Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Loading...

Tuesday, November 30, 2010

Di Hawai Judi Haram. Di Malaysia, Judi Halal

NOTA EDITOR: Artikel ini telah diemailkan kepada Tulang Besi. Kandungan yang sangat2 menarik bagaimana Hawaii boleh mengharamkan semua bentuk judi termasuk judi yang bersifat kebajikan masyarakat. Ertinya seluruh pulau Hawai, tiada sebuah pun kedai judi. Tapi, kalau pergi pekan Rembau, pekan Kuala Pilah, bersepah kedai judi. Tapi, di Malaysia ni ngaku Islam sebagai agama rasmi sedangkan Hawaii ni negeri bukan Islam.

Saya suka cara Hawaii mengawal aktiviti judi dalam suasana negeri tersebut bukan negeri Islam. Mereka hanya mengizinkan judi yang bersifat sosial, yakni tiada siapa yang diizinkan membuat keuntungan dari aktiviti judi sama sekali. Mengapa konsep yang sama tidak boleh dipraktikan di Malaysia?

Ke hulu ke hilir UMNO mengaku memperjuangkan Islam tapi negeri Hawaii yang kafir lebih mulia dari segi aktiviti judi berbanding UMNO.

Terdedah lagilah kemunafikan UMNO.


Di Hawaii tiada kasino, tapi di Malaysia ?

Tahukah kita bahawa kegiatan perjudian adalah diharamkan sama sekali di sebuah negeri di Amerika Syarikat ? Di Hawaii tiada satu pun kasino. Malahan kasino atas kapal pun dilarang masuk ke perairan Hawaii. Maju saja Hawaii tanpa judi. Siap ada siri TV Popular Hawaii Five O lagi. Tahu tak apa makna Five O itu ?

Five O ialah FIFTY atau Limapuluh, iaitu negeri yang ke 50 menyertai Amerika Syarikat.

Bandingkan Hawaii dengan Malaysia, tak malu ke ? Hawaii yang terkenal satu dunia tak ada kasino, Malaysia ada Genting. Hawaii tak ada kedai judi berlesen, tapi pekan kecil Kuala Pilah, pekan kecil Rembau pun ada kedai judi.

Bukan sahaja kasino tak dibenarkan di Hawaii, loteri pun tak boleh. Silap haribulan cabutan bertuah Sijil Simpanan Premium pun dianggap judi di Hawaii.

TAK PERCAYA ? Buatlah search sendiri, buatlah penyelidikan sendiri.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Hawaii is one of the two remaining states in the US where all forms of gambling are considered illegal (the other being Utah). There are neither casinos nor state lotteries in Hawaii. Any form of betting or pari-mutuel betting is not considered legal. Even games and raffles for charitable purposes are outlawed. So long as there's an element of chance involving a reward or an item to be won, Hawaii Gambling Laws deem all of these as illegal
http://www.hawaiicasinos.org


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Hawaii: Not a Gambler’s Paradise

Close your eyes and think Hawaii – endless beaches of pristine white sand, lush tropical trees, luxurious hotels, exciting evenings, world class casinos…. STOP. You’ll have to backtrack a bit because the casino bit doesn’t fit into the classic Hawaiian fantasy. Did you know that there are only two states in the US that frown on any form of gambling… and Hawaii is one of them?!

The State of Hawaii doesn’t allow any form of games for rewards or money – and that includes bingo! And if you think the police turn a blind eye, think again. According to the state’s authorities, anybody contravening these laws are up against stiff punishment. Even cruise ships with casinos on board are barred from entering Hawaii’s waters.

But that’s not to say that Hawaiians are living in a little gambling-free bubble. It is a known fact that hundreds of thousands of residents from the Aloha State visit Vegas casinos each year, meaning that even though they can’t play on home turf, top-notch gambling entertainment is only a plane-ride away. Of course, online gambling is also an option, despite the grey area in the legality of doing so from Hawaii.

So how do Hawaiins get their gambling fix in a state that doesn’t even have a lottery in place? Thankfully, what is know as social gambling is allowed in the state, as long as everyone is on level terms and the house doesn’t get a cut. This gives enough leeway for impromptu social gambling games to be set up in private homes, and there are even services offered that set up a mini-Vegas in a location of your choice – as long as it in within the limits of the law.

Another thing to note is that Hawaii’s flower industry is literally flourishing thanks to demand from an interesting source – Las Vegas casinos and casino cruise ships. This means that even though casinos and gambling are outlawed in Hawaii, the state is still managing to make a killing from this very industry thanks to the demand for its exotic flowers.

Posted in Casino, Gambling.

By reneek November 2, 2010
http://www.casinob.com/casino-blog/casino/hawaii-not-a-gamblers-paradise/
Read more!(Selanjutnya)

Monday, November 29, 2010

Kuasa Ketiga (3rd Force) Adalah Gerakan “Anti Islam”

Saya nampak sebuah corak mula terbentuk. Kumpulan yang diketuai oleh Haris Ibrahim dan Raja Petra ini sudah mula melaungkan ketidak puasan hati mereka kepada PKR dan kepimpinan Anwar Ibrahim. Pada pemilihan baru2 ini, mereka ini dilihat menyokong Zaid Ibrahim secara terbuka.

