Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Loading...

Friday, April 30, 2010

Zul Noordin Tak Kata Apa Pasal Hubungan APCO-UMNO

Waktu berdekatan dengan Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, Zul Noordin mengeluarkan sebuah artikel mengecam Zaid Ibrahim. Artikel yang bertajuk "Tanbihul Ghafilin" mendedahkan kononnya Zaid Ibrahim adalah seorang penyokong kumpulan Artikel 11 dan kononnya menyokong murtad.

Namun yang saya hairan, mengapa sehingga hari ini Zul Noordin membisu seribu bahasa di atas isu perselingkuhan UMNO bersama Yahudi APCO? Hatta di Parlimen sendiri pun Zul Noordin tidak bercakap pasal isu ini langsung?

Adakah dosa Zaid sewaktu dalam UMNO dahulu lebih besar dari dosa UMNO mendedahkan rahsia negara pada Yahudi? Dosa mengadakan hubungan dengan Zionis dsbnya?

Zul Noordin pun tak bersuara pasal cadangan kerajaan UMNO Najib untuk menghalalkan judi sukan.

Dengan kata lain, Zul Noordin cuma bising kalayu ada elemen2 yang bukan Islam dalam Pakatan Rakyat, tapi senyap seribu bahasa terhadap tindakan anti islam dan pro Yahudi UMNO.

Di sini kita dapat lihat perjuangan sebenar Zul Noordin. Perjuangan beliau tiada langsung berteraskan kepada Islam tapi berteraskan kepada mempertahankan rejim zionis UMNO dan Barisan Nasional.

Tulang Besi And here is the rest of it.

Read more!(Selanjutnya)

Perkasa Bantu Kalahkan Calon Melayu di Hulu Selangor - Dr Mahathir

Kan saya dah kata. PERKASA ni pertubuhan talam dua muka. Ke sana ke mari berkokok pasal Melayu tapi sanggup lihat calon Melayu digantikan oleh calon bukan Melayu di Parlimen.

Bodohlah kamu semua yang menjadi pendokong PERKASA


Dr M: PERKASA bantu BN rampas Hulu S'gor
Apr 29, 10 5:02pm
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini memuji Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang didakwanya berjaya meningkatkan sokongan masyarakat Melayu kepada Barisan Nasional pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu.

“Mungkin, sumbangan PERKASA, kerana kebanyakan orang Melayu mengundi untuk BN. Kita tak tahu, Dulu ramai orang Melayu tidak sokong BN. Jika BN tidak menyokong PERKASA, kita tidak akan mendapat undi Melayu.

“Dan jika kita tidak mendapat undi orang Cina, undi itu akan pergi ke Pakatan (Rakyat) lah,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan kertas kerjanya yang bertajuk '"Malaysia As A Maritime Nation - Are We There? di Institut Maritime di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir juga mengulangi bahawa isu-isu perkauman tidak harus dibincangkan secara terbuka kerana ia boleh mencetuskan ketegangan dalam masyarakat pelbagai kaum.

"Seorang bercakap sesuatu, maka orang lain akan membalas. Jika anda cakap orang itu bersikap perkauman, maka mereka akan kata anda seorang bersikap perkauman," katanya.

Awal minggu ini, Dr Mahathir berkata BN harus melakukan analisis mengenai sokongan kaum Cina yang berkurangan kepada gabungan itu pada pilihan raya kecil tersebut.

Ditanya sama ada krisis dalaman MCA yang berlarutan sebelum ini merupakan salah satu faktor, Dr Mahathir berkata: "Semua parti komponen BN - MCA, Gerakan, MIC dan Umno, juga mempunyai masalah masing-masing."


Read more!(Selanjutnya)

Kickdefella, Bila Nak Berenti Bagi Alasan-Alasan Merapu?

Apabila dicabar Sheikh/Kickdefella membuat laporan kepada SPRM terhadap penyelewengan yang beliau dakwa berlaku di Kelantan, ternyata Sheikh/Kickdefella bachul dan takut.

Alasan bodoh yang diberi beliau adalah “ TOK GURU SEDANG DALAM PENYIASATAN SPRM”. Itu alasan paling tidak masuk akal yang saya pernah dengar. Satu sebab adalah SPRM sedang menyiasat Tok Guru dalam isu berkaitan hadiah pakej haji dan hadiah kek.

Sedangkan Sheikh cuba menuduh bahwa terdapat penyelewengan dalam pemberian balak di Kelantan. Apa kena mengenanya. Kalau dia yakin dia benar, sila buat laporan SPRM terhadap tuduhan-tuduhan rambang yang beliau buat. Jangan hanya berani berkokok di luar semata-mata.

Itu pun saya pernah jawab, apa masaalahnya TOk Guru terima hadiah kek dan pakej haji? Orang gila sahaja yang akan bertanya harga hadiah yang diberikan oleh pemberi hadiah. Lagipun, penerimaan kek tu apa yang rasuahnya?

Lagi satu, bukan ke Sheikh Kickdefella telah menyatakan taat setia beliau kepada kepimpinan Tok Guru Nik Aziz di hari beliau dipecat dari PMBK tempohari? Tiba-tiba sekarang ini beliau mahu menjatuhkan Tok Guru Nik Aziz pula. Ni bukan perangai penipu ke?

Apa yang kita baca setakat ni, semua dokumen yang Kickdefella dedah tidak membuktikan penyelewengan yang beliau dakwa. Kalau setakat syarikat konsesi balak bagi derma ke PASTI Kelantan, saya kata bodohlah Kick kalau nak guna perkara tu sebagai bukti.

CABARAN BARU BUAT KICK: Wahai Kick, kao begitu hebat berkokok maki Tok Guru Nik Aziz, si Najib Tun Razak bersenggama dengan Yahudi, kenapa kao SENYAP? Sila jawab Wahai KICKDEFELLA.

Kalao kao tak nak jawab, aku cabar MEMBER KAO, si Zul Noordin untuk jawab. Punya hebat Zul Noordin maki Zaid Ibrahim pasal Zaid Ibrahim dulu sokong Artikel 11. Tapi Zul Noordin senyap sunyi pasal Najib buat hubungan luar tabiiee dengan Yahudi.


APA CERITA GMC YANG BELIAU PERNAH PIMPIN SATU MASA DAHULU?

Dan artikel terbaru dari Harakahdaily melaporkan berkenaan Global Media Channel (GMC)yang pernah Syed/Kickdefella ketuai. Antara laporan adalah:

”Namun hampir dua tahun beroperasi GMC bermasalah sehingga seorang demi seorang kakitangan berhenti kerja sehingga ada yang membawa diri ke Kuala Lumpur.
”Mereka tidak senang dengan cara pengurusan yang diketuai Syed Azidi dan isterinya. Ramai yang tidak dapat mendapat gaji, sedangkan pada peringkat awal ada pihak memberi modal bagi mengurus operasi GMC.

”Persoalan mengapa syarikat itu kini lingkup, ke mana duit peruntukan yang disumbang pelbagai pihak. Kita bimbang berlaku silap urus sehingga GMC berkubur,” kata sumber berkenaan.
CABARAN KICKDEFELLA KEPADA SAYA

Pandai Kick ni mengelat. Cabaran saya dia tak berani jawab. Bagi berbagai-bagai alasan. Lepas tu nak cuba cabar saya pulak. Bang, berenti perangai UMNO tu boleh tak? Kao tu dah duduk dalam PAS, sekurang-kurangnya buatlah perangai macam orang Islam.

Antara cabaran Kick pada saya adalah:

Saya juga mencabar Blogger Rahman Tulang Besi untuk mendedahkan dakwaannya bahawa saya sekarang dibela oleh seseorang. Jikapun dia tidak mampu mengemukakan bukti, setidaknya, sebut nama orang tersebut dengan jelas.
Saya tak perlu jawab. Saya menaqal dari artikel tulisan Topeng Perak yang mempunyai hubungan pribadi dengan Kick seperti dibawah:
TV3 (suku)

Beberapa hari sebelum kontrak Blogger Kickdefella dengan PMBK ditamatkan (serta-merta), Blogger Kickdefella dikatakan ada menerima tawaran daripada Stesyen Berita TV3 (suku). tawarannya ialah mengendalikan "1 Operasi" yang diklasifikasikan sebagai "Media ke-2" atau "Alternative Media" yang mana antara tugasnya ialah menyelia laman-laman Blog dan Website dengan tujuan menarik para pengundi muda dan celik IT supaya cenderung kearah UMNO/BN dan seterusnya meningkatkan undi anak muda kepada UMNO/BN.

Jumlah Gaji/Salary/Peruntukan atau "pembiayaan" yang ditawarkan oleh pihak TV3 (suku) kepada Blogger Kickdefella ialah tidak kurang dari RM15,000 sebulan.
Saya CABAR Kick nafi maklumat yang disampaikan oleh Topeng Perak ini kerana Kick kenal Topeng Perak secara pribadi.

Pandai Kick ni nak mengelat. Cabaran saya yang mudah dan praktikal (yakni buat laporan SPRM) dia tak berani sambut. Tapi, nak cabar saya buat benda lain pulak.

Adapun cabaran lagi satu oleh Kick adalah:

Sepanjang hampir 3 tahun berkhidmat di Kelantan, saya telah membelanjakan sejumlah hampir lebih RM4 juta untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuklah pembelian asset, peralatan, pembayaran upah operatives, percetakan dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf.

Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu. Dari mana saya mendapat wang sebanyak itu bagi mengendalikan satu Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi seterusnya mempermudahkan bagi PAS menewaskan Barisan Nasional di Kelantan?

Saya mencabar Blogger Rahman Tulang Besi menyiasat dan mendedahkannya sekali dengan nama individu yang membiayai aktiviti Gerak Saraf itu dan jumlahnya sekali di blog beliau.

Bagi saya kos RM4 juta itu murah bagi gerak saraf kerana ia termasuk upah gaji, pembelian asset, kos sewa premis, kos membeli maklumat dsbnya. Dan kos tersebut adalah sepanjang 3 tahun yakni 1.3 juta setahun. Sekiranya dilakukan dengan telus, apa salahnya.

Lagi sekali, kalau dia rasa perkara ini satu penyelewengan buatlah laporan SPRM. Apa yang nak ditakutkan?

Kalau saya jadi MB Kelantan, saya akan belanja RM20 juta untuk gerak saraf dan penerangan kepada rakyat Kelantan dan rakyat Malaysia. Secara pribadi saya sering mengkritik exco2 kerajaan negeri Kelantan kerana tidak berbelanja cukup untuk penerangan, Maka, Kerajaan Negeri sering menjadi mangsa fitnah yang tidak berasas.

Kalau kata Kick ni betul, saya cukup marah sebab perbelanjaan penerangan dan saraf hanya RM4 juta. Sepatutnya, kena belanja RM 20 juta atau RM30 juta. Memerangi fitnah itu satu yang dianjurkan oleh Islam. Dan menceritakan apa kejayaan negeri Kelantan juga satu perkaya yang wajib.

Lainlah kalau media di Malaysia ni adil dan saksama. Barulah kita boleh persoalkan kenapa belanja sampai RM4juta. Kerana media-media utama Malaysia telah dilacurkan oleh UMNO, maka Kerajaan Kelantan WAJIB mencipta media sendiri.

Dan kos RM4 juta itu satu kos yang KECIL bagi saya. Mungkin juga duit RM4 juta tu datang dari derma dan sponsor berbagai pihak yang mahukan kerajaan Kelantan tidak dirampas oleh UMNO yang rakus lagi dayus? Mungkin juga orang-orang Sabah bagi derma kerana tidak mahu melihat Kelantan menerima nasib seperti Sabah yang hancur di bawah pemerintahan UMNO/BN? Ada banyak kemungkinan yang boleh diberikan.

Benarlah kata kawan saya, orang UMNO kalau dia kata Tuhan itu satu, jangan kita percaya. Bukan kerana apa dia cakap tu tak betul, tapi kerana yang bercakap itu UMNO.
Kick ni spesis sama dengan Berahim Ali. Yakni spesis melepas anjing tersepit. Bila dah bebas, dia gigit kita balik. Kalau kick ni ada iman dan ada maruah, dia tak buat benda yang dia tengah buat sekarang ni.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Thursday, April 29, 2010

Kes Aminulrashid : Cerita Dari YB Khalid Samad

NOTA EDITOR: Berikut adalah kesah dari pena YB Khalid Samad berkenaan penembakan Aminulrashid di Seksyen 11 Shah Alam.

