Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Loading...

Wednesday, March 31, 2010

APCO Tidak Terlibat Dengan Kerajaan Israel? Hmmm....

Ramai telah hubungi Tulang Besi untuk bertanya dimana Tulang Besi dapat dokumen-dokumen bertaraf rahsia ini. Tak kurang mahu tahu siapa dalam Jabatan Perdana Menteri yang menjadi “informer” Tulang Besi. Ada juga yang mahu tahu bagaimana Tulang Besi dapat dokumen yang menghubungkan Kerajaan Malaysia dengan APCO.

Jawapannya adalah informer Tulang Besi adalah seorang bernama FARA. Ia nama seorang perempuan. Erti dari nama tersebut adalah Foreign Agent Registration Act (FARA). Dan ia ada sebuah website di www.fara.gov. Dengan kata lain, FARA adalah sebuah department di bawah “US Department of Justice”.

Adapun dokumen yang Tulang Besi dedahkan itu boleh di baca di laman rasmi FARA di bawah tajuk”Government of Malaysia, Embassy:

Dengan kata lain, dokumen yang Tulang Besi dedah ini BUKAN RAHSIA. Ia adalah dokumen bertaraf “MAKLUMAT UMUM” yang rasmi. Ia boleh dibaca oleh sesiapa sahaja di mana sahaja di dunia ini. Ia terbuka untuk setiap manusia yang ada aksess kepada internet.
Jadi, tak payah lah nak cari-cari dan ugut-ugut Tulang Besi. Benda Tulang Besi dedah ni bukan rahsia. Ia adalah maklumat umum di Amerika.

Adapun APCO telah menafikan mereka terlibat dengan kerajaan Israel. Namun, Tulang Besi berjumpa dengan satu surat dari Kerajaan Israel ke Kerajaan Amerika yang menyatakan seperti berikut:

Klik di sini untuk membaca keseluruhan surat tersebut yang menyatakan bahawa APCO pernah menjalankan kerja-kerja perhubungan awam dengan Kerajaan Israel.

Sekian

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

PENDEDAHAN: Dokumen Perjanjian APCO-UMNO

NOTA EDITOR: Ada 3 perjanjian yang Tulang Besi terima. Setakat ini Tulang Besi hanya akan mendedahkan satu perjanjian sahaja antara Kerajaan Malaysia (baca UMNO) dengan APCO, sebuah syarikat pelobi pro Zionis. Perjanjian ini ada 9 muka surat. Diharap dapat membaca setiap muka surat dengan teliti. Nanti Tulang Besi akan dedahkan hubungan APCO dengan Ehud Barak pula yang telah membuahkan idea "1Israel". Klik perjanjian ini untuk melihat dengan lebih jelas.

Syukur alhamdulillah "kerajaang perpaduang" tidak jadi. Kalau tidak PAS nanti terpaksa berpadu dengan Yahudi-Zionis pula. Entah-entah idea Kerajaang Perpaduang ni datang dari APCO. Bukan ke Israel salah satu contoh "Kerajaang Perpaduang" yang diberikan oleh Presiden tempohari?

"HARAKAH:Boleh Dato' Seri kemukakan contoh-contoh apa yang dikatakan "Unity Government" yang dipakai di mana-mana? Image

PRESIDEN:Konsepnya mesti berubah dan bukan apa yang ada pada hari ini. Sebagai contoh, di Indonesia yang saya sebut tadi. 'Unity Government' di Indonesia berlaku pemisahan kuasa dengan 'SPR' atau Pemilu di Indonesia dengan badan politik. Pemisahan kuasa dengan badan kehakiman, sehingga badan kehakiman di Indonesia boleh menyeret Suharto ke mahkamah, boleh menyeret Perdana Menteri dan Menteri-menteri ke Mahkamah jika melakukan kesalahan. Ini kita (PAS) hendak bersihkan negara.

Di Israel sebagai contoh, Perdana Menteri Israel pun boleh dibawa ke mahkamah dan disiasat. Ini 'Unity Government' dan pilihan raya di Indonesia adalah pilihan raya yang berubah. Di mana Barisan Nasional tidak ada hak memonopoli TV termasuklah semua parti boleh menggunakan TV."

Sekian

Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, March 30, 2010

Ucapan Ketua Pembangkang: APCO dan UMNO

NOTA EDITOR: Syukur "Kerajaang Perpaduang" tidak jadi. Kalau tidak, bukan sahaja PAS bakal berpadu dengan UMNO, malah PAS akan berpadu dengan Yahudi Zionis juga.Alhamdulillah, Syukur Nikmat.Kepada Tuhan Yang Memberi Rahmat.

MUKADIMAH
 Terima kasih kepada Tan Sri Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk memberi penjelasan mengenai peranan dan skop penglibatan firma perhubungan awam bernama APCO. Isu ini wajar diberi perhatian khusus kerana ianya bukan sekadar isu 1Malaysia atau 1Israel atau tohmahan yang dilemparkan kepada saya sebagai seorang agen Yahudi. Namun demikian, isu-isu terbabit ditenggelami jika hendak dibandingkan dengan skandal dahsyat yang bakal didedahkan hari ini; yang tidak bersangkutan dengan kedudukan mahupun reputasi saya atau pun reputasi rakan-rakan saya. Sesungguhnya keselamatan negara kita dalam bahaya. Isu ini membongkar politik kronisme yang membarah serta rundingan sulit pihak tertentu sehingga membelakangkan kepentingan rakyat dan negara. Tidak dapat dinafikan lagi kini wujud ancaman terhadap keselamatan nasional, maklumat strategik negara terdedah kepada agensi perisikan asing dan tercalarnya maruah umat.

 Bagi mengelak sebarang keraguan penjelasan saya hari ini bukan sekadar muslihat politik atau tuduhan tidak berasas, Insya Allah, setiap kenyataan saya hari ini akan disokong dengan dokumen, rencana malah salinan perjanjian yang ditandatangani oleh pihak-pihak terbabit.

 Sehingga kini Perdana Menteri belumpun memberi sebarang maklum balas terhadap gesaan saya agar segera mendedahkan serta memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaan dan APCO, apa skop tugasannya, jumlah peruntukannya, setiap penasihat yang terbabit; peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan.

 Selama ini kita hanya dimaklumkan bahawa penglibatan APCO adalah terhad, tetapi kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kebelakangan ini menunjukkan penglibatan yang lebih menyeluruh dan membimbangkan.

 Ini berdasarkan kepada jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri yang menyatakan:

“Kerajaan ada melantik Syarikat APCO Worldwide Sdn Bhd untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi kepada Kerajaan Persekutuan secara menyeluruh…APCO Worldwide juga disarankan menjayakan program untuk mempromosi dan meningkatkan imej Malaysia di luar negara ”

 Manakala bagi pihak APCO sendiri, mereka merumuskan penglibatan mereka seperti berikut:

“APCO's work has included communication support for a broad range of reform initiatives undertaken by the government of Malaysia, especially in the areas of creating jobs, promoting education, and strengthening delivery of services to the people.”

 Kenyataan tersebut sebenarnya membuka pekung serta memunculkan lebih banyak persoalan. Ini bukan syarikat perhubungan awam biasa yang sekadar menulis ucapan mahupun kenyataan akhbar ataupun bertindak melonjakkan imej Perdana Menteri walau itupun amat dikesalkan kerana ianya dilakukan menggunakan dana rakyat. Dilaporkan usaha ini menelan belanja sekitar RM 20 juta. Secara sedar atau tidak kenyataan APCO mengakui bahawa lantikannya adalah untuk membantu strategi komunikasi yang menyeluruh, bermakna firma tersebut terlibat secara langsung memberi bantuan komunikasi di dalam pelbagai inisiatif dan dasar kerajaan. Ini bermakna, APCO terlibat secara langsung dalam mempengaruhi mesej yang disampaikan kepada rakyat dan saya akan terangkan dengan mendalam kenapa perkara ini sangat membahayakan kepada rakyat dan negara.

 Pada 18hb Mac 2010, APCO mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan mereka dengan gagasan 1Malaysia, kononnya konsep itu wujud sebelum APCO dilantik sebagai firma perunding.

 Penafian yang dibuat oleh APCO itu merupakan usaha mereka untuk mengelirukan kita akan tarikh sebenar firma tersebut terbabit dengan pentadbiran Perdana Menteri sekarang. Penafian tersebut menggambarkan bahawa ianya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pentadbiran Dato’ Sri Najib Razak, atau Dato’ Sri Najib sendiri, pembantunya atau para penasihatnya.

 Sebuah portal berita telah melaporkan pada 28 Julai 2009 setakat mana penglibatan APCO dengan pentadbiran Perdana Menteri Dato’ Seri Najib.

 Antara lain, dilaporkan bahawa perkhidmatan APCO ini diperkenalkan kepada Perdana Menteri oleh Omar Mustapha, penasihat Perdana Menteri yang juga teman lama YB Rembau dan rakan kongsi dalam firma perunding Ethos Consultancy. Saya akan buktikan selepas ini bagaimana perkaitan di antara Omar Mustapha dan APCO sebelum pun APCO dilantik secara rasmi sebagai perunding kerajaan.

 Walaupun yang diumumkan kepada negara dan rakyat bahawa 1Malaysia dicetuskan sendiri oleh Perdana Menteri peranan Ethos Consultancy tidak boleh diremehkan. Ternyata kebanyakan dari kita tidak menyedari hubungan akrab eksekutif Ethos dan APCO yang masih berterusan.