Kepada mereka yang mengikuti media2 berbahasa Inggeris di Malaysia ini sudah tentu mengenali penulis seperti Helen Ang and laman web “http://hartalmsm.wordpress.com/”. Pembaca sudah tentu akan melihat betapa kumpulan ini memusuhi apa sahaja agenda yang berbau ataupun bernama Islam. Haris Ibrahim sendiri terkenal sebagai tokoh yang terang-terang menolak hukum syariah dan hukum jenayah islam. Malahan, beliau cuba untuk meng”halal”kan murtad di Malaysia dengan kumpulan “Artikel 11” mereka.

Semenjak tertubuhnya Kerajaan Pakatan Rakyat di beberapa negeri, kumpulan “Haris Ibrahim” ini dilihat amat kritikal dan bechok sekali memaki DAP kerana beberapa polisi Pro Islam yang dilaksanakan oleh DAP. Malahan, laman web “Hartalmsm” ini secara terbuka memaki Guan Eng kerana menjadikan Saidina Omar Abdul Aziz sebagai rujukan beliau.

Juga, tidak dinafikan laman web Hartalmsm ini adalah pro Israel dan pro zionis.

SEMUA PARTI DI MALAYSIA MESTI BERGERAK KE TENGAH UNTUK KEKAL MEMERINTAH

Amat bodoh bagi sesebuah parti yang mengekalkan agenda “elitis” mereka yang semata-mata mahu memuasakan nafsu serakah mereka sahaja tanpa mengira perasaan, kebimbangan serta hati nurani majoriti rakyat Malaysia.

Itulah sebabnya PAS Terengganu kerapkali kalah pilihanraya. Kepimpinan PAS Terengganu lebih suka bercakap pasal wala’ dan ketaatan kepada pemimpin dari menyelami perasaan serta hati nurani rakyat Terengganu yang tidak semestinya anti Islam atau menolak Islam. Tak hairanlah, Pesuruhjaya PAS Terengganu di sorak (di boo) oleh penyokong sendiri di Kemaman.

Begitu juga DAP. Mereka sedar mereka harus memikat hati orang Melayu dan Islam. Oleh sebab itu, pegangan politik mereka yang “ekstrem” satu masa dahulu, mereka korbankan. Mereka memulakan langkah memahami hati nurani dan sanubari pengundi Melayu dan Islam bermula dari pengundi2 Melayu PAkatan Rakyat.

Maka, pegangan ultra secular DAP semakin hari semakin longgar dan pegangan Islam mereka semakin hari semakin ketat. Tak hairanlah UMNO melalui agen mereka Khusrin Munawi kelam kelibut cuba menghalang wakil2 rakyat DAP berbuka puasa di masjid2 dan surau2.

Mana pernah dalam sejarah Barisan Najis wakil2 rakyat MCA dan MIC buka puasa di masjid2 dan surau2. Tapi sejarah dicipta di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Wakil2 rakyat DAP berpusu2 menghabiskan ramadhan bersama-sama orang2 Islam dan orang Melayu berbuka puasa bersama.

Saya dapat laporan, wakil rakyat DUN SUbang Jaya, berbuka puasa bergilir-gilir surau di dalam DUN beliau untuk KESELURUHAN RAMADHAN. Ertinya, besok nak raya, beliau masih lagi berbuka puasa dengan penduduk Islam di salah sebuah surau di DUN beliau.
Ertinya, DAP lebih mudah dilentur dan dirapatkan kepada kefahaman Islam yang sebenar berbanding MCA ataupun MIC. MCA dan MIC berkawan dengan UMNO dan UMNO sendiri menolak Islam dan menolak hukum Allah. Mana mungkin MCA dan MIC mampu memahami Islam?

KUMPULAN KETIGA TIDAK SUKA DAP KENDUR DENGAN ISLAM

Sebenarnya, inilah sebab mereka marah sangat dengan Anwar dan menolak Azmin sebagai Timbalan Presiden seterusnya menyokong Zaid Ibrahim. Bukanlah mereka ini suka sangat Zaid Ibrahim tu, tapi mereka melihat peluang mereka memanjangkan agenda ultra sekularisma mereka dapat dilaksanakan dengan sokongan kepada Zaid Ibrahim.

Namun, apakan daya, pengaruh Zaid dalam PKR tidaklah setinggi yang diharapkan. Hatta di Sabah sendiri Zaid ditolak oleh ahli-ahli PKR. Sokongan dari Jeffery yang diharap-harap tidak kesampaian kerana Jeffery sendiri tidak sepopular yang disangka di Sabah.

PKR sepatutnya memikirkan tokoh lain yang tiada sejarah hitam untuk Sabah. Ikuti contoh yang ditunjukkan di Sarawak. PKR menaikkan pemimpin dari kalangan mereka yang tiada rekod buruk dan bermasaalah.