Kes Aminulrashid : Cerita Dari YB Khalid Samad
Pada hari Isnin 26 April, jam 4 petang, saya telah menerima panggilan dari Ustadz Nasaruddin, Pemangku Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam.

Dia memberitahu saya bahawa seorang remaja yang berumur 15 tahun telah ditembak mati oleh Polis di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi tadi. Penduduk sedang berkumpul di Surau Seksyen 11 untuk menunggu jenazahnya dan semua menyuarakan ketidak puasan hati atas tindakan Polis.

Remaja berkenaan anak salah seorang ahli Qariah yang dikenali.

Mendengar berita tersebut saya pun telah bergegas ke Surau berkenaan dan mendapati sudah ramai berkumpul di situ. Saya melihat ramai di antara mereka terdiri daripada remaja belasan tahun.

Sebahagian dari mereka menunggu di luar kawasan Surau sambil sebahagian yang lain berada di dalam kawasan Surau tersebut. Setiba sahaja saya, qamat Salat Asar telahpun didengari dan Salat hendak dimulakan.

Saya mengambil wudu’ dan seterusnya menyertai jemaah. Setelah selesai salat, saya mendapatkan penjelasan dari Ustadz Nasaruddin mengenai apa yang telah berlaku. Beberapa orang turut mendengar dan memberi penjelasan termasuk seorang penduduk yang telah menyaksikan sendiri peristiwa berkenaan kerana kereta yang dipandu arwah terbabas di hadapan rumah beliau.

Mengikut keterangan mereka, pada jam lebih kurang 1.30 pagi, beberapa das tembakan telah kedengaran di jalan 11/2. Apabila disiasat, didapati sebuah kenderaan sedang dikejar kenderaan polis. Akhirnya kenderaan yang dikejar terbabas dan melanggar tembuk rumah dan pemandunya, Aminulrasyid Amzah, mati terkena tembakan di kepalanya. Seorang penumpang telah keluar dan berjaya melarikan diri.

Saya kemudianya membuat panggilan telefon kepada Dato’ Khalid, Ketua Polis Negeri dan meminta penjelasan dari beliau. Dato’ Khalid menegaskan bahawa siasatan sedang dijalankan dan anggota polis yang terbabit telah dipindahkan ke kerja-kerja pejabat. Menurut beliau, siasatan dibuat oleh polis Negeri, bukan oleh polis Shah Alam, bagi menjamin ketelusan. Begitu juga tegas beliau, bahawa siasatan dibuat di bawah Kanun Keseksaan 302, iaitu tuduhan membunuh sebagai bukti seriusnya pihak polis ke atas kes ini.

Dalam keadaan asyik mendengar penjelasan tambahan dari mereka yang berada di Surau, tiba-tiba beberapa orang membawa seorang remaja ke hadapan saya sambil berkata kepada saya, “dia lah penumpang yang bersama arwah yang telah melepaskan diri”. Orang semakin ramai berkumpul dikeliling saya dan memandangkan keadaan semakin bercelaru, saya menasihati remaja tersebut untuk ke tempat lain dahulu dan ‘stay low profile’.

Saya mengambil nombor telefon bimbitnya dan berjanji akan memanggilnya kemudian untuk bertemu dalam suasana dan keadaan yang lebih tenteram untuk mendapatkan penjelasan berhubung peristiwa berkenaan daripada beliau. Saya berpesan supaya dia berhati-hati supaya tidak ditahan polis kerana dikhuatiri penjelasan beliau akan dipengaruhi pihak polis untuk sealiran dengan kenyataan yang telah dikeluarkan mereka.

Kenyataan yang dikeluarkan polis melalui TV dan radio, saya diberitahu, berbunyi “seorang yang disyaki penyamun ditembak polis awal pagi di Seksyen 11 Shah Alam….sebilah parang dijumpai di dalam kereta disyaki digunakan sebagai senjata untuk menyamun….suspek kedua berjaya melepaskan diri..”

Selepas Maghrib saya berhubung dengan remaja berkenaan dan kami bertemu bersama beberapa orang sahabat sebagai saksi. Remaja tersebut memberitahu bagaimana arwah telah mengambil kereta kakaknya pada lewat malam sambil semua sedang tidur dan menjemput beliau. Mereka telah ke sebuah kedai di Seksyen 11 dan seterusnya ke Seksyen 7 setelah mendapat panggilan dari seorang rakan lain yang mengalami kerosakan motorsikal di situ.

Dalam perjalanan ke tempat kerosakan tersebut, berhampiran restoran Ali’s corner, mereka tergesel dengan sebuah kereta mewah yang sedang parkir di situ. Kemalangan ini menyebabkan arwah ketakutan dan beliau terus membawa kereta untuk melarikan diri. Pada masa yang sama mereka dapati ada motorsikal yang mengejar mereka. Apabila sampai di Seksyen 12, di jalan dari bulatan Istana Kayangan menuju SIRIM, motorsikal berkenaan terlanggar kereta yang dipandu arwah di bahagian belakang dan terus terbabas.

Arwah terus membawa keretanya dengan laju dan pada ketika itu mereka telah memintas sebuah kereta peronda polis. Kereta peronda tersebut terus membunyikan sirennya dan mengejar mereka, melalui SIRIM terus ke bulatan dan menuju ke Masjid Negeri, sampai ke Seksyen 9 dan kembali ke bulatan Istana Kayangan.

Dari bulatan Istana Kayangan mereka berpatah semula ke Seksyen 11 memasuki simpang berhampiran Caltex, Esso dan terus memasuki jalan 11/2. Tiba-tiba kedengaran tembakan beberapa das. Kereta terhoyang hayang disyaki tayar telah terkena tembakan. Arwah terus memandu dalam keadaan tayar ditembak sehingga tiba-tiba beliau rebah ke atas ribanya. Kereta terus menyimpang ke kiri dan terbatas melanggar tembok sebuah rumah.

Apabila di pegang kepala arwah, didapati berlumuran darah. Terasa kepala berlubang dan darah membasahi tangan dan bajunya. Remaja ini terus keluar dari kereta, terpaksa keluar dari pintu sebelah arwah, kerana pintu sebelah dirinya telah terhimpit. Terpaksa mengalih mayat arwah supaya dapat melepasi diri dengan tujuan menyerah diri. Tak sempat apa-apa, sebaik sahaja keluar beliau diterajang seorang anggota polis dan beliau terus melarikan diri.

Sambil mendengar penjelasan beliau, tiba-tiba abangnya muncul entah dari mana. Memarahi beliau kerana tidak pulang ke rumah. Apa dah jadi ini, kata abangnya, bagaimana adik saya digelar penjenayah. Kami menenangkan abangnya sambil memberitahu niat kami adalah untuk menolong adiknya. Dia terus meminta adiknya pulang ke rumah, ayah menunggu katanya. Kami ikut sekali. Setibanya di rumah mereka, ayah dan ibunya kebinggungan. Kami menenangkan mereka dan memberitahu mereka anak mereka bukan penyamun.

Seterusnya saya membawanya bersama abangnya untuk membuat laporan polis. Jam sudah hampir pukul 10 malam. Saya ingin menentukan bahawa laporannya sama seperti ceritanya kepada saya sebelum ini. Tiada paksaan untuk mengubah ceritanya. Selepas laporan disiapkan saya bersamanya dan abangnya bertemu pegawai yang bertugas.

Saya bertanya apakah SOP untuk pihak polis menggunakan senjata api menembak orang yang disyaki. Dia menjawab, hanya sekiranya nyawanya atau nyawa orang lain terancam.

Remaja saksi utama dibenarkan pulang ke rumah. Saya telah berhubung dengan YB Gobind Deo terlebih awal dan meminta dia mengambil kes ini. Dia berjanji akan berjumpa remaja berkenaan pada esok harinya, iaitu Selasa jam 10.30 pagi di mahkamah Shah Alam.

Selepas itu saya ke rumah arwah untuk bertemu keluarganya. Ibunya kesedihan. Abangnya kebinggungan. Bagaimana ini semua boleh berlaku. Mendengar percakapan ibunya berhubung arwah yang merupakan anak bongsunya, saya merasa sebak. Saya tak boleh bayangkan kesedihannya. Semakin ramai datang berkumpul. Saya berundur pada jam 12 tengah malam.

Esok pagi jam 9.30 pagi saya mengadakan sidang akhbar di pejabat saya. Dalam sidang akhbar tersebut saya menyatakan 3 perkara seperti berikut :-

1. Arwah bukan penyamun dan penjenayah. Warga Seksyen 11 mengenali beliau dan tidak akan menerima alasan sedemikian rupa dari mana pihak sekalipun.

2. Arwah tidak cuba melanggar anggota polis seperti yang didakwa. Arwah telah ditembak semasa memandu melarikan diri dan bukan semasa mengundur kereta untuk melanggar anggota polis. Itu satu pembohongan sepertimana juga kisah kononnya ada sebilah parang di dalam kereta.

3. Saksi yang merupakan rakan sepanjang peristiwa malang tersebut perlu diberi perlindungan dan tidak ada usaha dilakukan supaya ceritanya diubah untuk bersesuaian dengan kisah yang dilaporkan pihak polis. Saya meminta Polis bertindak secara profesional dalam kes ini dan jangan berusaha untuk melindungi anggotanya.

Shah Alam menjadi medan berlakunya pembunuhan Teoh Beng Hock sebelum ini. Malaysia juga menyaksikan sebelum ini kes Kugan yang telah mati di dalam tahanan. Norizan Salleh yang ditembak secara rambang sebanyak 5 kali tetapi masih hidup untuk menceritakan pengalaman ngerinya.

Harap jangan dilupa juga kisah Altantuya bersama bom C4. Ini semua kes-kes yang tergantung yang menjadi tanda tanya masyarakat. Entah banyak mana lagi kes yang tergantung sebegini yang tidak diketahui umum.

Apa yang pasti, kita tidak boleh membenarkan kes Aminulrasyid berkesudahan sebegitu rupa. Kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh yang beroleh rahmat.


Wallahu 'Alam
KHALID SAMAD
Read more!(Selanjutnya)

Doa Laknat Kepada Ezam Soros Di Hadapan Kaabah Sempena Perlantikan Sebagai Senator.

Malunya saya kalau saya ini seorang manusia bermaruah. Tapi manusia bernama Ezam Mat Nor adalah seorang manusia yang tidak bermaruah. Sebab itu dia tidak malu menerima tawaran jawatan Senator dari parti yang pernah beliau keji dan nista.

Lebih menghairankan adalah :

"Apa jasa Ezam Soros pada negara untuk melayakkan beliau dilantik Senator”?

Adakah Ezam Soros seorang yang pernah berjuang di perbatasan sehingga berjaya menyelamatkan negara dari ditakluk musuh? Adakah Ezam Soros seorang teknokrat yang mengharumkan nama negara dengan kebolehan dan keupayaan beliau? Adakah beliau seorang yang mempunyai ilmu dan pengalaman luas dalam pentadbiran dan politik negara.

Pengalaman Ezam dalam politik negara tidak lain adalah mengutuk dan menista UMNO sewaktu Ezam Soros berada dalam PKR dahulu. Tidak lain dari itu. Jawatan Senator diberikan kepada orang yang tidak bermaruah seperti Ezam Soros.

Ezam juga masih belum menjawab cabaran Raja Petra Kamaruddin. Yakni Ezam telah mendapat Rm20 juta dari Soros atas nama kempen membebaskan Anwar Ibrahim. Atas sebab itulah saya memanggil beliau “Ezam Soros”. Seeloknya Ezam membersihkan nama beliau dari cabaran terbuka Raja Petra ini kepada beliau memandangkan Raja Petra bercadang untuk mendedahkan bukti kalau Ezam terus berdiam diri.

JASA EZAM ADALAH MEMBELI PEMIMPIN DAN WAKIL RAKYAT PKR?

Mengikut maklumat yang saya dapat dari dalaman UMNO, itulah jasa sebenar Ezam Soros. Kerja-kerja perginya orang seperti Halili Rahmat dan beberapa pimpinan PKR termasuk di Perak yang menyebabkan jatuh kerajaan PR di Perak adalah hasil kerja tangan Ezam Soros.

