatan??

kita tak berhak mengatakan solat orang UMNO tidak diterima...itu urusan Allah..bukan urusan kita..solat kita pon taktau mcmane..

kita tahu UMNO ni kdgkala dan byk masa kurang ajar, takkan kita penyokong PAS yang kononnya kata nak daulatkan Islam juga ikut perangai sama??

kalau beginilah perangai akar umbi orang PAS, saya percaya susah la kita nak tarik anak muda sokong PAS.. sbb puak2 bebal dlm PAS yg walau segelintir tapi ramai yang masih berfikiran semppit...mengaji tak tinggi mana tapi berlagak mcm profesor..

marilah kita ubah sikit cara pemikiran..ikutlah perangai Nabi Muhammad saw yang dicintai...


Saya amat berharap pimpinan dan ustaz2 yang berada dlm PAS dapat memberi teguran kepada puak2 bebal dlm PAS ini..mereka2 inilah yang merupakan setitik nila yang merosakkan PAS sebenarnya dengan sikap buruk mereka..menyebabkan masyarakat semakin menjauhi PAS..


Majulah PAS untuk negara...

Acilut said...

Sayang, ramai (bukan semua) pengikut PAS (termasuk penceramah)riak, suka fitnah, pendek akal, tidak bermaruah malah tidak berilmu pun!. Mereka merasakan mereka sudah pandai, tetapi sebenarnya tidak. Mereka juga merasakan mereka sudah begitu alim sehinggakan mereka pandang puak lain, rendah amalannya. Mereka sahaja yang betul.
Meraka ini seperti robot yang telah di'programkan'. Mereka bebal dan tidak mahu berfikir. Allah kurniakan akal supaya hambanya menambahkan ilmu dan kemudiannya berfikir dengan waras...
Fakta dari ceramah kumpulan sendiri yang didengar tidak pernah dikaji dan dibuat rujukan malah di terima bulat-bulat tanpa penilaian. Ini bukanlah ciri ciri manusia berilmu...
Sebab itu saya kata ramai pengikut PAS tidak berilmu dan keras hati...
Berfikirlah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.