 Sebab itu kita tidak hairan, sebaik sahaja Dato’ Seri Najib menjadi Perdana Menteri, Omar Mustapha dikhabarkan membawa masuk APCO menjadi perunding komunikasi kerajaan.

 Malah, laporan berita tersebut dengan jelas menyatakan bahawa seorang penasihat dari APCO telah pun ditempatkan di pejabat Perdana Menteri sejak dari awal Perdana Menteri mengambil alih.

 APCO juga dilaporkan terlibat secara langsung dalam menentukan strategi 100 hari pentadbirannya, termasuklah mesej dan dasar utama seperti 1Malaysia dan inisiatif yang lain.

 Berdasarkan laporan tersebut juga pegawai-pegawai kanan kerajaan dikatakan tidak selesa apabila Perdana Menteri ingin menganugerahkan kontrak bernilai RM20 juta kepada APCO untuk meneruskan kerja-kerja rundingan kepada kerajaan. Kontrak itu dijangka dianugerahkan antara bulan Julai dan September 2009; iaitu selepas penglibatan individu dari APCO yang dibawa masuk pada tempoh awal Perdana Menteri mengambil alih.

 Semua ini bukan saya yang kata, bukan Pakatan Rakyat yang cipta – semuanya telah pun dilaporkan sejak tahun lalu dan ianya belum pun dinafikan pihak yang dikatakan terlibat.

 Sebab itu mengambil kira beberapa peristiwa atau contoh yang berlaku apabila kerajaan ditipu oleh penasihat-penasihat asing sehingga menyebabkan kerugian berbillion ringgit; atau diaibkan di peringkat antarabangsa; saya melihat episod perlantikan APCO ini sebagai satu lagi kelalaian yang boleh merugikan dan membahayakan negara.

 Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mengingatkan Perdana Menteri dan kerajaan untuk tidak mengulangi kesilapan dan kelalaian lepas apabila terlalu percayakan penasihat asing sehingga kita tidak memeriksa dengan tepat reputasi mereka serta penglibatan mereka sebelum ini. Apatah lagi perlantikan tersebut diselubungi misteri dan tanpa penelitian.

 Dulu, mantan Perdana Menteri mengizinkan kerajaan melantik David Zaidner dari firma Marc Rich untuk menasihati agensi kerajaan dan Bank Bumiputra cuba memanipulasi pasaran timah sedunia sehingga kita kerugian besar. Tidak sewajarnya kita lupa skandal Maminco itu. Mantan Perdana Menteri ketika itu seolah-olah tidak meneliti dahulu rekod David Zaidner, yang diketahui umum tidak suka mengikut peraturan dan undang-undang di dalam amalannya.

 Kemudian, episod yang membabitkan Jack Abramoff hanya untuk mendapatkan satu temujanji dengan Presiden Bush dalam tahun 2002 dengan membayar USD$1.2 juta tanpa memeriksa dahulu latar belakang Jack Abramoff. Dalam tahun 2006, kerajaan Malaysia dimalukan apabila Jack Abramoff didapati bersalah menipu dalam satu transaksi kewangan sehingga dipenjarakan dan pada masa itulah semua penglibatan kerajaan Malaysia didedahkan. Abramoff juga merupakan seorang pelobi yang terlibat dalam penipuan tanah kaum peribumi Amerika Syarikat(Red Indian) untuk tujuan pembinaan kasino. Perlantikan Abramoff juga dibuat dengan penuh kerahsiaan dan pasti tidak diketahui umum sekiranya Abramoff tidak diheret ke muka pengadilan di Amerika Syarikat.

 Walaubagaimanapun, mantan Perdana Menteri tersebut hanya memberikan tugasan yang spesifik kepada firma Marc Rich dan Jack Abramoff dan tidak melibatkan perjalanan jentera kerajaan yang menyeluruh.

 Dalam konteks inilah, kita melahirkan kebimbangan kerana kenyataan keraajaan sendiri menjelaskan bahawa mereka memainkan peranan penting membentuk strategi komunikasi kerajaan dalam dasar-dasar penting terutamanya yang melibatkan rakyat. Kenyataan APCO menyatakan:

“will work to assist in strengthening the government’s online and other strategic communication capabilities to speed the delivery of accurate information to the media and public.”

 Sekarang, kebimbangan kita bukan sahaja latar belakang APCO, tetapi bentuk penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia dan apakah maklumat yang telah dikongsi oleh kerajaan dengan APCO.

APCO DAN MODUS OPERANDI

 Tetapi sebelum kita meneliti dengan lebih dalam kenapa penglibatan APCO secara rapat dengan kerajaan merupakan satu risiko yang wajar kita elakkan, kita perlu meneliti dahulu modus operandi firma-firma seperti APCO.

 Hanya dengan memahami modus operandi yang digunakan oleh APCO, baru kita boleh memahami kenapa penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia diselubungi misteri dan rahsia.

 APCO memanglah sebuah firma hubungan awam bertaraf antarabangsa. Reputasinya digilap kerana penglibatan tokoh-tokoh yang ada kaitan dengan pentadbiran Amerika Syarikat atau pun ahli-ahli politik di Capitol Hill.

 Pada masa yang sama, APCO juga menggunakan khidmat mereka yang mempunyai pengaruh di dalam bidang atau kerajaan masing-masing. Kalau kita lihat senarai Panel Penasihat Antarabangsanya, ahli penasihat APCO termasuklah beberapa tokoh diplomatik dan tokoh perisikan Israel.

 Oleh itu, adalah penting untuk Dewan dan rakyat memahami bahawa reputasi APCO adalah sebagai sebuah firma pelobi. Apa fungsi firma pelobi di Washington?

 Selalunya mereka akan mengaturkan perjumpaan atau seminar untuk membaiki imej sesebuah organisasi; terutamanya pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod hak asasi atau rasuah yang buruk di mata dunia.

 Jadi, fungsi utama mereka adalah untuk membaiki imej pemimpin-pemimpin (atau badan-badan) yang mempunyai rekod yang tidak baik. Saya akan senaraikan selepas ini contoh-contoh pemimpin sebegini; yang secara tidak langsung kini Perdana Menteri Dato’ Seri Najib telah mendapat penghormatan kerana tergolong dengan pemimpin-pemimpin sebegini.

 Untuk menjalankan tugas ini, mereka juga perlu menjaga nama dan reputasi mereka sebagai firma perhubungan awam. Sebab itu ada beberapa perkara penting di dalam modus operandi mereka yang perlu kita fahami.

 Pertama – mana-mana pihak yang mengambil APCO sebagai perunding akan menandatangani perjanjian. Salah satu bahagian utama di dalam perjanjian ini adalah mengenai perkara-perkara rahsia; dengan izin “Confidentiality” atau “non-disclosure”.

 Reputasi APCO sebagai firma pelobi banyak bergantung kepada kemampuannya menangkis soalan-soalan mengenai peranan dan penglibatannya dengan badan yang melantiknya, terutamanya pemimpin-pemimpin yang berimej buruk ini.

 Sebab itu, tidaklah sukar untuk Barisan Nasional ingin mengabui mata rakyat dengan meminta APCO mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan dalam 1Malaysia, atau peranan sebenar dengan kerajaan Malaysia. Biar saya ingatkan rakyat Malaysia tidak mudah untuk diputarbelitkan.

 Mereka faham bahawa adalah menjadi sebahagian dari tugas APCO, seperti yang termaktub di dalam perjanjian lantikan bersabit perkara-perkara sulit dan rahsia; untuk melindungi klien mereka dan secara langsung menafikan penglibatan.

 Saya ambil contoh dua perjanjian lantikan yang melibatkan APCO. Satu yang ditandatangani oleh kerajaan Malaysia dengan APCO bertarikh 4hb Ogos 2009 yang secara khusus memberi tugasan kepada APCO untuk membaikpulih imej kerajaan Malaysia. Ini mempunyai tandatangan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri sendiri, iaitu Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad yang menunjukkan betapa dekatnya APCO dengan Perdana Menteri – sedangkan pada kebiasaannya perjanjian kerajaan hanyalah ditandatangani oleh pegawai-pegawai kerajaan sahaja.

 Satu lagi contoh adalah perjanjian lantikan oleh Kerajaan Israel yang melantik APCO untuk menjalankan tugasan yang sama, bertarikh 9hb Januari 1992 . Pada jangka waktu yang sama, Ehud Barak masih berkhidmat sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera Negara Israel.

 Kedua-dua perjanjian ini dengan jelas menghuraikan peranan APCO sebagai pelobi; yang antara lain perlu menyimpan rahsia-rahsia kerajaan yang diberikan kepada APCO dalam menjalankan tugasan. APCO juga tidak boleh mendedahkan maklumat kecuali diberi keizinan oleh kerajaan Malaysia. APCO malahan terlibat dengan apa yang dipanggil sebagai komunikasi strategik yang menyeluruh.

 Kita berhak menuntut kerajaan dan Perdana Menteri datang ke Dewan Rakyat dan berterus terang mengenai perjanjian yang telah ditandatangani dengan APCO – terutamanya semua soalan-soalan yang telah saya timbulkan minggu lalu mengenai tugasan, bayaran, penasihat-penasihat yang terbabit dan pengaruh mereka setakat ini.

 Berbalik kepada modus operandi yang kita tekankan tadi. APCO dalam operasinya membentuk pertalian dengan kerajaan-kerajaan yang melantiknya menggunakan firma bersekutu (dengan izin “associates”) di seluruh dunia. Selain Asero, firma bersekutu lainnya adalah Global Political Strategies.

 Di Israel, salah satu firma bersekutu adalah Asero Worldwide yang diketuai oleh Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Beliau juga adalah salah seorang penasihat antarabangsa kepada APCO.