Untungnya jadi Ezam. Sudahlah berjuta duit Soros dia dapat. Sekarang dapat pulak tawaran Senator dari parti dia maki dulu. Cuba bayang bagaimana Ezam dapat beli bangle di kawasan yang mahal di Shah Alam di waktu Ezam masih Ketua Pemuda PKR dahulu? Mana dia dapat duit. Saya sendiri pun terkial-kial nak bayar duit rumah dalam keadaan ada kerja tetap, tapi Ezam dapat beli rumah Banglo mahal dalam keadaan tiada kerja.

Saya antara yang menjadi peminat Ezam dan mempercayai cakap Ezam bahawa UMNO ini korup, sudah tidak dapat dibersihkan lagi, jahat dan sebagainya.

Tapi depan mata saya Ezam Soros telah berbohong kepada saya. Oleh sebab itu saya SUMPAH Ezam Soros kerana berbohong kepada saya dahulu.

Saya telah meminta kawan saya yang berada di Mekah untuk berdoa di hadapan Kaabah bagi pihak saya supaya Allah SWT mengutuk dan menurunkan bala kepada manusia bernama Ezam Mat Nor ini di atas pembohongan dan pengkhianatan beliau kepada kami penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Tindakan Ezam Soros ini amat buruk kepada generasi masa hadapan. KAlau tidak diambil tindakan, ia akan membenarkan tindakan khianat dan pembohongan atas dasar kepentingan pribadi dan keduniaan.

Fakta adalah sehingga hari ini Ezam Soros TIADA BUKTI apa-apa penyelewengan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Ezam tiada bukti bahawa Anwar telah bertindak zalim atau menyeleweng walau sedikit pun. Ertinya kemasukan Ezam Soros ke dalam UMNO tiada sebab musabab yang kukuh dan jauh sekali atas dasar syariat Islam.

Jangan takut wahai Ezam, kalau kamu tidak bersalah nescaya Allah SWT tidak akan menurunkan bala ke atas kamu. Saya lakukan ini supaya perangai Ezam ini tidak diikuti oleh generasi masa depan.

Wallahualam bissawab

Tulang Besi


Ezam Mohd Nor antara empat dilantik Senator
Apr 28, 10 6:32pm


Bekas ketua pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd Nor adalah antara empat orang yang akan dilantik sebagai Senator.

Menurut The Star Online, mereka yang lain termasuk timbalan presiden MIC Datuk G Palanivel, pengerusi eksekutif firma Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat.



Mereka akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan presiden Senat, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara, Isnin depan.
Ezam (kiri) juga adalah bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang terkenal kerana pernah mengakui mempunyai enam kotak yang dikatakan mengandungi dokumen mengenai salah laku pemimpin kerajaan.
Dia bagaimanapun kemudian menafikan perkara itu sebaliknya mendakwa kotak itu suatu pembohongan dan dijaja sebagai modal politik sejak 1999 selepas Anwar dipecat daripada Umno dan kerajaan.
Selepas meninggalkan PKR dan menyertai Umno, Ezam berkata dia bukan saja dikutuk kerana meninggalkan perjuangan mereka tetapi juga digelar ahli parti itu sebagai "Ezam Kotak".

Sementara itu, bagi timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel, ura-ura yang beliau akan dilantik sebagai senator bukan lagi rahsia.
Perlantikannya itu dikatakan sebagai menghargai pengorbanannya yang tidak dicalonkan pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor tetapi sebaliknya menyokong calon kompromi, P Kamalanathan.
Selain dilantik sebagai senator, Palanivel juga dijangka akan diberikan jawatan sebagai timbalan menteri.


Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, April 27, 2010

Tiada Dakwat Kekal di Jari Memenangkan UMNO di Hulu Selangor. SPR BIRO UMNO








Sekarang baru kita faham mengapa UMNO dan SPR menolak cadangan dakwat kekal di jari bagi proses mengundi. Kalau sistem dakwat kekal dilaksanakan, sudah tentu Barisan Nasional akan kalah dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor baru-baru ini.

SPR pula adalah Biro UMNO, sudah tentu tidak akan melaksanakan sistem yang dilaksanakan oleh majoriti negara-negara jiran kita. Ini kerana sistem ini akan merugikan UMNO dan Barisan Nasional. Bayangkan kalau Indonesia yang mempunyai rakyat 240 juta orang boleh laksana sistem ini, mengapa Malaysia yang hanya 27 juta tidak mampu?( Rujuk gambar di atas)

Tiada alasan untuk Malaysia untuk tidak melaksanakan sistem ini sama sekali kecuali kerana mahu memenangkan UMNO dan Barisan Nasional.

Sistem dakwat kekal akan memastikan seorang pengundi hanya akan mengundi SEKALI sahaja. Ertinya ia akan membunuh segala usaha undi hantu, undi berganda dan undi beli dari pihak UMNO. Undi berganda ini menerangkan mengapa PKR kalah dalam Hulu Selangor dalam keadaan UNDI PKR TIDAK JATUH, malahan naik.

Kita semua sedar SPR adalah Biro UMNO. Waktu 3 ekor katak di Perak melompat, seharusnya SPR mengisytihar kerusi mereka kosong. Namun, SPR tidak berbuat demikian kerana SPR adalah Biro UMNO. Juga, apabila kerusi Kota Siputeh diisytihar kosong oleh Speaker, SPR pula bertindak lebih terror dari Speaker DUN Perak. Di Hulu Selangor, seramai 17000 pengundi telah DIPINDAHKAN tanpa pengetahuan setiap pengundi.

SPR kita bukan sahaja Biro UMNO tapi barua UMNO.Maka, setiap pergerakan mereka adalah untuk memenangkan UMNO dan Barisan Nasional.

TUGAS PAKATAN RAKYAT

Hidupkan balik agenda BERSIH mulai sekarang dan paksa SPR menerima sistem dakwat kekal di jari. Kalau terpaksa berdemonstrasi pun, kita berdemo lagi sehingga tuntutan kita diterima.

Anwar Ibrahim boleh membawa usul ini ke peringkat antarabangsa supaya dunia tahu bahawa Suruhanjaya Pilihanraya di Malaysia tidak lain dari pelacur kepada UMNO semata-mata.

Kalau UMNO benar-benar ikhlas mahukan perubahan sistem, maka sistem dakwat kekal WAJIB digunakan.

Hulu Selangor sebenarnya dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Tapi, PR kalah pada penipuan UMNO dan BN dengan bantuan pelacur mereka bernama Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)

Tulang Besi

Ink on Finger, Indonesia vs Malaysia, Manek Urai BN “victory”, SPR is an UMNO’s Beareau

Ever wonder why Indonesia with 200 million voters (that’s right 200 million) can implement the ink-on-finger, and Malaysia with just less than 15 million voters cannot? The picture shown above shows that there is no excuse for Malaysia not to implement the ink-on-finger.Hundreds of millions of Indonesians had their fingers inked when they voted in the Parlimentary and Presidential elections this year.


I checked with an acquaintance who voted in the election, and she told me the ink will take at least a month to completely disappear. If u wash the ink part everyday, it may take no less than a week.

And in Indonesia, the ink system works. There has been no report of people voting more than once or “phantom voters”.

Ink-on-Finger Should be BERSIH’s Next Agenda

BERSIH needs to be resurrected. And if only for this single agenda, then BERSIH existence would be totally justified.

Manek Urai’s result has shown us, among all, how devious votes serve the interest of Barisan Nasional. If Pakatan were to retain their ground, then the Malaysian electoral system must be guaranteed to be “fraud free”.

Repeated votings, postal votes and “phantom” voters are the lifelines of UMNO/BN. If Pakatan states wants to ensure the repeated success in their states, they will have to stop BN at their tracks. In other words, they will have to stop BN from benefiting from the usual Phantom Votes, Postal votes and repeated votes.

Phantom voters existence is beyond doubt. But, it kept coming back and nothing has been done to stop phantom voters. Therefore, Pakatan Rakyat will have to take a proactive and aggressive step to ensure that Phantom votes ceased to exists.

SPR is UMNO’s Prostitute

We all know how the SPR worked in favor of UMNO in the Perak coup-de-tat. And the dates of by elections have always favored UMNO. In Penanti, they delayed the calling of the date so as to give MACC a chance to prevent former Penang TKM from resigning.

In Manek Urai, they deliberately scheduled polling day on a working day. In Bukit Gantang they scheduled the polling day on a weekend because the BN believes that Malay younger voters will come back to vote and vote BN.

In short, the SPR is an UMNO’s prostitute. The question is, what do we do about it? BERSIH needs to be resurrected.

There must be constant expose’ of SPR and their evil deeds before the damage is beyond repair. UMNO is desperate and they will use everything to protect their illegal hegemony.

We must make sure that UMNO’s complicit with SPR be exposed to the public and let the public see SPR as what they are, an UMNO’s prostitute.

Tulang Besi



Read more!(Selanjutnya)

Tahniah Kepada Dato Hasan Ali

Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dato Hasan Ali di atas sumbangan dan komitmen beliau di dalam kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor yang lepas. Dari maklumat yang pihak Malaysiawaves dapat, Dato Hasan Ali dilihat berada di mana sahaja sewaktu kempen berjalan. Mana kita pergi kita boleh bertembung dengan Dato HAsan Ali. Malahan, Dato Hasan telah menyelamatkan maruah PAS kerana sewaktu malam terakhir, hanya beliau dan Mursyidul Am sahaja yang ada di atas pentas bagi mewakili PAS. Presiden dan Timbalan Presiden PAS tidak kelihatan.

Dari maklumat yang saya dapat juga, Dato Hasan begitu menunjukkan komitmen yang 100% beserta menunjukkan daya usaha yang tinggi sewaktu pilihanraya kecil berjalan. Malahan, perlu saya katakan di DUN Hulu Bernam, di mana PAS Selangor berpusat dan berkempen, undi Melayu cuma jatuh 5% dari 2008 berbanding di luar Hulu Bernam.


Ia boleh dianggap satu kejayaan gemilang untuk PAS Selangor. Undi Melayu jatuh teruk di luar DUN Hulu Bernam, yakni sekitar 12%.

Ia juga bererti usaha PR dan Kerajaan Negeri kepada Felda berkesan. Kalau dipacu lagi untuk 2 tahun yang akan datang, maka peluang untuk mengkuburkan UMNO di Hulu Selangor adalah cerah.

Tulang Besi

ps kalau Dato Hasan tidak mendengar nasihat sumbang dari Suwardi, Roslan SMS, Usop Ludin dsbnya selama ini, nescaya Dato Hasan sekarang ini dilihat sebagai ikon Pakatan Rakyat dan PAS di Selangor. Dato Hasan tersilap ambil penasihat dan ambil nasihat.

Read more!(Selanjutnya)

Monday, April 26, 2010

FENOMENA UNDI HANTU MENANGKAN BN DENGAN TIPIS DI KUBU KUAT UMNO

Diminta kesemua penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat supaya jangan berasa sedih dan gusar. Perlu diingat Hulu Selangor adalah kubu UMNO paling kuat di Selangor. Pada 2008, kemenangan PR adalah semata-mata kerana protes terhadap Palanieval. Pada 2008, UMNO/BN menang KESEMUA kerusi DUN termasuk Kuala Kubu Baru.

Dan setelah turunya Najib dan Mahafiraun berkempen pun, majoriti Barisan Nasional (Yahudi) hanya sekadar tidak sampai 4%. Ini suatu pencapaian yang boleh dibanggakan oleh Pakatan Rakyat serta kerajaan negeri Selangor.

Itupun, kalau mengikut ucapan Dato Zaid Ibrahim semalam, wang telah digunakan dengan meluas untuk membeli undi. Wang ditabur di waktu malam dan di waktu siang. Tidak hairanlah sokongan Melayu kepada PKR hanya di tahap 40% dan jatuh lebih teruk di kawasan-kawasan Felda.

Keputusan pun agak menghairankan kerana undi Pakatan Rakyat TIDAK JATUH. Malahan bertambah dari pilihanraya 2008. Tapi undi Barisan Nasional bertambah dengan begitu banyaknya. Kalau kita buat perbandingan:

BN: 2008  22979, 201024,997. Menampakkan pertambahan undi sebanyak 2018 undi.
PKR : 200823177, 201023,272. Menampakkan pertambahan undi sebanyak 54 undi.