 Jadi kontrak-kontrak yang melantik APCO tidak semestinya di antara APCO dan kerajaan semata-mata. Kerajaan boleh sahaja melantik firma bersekutu APCO tetapi tenaga pakar dan jaringan penasihatnya serta jaringan sekutunya adalah dari APCO.

 Kalau di Israel, lantikan dibuat melalui Asero Worldwide. Contohnya, kontrak lantikan bertarikh 9hb Januari 1992 itu adalah di antara kerajaan Israel dan sebuah firma bersekutu bernama GCI International. Tetapi apabila kita meneliti kandungan perjanjian tersebut termasuk tenaga utama yang akan menjalankan tugas-tugas melobi, salah seorang pengurus kanannya adalah Margery Kraus yang kini merupakan CEO APCO.

 Oleh sebab itu, kita perlu berhati-hati dengan penafian oleh APCO bahawa ianya tidak terlibat. APCO sebagai sebuah firma mungkin tidak terlibat dengan idea gagasan 1Malaysia – Apa mungkin Perdana Menteri hadir ke Dewan Rakyat dan menyatakan secara tegas bahawa tidak ada mana-mana individu yang ada kaitan dengan APCO atau firma bersekutu dengan APCO atau penasihatnya yang terlibat dengan gagasan 1Malaysia? Kita pertikai gagasan penting bagi pentadbiran sekarang tidak tergolong dengan apa yang dikira sebahagian dari komunikasi yang menyeluruh.

 Bolehkah Perdana Menteri menerangkan adakah sebelum Ethos atau Omar Mustapha; yang dikatakan bertanggungjawab membawa gagasan 1Malaysia bagi pertimbangan Perdana Menteri; Omar Mustapha atau mana-mana eksekutif Ethos tidak mempunyai apa-apa hubungan langsung dengan mana-mana individu yang ada kaitan dengan APCO? Perdana Menteri perlu menerangkan adakah kerajaan atau Ethos atau mana-mana firma yang dilantik kerajaan; pernah melantik Mind Teams Sdn Bhd iaitu nama syarikat sebelum APCO secara rasmi bertapak di Kuala Lumpur. Paul Stadlen yang kini mengetuai APCO di Kuala Lumpur merupakan individu sama yang menandatangani perjanjian bagi pihak Mind Teams Sdn Bhd dengan Kerajaan Malaysia. Antara pengarahnya juga adalah Margery Kraus; CEO APCO dan invidu penting yang terlibat dengan akaun di Israel.

 Perdana Menteri juga perlu menerangkan kepada Dewan; kenapa Omar Mustapha penasihat yang dipercayai Perdana Menteri dilaporkan membawa APCO untuk menasihati kerajaan dalam dasar-dasar penting terutamanya 1Malaysia? Tidakkah ini menimbulkan persoalan mengenai perkaitan di antara Ethos, APCO dan 1Malaysia? Manakala itu Perdana Menteri beria-ia menonjolkan Omar Musthapa sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah Petronas walaupun ditolak pada mulanya oleh Lembaga Pengarah atas alasan gagal membayar biasiswanya.

 Soalan-soalan ini perlu dijawab oleh Perdana Menteri, kerana kita tahu modus operandi APCO yang diselubungi degan rahsia dan melibatkan banyak individu yang bernaung dengannya tetapi menggunakan firma-firma yang berlainan.

REKOD APCO

 Kebimbangan kita mengenai penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia banyak bersabit dengan rekod APCO dengan pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod hak asasi manusia atau penyelewengan harta rakyat di seluruh dunia.

 Ada dua aspek yang membimbangkan kita – pertama; APCO banyak memberi khidmat untuk memulihkan imej pemimpin-pemimpin sebegini yang menindas rakyat di negara masing-masing. Sehinggakan akhbar The Times of India menulis bagaimana APCO mempunyai diktator-diktator di dalam senarai pelanggannya . Rencana tersebut menyenaraikan antaranya:

“Adolf Hitler was a brilliant propagandist. Narendra Modi too believes in the power of image.

Which is probably why the chief minister hired a US lobbying firm which has serviced clients like former Nigerian dictator Sani Abacha and President-for-life of Kazakhstan Nursultan Abishuly Nazarbayev.

This Washington-based firm, Apco Worldwide, was hired by Modi sometime in August this year, in the run-up to an important Assembly election, to improve his image before the world community. Among its recent clients are Mikhail Khodorkovsky, a former Communist youth leader-turned-Russian billionaire with mafia links.”

 Keduanya; mereka yang terlibat dengan APCO mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan Israel serta ahli politik Amerika Syarikat yang mempunyai pandangan yang serong terhadap umat Islam.

 Soalan saya kepada Perdana Menteri – jika ini reputasi dan rekod APCO yang diketahui umum; apakah mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat melalui perlantikan APCO sebagai perunding kerajaan?

 Apakah pentadbiran Perdana Menteri mengakui bahawa Perdana Menteri dan partinya Umno adalah setaraf dengan rejim-rejim diktator di dunia; sehinggakan khidmat APCO yang selama ini membaiki imej diktator perlu digunapakai?

 Saya ingin kupas kedua-dua aspek dan memberikan bukti bahawa berdasarkan rekod APCO selama ini, sewajarnya kerajaan tidak melantik mereka kecualilah kepakaran yang diperlukan kerajaan adalah kepakaran menggunakan wang untuk membeli pengaruh di Washington.

 Dalam tahun 2007, seorang wartawan penyiasat yang terkenal di Amerika Syarikat bernama Ken Silverstein telah menyamar untuk melantik APCO mewakili kerajaan Turkmenistan. Beliau telah melaporkan hasil siasatannya mengenai peranan dan pendekatan APCO membantu membersihkan imej diktator-diktator dunia di dalam sebuah rencana yang disiarkan di dalam Majalah Harper’s. Berikut antara pendedahan majalah tersebut:

Apco was the first firm i contacted, because it was a natural candidate to represent Turkmenistan: it has experience working not just on behalf of authoritharian regimes in general-the dictatorship of General Sani Abacha in Nigeria, for example, which employed the firm in 1995, the same year it hanged 9 democracy activists.”

 Pendedahan Ken Silverstein itu jelas menunjukkan peranan yang dimainkan oleh APCO dalam membantu pemimpin-pemimpin yang begitu buruk rekodnya. Nama-nama yang disebut di dalam pendedahan tersebut termasuklah Barry Schumacher yang juga pernah terlibat di dalam tugasan lantikan kerajaan Israel pada tahun 1992 dan Jennifer Millerwise Dyck, bekas jurucakap CIA dan jurucakap Naib Presiden Dick Cheney; yang rekodnya di dalam perang di Afghanistan dan Iraq kita semua sedia maklum.

 Sekiranya YB meneliti laporan tersebut, lebih membimbangkan adalah pendekatan yang diambil oleh APCO dalam menjalankan assignment itu.

 Kepada kerajaan yang melantiknya, mereka dijanjikan pertemuan-pertemuan dengan pemimpin Kongres, dialog atau seminar dengan pelbagai institusi untuk memberi imej yang amat berlainan dengan apa yang berlaku.

 Kepada pemimpin Kongres dan kerajaan Amerika Syarikat, mereka akan menjaja pertemuan-pertemuan ini sebagai peluang untuk mempengaruhi kepimpinan kerajaan yang melantik mereka sebagai perunding. Tidakkan ini satu amalan yang kurang beretika kerana ia seolah-olah mengambil untung di kedua-dua belah pihak? Bukankah ini satu isu yang besar apabila ada risiko campur tangan semata-mata untuk mendapatkan pertemuan-pertemuan di Washington?

 Sebab itu saya akan terangkan selepas ini risiko-risiko yang telah ditanggung oleh negara apabila Perdana Menteri dicucuk hidung oleh Omar Mustapha dan juak-juak dari Ethos untuk melantik APCO.

 Senarai pemimpin-pemimpin yang menggunakan khidmat APCO untuk membaikpulih imej diktator adalah panjang dan mengejutkan.

 Selain Turkmenistan, Kazakhstan dan Azerbaijan; salah seorang klien APCO yang paling terkenal adalah bekas diktator Nigeria iaitu General Sani Abacha. Mengikut laporan-laporan BBC General Sani Abacha merupakan pemimpin berkedudukan No. 4 yang paling korup di dunia. Semasa pemerintahannya, berbillion-billion dollar dilesapkan. Wang yang dilesapkan oleh orang kanannya sahaja berjumlah USD$2.5 billion.

 APCO sebagai firma perhubungan awam yang terlibat dengan komunikasi strategi mempunyai misi untuk melunakkan imej Sani Abacha yang melesapkan wang negara.

 Aspek kedua yang membimbangkan kita adalah kehadiran ramainya tokoh-tokoh yang berkait rapat dengan kerajaan Israel dan organisasi pertahanan negara itu termasuklah agensi perisikan sebagai perunding atau penasihat APCO.

 Tidakkah tindakan Perdana Menteri melantik APCO, yang umum diketahui rapat dengan tokoh-tokoh kanan rejim Zionis, merupakan sikap kepura-puraan? Di depan rakyat, kerajaan Barisan Nasional bercakap mengenai perjuangan Palestin, mengutuk rejim Zionist malah merotan pesalah-pesalah rakyat marhaen yang lemah untuk membuktikan ia sebuah kerajaan yang menegakkan Islam – adil atau tidak itu belakang kira.

 Tetapi secara senyap di belakang, tanpa pengetahuan rakyat; Perdana Menteri dinasihati secara terus dan dekat oleh sebuah firma yang ditunjangi oleh tokoh-tokoh kanan rejim Zionis? Regim yang memenjarakan Gaza dan menindas baik umat Islam dan mereka yang beragama Kristian di Palestin.

 Secara khususnya, saya ingin membawa perhatian Dewan kepada tiga tokoh utama Israel di dalam APCO iaitu Doron Bergerbest-Eilon, Ittamar Rabinovich dan Shimon Stein . Ketiga-tiga tokoh ini adalah tokoh kanan rejim Zionis.

 Doron Bergerbest-Eilon adalah Ketua Bahagian Keselamatan dan Perlindungan, Agensi Keselamatan Israel. Apa itu Agensi Keselamatan Israel?( Israel Security Agency)

 ISA adalah nama rasmi kepada satu organisasi yang cukup busuk namanya di kalangan umat Islam; iaitu Shin Bet. Apa ini Shin Bet? Shin Bet adalah adik kembar kepada Mossad; iaitu agensi perisikan Israel. Bezanya – Shin Bet adalah agensi perisikan dalam negara dan Mossad adalah agensi perisikan luar negara.

 Siapa lagi tokoh-tokoh kanan rejim Zionis di dalam APCO? Antaranya Itamar Rabinovich; Duta Israel ke Amerika Syarikat, salah satu jawatan terpenting dalam rejim Zionis. Ini adalah jawatan diplomatik paling kanan dan hanya tokoh paling kanannya sahaja yang menjawat jawatan ini. Begitu juga dengan Shimon Stein iaitu mantan duta Israel ke Jerman. Kedua-dua ini merupakan jawatan diplomatik kanan buat Negara Israel. Kedudukan mereka yang kanan dalam lingkaran diplomatik memperlihatkan keupayaan mereka untuk mempengaruhi serta melobi bagi pihak APCO sekarang.

RISIKO KEPADA NEGARA

 Sebab itu kita menimbulkan isu ini kerana ia melibatkan keselamatan dan reputasi negara serta maruah umat.

 Kita jelas mengapa kita bangkitkan isu ini. Ianya kerana kita mempertikaikan tindakan kerajaan menganugerahkan kontrak perkhidmatan puluhan juta ringgit kepada sebuah syarikat yang mana ada dari kalangan eksekutif kanannya pernah memegang jawatan tinggi dalam organisasi seperti Shin Bet dan Kerajaan Israel. Kita khuatir kerana pentadbiran Dato’ Sri Najib seperti tidak runsing dan gundah mengambil sebuah firma yang tercemar dengan rekod berkhidmat untuk para diktator dan petindas. Sikap membisu Perdana Menteri pastinya mengundang pelbagai kemusykilan serta persoalan.

 Membicarakan persoalan seperti komunikasi menyeluruh, pastinya ia berkait rapat dengan Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Penerangan dan banyak kementerian lainnya. Maknanya APCO mempunyai akses/terdedah kepada jaringan strategik serta penting dan pastinya memberi kesan kepada keselamatan negara. Melantik organisasi asing yang mempunyai rekod seperti APCO, lalu mengamanahkannya dengan tanggungjawab besar serta kemudahan sedemikan rupa pastinya menggadai kepentingan negara. Oleh kerana itu saya menggesa kerajaan agar segara membatalkan kontrak perkhidmatan dengan APCO dan menubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat skandal yang memalukan ini.

1Jawapan YB Dato’ Seri Nazri Abdul Aziz kepada YB Tanah Merah, Tuan Amran bin AB Ghani, bertarikh 16 November 2009.
2 Respon APCO bertarikh 18hb Mac 2010.
3“Money Being Splurged To Boost Image of Najib Administration” ditulis oleh Kumpulan Editor The Malaysian Insider dan disiarkan pada 28 Julai 2009.
4Mukasurat 150: “Malaysian Maverick” oleh Barry Wain mengenai skandal kerugian kerajaan Malaysia yang cuba memanipulasi pasaran timah sedunia setelah mendengar nasihat pedagang timah bernama David Zaidner yang sebelum itu ditolak oleh negara-negara lain. Kerajaan dilaporkan mengalami kerugian sebanyak RM661 juta.
5Laporan Associated Press bertarikh 21 Februari 2006 bertajuk “Malaysia Ex-PM: Abramoff Was Paid $1.2 M” dan laporan Los Angeles Times bertarikh 15 Februari 2006 bertajuk “Abramoff Bragged Off Ties With Rove: The disgraced lobbyist helped get Bush to meet the leader of Malaysia”
6Kenyataan APCO bertarikh 10hb Ogos 2009, http://www.apcoworldwide.com/content/news/press_releases2009/malaysia0809.aspx
7“Agreement between APCO and Malaysian Government” ditandatangani pada 4hb Ogos 2009 bagi tugasan melobi Washington untuk membaikpulih imej kerajaan
8“Agreement between APCO and Israeli Government” ditandatangani pada 9hb Januari 1992 bagi tugasan melobi Washington untuk merapatkan hubungan diplomatik dan dagangan di antara Israel dan Amerika Syarikat
9Tempoh berkhidmat dari 1hb April 1991-1hb Januari 1995
10Sila rujuk laman rasmi Asero Worldwide di www.asero.com
11Times of India, 18 November 2007 dalam berita bertajuk “Modi’s Image Builders Have Dictators On Client List”
12 Harper’s Magazine, July 2007 dalam rencana bertajuk “Their Men in Washington: Under-cover with DC’s Lobbyists for Hire”
13Laporan BBC “Abacha Advisor In Corruption Probe) bertarikh 2 Disember 1998 dan “Africa Looted for $140 Billion, Leader Says” bertarikh 13 Jun 2002
14Laman web APCO di www.apcoworldwide.com. Ittamar Rabinovich juga disebut dalam tulisan John J. Mearsheimer dan Stephen M. Walt; The Israel Lobby And US Foreign Policy, m/s 46, London, Penguin Books.
Read more!(Selanjutnya)

Anwar Dedah Dokumen Menghubungkan UMNO Dengan Syarikat Zionis (APCO)

Anwar telah mendedahkan dua dokumen yang menghubungkan:

1.0 UMNO dengan APCO
2.0 APCO dengan Ehud Barak

Ehud Barak seterusnya melancarkan program “1Israel” di Israel. Idea yang sama diamalkan di Malaysia tapi diubah dengan nama “1Malaysia”.

Ini bermakna segala maklumat strategik dan rahsia negara sudah pun berada pada tangan sebuah syarikat yang rapat dengan Regim Zionis Israel.

Sudahlah Najib Tun Razak berbangga semua maklumat perisikan Malaysia dalam tangan Amerika, sekarang ni hendak memberi maklumat kepada Israel pula? Patutlah Zahid Hamidi terkial-kial nak jumpa Presiden Israel baru-baru ni. Mungkin atas nasihat dan tunjuk ajar APCO.

Saya tak tau nak cakap apa lagi selepas ini. Saya cabar PERKASA mengutuk UMNO kerana mengambil syarikat Zionis/Yahudi sebagai syarikat konsultan. Saya tak sabar nak tengok reaksi Pemuda-Pemuda UMNO serta orang-orang mereka yang selama ini menista Anwar kononnya Anwar adalah agen Amerika dan Agen Israel.

Benarlah kata orang-orang tua:

”Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia Yang Lebih”

Jangan-jangan APCO yang suruh puak-puak UMNO tuduh Anwar agen Israel/Yahudi?

Tulang Besi

ps Apa komen Parpukari dan Papa Gomo selepas ini agaknya?

Apco: Anwar gesa tubuh s'jaya siasatan diraja
Salhan K Ahmad Mac 30, 10 12:46pm

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuntut supaya kerajaan segera membatalkan kontrak perkhidmatan Apco Inc dan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat skandal yang disifatkan sebagai mencalar maruah negara.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata beliau bimbang kerana kerajaan mengambil sikap membisu terhadap dakwaan penglibatan Apco, sedangkan maklumat strategik negara telah terjejas apabila kerajaan melantik syarikat perunding komunikasi itu.

Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, Anwar turut mendedahkan nama dan maklumat ringkas beberapa individu dalam Apco yang didakwa mempunyai hubungan secara langsung dengan kerajaan dan tokoh-tokoh Israel.

"Isu ini membongkar rundingan sulit pihak tertentu hingga maklumat strategik negara terdedah kepada ejen Israel dan tercalarnya maruah umat Islam di negara ini," katanya.

Turut didedahkannya ialah peranan Ethos Consulting, sebuah firma rundingan tempatan yang didakwa bertanggunjawab memperkenalkan Apco kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau turut mengemukakan dua perjanjian untuk menyokong dakwaannya - satu perjanjian antara Apco dan kerajaan Malaysia. Yang satu lagi ialah perjanjian antara kerajaan Israel dengan Apco ketika Ehud Barak mengetuai angkatan tentera Israel.

Katanya lagi, kontrak dengan Apco ditandatangani pada 4 Ogos 2009 dengan tugas khusus untuk memperbaiki imej Malaysia di luar negara.

"Ini aneh bagaimana kerajaan tandatangan dengan syarikat. (Proses menandatangani perjanjian) ini disaksikan setiausaha akhbarnnya sendiri, Datuk (Tengku) Sharifuddin (Tengku) Ahmad. Biasanya (kontrak) ditandatangi oleh pegawai kerajaan," katanya.

Anwar membuat penjelasan itu bagi menjawab tuntutan yang dikemukakan wakil Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini yang mahu Anwar dirujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen kerana menyamakan slogan 1Malaysia dengan 1Israel.

Timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudiannya berkata, usaha untuk merujuk Anwar ke jawatankuasa itu perlu dibuat secara usul untuk dijadikan sebagai salah satu daripada aturan mesyuarat.

Read more!(Selanjutnya)

Apa Sikap PERKASA Terhadap Judi di Malaysia?

Secara pribadi, saya kasihan mereka yang terpengaruh dengan Ibrahim Ali. Penyokong-penyokong PERKASA seperti tiada keupayaan untuk berfikir secara benar dan tuntas. Saya mengenali Ibrahim Ali sebelum PRU 1990 lagi, Waktu itu, beliau dikenali sebagai “Mat Sabu S46”.

Beliau sering digandingkan bersama Mat Sabu pada masa itu dan ceramah-ceramah beliau biasanya akan mengundang ribuan pendengar, terutama kalau beliau berceramah dengan Mat Sabu. Apa yang beliau tidak maki Dr Mahathir. Segala yang beliau boleh maki, beliau telah maki Dr Mahathir pada waktu itu.

Tiba-tiba selepas pilihanraya 1990, beliau antara yang paling awal menjilat ludah beliau. Dengan kata lain, beliau adalah pelacur politik kelas atasan. Beliau manusia yang tiada prinsip dan beliau tidak layak dijadikan pemimpin hatta oleh gerombolan budak-budak tadika sekalipun.

Tiba-tiba hari ini, dalam usaha beliau untuk menaikkan nama beliau yang telah lama kotor, beliau telah menubuhkan PERKASA.

Saya masih tidak boleh lupa ceramah pertama Ibrahim Ali yang saya dengar di Markaz Tarbiyyah sekitar 1988 atau 1989. Waktu itu Berahim kata dia 110% dalam perjuangan Islam. Berceramah sekali dengan beliau adalah Tok Guru Nik Aziz. Dan saya melihat muka Tok Guru pada masa Berahim berkata begitu, tidak berubah sedikit pun. Tok Guru tak senyum walau secubit.

Rupanya Tok Guru sedikit pun tak percaya cakap Berahim Ali pada waktu itu. Dan akhirnya, Berahim lompat dan jadi pekerja kepada seorang tokeh judi bernama Vincent Tan.

APA SIKAP PERKASA TERHADAP JUDI

Kita semua telah maklum, Ibrahim Ali adalah bekas pekerja kepada seorang tokeh judi bernama Vincent Tan.

Mengikut Raja Petra Kamaruddin, Vincent Tan telah bertanggungjawab membeli Timbalan Speaker Perak Yip dengan bayaran RM25 juta.

Saya yakin, waktu Berahim melompat dari S46 ke UMNO dahulu, jumlah bayaran yang beliau terima adalah AMAATTTT KURANG berbanding Timbalan Speaker DAP itu.
Jadi saya nak tanya Berahim dan penyokong-penyokong PERKASA terhadap:

1.0 Cadangan kerajaan Malaysia mahu menghalalkan judi sukan di Malaysia sempena “World Cup” (Yang ditentang DAP secara terbuka)?

2.0 Najib Tun Razak meluluskan 10 Lesen Special Draw baru?.

3.0 Hasil kerajaan dari judi sahaja adalah RM2.3billion.

4.0 Loteri UMNO 1951.

5.0 Layanan UMNO terhadap tokeh-tokeh judi (Vincent Tan, Ananda Krishnan, Lim Goh Tong dsbnya) lebih baik dari layanan kepada para ulama dan agamawan. Kita tak pernah dengar tokeh-tokeh judi ini dimasukkan dalam ISA atau dihumban ke dalam lokap seperti para ulama-ulama Islam. Kita pernah dengar Ustaz Ibrahim Libya dibunuh dengan kejam.

6.0 kenyataan Najib Tun Razak meminta semua orang mencontohi Lim Goh Tong .

7.0 Lagi satu isu PERKASA wajib komen adalah pembelian 33% saham U-Mobile oleh Temasik berjumlah RM625 juta (murahnya???)..

Saya amat berharap PERKASA dapat memberikan sikap mereka yang jelas terhadap industrijudi di Malaysia yang amat berkembang maju sejak akhir-akhir ini.

Saya takut pejuang-pejuang PERKASA akhirnya nanti akan menjadi tidak lebih dari pejuang-pejuang kepentingan tokeh judi di Malaysia. Nauzubillah min zalik.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Siapa Yang Dedahkan Maklumat Keahlian Tulang Besi ???

Pertama sekali, Tulang Besi mengharap benar Setiausaha Agung mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang telah mendedahkan maklumat keahlian Tulang Besi. Lawyer Tulang Besi telah memberi nasihat supaya Tulang Besi membuat laporan Polis bagi melindungi diri Tulang Besi. Cumanya, Tulang Besi masih tidak sampai hati untuk membuat laporan polis. Itu sahaja.

KAITAN DENGAN SUHAIMI EMBONG AL MANIRI

Sesiapa yang melihat laporan Muktamar PAS di Shah Alam pasti akan membaca nama Suhaimi Embong (AL Maniri) sebagai Pengarah Unit IT PAS Pusat. Ia bererti Suhaimi Embong bertanggungjawab ke atas infrastuktur IT PAS Pusat. Ia termasuklah "server" yang mengandungi pengkalan data keahlian PAS seluruh Malaysia.

Dari penyiasatan Tulang Besi, Suhami Embong Al Maniri mempunyai "aksess" menyeluruh kepada seluruh infrastruktur serta data yang terkandung dalam pengkalan data PAS Pusat kerana beliau adalah Pengarah IT PAS Pusat.

Suhaimi Embong Al Maniri mengetahui "password" yang membolehkannya mengeluarkan maklumat rahsia dari pengkalan data PAS Pusat. Beliau juga mengetahui setiap kali maklumat rahsia ini diambil dari pengkalan data dan siapa yang mengambilnya.

Sekiranya berlaku kebocoran maklumat dari pengkalan data PAS Pusat, maka Suhaimi Embong Al Manirilah yang bertanggungjawab secara terus. Ini kerana seluruh maklumat dari pengkalan data PAS Pusat berada di bawah pengawasan dan kuasa beliau seluruhnya.

Kalau saya Setiausaha Agung pun, saya akan merujuk kepada Pengarah IT PAS Pusat untuk mendapat maklumat-maklumat rahsia sebegini.

Walaupun SU Agung bertanggungjawab terhadap kerahsian maklumat seperti ini, tetapi tanggungjawab menjaga kerahsian maklumat sebegini terletak di bahu Pengarah IT PAS Pusat.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Monday, March 29, 2010

Tok Guru Nik Aziz Kekal Mursyidul Am. Ahmad Awang Terpecat

Syukur Alhamdulillah. Namun, kita masih bersedih kerana nama Ustaz Ahmad Awang telah dibuang dari senarai Ahli Majlis Syura yang terbaru, walaupun Ustaz Ahmad Awang masih bersedia untuk terus memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Syura.

Nampaknya, Tok Guru berkeseorangan di dalam Syura kerana hanya beliau (dan mungkin seorang lagi) yang jelas penentangannya terhadap “Kerajaang Perpaduang”.

Saya juga pernah meminta Unit IT PAS Pusat supaya mengadakan khidmat “Videoconferencing” serta “Teleconferencing” dari Kota Baru ke Kuala Lumpur supaya Tok Guru tidak perlu datang ke Kuala Lumpur bila mahu mengendali mesyuarat Majlis Syura. T

Ini memandangkan kesihatan serta kesibukan Tok Guru Nik Aziz. Tiada lagi alasan untuk tidak mengadakan mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS Pusat. Juga, apa salahnya mesyuarat Majlis Syura diaadakan di Kota Baru setiap kali? Saya tak nampak sebab mengapa tidak.

Saya telah pun mengutarakan perkara ini kepada beberapa ahli Unit IT PAS Pusat sebelum ini. Saya berharap fasiliti ini akan diadakan dengan kadar segera.
Saya juga memohon kepada Allah SWT supaya memberi Taufik dan Hidayah serta kekuatan kepada Tok Guru didalam menjalankan tugas beliau sebagai Mursyidul Am.

Saya juga ingin menyatakan kehairanan mengapa Dr Harun Din dilantik semula sedangkan Dr Harun Din telah melakukan pelanggaran disiplin parti yang amat besar sebelum ini dan belum lagi memohon maaf kepada parti.(Sila rujuk di sini.)

Adakah ini bermakna setiap ahli PAS tidak perlu risau kalau melanggar keputusan rasmi parti kerana mereka tetap akan dilantik semula ke jawatan mereka kalau melakukan perkara tidak bertanggungjawab dalam parti?

Akhir kata, syukur kerana Tok Guru dilantik semula sebagai Mursyidul Am. Nampaknya, dengan tiada Ustaz Ahmad Awang di dalam Syura, tugas Tok Guru akan menjadi lebih berat.