Kalau mengikut trend di Terengganu 2004, ia menunjukkan bahawa fenomena pengundi hantu telah berlaku di Hulu Selangor. Mana mungkin dalam 2 tahun, di waktu BN tidak memerintah dan Palanieval tidak disukai BN boleh bertambah undi sebanyak 2018 undi. Dan yang lebih menghairankan, undi PKR tidak jatuh sepanjang 2 tahun kebelakangan ini.

Pola mengundi ini AMAT MENGHAIRANKAN dan TIDAK MASUK AKAL sama sekali. Kalau benar berlaku “kembalinya” pengundi UMNO pada BN dari 2008, sudah tentu undi PKR akan berkurang dengan besar sekali.

JELAS BERLAKU FENOMENA PENGUNDI HANTU

Harakahdaily menyiarkan satu laporan polis oleh seorang pengundi yang mendapati ada orang lain yang telah mengundi di tempat beliau.

Artikel terbaru Harakahdaily bertajuk ”‘Pengundi hantu’ wujud di Hulu Selangor”




Fenomena ini sudah semakin banyak berlaku dalam pilihanraya-pilihanraya kecil sebelum ini. Maka, tanpa segan silu saya mengatakan BN menang tipis di Hulu Selangor atas bantuan pengundi hantu.

14000 PENGUNDI DIPINDAH DARI HULU SELANGOR TANPA PEMBERITAHUAN OLEH SPR

Oleh kerana SPR adalah Biro UMNO, maka mereka dengan setianya telah memindahkan 14000 pengundi dari Daftar Pemilih Hulu Selangor tanpa pengetahuan pengundi sendiri. Hasilnya ramai yang keluar mengundi pada hari itu tidak dapat mengundi dan rata-rata nya mereka adalah penyokong Pakatan Rakyat.

Dan pada waktu yang sama terdapat lebih 14000 pengundi Hulu Selangor yang dipindah dari Hulu Selangor tanpa pengetahuan pengundi tersebut.

APA YANG PR PATUT LAKUKAN

Pada 2004, PAS mempertahankan Kelantan dengan hanya undi keseluruhan sebanyak 1500 undi. Namun, sepanjang 1999-2004 PAS telah membuang lebih 27000 nama-nama pengundi yang tidak diketahui dan jelas pengundi hantu.

Ertinya, sekiranya PAS tidak membuang nama-nama tersebut, kerajaan Kelantan sudah tentu akan jatuh ke UMNO pada 2004 yang lepas.

Tugas PR adalah MEMBERSIHKAN Daftar Pemilih bagi setiap kawasan DUN dan Parlimen dari pengundi-pengundi yang tidak diketahui ini.

WAJIB- kalau mahu terus menang dan memerintah.

Mana pernah Barisan Nasional/Yahudi ni tidak menipu.

Tulang Besi




















”‘Pengundi hantu’ wujud di Hulu Selangor”
Harakahdaily
HULU SELANGOR, 25 April: Pengundi hantu yang sering kali diperkatakan oleh pembangkang pada pilihan raya sama ada umum atau kecil sememangnya wujud termasuk dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, hari ini.

Apa yang berlaku kali ini ialah pengundi yang tidak dikenali telah terlebih dahulu mengundi bagi pihak pengundi asal sebagaimana yang terdapat dalam buku daftar pemilih tanpa pengetahuannya.

Ini ekoran seorang pengundi, Lee Fong Thye, 56, hari ini membuat laporan polis berikutan ada orang lain telah mengundi bagi pihaknya.

Beliau yang tinggal di No 28, Jalan 2/24 Taman Bukit Rawang membuat laporan di Balai Polis Serendah pada jam 2.29 petang ini.

Menurutnya, lebih kurang jam 12.30 beliau sampai di pusat mengundi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Serendah.

Beliau telah membuat semakan di pondok panas dan namanya ada tersenarai dalam senarai pengundi di saluran 2.

Beliau masuk ke pusat mengundi di saluran 2 dan memberikan KPT (Kad Pengenalan) kepada calling agent SPR serta ketua tempat mengundi (KTM).

Bagaimanapun, katanya, beliau diberitahu namanya telah ditanda sebagai sudah mengundi.

Berikutan itu, beliau membuat bantahan kepada KTM dan telah dibenarkan untuk membuang undi setelah disahkan dokumen pengenalan diri.

“Saya membuat laporan polis kerana terdapat keraguan bagaimana nama saya telah ditanda sebagai pengundi walaupun saya belum mengundi.

“Saya juga takut sekiranya KPT saya telah disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya dalam laporan polis itu.




Read more!(Selanjutnya)

Sunday, April 25, 2010

Keputusan Hulu Selangor yang Menghairankan?

Dari keputusan rasmi yang saya baru dapat:

PKR - 23,272
BN - 24,997
Majoriti - 1725

Saya mengucap syukur kepada Allah SWT kerana telah mentaqdirkan keputusan seperti ini. Ia bermakna kekuataan PR masih utuh dan kuat. BN dengan menggunakan segala kekuatan dan keupayaan mereka cuma mampu meraih 1725 majoriti sahaja

Secara mudahnya, majoriti BN itu didapati dari undi pos (650) serta undi-undi rosak pada 2008 yang kembali pada BN (1466)


Apabila dijumlah keduanya menjadi 2110 undi. Dan majoriti BN yang baru didapati hanyalah 1725, dibawah undi rosak yang kembali + undi pos.

Perlu diingat, ini adalah kawasan yang PALING KUAT UMNO dalam SElangor dan dalam Malaysia. Sekiranya keputusan ini dijadikan rujukan, maka ia bermakna UMNO akan KEKAL KALAH di Selangor dan di semua kerusi yang mereka menang tempohari.

KEPUTUSAN YANG MENGHAIRANKAN. ADA PENGUNDI HANTU?

Keputusan baru Hulu Selangor ni juga satu bentuk keputusan yang menghairankan. Mengapa saya kata demikian? K

Kerana Undi PKR NAIK berbanding 2008:

2008 : 23,177

2010 : 23,272

Bererti kenaikan sebanyak 95 undi. TAPI dalam naik pun PKR tetap kalah.

Saya menghidu terdapatnya RAAMAAAIIII hantu2 yang telah mengundi, ditambah lebih 1000 pengundi yang telah di buang nama mereka dari senarai oleh SPR.

Suka tak suka, perlu ada siasatan terhadap keputusan ini. Saya menghidu penipuan sekali lagi.

Kepada penyokong dan pendokong PR, jangan jatuh semangat. Kita kena tipu dan di masa lain mereka tak boleh tipu lagi, inshaalah.

Tulang Besi




Read more!(Selanjutnya)

Laporan Keputusan Hulu Selangor Dari Pelbagai Sumber

Berikut adalah laporan2 yang saya kutip dari pelbagai sumber berkaitan dengan keputusan terkini di Hulu Selangor. Sila "refresh" dari semasa ke semasa.

1.0 Maklumat terkini tidak rasmi :PKR 7522 BN 6226

2.0
Kampung Baru Air Jernih

Saluran 2

PKR - 172
BN - 252

3.0 Dari Johnson Chong: Selepas 11000 undi dikira, PKR sedang mendahului sebanyak 1,000 undi


4.0 Jam 19:06:PKR 8509 BN 6840 (tidak rasmi)

5.0 Sumber dari Felda: Undi Melayu 50-50 tapi tak confirm lagi

6.0 Dari Johnson CHong: jonsonchong:
RT @QueenNadya: Unofficial 7pm - 6689 BN : 8110 PR #P94 #HS

7.0
Dari Anil:
Kampung Baru Air Jernih

Saluran 2

PKR - 172
BN - 252

Kampung Baru Batang Kali

Saluran 2

PKR - 268
BN - 60
Sunday April 25, 2010 19:10 Anil
19:09

Anil:
Kampung Padang

Saluran 1

PKR - 77
BN - 209

Saluran 2

PKR - 154
BN - 191

8.0 shamsuliskandar:
RT @anthonyloke: unofficial, pr leading 1k now with 12 k votes counted http://myloc.me/6ojcS

9.0 malaysiandigest #P94: Postal vote result - Kamalanathan 767, Zaid 120 9 minutes ago reply

10.0 19:13 Anil:
PKR 8885 BN 6985

11.0 fahmi_fadzil Unofficial (with corrections) 715pm: BN 6985 - PR 8885

12.0 uyjohnmas Unofficial (with corrections) 715pm: BN 9985 - PR 8903

13.0 Untuk 4 Peti Undi dalam kawasan Kalumpang, secara total, PR akan menambah majoriti dari 74 undi pada 2008 kepada 100+ undi kali ini

14.0 Twitter
limkitsiang:
Kg BktChandan BatangKali PKR 488 BN 118 majority 370 (2008 maj 174) This is typical of major shift of Chinese votes 2PR - here getting 80.5%

15.0 Dari Twitter Khairykj
Latest unofficial: 14,258 BN, 12,305 PKR #HS #P094

16.0 jonsonchong:
Official EC tally so far: BN 3,134 PKR 3,772 #P94 #HS

17.0 Khairy dah ubah bilangan
khairykj:
Latest unofficial: 18,677 BN - 17,126 PKR #HS #P94

18.0 Twitter
jonsonchong:
Unofficial #HS results: Total votes counted 41,120; Percentage of votes counted 64%; Margin for PKR -534 (Source: Pakatan Blogger) #P94


Read more!(Selanjutnya)

Talian untuk Pengundi Luar Hulu Selangor -PENTING!!!!

Masej untuk kesemua Pengundi-Pengundi Luar Hulu Selangor:



---------- Forwarded message ----------

Date: 2010/4/23
Subject: Talian untuk pengundi luar Hulu Selangor
To:


Talian untuk pengundi luar Hulu Selangor

Posted by Zaid Ibrahim on Thursday, April 22, 2010 ·

Para pengundi Hulu Selangor yang bermastautin di luar Hulu Selangor diharap akan kembali mengundi April 25 ini. Untuk maklumat dan bantuan, sila hubungi: 019 326 0874. Selamat mengundi!

And here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Hulu Selangor: Ada Harapan PR/PKR Untuk Menang

Begitulah maklumat terbaru yang didapati oleh Tulang Besi. Harapan untuk menang kelihatan cerah. Tapi, masih terlalu awal untuk berkata demikian sebenarnya. Ini kerana Barisan Nasional terkenal dgn undi hantunya. Maka, kita masih boleh kalah dengan segala penipuan dan daya usaha jahat Barisan NAsional/UMNO. Kita semua mesti jangan putus berdoa dan bermunajat sepanjang masa sehingga lah keputusan diumumkan.

PENGUNDI LUAR

Minta setiap penyokong dan pendokon PR mengusahakan sesiapa yang mereka tahu menjadi pengundi di Hulu Selangor supaya pulang mengundi.

Pengundi luar dan pengundi muda mampu memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat.

NAJIB DAH MULA MENGGELABAH

Najib dan gengnya baru mendapat maklumat terbaru berkenaan Hulu Selangor yang menyatakan Barisan Nasional terkebelakang di Hulu Selangor.

Tak heranlah malam tadi Najib sendiri berucap dan menyindir Anwar Ibrahim sebagai peliwat. Dia dilaporkan berkata:

Najib berucap dengan membidas Anwar dan pembangkang.

"Politics ketandusan moral ini cukupla... Enough is enough.

"Dia (Anwar) cabar saya berdebat dengannya..., buat apa debat dengan saya, buat perabihkan beras saja. Saya cadang dia berdebat dengan Saiful," sindir Najib sambil disambut gelak ketawa hadirin.

"Saya kenal Saiful pun tidak. Siapa yang pilih Saiful? Siapa lantik dia sebagai pegawai khas?

"Saiful itu jambu. Lepas itu dia kata Saiful ini tea boy saja? Tapi bawa ke Bangkok, bawa ke Singapura.

"Duduk di interconnecting room.

Najib juga secara sinis menyindir Anwar dengan mempertikaikan keistimewaan teh yang dibuat oleh Saiful.

"Ada juga jambu dalam pejabat saya. Tapi semuanya selamat di pejabat saya. Boleh check semuanya.

"Saya tak serang peribadi, saya tidak akan cerita di khalayak ramai. Kalau nak tahu detail boleh jumpa saya.

"Yang lain semua censor... Kalau nak tahu tunggu masa," kata Najib.