Wallahualam bissawab

Tulang Besi

Nik Aziz, Harun Din kekal Mursyidul Am dan timbalan

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 29 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (PIC) dan Datuk Dr Haron Din mengekalkan jawatan mereka masing-masing sebagai Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am PAS untuk sessi 2010-2015.
Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat kedua Majlis Syura untuk sessi ini yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini.
Selain mereka berdua, turut dilantik ke dalam Majlis Syura dalam mesyuarat mereka yang pertama adalah Datuk Seri Azizan Razak, Ustaz Hashim Jasin dan Ustaz Hassan Syukri. Kelima-lima mereka dilantik sebagai ahli Majlis Syura dalam mesyuarat pertama mereka minggu lepas. Mesyuarat hari ini membuat perlantikan untuk dua jawatan utama iaitu Mursyidul Am dan timbalannya.
Selain mereka ahli Majlis Syura adalah Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (mewakili Jawatankuasa PAS Pusat).
Mewakili Dewan Ulamak adalah Datuk Harun Taib, Datuk Ahmad Yaakub, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh, mewakili Dewan Pemuda Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dan Ustaz Zaharudin Mohamad dan dua wakil Dewan Muslimat yang nama mereka belum diperolehi.
Sessi baru Majlis Syura bermula dengan mesyuarat pertama mereka minggu lalu. Dalam mesyuarat di kalangan 12 anggota yang telah dilantik oleh AJK PAS Pusat (4), Dewan Ulama (4), Dewan Pemuda (2) dan Dewan Muslimat (2) itu, lima anggota tambahan dilantik.
Majlis Syura adalah badan tertinggi dalam PAS. Mengikut pindaan terbaru Perlembagaan PAS, anggotanya menjadi 17 orang berbanding 12 sebelum ini.

Read more!(Selanjutnya)

Saturday, March 27, 2010

Harun Din Engkar Keputusan Parti, Dikekalkan Dalam Syura?

Hairan saya. Dato Harun Din telah melanggar keputusan rasmi PAS dalam isu "Kalimah Allah" secara terbuka. Kalau nak tengok bukti dan keterangan boleh klik di sini.

Dato Harun Din secara terang-terang melanggar keputusan parti. Beliau telah melakukan "keengkaran" pada tahap maksima. Namun, parti masih mengekalkan beliau sebagai Ahli Majlis Syura?

Pada waktu yang sama, Ustaz Ahmad Awang, yang mengikut keputusan parti 100%, tidak pernah melanggar apa-apa disiplin parti, telah dibuang dari Majlis Syura.

Ini bermakna:

1.0 Keputusan Parti tidak penting untuk ahli PAS mengikutinya. Sesiapa sahaja boleh melanggarnya kerana tetap akan diberikan jawatan.

2.0 Sesiapa yang mengikut dan menjadi penyokong "Geng Perpaduang" akan terlepas dari apa-apa tindakan disiplin.

3.0 Sesiapa yang menentang "Agenda Perpaduang" akan dibersihkan dari parti

4.0 Presiden PAS tiada maruah apabila keputusan parti yang dibuat atas nama beliau sendiri telah tidak dihormati oleh Dato Harun Din

5.0 Taat kepada disiplin parti tidak akan dipandang oleh kepimpinan parti.

6.0 Penggantungan Khalid Samad adalah salah satu tindakan membersihkan mereka yang menentang agenda Perpaduang dalam PAS.

7.0 Kalau TGNA tidak dilantik Mursyidul Am, usaha membawa PAS kepada UMNO akan lebih rancak lagi selepas ini.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Friday, March 26, 2010

Ahmad Awang Dipecat Dari Syura?

Di samping “khabar angin” bertiup kencang mengatakan Tok Guru Nik Aziz tidak akan disambung perlantikan beliau sebagai Mursyidul Am, turut tersebar adalah khabar bahawa Ustaz Ahmad Awang juga akan ditamatkan khidmat beliau sebagai Ahli Majlis Syura.

Saya berharap sangat kedua-dua khabar angin ini terbukti tidak benar. Namun, dalam politik Malaysia, khabar angin biasanya lebih benar dari khabar rasmi. Contohnya, kes pemukulan Rahim Nor terhadap Anwar Ibrahim

Harap-harap tiada amalan membalas dendam dalam PAS hanya kerana Ahmad Awang secara terang-terang:

a. Menolak kerajaan Campuran UMNO-PAS di Perak
b. Menolak permintaan Haramsani mentah-mentah (yang mana Haramsani diketahui mempunyai hubungan intim dengan salah seorang anggota Syura yang senior)
c. Mendedahkan konspirasi menubuh kerajaan perpaduan di Perak di hadapan para perwakilan PAS tahun lepas
d. Mendedah usaha membawa PAS dan UMNO ke dalam satu "perkahwinan"
d. Menjadi "icon" menentang usaha "PERPADUANG" di dalam PAS

Lagi satu yang herannya, orang yang langgar keputusan parti dalam isu Kalimah Allah secara terang-terang masih dilantik semula sebagai Ahli Majlis Syura?

Apa akan jadi pada disiplin parti selepas ini, saya pun tak tau?

Tulang Besi

ps ada satu khabar angin terbukti tidak betul yakni TUlang Besi tidak pernah membayar yuran keahlian PAS. Tulang Besi tidak pernah terlepas bayar yuran keahlian tetapi Tulang Besi selalu bayar pada PAS Kawasan Lembah Pantai melalui Haji Sulaiman, bekas YDP PAS LEmbah Pantai. Hj Sulaiman ni biasanya kita jumpa di Restoran Amjal Lembah Pantai kerana beliau mempunyai gerai menjual rojak dan laksa di situ.

ps Tulang Besi dinasihatkan oleh peguam supaya membuat laporan polis ke atas pendedahan maklumat keahlian PAS oleh blogger picisan bernama Batu Api. Tulang Besi bercadang untuk berbuat demikian minggu depan tetapi masih memikirkannya.

Majlis Syura: Ahmad Awang tidak terima maklumat

Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 26 Mac: Ustaz Ahmad Awang (gambar), bekas anggota Majlis Syura Ulama PAS pagi tadi berkata, beliau tidak pula diberitahu oleh kepemimpinan PAS bahawa khidmatnya tidak lagi diperlukan oleh majlis itu seperti yang dispekulasikan di dunia maya sejak dua hari yang lalu.
“Ana memang tidak ada menerima apa-apa lagi maklumat itu,” jelas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.
Bagaimanapun, beliau secara peribadi telahpun memberitahu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa beliau masih bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut demi memperkukuh parti.
“Ahad lepas, apabila Presiden singgah di Semangol (Perak), saya ada bertanya tentang perlantikan semula Majlis Syura dan beliau (Abdul Hadi) menjelaskan beberapa orang akan dilantik.
“Dari pertanyaan saya itu, Ayah Chik (Abdul Hadi) tentu faham bahawa saya masih bersedia untuk pikul tanggungjawab perkukuh parti walaupun saya tolak pelawaannya untuk saya dilantik semula menjadi Pesuruhjaya PAS (Perak) selepas muktamar lalu (2009),” ujarnya.
Maka, beliau berkata, tidak timbul persoalan bahawa beliau tidak berminat lagi untuk memberi komitmen kepada parti seperti yang didakwa oleh pihak tertentu.
Ini kerana, menurut beliau, perbualannya dengan Abdul Hadi jelas mencerminkan beliau bersedia memikul amanah tersebut demi memperkukuh parti.
“Kalau saya tidak berminat untuk menjadi (ahli majlis) syura, perkukuh parti, takkan saya bertanya Ayah Chik (Abdul Hadi) tentang perlantikan semula majlis syura,” ujarnya.
Ditanya tentang kaedah baru dalam perlantikan semula Majlis Syura Ulama, beliau berkata, kaedah tersebut sekadar menurut tatacara Perlembagaan PAS yang baru dipinda.
Katanya lagi, sepatutnya usia menjawat jawatan dalam majlis tersebut sehingga bulan September ini.
Namun, kesemua anggota Majlis Syura, termasuk dirinya bersedia untuk melepaskan jawatan lebih awal demi memudahkan pengurusan pentadbiran parti, tidak lebih dari itu.
Dalam perkembangan yang lain, beliau berkata, dengan tidak dilantik lagi Pesuruhjaya PAS membolehkan beliau memperkukuhkan parti dengan beberapa aktiviti dakwah yang lain.
Aktiviti dakwah tersebut, menurut beliau, termasuk membina sebuah pusat pendidikan dakwah di peringkat negeri.
“Sebenarnya saya tengah fokus tentang projek membina pusat pendidikan dakwah di sini, nak buat rumah anak yatim, kelas-kelas al-Quran, jadi saya perlu fokus mencari RM6 juta hingga RM7 juta,” ujarnya.
Read more!(Selanjutnya)

DAP Tolak Judi. UMNO Taja Judi. Mana Suara PAS?

Dalam sebuk-sebuk UMNO memperjuangkan “Kalimah Allah” sehingga terbakarnya beberapa gereja seluruh Malaysia, tiba-tiba “Musryidul Am” UMNO dilaporkan berkata:

Malaysia plans to review proposals to legalise sports betting ahead of the World Cup finals in South Africa, a report said Wednesday
"There are proposals, but we will see first," Prime Minister Najib Razak was quoted as saying by the New Straits Times.
The newspaper said sports betting may legalised in time for the World Cup which is played from June 11 to July 11.” .

Artikel yang sama dari AFP melaporkan bahawa projek ini (judi sukan) adalah tajaan Berjaya Group / Vincent Tan. Mungkinkah Najib mampu menolak permintaan Berjaya Group ini apabila Vincent Tan dilaporkan telah berjasa kepada Najib dalam pengambilan Perak.

Mengikut Raja Petta Kamaruddin:

Whatever it may be, the thing that prompted her to abandon the party that no longer appreciated her services was the RM25 million that Vincent Tan of Berjaya paid her. Yes, she was paid a cool RM25 million in cash, more money than any Malaysia Today reader will see it many lifetimes.
Dilaporkan oleh Raja Petra bahawa Vincent Tan telah membeli Timbalan Speaker Perak untuk melompat ke BN. Pelompatan Hee ini telah menjayakan “coup-de-tat” di Perak.

Maka, adat orang meniaga, apabila wang telah keluar, maka haruslah wang tersebut diganti semula dengan keuntungan. Mampukah Najib menolak permintaan Vincent Tan untuk mengadakan judi sukan sedangkan UMNO terhutang budi dan “body” dengan Vincent Tan.

(NOTA:Di Malaysia, tokeh judi dilayan dengan layanan istimewa berbanding ulama Islam i.e. Vincent Tan, Ananda Krishnan, Lim Goh Tong dsbnya)

DAP YANG LAWAN. MANA PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN PAS?

Saya hairan mengapa isu ini tidak dimasukkan dalam ucapan Presiden sewaktu Perbahasan Titah Baginda Yang Dipertuan Agung baru baru ini.

Mengikut Twitter ZainulFaqar, ucapan Presiden lebih merupakan khutbah jumaat berbanding ucapan polisi seorang Presiden parti. Inilah masaalahnya apabila Presiden melantik orang yang tidak mengerti politik dan ekonomi seperti Dr Shamsuri sebagai Setiausaha Politik beliau. Hasilnya, dapatlah Presiden ucapan-ucapan bertaraf khutbah di kampung yang disediakan oleh SU politik beliau yang dunggu lagi terpalit skandal konspirasi.

Ucapan Timbalan Presiden juga tidak menyentuh soal ini. Sememangnya Timbalan Presiden PAS, kalau beliau hadzir, tidak pernah memberi ucapan yang baik pun selama beliau di Parlimen selama ini.

Yang menaikkan isu ini adalah wakil DAP, Anthony Loke yang bukan Islam. Nasib baiklah ada Dr Dzul Ahmad yang digelar sebagai pemimpin yang tidak wala’ menyelamatkan maruah PAS. Habis tu Presiden pun tak kesah pasal isu ni.

Sepatutnya Presiden atau Timbalan Presiden mesti mengeluarkan kenyataan yang KERAS menghentam Najib. Tapi, adakah Presiden takut isu seperti ini akan membuat ahli-ahli PAS lebih benci kepada UMNO sekaligus mengagalkan lagi agenda Perpaduang? Sudah tentu Dr Shamsuri mampu menjawab soalan ini.

Sekarang ini, orang Islam di Malaysia terpaksa bergantung harap pada Ahli-Ahli Parlimen dari DAP untuk memperjuangkan isu Judi dan Arak. Presiden dan Timbalan Presiden PAS seboleh-boleh mahu mengelak isu ini kerana mungkin ia membahayakan agenda “PERPADUANG”.

Anthony Loke dilaporkan berkata:
“Ahli parlimen Rasah, Anthony Loke hari ini mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk tampil bagi menjawap di Dewan Rakyat berhubung laporan agensi berita asing bahawa kerajaan bercadang mempertimbangkan agar pertaruhan atau judi sukan dibenarkan di negara ini.

Ini kerana katanya, pertaruhan berkenaan akan menjadi punca kepada masalah gejala sosial yang lain, khusnya di kalangan masyarakat Cina.

Menurut Loke (kiri), untuk mempertimbangkan keputusan yang akan memberi impak sosial yang sebegitu besar, kerajaan seharusnya membuat pungutan suara.

Tulang Besi

Sports betting under review in Malaysia
(AFP) – 1 day ago

KUALA LUMPUR — Malaysia plans to review proposals to legalise sports betting ahead of the World Cup finals in South Africa, a report said Wednesday.
"There are proposals, but we will see first," Prime Minister Najib Razak was quoted as saying by the New Straits Times.
The newspaper said sports betting may legalised in time for the World Cup which is played from June 11 to July 11.
It said the Berjaya Group, a major Malaysian conglomerate with holdings ranging from lottery to casino operations, was seeking approval from the government to operate sports betting activities in the country.
Illegal betting on football is rife in Malaysia and the World Cup is expected to see a surge with millions of dollars changing hands.
The Berjaya Group made a similar proposal a few years ago, but then prime minister Abdullah Ahmad Badawi shot down the request. Gambling is forbidden in Islam and Malaysia has a large Muslim population.
A senior Malaysian sports official, on condition of anonymity, told AFP that the government could channel the revenue generated from legalising betting to promote sports.
The official, however, cautioned that it would not eradicate match-fixing.
"The fight against match-fixing is never ending. By legalising betting, it will not totally eradicate match-fixing. What we need to do is to remain vigilant," he said.
Corruption has long blighted football in Asia, particularly in Malaysia, Vietnam and China.
Asian Football Confederation chief Mohamed bin Hammam has previously described match-fixing as a "cancer" that is destroying the game in Asia.
Copyright © 2010 AFP. All rights reserved. More »

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Judi sukan, Pakatan minta Najib perjelaskan.

Ahli parlimen Rasah, Anthony Loke hari ini mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk tampil bagi menjawap di Dewan Rakyat berhubung laporan agensi berita asing bahawa kerajaan bercadang mempertimbangkan agar pertaruhan atau judi sukan dibenarkan di negara ini.

Ini kerana katanya, pertaruhan berkenaan akan menjadi punca kepada masalah gejala sosial yang lain, khusnya di kalangan masyarakat Cina.

Menurut Loke (kiri), untuk mempertimbangkan keputusan yang akan memberi impak sosial yang sebegitu besar, kerajaan seharusnya membuat pungutan suara.

MP Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad yang juga hadir pada sidang media di lobi Parlimen berkata tindakan mempertimbangkan judi sukan itu suatu pendedahan yang agak menggangu fikiran.

Katanya, adalah mengejutkan bahawa Najib cuba berganjak dari dasar Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution pula berkata Najib wajar menjelaskan kenapa beliau sanggup mempertimbangkan judi itu. Jika alasanya untuk meraih jumlah wang yang besar, katanya ia adalah bukti bahawa kerajaan mengabaikan rakyat.

Read more!(Selanjutnya)

Thursday, March 25, 2010

Setiausaha Sulit Sultan Kelantan Umum Pemangku Sultan Dilucutkan Jawatan

NOTA EDITOR: Tulang Besi bawa berita ni dalam blog Malaysiawaves kerana Tulang Besi terkejut. Tulang Besi tak sangka maklumat Tulang Besi dapat berkenaan politik Kelantan (termasuk usaha membuang Husam dari Exco) adalah tepat. Setakat ini, maklumat Tulang Besi dapat tiada yang canggung.

Tulang Besi tahu siapa yang telah mencadangkan penubuhan "Medical Board" bagi menyiasat keadaan kesihatan Tuanku Sultan Kelantan dalam mesyuarat Exco yang berkaitan. Tapi, tak boleh bagitua kat sini, rahsia.

Cuma minta para pembaca mendoakan segala perancangan Fraksi UMNO berkaitan dengan pembuangan Dato Husam Musa dari exco Kelantan digagalkan oleh Allah SWT. Dah nampak satu tanda-tanda kekuasaan Allah SWT dalam perkara ni dah.

Dato Husam banyak kelemahan. Tapi, konspirasi pembuangan Dato Husam bukan kerana kelemahan beliau, malahan kerana ketegasan beliau kepada puak-puak "make balok". Itu yang Tulang Besi boleh bagitau setakat ni.
Sekian

Setiausaha Sulit Sultan umum Pemangku Raja Kelantan dilucutkan jawatan
Harakahdaily

KOTA BARU, 25 Mac: Setiausaha Sulit Sultan Kelantan yang perlantikannya dipertikaikan minggu lalu, Datuk Wan Hashim Wan Daud mengumumkan, Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra dilucutkan daripada jawatan baginda sebagai Pemangku Raja negeri itu berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman mengejutkan itu, yang dilihat merumitkan lagi krisis Istana Kelantan, diumumkan oleh Setiausaha Sulit baru Sultan Kelantan itu pada sidang media di sini sebentar tadi.

Dalam pada itu, Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan mencadangkan agar kerajaan negeri memanggil sidang tergembar DUN Kelantan untuk membincangkan perkembangan terbaru ini. Saranan itu dibuat dalam satu sidang media oleh Pengerusinya, Abdullah Yaakob, Adun Air Lanas.

Semalam, Pengelola Istana Kelantan memaklumkan, hanya Pemangku Raja dan Majlis Perajaan Kelantan mempunyai kuasa mengenai perkara ini kerana Sultan Kelantan masih gering.

Wan Hashim, dalam sidang medianya berkata, keputusan itu diambil selepas baginda mengingkari arahan Sultan Kelantan agar tidak meneruskan sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan yang dijadual 30 Mac ini.

“Berikutan daripada keingkaran Yang Maha Mulia Pemangku Raja mematuhi titah perintah Sultan Kelantan agar tidak meneruskan sebarang bentuk perayaan termasuk penganugerahan darjah-darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan rasmi ke-60 baginda Sultan Kelantan serta di atas kegagalan Yang Maha Mulia Pemangku Raja memelihara, melindungi dan mempertahankan kehormatan diri dan Perlembagaan Negeri Kelantan, maka Duli Maha Mulia Sultan Kelantan dengan ini menamatkan pelantikan Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja,” kata beliau pada sidang media di Istana Mahkota, Kubang Kerian.

Keputusan ini diumumkan sehari selepas Tengku Muhammad Faris Petra mengumumkan bahawa Sultan Kelantan masih gering dan tidak boleh menjalankan tugas berhubung hal ehwal negeri mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan.

Semalam Tengku Muhammad Faris Petra bertitah bahawa mengikut klausa (1)(b) Artikel 22A undang-undang itu, baginda yang telah dipilih menjadi Pemangku Raja pada 24 Mei tahun lepas, kini menjalankan tugas-tugas pemerintah dan Yang Dipertuan Negeri sehingga Sultan Ismail Petra sembuh.