JENTERA PAS

Jentera PAS telah membantu dalam pilihanraya ini dengan maksima. Pada mulanya memang sedikit slow, tapi lepas tu jadi laju.

Cumanya jentera PAS lebih tertumpu di kawasan Hulu Bernam dan juga Hulu Selangor ni BESAR. jadi, jentera PAS terletak di ceruk dan agaknya itulah sebabnya mereka tidak kelihatan sangat - sebab faktor lokasi dan geografi

TERUKNYA UMNO

Sepanjang kempen, UMNO tiada modal. Hanya serangan-serangan pribadi pada Zaid Ibrahim. Lupakah UMNO, kalau Zaid peminum arak, UMNO telah melantik beliau sebagai dan Menteri Kabinet di waktu beliau belum bertaubat?

Kenapa masa Zaid dalam UMNO dahulu, perkara ini tidak ditimbulkan?

Isu yang dibawa UMNO hanya pribadi Zaid dan pribadi Anwar. Sampai Najib sendiri sindir Anwar meliwat. Angkara Anwar cabar dia berdebat dan dia penakut dan berdebat dengan Anwar. Hahahahaha

Sebagai penutup, saya berani kata kalau UMNO tidak menipu, kita akan menang kerusi Hulu Selangor, inshaalah

Tulang Besi



Read more!(Selanjutnya)

Friday, April 23, 2010

Perutusan Mursyidul Am PAS Untuk Pengundi Hulu Selangor

NOTA EDITOR: Berikut adalah perutusan khas dari Mursyidul Am PAS Pusat, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat sempena Pilihanraya Kecil Hulu Selangor. Selamat membaca.

Perutusan Mursyidul Am Untuk Pengundi Hulu Selangor Assalamu'alaikum warahmatullahi wa barakatuh, dan Salam Sejahtera. Firman Allah SWT (al-An'am 6:162),



Maksudnya, "Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam."
Sesungguhnya, segala puji-pujian yang tidak terhingga kepada Allah Tuhan yang mencipta dan mentadbir sekalian alam. Puji-pujian juga yang teramat tinggi kepada Nabi Muhammad Pesuruh Allah, Nabi pengakhir zaman. Didoakan kepada semua pengundi bagi pilihan raya kecil P.094 Hulu Selangor berada di dalam keselamatan dan kesejahteraan hendak-Nya. Tuan-puan, dan saudara-saudari yang dihormati sekalian.

Bersempena dengan musim kempen pilihan raya ini, sukacita saya mengingatkan diri saya dan menyampaikan ingatan sama kepada sidang pengundi sekalian yang bakal mengundi pada hari Ahad, 25 April 2010 nanti.
Jadilah ingatan ini sebagai panduan utama untuk sidang pengundi sekalian menjadi seorang yang berhak mengundi, menunaikan tanggungjawab mengundi dan memangkah kertas undi dengan pasangkan niat , "sesungguhnya aku mengundi untuk menegakkan kebenaran dan keadilan serta kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat."

Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi sekalian.
Perkara pertama kita kena tahu, betapa Umno telah menghancurkan simbol Bulan Bintang yang dipakai oleh PAS pada tahun 1971. Sedangkan pada PAS, Bulan Bintang itu mempunyai makna yang besar dari segi mendidik rakyat kepada cara hidup beragama.

Pertama, Bulan Bintang itu dipakai di atas menara masjid-masjid –– rumah Allah Tuhan yang Maha Kuasa. Kedua, Bulan Bintang adalah simbol bagi PAS untuk menghidup dan menghayati serta melaksanakan falsafah hidup beragama (muslim sejati) berteraskan doa iftitah yang selalu dibaca ketika permulaan sembahyang. Doa yang dimaksudkan ialah "sesungguhnya sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku adalah kerana Alllah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam (Lillahi Rabbi 'alami)."

Oleh sebab itu, melalui simbol Bulan Bintang apabila dilihatnya, maknanya seseorang diajak untuk mengingati tanggungjawab beragama –– sembahyang dan beribadat, serta memikirkan soal hidup dan mati.


Dengan cara itu, harapan PAS supaya rakyat sentiasa berada di dalam kehidupan beragama, berkeamanan dan berharmoni.
Akibat daripada larangan penggunaan simbol Bulan Bintang itulah dapat dilihat hari ini, bila mana rakyat hari ini begitu bercelaru amalan hidupnya –– terbabit dengan segala amalan maksiat dan kerosakan akhlak serta berlaku amalan hidup yang berlawanan dengan apa yang ucapkan di dalam solat.

Di samping berlaku tingkah laku yang di luar daripada sifat kemanusiaan seperti membuang bayi dan pembunuhan sesama insan.
Perkara kedua yang perlu diingati ialah tindakan pemimpin Umno yang telah menghapuskan penggunaan tulisan jawi.

Tulisan jawi juga dihapuskan dalam pendidikan di sekolah. Ia berlaku zaman Almarhum Khir Johari, menghapuskan pengajaran dan penggunaan tulisan jawi itu.
Kesannya ramai orang Melayu, khususnya generasi sekarang tidak pandai membaca dan menulis jawi. Sedangkan jawi adalah tulisan dan bahasa al-Quran, dan ia adalah warisan ilmu orang Melayu zaman berzaman. Maka, ia bukan sekadar menghapuskan budaya ilmu yang menjadi medium pendidikan utama orang Melayu, malah orang Melayu kini amat dangkal dengan pengetahuan al-Quran kerana mereka sudah tidak pandai membaca al-Quran.

Inilah bahananya dasar Umno.
Rakyat kena persoalkan, kemana Umno nak bawa rakyat. Nak kata Umno nak bawa ke jalan agama, jelas Umno sudah buat banyak perkara yang bercanggah dengan kehendak Islam seperti melarang guna Bulan Bintang dan tulisan jawi. Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi sekalian. Pekara ketiga, layak juga dipersoalkan kepada pemimpin Umno, apakah tujuan sebenar Umno lawan sangat PAS ini? Sedangkan PAS sudah diakui sebagai parti yang berjuang untuk Islam, demi untuk melaksanakan pentadbiran dan mengamalkan sistem masyarakat Islam di Negara ini. Boleh jadi, Umno lawan PAS atas dasar demokrasi. Jika begitu, kaedah demokrasi sebenarnya mengajar kita supaya berlaku adil kepada semua pihak. Apabila bertanding dalam pilihan raya, hendaklah mengamalkan pilihan raya yang adil dan bersih, tiada ugut-mengugut dan sogok-menyogok.

Jika PAS menang, kena terima itu mandat rakyat dan perlu dihormati. Persoalannya, apa pasal pula Umno begitu gah kononnya berjuang ikut demokrasi, tetapi prinsip demokrasi tidak sedikit pun dipatuhi?
Tengok saja atas isu wang royalti petroleum. Sekian lama negeri Terengganu di bawah kuasa BN, royalti minyak dibayar kepada kerajaan negeri . Tetapi bila saja PAS menang di Terengganu tahun 1999, setahun selepas itu royalti sudah ditarik dan ditukar pula kepada wang ihsan. Itupun sudah tidak diberi kepada kerajaan negeri. Ia disalur terus kepada Umno bahagian.

Semuanya adalah bukti Umno sendiri tidak hormat, malah melakukan perkara yang bercanggah dengan prinsip demokrasi.
Benarlah Umno yang mendakwa berpegang dengan prinsip demokrasi, hakikatnya Umno tidak mematuhi prinsip demokrasi. Cuba kita renungkan sedikit, bagaimana Islam pula mengajar umatnya berjuang. Sesungguhnya Islam adalah lebih bertamadun berbanding demokrasi, kerana demokrasi tidak mengajar soal dunia dan akhirat.

Namun, Islam dikatakan lebih bertamadun kerana mengajar kita dengan prinsip bahawa 'apa saja yang kita perjuangkan, semuanya akan disoal oleh Allah SWT di akhirat.' Prinsip seumpama ini adalah selari dengan prinsip 'sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku, semuanya kerana Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.' Barang ini (prinsip ini) tidak ada dalam perjuangan Umno.
Sebab itulah kita berani katakan bahawa perjuangan Umno adalah perjuangan sekular.

Lebih-lebih lagi, Umno dilihat lebih mengutamakan pembangunan berteraskan kebendaan semata-mata. Maka, tidak ada bezanya perjuangan Umno itu dengan perjuangan parti politik di Barat yang mementingkan pembangunan dan kemajuan semata-mata.

Sebab itulah, perjuangan Umno mengasingkan prinsip agama dengan politik. Maka jadilah Umno sebagai parti sekular, iaitu sebuah parti yang mengamalkan politik suku, agama suku. Ia memberi makna, semacam kerja politik tiada kaitan dengan dosa dan pahala lagi. Sebab itulah ada pemimpin Umno berani melakukan segala amalan politik yang bercanggah dengan ajaran agama. Mereka mengamalkan politik wang, politik ugut dan politik paksa.

Sedangkan kesemuanya itu bercanggah dengan ajaran Islam dan dilarang keras oleh Nabi Muhammad SAW.
Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi yang dikasihi sekalian. (Akhirnya), perkara keempat mengenai perjuangan Umno ialah amalan salah Umno yang sentiasa mengasing-asingkan rakyat dengan membeza-bezakan rakyat mengikut kaum-kaum.

Akibat amalan salah Umno itu, akhirnya orang Melayu dibeza-bezakan dengan bukan Melayu. Dan paling salah membeza-bezakan antara Melayu yang sokong Umno sebagai Melayu-Umno dan yang sokong PAS sebagai Melayu-PAS.
Kemudian berlaku pula pengasingan antara hak Melayu dengan hak bukan-Melayu, diikuti pula hak Melayu-Umno dengan hak Melayu-PAS.

Paling teruk juga, orang Melayu-PAS telah dibeza-bezakan dari segi jawatan dan kenaikan pangkat, subsidi dan bantuan, dan hak-hak antara negeri diperintah Umno-BN dengan negeri diperintah PAS-Pakatan Rakyat. Seperti juga berlaku pada akhir-akhir ini, bila mana persoalan wang royalti petroleum untuk Kelantan sendiri tidak diberikan kepada kerajaan negeri, sedangkan kepada kerajan negeri Sabah dan Sarawak terus diberi. Apa yang berlaku, 'royalti' ditukar kepada 'ihsan' dan pemberian ihsan pula adalah kepada Umno bahagian.


Demikianlah, buruknya amalan membeza-bezakan itu. Ia telah mendera rakyat Kelantan, kerana kerajaan negeri Kelantan hari ini adalah dipilih atas hak dan kehendak rakyat. Amalan Umno sebegitu telah menepikan langsung nilai keadilan yang diajar oleh Islam. Sekaligus bertentangan dengan ajaran Tauhid Islam.

Mengikut ajaran Tauhid, bukan hanya Tuhan itu Satu, tetapi satu segala-galanya. Hatta manusia yang berbagai-bagai bangsa itupun adalah disatukan di bawah satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam AS.
Oleh itu, kembalilah kita kepada ajaran Islam dan mengamalkan cara hidup beragama. Sesungguhnya sistem Islam adalah benar dan adil untuk semua kaum. Ingatlah, firman Allah (surah Ali-Imran 3:102-103),



Bermaksud, "wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai ."


Sebenarnya Allah SWT tidak menerima segala amalan kita, melainkan kita beramal dengan ajaran Islam yang syumul. Menolak perjuangan Umno sudah pasti membebaskan diri kita daripada segala-gala amalan salah.


Sehubungan itu, saya menyeru dan merayu kepada sekalian pengundi Hulu Selangor yang budiman lagi bijaksana, undilah calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim dari parti KeADILan. Saya penuh yakin dan percaya di atas pengalamannya selaku bekas ahli parlimen dan menteri kabinet, sesungguhnya beliau mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk membela dan menunaikan harapan rakyat di parlimen Hulu Selangor.

Keluarlah mengundi beramai-ramai, jangan hiraukan ugutan Umno-BN dan selamat mengundi.
Semuga tuan-puan, dan saudara-saudari sekalian dirahmati Allah Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. "Harapan Baru Malaysia"

*** PAS UNTUK SEMUA ***

Sekian.


Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,
Mursyidul Am PAS
Read more!(Selanjutnya)

Pengundi Luar Akan Memenangkan Pakatan Rakyat

Harus setiap penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat mengusahakan keseluruhan pengundi Pakatan Rakyat yang mengundi di Hulu Selangor pulang ke Hulu Selangor untuk mengundi.

Harus juga setiap yang membenci korupsi, maksiat, salah guna kuasa serta pembohongan yang penipuan Barisan Nasional dan UMNO untuk berbuat yang sama.

Fakta menunjukkan pengundi muda akan mengundi Pakatan Rakyat lebih dari pengundi tua.

Kenapa kita mesti menangkan BN? Semua "katak-katak" yang meloncat baru-baru ini TIDAK DAPAT MEMBERI APA-APA SEBAB yang konkrit untuk keluar dari PR dan masuk BN. Malahan Dr Halili pun merapu di dalam menyokong tindakan beliau menjadi katak.

Ertinya, tiada sebab untuk BN menang. Masaalah Felda di Hulu Selangor sudah menjadi barah selama 50 tahun dan BN gagal menyelesaikannya.

Maka, kalau pun tiada sebab, PR wajib dimenangkan di Hulu Selangor semata-mata untuk memastikan masa depan anak-cucu kita terjamin dan terselamat dari kebodohan dan penipuan Barisan Nasional serta UMNO.

Tulang Besi

Pengundi muda dirayu 'balik kampung', Aidila Razak, Apr 22, 10, 5:25pm
Dengan baki tiga hari lagi sebelum kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor berakhir, PKR merayu pengundi yang menyokong parti itu supaya pulang ke kampung halaman masing-masing pada Ahad ini untuk mengundi.

Kain-kain rentang didirikan mengingatkan pengundi bahwa PKR akan tewas jika pengundi yang bekerja di luar Hulu Selangor, khususnya golongan muda tidak pulang.

Menurut Ketua Penerangan Pemuda PKR, Lee Khai Loon (bawah, kanan), purata 10 peratus daripada 64,500 pengundi berdaftar di Hulu Selangor sekarang ini bekerja ataupun menghuni di tempat lain.

“Daripada sessi bermesra dengan penduduk tempatan, kita dapati daripada setiap 100 rumah yang dilawati, 10 keluarga mempunyai anak-anak yang bekerja ataupun menghuni di tempat lain,” katanya kepada pemberita di Kuala Kubu Bharu hari ini.

Justeru, katanya, PKR akan cuba merayu pengundi muda berkenaan supaya pulang melalui kempen di Facebook, laman mikro-blogging Twitter, mesej teks telefon dan video di internet.

“Kami juga menggesa rakan-rakan dan keluarga untuk memujuk mereka yang tinggal di luar Hulu Selangor untuk pulang Ahad ini. Gunakan pilihan raya kecil ini sebagai alasan untuk mengadakan perhimpunan keluarga,” katanya.

Pen
yelaras kempen DAP, Lau Weng San berkata pihaknya akan juga mengiklankan mesej berkenaan di akhbar arus perdana hujung miinggu ini untuk tujuan berkenaan.

Beliau meramalkan separuh daripada pengundi muda dari Hulu Selangor bekerja di kawasan seperti Kuala Lumpur, Rawang, Selayang dan Tanjung Malim.

“Pengundi muda adalah penyokong kita, jadi kita tidak boleh kehilangan satu pun undi mereka,” katanya.

Undi Orang Asli

Selain undi golongan muda, parti-parti politik juga cuba meraih undi 721 orang Asli.

Bagaimanapun menurut PKR, BN menggunakan taktik kotor memperalatkan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) untuk berkempen bagi pihak mereka.

Mereka mendakwa kenderaan JHEOA digunakan bagi membawa barangan kepada orang asli dan logo jabatan itu dilekatkan logo BN.

Antara barangan yang diberikan termasuk biji benih, makanan, alkohol, menganjur konsert rock dan juga wang tunai.

Namun menurut penduduk Kampung Orang Asli Serendah, Masah Anak Tan, dia masih tidak terpengaruh kerana BN melayan mereka tanpa sebarang hormat.

“Mereka datang membawa manggis dan kelapa tetapi setelah mengambil gambar, manggis-manggis itu dipunggah semula ke kenderaan mereka,” katanya.

Masah (kiri) juga m
engadu mengenai pondok polis sementara yang didirikan di kampung mereka yang dikatakannya sesuatu yang tidak pernah dilakukan.

Bagi Ramli Lugan, seorang Asli yang juga penyokong PKR, kehadiran polis itu dilihatnya sebagai satu bentuk ugutan.

Penduduk juga mendakwa JHEOA menggesa mereka menghalau para penyokong PKR yang kini menetap dengan beberapa keluarga orang Asli.

Exco kerajaan negeri Selangor bagi hal ehwal orang Asli, Elizabeth Wong menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencengahan Rasuah dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk bertindak terhadap salah laku itu.
Read more!(Selanjutnya)

Thursday, April 22, 2010

Calon BN, P. Kamalanathan, Penipu?

Saya merujuk kepada artikel Raja Petra Kamaruddin bertajuk "A lie to cover a lie"


Ada dua isu yang P. Kamalanathan telah ditangkap menipu:

1.0 P. Kamalanathan, apabila ditanya wartawan Free Malaysia Today, menafikan yang beliau telah mencium tangan Muhyiddin Yaasin. ( Sila rujuk di sini )

Gambar di bawah menunjukkan P.Kamalanathan ini seorang penipu:



Beriye-iye dia nafi dia tak pernah mencium tangan Muhyiddin Yaasin, rupa-rupanya dia pernah cium.

2.0 Mengikut CV P. Kamalanathan, beliau adalah lulusan dalam Sarjana Muda Perhubungan Awam di University Edith Cowan di Australia.

Namun mengikut Raja Petra Kamaruddin, pemeriksaan melalui panggilan telefon mengesahkan beliau tidak pernah menghadiri kuliah atau mendapat apa-apa ijazah dari university tersebut. Adakah dalam isu juga juga P.Kamalanathan menipu? Sila rujuk di kaki artikel untuk melihat hasil siasatan yang digunakan oleh Raja Petra Kamaruddin.

Sekurang-kurangnya Zaid Ibrahim mengaku yang beliau pernah minum minuman alcohol tetapi telah bertaubat. Ertinya Zaid Ibrahim tidak menipu.

P Kamalanathan dengan berahi menafikan beliau pernah mencium tangan Muhyiddin padahal perkara tersebut dilakukan di hadapan ramai saksi termasuk pihak akhbar.

Undilah calon yang tidak ada perangai menipu.

Tulang Besi











Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, April 21, 2010

Sokong UMNO. Tanggung Dosa Semua Tahi Judi dan Arak di Malaysia

Malaysiawaves telah membawa BERBAGAI bukti akan keterlibatan UMNO secara TERUS dalam industry judi dan arak. Sila rujuk artikel-artikel di bawah sebagai contoh:

1.0 DAP Tolak Judi. UMNO Taja Judi. Mana Suara PAS?
2.0 Hari Ini Dalam Sejarah: Loteri UMNO 1951
3.0 Majlis Perasmian Kilang Guiness 1968
4.0 Malaysia Waves: Baru Saya Faham Mengapa Ada Ulama Telah Mengkafirkan UMNO
5.0 UMNO Berjuang Islam? Sejak Bila? Ini Berita Baru .
6.0 Sehari Sebelum Demo Nama Allah, UMNO Lulus Lesen Pusat Hiburan ...
7.0 Najib Lulus 10 Lesen Judi Baru
8.0 Rancangan untuk Luluskan Judi Sukan
9.0 2Najib Tun Razak meluluskan 10 Lesen Special Draw baru?.
10.0 Hasil kerajaan dari judi sahaja adalah RM2.3billion.
11.0 kenyataan Najib Tun Razak meminta semua orang mencontohi Lim Goh Tong .
12.0 Melayu Islam duduk di Lembaga Pengarah Guiness Anchor serta Calrsberg
dan banyak lagi.
Jelasnya, UMNO adalah faktor utama mengapa budaya judi dan arak MENULAR dalam masyarakat Melayu Islam. PAda waktu yang sama, Melayu/Islam tetap ketinggalan dalam ekonomi baik domestik mahupun global.
Ertinya, di bawah UMNO, Melayu/Islam telah hilang segala-galanya: Agama, Ekonomi, Pelajaran, Kehormatan dsbnya. Yang belum dilakukan oleh Melayu Islam adalah PELACURAN.

UMNO menyebar virus berikut kepada Melayu Islam di Malaysia:

1.0 Syirik kerana UMNO menyebar fahaman sekular di bawah panji “Politik Suku Agama Suku”
2.0 Judi
3.0 Arak
4.0 Hiburan yang melampau
5.0 Menyebabkan Melayu Islam ketinggalan dalam ekonomi hasil perangai korupsi UMNO
6.0 Makan duit haram
7.0 Riba
8.0 Membenci agama kerana cara UMNO melayan ulama
9.0 Layanan UMNO terhadap tokeh-tokeh judi (Vincent Tan, Ananda Krishnan, Lim Goh Tong dsbnya) lebih baik dari layanan kepada para ulama dan agamawan. Kita tak pernah dengar tokeh-tokeh judi ini dimasukkan dalam ISA atau dihumban ke dalam lokap seperti para ulama-ulama Islam. Kita pernah dengar Ustaz Ibrahim Libya dibunuh dengan kejam.

Syukur PAS tak jadi tubuh “Kerajaang Perpaduang” dengan UMNO. Kalau tidak, PAS pun terpaksa bergelumang dengan najis judi dan arak serta persengkokolan dengan Yahudi.
Sesiapa yang pernah mengundi UMNO, silalah bertaubat nasuha kerana dosa-dosa tahi judi, arak, berkawan yahudi dsbnya semua kamu kena tanggung juga.

Melayu Islam di Malaysia rugi duduk bawah UMNO. UMNO penghancur Islam dan Melayu di Malaysia.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, April 20, 2010

Majlis Perasmian Kilang Guiness 1968



Barulah kita faham kenapa UMNO sebuk-sebuk sangat nak suruh kerajaan Pakatan Rakyat tutup kilang Guiness dan Calrsberg di Shah Alam. Rupanya diorang nak tutup pekung sendiri. Diorang rupanya yang tubuh dan rasmikan kilang-kilang arak tu semua.

DI bawah adalah gambar majlis perasmian kilang Guiness di Sungai Way pada tahun 1968. Rupanya Kilang Guiness telah mendapat berkat kerana dirasmikan oleh Presiden UMNO yang Kedua merangkap Perdana Menteri yang pertama.

Benarlah kata orang. Arak dan judi menjadi sebahagian dari kehidupan orang Melayu Islam hasil dari usaha dan kerja gigih dari UMNO. Jasa UMNO yang paling besar adalah membawa arak dan judi ke dalam kehidupan orang Melayu Islam sehari-hari.

Di bawah UMNO tokeh-tokeh judi mendapat status yang sangat istimewa i.e. Lim Goh Tong, Ananda Krishnan, Vincent Tan dsbnya. Manakala dibawah UMNO, ulama-ulama dinista, ditangkap, diletak di bawah ISA, di siksa, dibuang kerja, dilakukan bermacam-macam.

Memanglah UMNO agen penghancur akhlak dan moral serta agama orang Melayu Islam.

HIDUP UMNO!!!, HIDUP APCO!!! HIDUP ARAK!!! HIDUP YAHUDI!!!!.

Memang patutlah ulama-ulama UMNO keluar dari UMNO dan tubuhkan PAS. Kalau tidak ulama2 tersebut kena hadir majlis seperti ini dan baca doa. Juga, kalau jadi "Kerajaang Perpaduang" hari tu, alamat ulama2 dalam PAS akan terpaksa membaca doa selamat dalam majlis-majlis seperti ini.

Tulang Besi









Read more!(Selanjutnya)

Dosa Bekerjasama Dengan Yahudi TIndas Umat Islam Lebih Besar Dari Minum Arak




Zaid Ibrahim dah bertaubat. UMNO masih belum bertaubat dari bersekongkol dengan Yahudi dan musuh Islam. UMNO masih bersengkongkol dengan Yahudi laknatullah. Yang terakhir, UMNO telah memberhentikan penjualan gasoline kepada Iran hanya kerana mahu mengambil hati Yahudi laknatullah.

Kenapa? Kerana Israel takut program nuclear Iran yang bakal membahayakan negara Israel itu sendiri. Maka, Malaysia terikut sekali mengenakan tindakan boikot terhadap Iran. Padahal, program nuclear Iran boleh menaikkan taraf umat Islam di mata dunia.