Dalam satu titah yang disampaikan oleh Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad pada satu sidang akhbar di Istana Balai Besar semalam, baginda menegaskan bahawa sebarang kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak tanpa terlebih dahulu mendapat laporan perubatan daripada panel doktor pakar yang telah dilantik adalah tidak tepat, tidak sah dan tidak terpakai.

Read more!(Selanjutnya)

Selamatkah RAHSIA2 PAS Di Bawah Penguasaan Fraksi UMNO?

Bila maklumat-maklumat sensitif seperti maklumat keahlian berada di tangan dan kekuasaan pemimpin-pemimpin PAS yang kita tahu pro kepada UMNO, maka keselamatan dan kerahsian maklumat tersebut dalam bahaya yang amat sangat.

Bukti awal adalah bagaimana mudahnya blogger Batu Api yang pro kepada “Kerajaang Perpaduang” secara mudah dapat mengeksploitasi maklumat rahsia keahlian PAS Tulang Besi.

Mereka cuba membuat alasan sebegini yang mereka tinggalkan di blog saya:

mana tau maklumat ni didedahkan oleh pejabat SUA. ntah2 dari tempat lain. bersangka baik lah sikit. TB pun pernah dedah maklumat keahlian dia kat sini.
http://www.malaysiawaves.com/2010/02/aduan-rasmi-tindakan-melanggar.html
”.

Cuba jawab, bagaimana seekor blogger picisan bernama Batu-Api boleh tahu alamat kediaman saya yang telah saya lupa, yakni:

“No. 61, Jalan Maarof, Bangsar Park, Kuala Lumpur”

Maklumat ini hanya terkandung dalam pengkalan data PAS Pusat yang sepatutnya bertaraf "RAHSIA". Bagaimana seekor blogger picisan macam Batu Api boleh mendapat makluamt yang AMAT RAHSIA ini?

Maklumat yang bertaraf “Highly Classified” yang kalau di dalam tentera, sesiapa yang mendedahkan maklumat ini boleh dihukum mati.

Ini bererti “Geng2 Perpaduan” di dalam PAS sudah pun menguasai maklumat-maklumat rahsia parti. Apa yang boleh menjamin mereka tidak menjual maklumat tersebut pada UMNO?

Apa lagi maklumat parti yang sudah didedahkan pada UMNO? Saya AMMAATTTT takut bahawa kerahsiaan dalam PAS sudah tidak wujud lagi.

Ini juga bererti, maklumat-maklumat seperti:
a. Kewangan parti
b. Dokumen-dokumen sensitif
c. Minit-minit mesyuarat
d. Strategi-stategi pilihanraya
e. Senarai calon-calon pilihanraya
f. Surat menyurat rasmi parti
g. Program-program aprti

Semuanya boleh dikompromi kerahsiannya dan mudah untuk sampai ke tangan UMNO.

Kalau manusia kaki buat fitnah macam Batu Api@Firestone dengan mudah mendapat maklumat rahsia parti , saya tak tau lah apa lagi maklumat parti yang telah sampai ke pengetahuan UMNO dan Special Branch.

Mamat Batu Api ni kaki sebar fitnah. Ertinya halal dan haram tidak menjadi masaalah bagi mamat ni. Orang yang tidak hairan dengan halal haram sudah tentu mudah dibeli dengan UMNO dan musuh Islam. Kita tidak tahu apakah rahsia parti lain yang telah dijual oleh mamat ni pada UMNO? Al maklumlah nak berpadu, mestilah berani kongsi sedikit sebanyak maklumat dengan UMNO.

Saya takut dan khuatir, mamat Batu Api ni dah jual kesemua maklumat keahlian PAS Pusat pada UMNO ataupun Bukit Aman. Mana kita tahu? Kita bukan kenal pun sapa Batu Api ni?

Bukan setakat tu, mamat ni mungkin dah jual maklumat keahlian pada CIA. Mana kita tahu? Orang macam Batu Api yang tidak hirau halal dan haram akan lakukan apa sahaja.

Saya harap sangat Batu Api@Firestone ditangkap dan dikenakan hukuman setimpalnya kerana mendedahkan rahsia parti dan menjatuhkan nama baik PAS serta menjatuhkan maruah Setiausaha Agung PAS Pusat.

Read more!(Selanjutnya)

PAS Terengganu Ikut Perlembagaan Atau Tidak?

Bersambung dari artikel Tulang Besi “Apabila Lawyer Cabuk Mentafsir Perlembagaan PAS”, suka Tulang Besi menarik perhatian kepada PAS Terengganu.

Tulang Besi diserang kiri dan kanan kononnya Tulang Besi tidak mengikut Perlembagaan PAS Pusat kerana mengadu terus kepada SU Agung PAS Pusat.

Di Terengganu, pemilihan kepimpinan di peringkat Kawasan dan Negeri termasuk Dewan-Dewan dilakukan tidak mengikut perlembagaan PAS. Di Terengganu, mereka memilih pemimpin di peringkat Kawasan dan Dewan dengan menggunakan sistem yang serupa dengan DAP.

Mereka panggil sistem ini: Sistem Gugusan.

Secara mudahnya, para perwakilan Kawasan hanya akan memilih sebanyak 13 (atau lebih, saya tak ingat jumlah tepat) Ahli Jawatankuasa Kawasan.

AJK2 yang dipilih ini kemudiannya akan bermesyuarat dan memilih senarai kabinet baru mereka termasuklah YDP kawasan, TYDP Kawasan, NYDP Kawasan, Ketua Penerangan dan Bendahari Kawasan. Selain dari itu, AJK2 ini juga akan melantik AJK2 tambahan ke dalam kabinet mereka.

Ustaz Nasaruddin Tantawi pernah menerangkan sistem ini dalam artikel beliau ”Tahniah DPP Negeri Terengganu .” . Artikel tersebut saya bawa di bawah artikel saya ini.

Sesiapa sahaja yang membaca Perlembagaan PAS Pusat akan melihat bahawa jawatan-jawatan YDP, TYDP dan NYDP MESTI DIPERTANDINGKAN. Jawatan Ketua Penerangan, Bendahari dll sahaja yang tidak dipertandingkan dan dilantik oleh YDP dgn persetujuan AJK.

Dari Perlembagaan PAS:

(2) Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua dan Ketua Urusan ‘Ulamak PAS Kawasan itu hendaklah dipilih dan dilantik tiap-tiap dua tahun sekali daripada ahli-ahli PAS Kawasan itu dalam mesyuarat agung tahunan yang ada pemilihannya.

Jadi, mereka yang marah dengan Tulang Besi kerana, kononnya, tidak mengikut Perlembagaan PAS Pusat, apa komen mereka terhadap PAS Terengganu?
Kalau mengikut Perlembagaan PAS Pusat, KESELURUHAN PEMILIHAN KAWASAN DAN DEWAN di Terengganu adalah TIDAK SAH!!!.

Sistem yang digunakan oleh PAS Terengganu adalah lebih mirip kepada Democratic Action Party (DAP). Ia bukannya sistem yang ditunjuk oleh Perlembagaan PAS Pusat.
Saya tak tau nak kata apa lagi. Bagaimana perlanggaran Perlembagaan PAS Pusat boleh dilakukan oleh sebuah negeri secara terang-terangan sebegini, saya pun tak tau. Apa pun alasannya, oleh kerana kita telah pun berada dalam zaman ini, maka PAS Terengganu WAJIB kembali ke sistem yang ditunjuk oleh Perlembagaan parti.

Kalau tidak, apa gunanya ada Perlembagaan PAS Pusat kalau sesiapa sahaja boleh melanggarnya seperti yang dilakukan oleh PAS Terengganu?

Juga, di mana akhlak PAS Terengganu apabila mereka memilih pemimpin dengan membelakangkan Perlembagaan PAS Pusat?

Seingat saya, sistem ini adalah atas cadangan dari Pemuda PAS Pusat sewaktu tahun 80an dulu. Setahu saya tiada pindaan perlembagaan dibuat ke atas cadangan Pemuda PAS Pusat ini. Mungkin dahulu alasan “trial” boleh digunakan tapi sekarang ini sudah lebih 30 tahun masa berlalu.

KAlau PAS Terengganu mahu kekal sistem “DAP” itu, maka wajiblah Perlembagaan PAS Pusat dipinda. Kalau tidak mahu dipinda, maka wajiblah PAS Terengganu mengubah sistem mengikut Perlembagaan PAS Pusat.

Tulang Besi

p.s. contoh yang diberikan oleh Ustaz Nasarudddin Tantawi adalah berkaitan dengan Dewan Pemuda Negeri. Peruntukan Perlembagaan adalah:

“(2) Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua dan dua pertiga daripada Ahli-ahli Jawatankuasa yang disebutkan dalam ceraian (1)(g) Fasal ini hendaklah dipilih dan dilantik oleh Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri daripada pemuda-pemuda ahli PAS dalam negeri itu pada tiap-tiap dua tahun sekali atau pada mana-mana Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri yang ada pemilihannya.”

Bandingkan dengan pernyataan Nasruddin Tantawi dari artikel beliau:

“Setelah disyurakan , Al Fadhil Yb. Ustaz Mohd Nor Hamzah diamanahkan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu sementara Timbalannya disandang oleh Al Fadhil Ustaz Wan Shukairi Abdullah dan Naib Ketua ialah al Fadhil Ustaz Ridzuan Hashim ,
Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi at 14:01”

Lampiran 1: Artikel Nasruddin Tantawi

Read more!(Selanjutnya)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...