Tapi, Najis dan UMNO lebih suka mendapat keredhaan Yahudi dan Nasrani dari mendapat keredhaan Allah. Parti Yahudi UMNO inilah pilihan katak-katak seperti Zul Nordin, Halili Rahmat dsbnya. Mereka melompat dari PKR supaya dapat memperjuangkan kedaulatan Israel.

Jadilah Halili nanti BARUA YAHUDI bersama-sama Muhsin, Zul Noordin dan Berahim anak tok gawa Ali.

Saya nak tanya, kalau seseorang itu bertaubat dari dosa minum arak. Adakah itu lebih baik dari seseorang yang masih bergelumang dengan najis dan dosa mengkhianati umat Islam dengan berkawan dengan Yahudi laknatullah?

Sokong Zaid, dia dah taubat. Sokong UMNO, masih lagi bergaul dan bergelumang dengan Yahudi.

Secara mudah: Sokong calon MIC, jadi barua Yahudi. Sokong calon PKR, jadi kawan Erdogan lawan Israel.

Mudah sahaja.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

PERKASA Kempen Lawan Calon Melayu, Sokong Calon MIC?

Hairan bin Ajaib. Dalam PERKASA sebuk-sebuk berkokok kononnya mempertahankan hak Melayu, boleh pulak turun berkempen lawan calon Melayu.

Dilaporkan Berahim Ali akan berkempen di Hulu Selangor untuk memenangkan calon MIC, P. Kamalanathan.

Inilah orang-orang tua kata Mengata Dulang Paku Serpih. Tidakkan PERKASA sedar kiranya menang Zaid Ibrahim, jumlah MP Melayu di Parlimen akan BERTAMBAH. Kiranya menang calon MIC, jumlah MP Melayu di Parlimen akan BERKURANG.

Jadi, apa hujjah Berahim dan PERKASA berkempen di Hulu Selangor untuk MIC? Tindakan Berahim ini tidak lain membuktikan Berahim serta PERKASA adalah BARUA UMNO semata-mata. Tidak lain dari itu.

Sampai sekarang kita tak dengar walau satu nada pun kemarahan dari PERKASA terhadap kerjasama UMNO dengan syarikat Zionis Yahudi bernama APCO.

Ertinya PERKASA redha dengan hubungan dengan Yahudi/Zionis. Yang PERKASA tidak redha hanyalah Pakatan Rakyat dan PERKASA digunakan sebagai alat untuk MENJATUHKAN PAKATAN RAKYAT.

PERKASA tidak hairan dengan judi, arak, hubungan dengan Yahudi Israel, zina dan sebagainya. Ini semua adalah sebahagian dari perjuangan PERKASA.

Dan, menentang calon Melayu di Hulu Selangor pun sebahagian dari perjuangan PERKASA.
Secara otomatik, jadilah PERKASA ni pertubuhan TIDAK TENTU ARAH. Sedihnya tengok ramai yang dokong pertubuhan macam ni

Tulang Besi

Kami bukan rasis, kata Ibrahim di Hulu Selangor Oleh G. Manimaran

HULU SELANGOR, 19 April — Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali muncul dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor secara langsung sambil menegaskan, badan bukan kerajaan (NGO) itu, malah dirinya sendirin”bukan rasis” sebagaimana dilabelkan oleh sesetengah pihak.

Ini kempen pilihan raya kecil pertama dihadiri beliau selepas Perkasa — NGO kaum Melayu terbesar di negara ini sekarang — mengadakan mesyuarat agung tahunan sulungnya di ibu negara bulan lalu.

Bagaimanapun Ibrahim memulakan ceramah pertamanya di Batang Kali malam tadi dengan berkata, beliau tidak berada di Hulu Selangor atas kapasiti sebagai Presiden Perkasa.

Awal bulan lalu Ibrahim juga mengetuai usaha penubuhan Majlis Perundingan Melayu — di mana kedua-duanya bermatlamat memperjuangkan hak orang Melayu dan Bumiputera.

Bagaimanapun suara lantang Perkasa dan MPM dilihat sebagai golongan ultra Melayu dan bergerak atas landasan perkauman dengan menafikan kepentingan kaum-kaum lain.
Justeru, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, kesediaan beliau untuk turun kempen membantu calon Barisan Nasional (BN) P. Kamalanathan dengan sendiri membuktikan beliau dan Perkasa tidak berjuang berlandsarkan garisan perkauman.

“Perkasa bukan rasis, saya bukan rasis, saya ini bukan Melayu ultra,ntapi saya datang dan menyokong calon BN Kamalanathan walaupun adancalon Melayu bertanding,” kata beliau ketika ditemui di bilikngerakannya di Prima Beruntong, Bukit Beruntong sini semalam.

Kemudian beliau berceramah di kawasan Batang Kali. Ibrahim telah mengaturkan siri aktiviti ceramah termasuk majlis Bersama Datuk Ibrahim pada Jumaat ini.
Pilihan raya kecil menyaksikan empat calon bertanding iaitu Kamalanathan, Datuk Zaid Ibrahim dari Pakatan Rakyat, V.S. Chandran dan Johan Mat Diah masing-masing calon Bebas.

Pandangan Ibrahim ini keluar dua hari selepas Kamalanathan, yang juga penyelaras Putera MIC, mempertahankan peranan Perkasa yang memperjuangkan hak orang Melayu dan Bumiputera.
Tidak salah bagi mana-mana badan untuk memperkasakan kepentingan kaum masing-masing, katanya.

Malah menurut Kamalanathan, Perkasa yang dilabelkan sebagai kumpulan sayap kanan tidak ‘berperang’ dengan bukan Melayu kerana mereka bermatlamat bagi meningkatkan pengeupayaan komuniti Melayu.

Ibrahim berkata, Perkasa tidak terlibat dalam kempen pilihan raya kecil ini, sebaliknya beliau turun berkempen membantu selaku wakil rakyat Bebas atas dasar semangat kepentingan nasional dan kestabilan negara.

“Perkasa tidak berkempen dalam pilihan raya kecil. Saya tengok (berkempen) atas kepentingan nasional,” katanya.

Mengenai pengedaran gambar yang memuatkan mesyuarat agung tahunan Perkasa, Ibrahim memberitahu gambar-gambar yang digunakan itu bertujuan menakut-nakutkan orang Cina dan India kononnya Perkasa adalah rasis.

“Kita juga boleh buat begitu, ambil gambar NGO Cina dan edar di kalangan orang Melayu dan India... saya boleh guna perkara yang sama... tetapi kami tidak buat sebab kami bertanggungjawab atas keselamatan negara,” katanya.

“Tetapi saya pastikan itu adalah tindakan tidak bertanggungjawab dan tidak berakhlak,” kata beliau sambil menambah ia satu tindakan publisiti murahan.
“Saya tidak fikir orang bukan Melayu akan terpengaruh dengannya,” Kata beliau yang berpandangan ia boleh menyebabkan kesan songsang kepada mereka yang menggunakannya.

Ibrahim yang turut menyentuh isu Zaid berkata beliau akan mendedahkan wajah sebenar bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Jumaat ini.

“Datuk Zaid minum arak atau tidak, saya akan dedahkan pada 23 April ini,” katanya.
Bagaimanapun kata Ibrahim, wakil rakyat dari Kelantan di mana Zaid merupakan bekas Ahli Parlimen Kota Baru, pengakuan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan sendiri menunjukkan Zaid pernah mengambil minuman keras.

“Tetapi Hadi berkata Zaid bertaubat... buktinya memang wujud,” kata Ibrahim.
Kelmarin, Hadi dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Zaid sudah berubah selepas kembali dari Mekah.

“(Naib Presiden PKR) Azmin Ali semalam (kelmarin) kata buktikan (berhubung perangai Zaid)... saya akan buktikan pada 23 April ini,” katanya.

Ibrahim juga berkata, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak sengaja meminta bukti kerana hendak menjatuhkan Zaid sebagai persiapan menghadap pemilihan jawatan timbalan presiden PKR hujung tahun ini.

Dalam ucapannya Ibrahim juga mempersoalkan pendirian Zaid yang mencabar isu hukum hudud di mahkamah dan bagaimana PAS boleh mempertahankan beliau sekarang.

Read more!(Selanjutnya)

Monday, April 19, 2010

Dr Halili Bidas Diri Sendiri

Nota Editor: Saya dah diberitahu akan perkara ini mungkin berlaku. Dan akhirnya ia berlaku juga. Dr Halili adalah salah seorang yang Salehuddin Hashim berjaya beli sebelum Salehuddin tinggalkan PKR.

Kita lihat sendiri sebab musabab yang diberikan oleh Khalili juga sumbang. Misalnya, beliau kata:

Beliau mendakwa, ia memandang tidak ada apa pun yang telah dibuat oleh PKR untuk kesejahteraan pengundi Hulu Selangor dalam masa dua tahun parlimen ini dikuasai oleh PKR dan Pakatan Rakyat memerintah Selangor.

"Saya mengetahui dan faham bahawa allahyarham wakil rakyat sebelum ini, uzur tetapi menghairan saya kenapa PKR tidak berbuat sesuatu bagi membantu pejabat beliau untuk memberi khimdat kepada pengundi di Hulu Selangor," tambahnya.

Bukankah Khalili adalah AJK PKR Hulu Selangor? Tugas untuk menghidupkan pejabat MP Hulu Selangor adalah sebahagian dari tugas beliau. Mengapa harus dipersalahkan parti?
Ini bererti Dr Khalili tiada sebab konkrit untuk meninggalkan PKR.

Melainkan kerana beliau berjaya dibeli oleh Selahuddin Hashim. Salehuddin yang kecewa kerana permohonan beliau untuk menjadi CEO Perangsang ditolak mentah mentah. Hasilnya, beliau sabotaj parti dengan membeli beberapa pemimpin “problem” untuk dibawa bersama beliau dalam mengkhianati parti dan perjuangan.

Bapak Salehuddin pun PAS pernah pecat, kenapalah Anwar Ibrahim ambik mamat ni jadi SU Agung saya pun tak paham.

Soalan saya pada Dr Khalili, walaupun beliau telah bertanding dua kali di Hulu Selangor, mengapa MAJORITI pengundi Hulu Selangor masih tidak mengenali beliau? Mengapa Zaid Ibrahim lebih popular dari Dr Halili Rahmat di Hulu Selangor, tempat kelahiran Dr Halili sendiri?

Sapa Halili nak tipu saya pun tak tau. Jelasnya, majoriti rakyat tidak akan tertipu dengan perancangan UMNO/Salehuddin Hashim ini, inshaalah.

Cuba tanya Salehuddin Hashim tu samada beliau minum arak ke tidak?Sekian.

Dr Halili keluar PKR masuk Umno, Jimadie Shah Othman, Apr 19, 10, 11:19am


Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat hari ini mengumumkan keluar daripada PKR dan menyertai Umno.


Dr Halili Rahmat (kanan) merupakan seorang pakar bedah saraf dan rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pernah menjadi doktor peribadi ketua umum PKR itu.
Sebelum ini, beliau disebut-sebut antara yang disenaraikan untuk bertanding mewakili PKR dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Bagaimanapun, Anwar kemudiannya mengumumkan pemilihan penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.

Anak kelahiran Ulu Yam, Dr Halili pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum sebelum ini pada 1999 (Hulu Selangor) dan 2004 (DUN Batang Kali), tetapi tewas kedua-duanya.
Bercakap dalam sidang akhbar dengan ditemani bekas setiausaha agung PKR, Salehuddin Hashim, beliau berkata:
"Saya menyedari akan ada yang menuduh bahawa tindakan saya ini kerana kecewa tidak terpilih sebagai calon PKR bagi pilihan raya kecil parimen Hulu selangor kali ini.
"Saya tidak pernah meminta atau menawar diri untuk dipilih menjadi calon PKR dalam pilihan raya ekcil Hulu Selangor ini, dan saya juga tidak pernah mengatakan saya menerima pelawaan untuk menjadi calon, walaupun ada pemimpin PKR yang telah mencadangkan demikian."

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Dr Halili berkata, walaupun beliau pernah bertanding atas tiket PKR pada pilihanra amraya 1999 dan 2004, tetapi "bagi pilihan raya kecil kali ini, saya merasa berat kerana realiti di peringkat masyarakat bawahan kini sudah berubah."

"Saya juga membuat kenyataan ini pada hari ini semasa kehangatan kempen pilihan raya Hulu Selangor dengan tujuan tidak mahu nama saya digunakan oleh PKR untuk memancing undi seolah-olah pendirian saya terhadap PKR masih sama seperit di zaman Deklarasi Permatang Pauh." tambahnya.

Sebagai anak jati Hulu Selangor yang masih berkampung di Ulu Yan, Dr Halili berkata amat sukar baginya untuk mempertahankan kredibiliti PKR.

Beliau mendakwa, ia memandang tidak ada apa pun yang telah dibuat oleh PKR untuk kesejahteraan pengundi Hulu Selangor dalam masa dua tahun parlimen ini dikuasai oleh PKR dan Pakatan Rakyat memerintah Selangor.

"Saya mengetahui dan faham bahawa allahyarham wakil rakyat sebelum ini, uzur tetapi menghairan saya kenapa PKR tidak berbuat sesuatu bagi membantu pejabat beliau untuk memberi khimdat kepada pengundi di Hulu Selangor," tambahnya.

Sehubungan itu, Dr Halili berkata, terbukit yang PKR hanya sibuk merayu undi pada waktu pilihan raya sahaja tetapi mengabaikan amanah rakyat seperti yang dijanjikan masa kempen pilhanraya.

"Perkara sedemikian tidak ssepatutnya berlaku dan saya diberitahu oleh orang kampung saya bahawa mereka akan memastikan ia tidak akan berlaku lagi," tambahnya.
Sebab masuk Umno
Dr Halili juga mendakwa bahawa PKR hari ini dikuasai oleh kumpulan kecil pemimpinnya yang berfikiran sempit dan memajukan ideologi-ideologi berhaluan kiri yang tidak disenangi oleh orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia umumnya.

Sehubungan itu, beliau mendakwa bahawa sudah nyata lagi jelas, PKR bukan lagi sebuah wadah parti politik perjuangan "tetapi lebih condong kepada parti yang pentingkan kuasa, hingga tidak memperdulikan kesejahteraan rakyat walaupun diberi mandat untuk mentadbir di beberapa buah negeri."

Sebaliknya, kata beliau, pada masa yang sama, kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk membawa perubahan politik untuk Umno dan BN.

Ini, katanya, mendorong beliau terus membuat keputusan untuk menyertai Umno.


Read more!(Selanjutnya)

Saidina Umar Dahulunya Peminum Arak yang Tegar


NOTA EDITOR: Kisah Saidina Umar dan Saidina Hamzah meminum arak adalah legenda. Sebelum mereka masuk Islam, mereka terkenal sebagai peminum arak yang berat. Malahan, Saidina Hamzah kekal meminum araksehingga beliau syahid di Uhud. Ini kerana pengharaman arak secara total berlaku selepas Perang Uhud. Dan Saidina Hamzah masih dikira sebagai syahid kerana pada waktu itu arak tidak diharamkan lagi.

Pokoknya, mereka telah bertaubat. Dan mereka dianggap oleh Allah SWT sebagai manusia yang terbaik dalam umat Nabi Muhammad SAW.

Adapun Zaid Ibrahim bukanlah para sahabat Nabi SAW. Namun,beliau telah mengakui secara terbuka yang beliau telah bertaubat. Jadi, kenapa kita hendak menjadikannya sebagai isu? Kalau nak kira minum arak, Saidina Umar dan Saidina Hamzah dulu kuat minum arak. Namun, mereka telah bertaubat dan mereka telah menjadi manusia yang beribu-ribu kali ganda lebih baik dari kita.

Beri peluang kepada Zaid Ibrahim membuktikan kata-kata beliau bahawa beliau telah bertaubat. Beliau telah pun mengerjakan haji dan telah bertaubat dari dosa-dosa besar.

Juga, kalau didapati beliau tidak istiqamah dalam taubat beliau, kita ada dua tahun lagi untuk menolak beliau dalam pilihanraya yang akan datang. Apa nak takut?

Di bawah adalah artikel dari Masrum Dayat/Harakahdaily yang menjawab tohmahan kononnya Zaid ada "minibar" di rumah beliau.

Satunya, minibar ni maksudnya tempat diletak makanan dan minuman yang bersifat tidak berkhasiat. Tiada kena mengena dengan arak. Biasanya minibar akan diletakkan di peti sejuk yang kecil di dalam bilik dan bukan di dapur. Kalau betul rumah Zaid Ibrahim ada minibar, apa salahnya? Apa salahnya letak Coca Cola, cokelat, kacang, Sprite etc? Nak fitnah Zaid pun tak reti guna perkataan yang betul, puak-puak UMNO ni.

Pakatan Rakyat kena berhenti layan cerita ni. Kesah UMNO bersekongkol dengan YAHUDI adalah DOSA YANG LEBIH besar dari minum arak. Isu ini lebih penting untuk dilayan dari isu Zaid ini.

Ezam sendiri terima duit dari Yahudi Soros. Takda orang nak komen ke?

Juga, takda pulak orang nak komen pasal Hishamuddin ye?

Sekian


Apa? Di rumah Zaid ada bar?
Masrum Dayat Apr 18, 10 9:05pm
“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain.

"Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." (49:12)

“Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula.

"Siapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat." (HR Bukhari)

Saya hairan bagaimana ada yang tergamak bertanyakan Tuan Guru Hj Hadi Awang, Presiden PAS, dan beberapa pemimpin PAS yang lain, mengenai tohmahan yang dilemparkan terhadap Zaid dalam laman web atau blog.

Zaid ditohmah sebagai pewain atau peminum arak tegar dulu kini dan selamanya. Bukan itu sahaja laman web dan blog tersebut turut mempamerkan gambar-gambar “super-imposed” (gambar yang telah ditokok tambah supaya kelihatan real).

Itu kerja-kerja jahat yang keterlaluan!

Zaid dan keluarganya juga ditohmah apabila dikatakan di rumah beliau sendiri terdapat bar (ruang khusus di mana arak di sediakan).

Tidak cukup dengan tohmahan tersebut, arak dikatakan menjadi hidangan sarapan pagi, tengah hari dan makan malam.

Arak ibarat air jus mangga yang dihirup senaknya, tohmah laman web dan blog berkenaan.

Saya sering berpeluang ke rumah Zaid di Tropicana Golf & Country Resort. Orang putih kata seeing is believing.

Setahu saya di rumah beliau juga sering diadakan sidang akhbar yang dihadiri oleh pemberita dari pelbagai akhbar termasuklah Selangorkini, Harakah dsb. Tidak kelihatan bar atau minuman keras di rumah beliau.

Sedangkan menghisap rokok di rumahnya pun isteri Zaid, Datin Suliana, tidak benarkan, apatah lagi menghidangkan arak siap dengan barnya sekali!

Tentulah tohmahan semacam itu merupakan serangan yang biadab dan amat keterlaluan.

Setahu saya Allahyarham ayah Zaid merupakan seorang pendukung kuat PAS Kota Baharu semasa hayatnya. Zaid sendiri merupakan anak lelaki yang sering mengiringi Almarhum ayahnya ke ceramah-ceramah PAS.

Hubungan dan aroma PAS sudah tersemat dalam jiwanya semenjak beliau kecil lagi.

Zaid dan isterinya juga telah beberapa kali mengerjakan umrah sebelum berpeluang mengerjakan ibadah haji pada tahun lepas (2009).

Pada saya, tidak mungkin Zaid sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk mengerjakan ibadah umrah dan haji kalau di dalam hati sanubarinya sarat dengan “penentangan terhadap hukum-hukum Allah” dan tiada sifat mahu mengabdikan diri kepada Allah.

Apakah menunaikan fardu haji dan berbuat kebajikan kepada lebih 5000 orang kurang upaya yang berdaftar dengan Yayasan beliau di Kelantan itu bukan manifestasi ketaatan kepada Allah Rabul Jalil?
Read more!(Selanjutnya)

Sunday, April 18, 2010

Di Mana Fairus Dapat RM100k+ Secara Tunai?

NOTA EDITOR: Semenjak Fairus masuk UMNO, tetiba dia boleh dapat duit tunai RM100k+ untuk bayar kereta Mercedez? Herannya mana dia dapat duit sebanyak sebegitu semata-mata untuk bayar duit kereta? Apa kerja beliau? Apa bisnes beliau? MAJORITI rakyat Malaysia nak tengok RM10k pun susah. Tetiba si Fairus yang berhenti kerja sebagai TImbalan Ketua Menteri dan ADUN boleh ada wang tunai RM100k. Heran heran.

Kalau SPRM professional, sudah tentu si Fairus ni akan dipanggik untuk disiasat. Rupanya melompat parti ni boleh jadi kaya dengan sekelip mata, ye. Hmmmmm....

Sekian

Fairuz selesai pinjaman kereta

Apr 18, 10 11:55am
Bekas Timbalan Ketua Menteri I Mohammad Fairus Khairuddin (bawah, kiri) telah menyelesaikan bayaran pinjaman kenderaan untuk membeli sebuah Mercedez Benz dengan kerajaan negeri.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman berkata Fairus telah menjelaskan bayaran itu dengan memasukkan RM109,000 ke dalam akaun Perbendaharaan Negeri di bank minggu lalu bagi menyelesaikan pinjaman itu termasuk faedahnya.

"Kami telah menerima jumlah itu daripada beliau selepas notis terakhir dihantar kepadanya bulan lepas supaya menyelesaikan pinjaman itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Balik Pulau.

Katanya notis itu dihantar kepada Fairus meminta beliau menjelaskan jumlah hutang yang belum dibayar atau memulangkan kenderaan itu dalam tempoh dua minggu.

Semua ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri di Pulau Pinang layak mendapat pinjaman kenderaan RM130,000 selama lima tahun dan pinjaman RM100,000 bagi perumahan yang akan dipotong melalui gaji bulanan mereka.

Fairus membayar pinjaman itu sehingga beliau meletakkan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 dan Anggota Exco Kerajaan negeri pada 8 April 2009. Pada 16 April beliau meletakkan jawatan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti.

- Bernama
Read more!(Selanjutnya)

Presiden PAS Bela Zaid Ibrahim

NOTA EDITOR: Berikut adalah kenyataan terbaru Presiden berkenaan dengan Zaid Ibrahim, calon PKR Hulu Selangor. Sekian

Abdul Hadi bela Zaid

HULU SELANGOR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menjelaskan calon Pakatan Rakyat (PR) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim sekarang sudah berubah semenjak pulang dari Mekah.

Katanya, dakwaan mengaitkan calon PR itu sebagai individu yang kerap bersosial dan 'kaki minum' adalah tidak adil kerana ia berbentuk tuduhan semata-mata tanpa memberi ruang kepadanya membuat penjelasan.

“Saya tidak baca blog, jadi saya tidak tahu, tetapi sebagai orang Islam, kita perlu bertanya dengan tuan badan sendiri, bukannya mempercayai blogger,” katanya ditanya media di Pusat Penamaan Calon Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, semalam.

Beliau mengulas dakwaan banyak blogger yang mendakwa Zaid seorang yang kuat bersosial dan 'kaki minum' serta tidak sesuai dijadikan calon PR untuk pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor.

Mengenai tindakan Zaid, yang pernah menyaman Kerajaan Kelantan kerana mahu mewujudkan hukum hudud, Hadi berkata, perkara itu sudah diselesaikan.

“Zaid telah tarik balik saman tersebut, jadi sekarang perkara itu bukan lagi menjadi isu,” katanya.

Hadi, yang juga Ahli Parlimen Machang, menyatakan keyakinannya bahawa PKR mampu memenangi PRK itu kerana sokongan kuat penduduk.

“Kita boleh membuat kejutan di sini,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula menegaskan isu minum arak tidak perlu diperbesar-besarkan dan menjelaskan ada dalam kalangan pemimpin terdahulu yang peminum.:

“Apapun, Zaid sekarang sudah berubah dan kita nampak perubahannya,” katanya.

PRK Parlimen Hulu Selangor diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR akibat barah otak pada 25 Mac lalu.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan semalam sebagai hari penamaan calon dan 25 April sebagai hari mengundi.

PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan calon Barisan Nasional, PR dan dua bebas.
Read more!(Selanjutnya)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...