Maka, dengan gagalnya projek mereka menaikkan Zaid Ibrahim, maka terpaksalah mereka mencari platform baru untuk mengenengahkan agenda ultra sekularisma mereka. Maka keluarlah cadangan “Kuasa Ketiga” (3rd Force) dari orang-orang seperti Haris Ibrahim dan Raja Petra Kamaruddin. Mereka ini tidak lain sedang mencuba untuk mewujudkan kumpulan pendesak yang komited kepada ideologi ultra sekular mereka.

KUASA KETIGA DIJEMPUT NAJIB MENYERTAI BARISAN NASIONAL

Saya tak terkejut kerana Najib sendiri bukanlah pemimpin yang hiraukan halal dan haram. Najib dengan mudah telah meluluskan lesen judi bola tanpa sedikit rasa dosa atau risau. Maka, bagi saya, hanya menunggu masa sahaja geng2 Kuasa Ketiga ini memberikan sokongan mereka kepada Najib TUn Razak. Mereka akan sedar bahawa agenda anti Islam mereka lebih sesuai dijalankan di dalam Barisan Nasional dan UMNO berbanding Pakatan Rakyat.

Dalam Barisan Nasional, KESEMUA parti menolak hudud dan hukum syariah Islam. Parti2 ini termasuk UMNO, MCA, MIC, Gerakan dsbnya. Mereka juga menolak apa sahaja usaha memartabatkan Islam serta mereka menyokong apa sahaja usaha yang diharamkan Islam i.e. Judi Bola.

Kumpulan Kuasa Ketiga ini hanya menunggu masa menjadi barua dan budak suruhan UMNO serta Barisan Nasional, pada pendapat saya. Mengapa? Kerana ideologi (akidah) mereka adalah sama dengan UMNO dan Barisan Nasional = Anti Islam.

Tulang Besi

ps. Allah SWT telah beri nikmat kepada TUlang Besi kerana Tulang Besi telah bertemu secara pribadi dengan kesemua Presiden/Yang Dipertua Agung PAS kecuali Dr Burhanuddin Helmi dan Tuan Haji Ahmad Fuad.

Tulang Besi sendiri pernah bertemu dengan Dr Abbas Alias, Presiden/YDP Agung PAS yang kedua sewaktu beliau menjadi Pengerusi Masjid Jamek Kuala Lumpur. TUlang Besi masih ingat arwah Dato Asri datang ke rumah Tulang Besi kerana jemputan makan malam oleh arwah bapa TUlang Besi dan TUlang Besi masih ingat Arwah Yusuf Ar Rawa datang ke kedai TUlang Besi dan arwah bapa TUlang Besi bawa beliau berjalan dengan menaiki lori 1 tan.
Alhamdulillah syukur nikmat kepada Allah SWT.

Read more!(Selanjutnya)

Sunday, November 28, 2010

Nurul Izzah Anwar Sah Menjadi Naib Presiden PKR

Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar telah sah dinobatkan sebagai Naib Presiden PKR yang baru. Pihak Malaysiawaves mengucapkan syabas dan selamat bertugas. Semoga Allah SWT memberikan kejayaan serta keupayaan kepada beliau untuk menjadi ikon politik kepada kesemua pengundi muda dan pengundi pertama kali dalam pilihanraya yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Tahniah dan selamat bertugas wahai Puteri Reformasi


PKR sahkan Azmin timbalan presiden, Elizabeth Wong undi tertinggi MPP
TERKINI @ 06:47:21 PM 28-11-2010
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
November 28, 2010
PETALING JAYA, 28 Nov - Di sebalik proses pemilihan langsung bersejarah yang turut dicemari dakwaan kecacatan dan kepincangan, Azmin Ali hari ini secara rasmi diumumkan sebagai Timbalan Presiden PKR yang baru.

Azmin menggantikan Senator Dr Syed Husin Ali yang menyandang jawatan itu sejak 2003.

Naib Presiden itu menewaskan pencabarnya yang juga Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub dengan memperoleh undi sebanyak 19,534.

Azmin merupakan timbalan presiden keempat PKR yang ditubuhkan April 1999.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatannya tanpa cabaran.

Awalnya jawatan timbalan presiden ditandingi oleh Datuk Zaid Ibrahim tetapi menarik diri selepas minggu kedua pengundian atas alasan wujud kepincangan dalam proses pemilihan.

Mustaffa juga membuat dakwaan itu tetapi meneruskan saingan dengan protes.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Tetap Hishamuddin Ismail ketika Kongres Nasional PKR yang berakhir hari ini.

Sementara itu, bagi jawatan naib presiden, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mendahului senarai apabila menerima 13,211 undi.

Ini kali pertama Puteri Reformasi itu bertanding jawatan itu.

Kesemua empat naib presiden yang dipilih merupakan muka baru.

Turut memegang jawatan itu Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang mendapat 11,744 undi, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh (8,927) dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datu Dr Mansor Othman (8,576).

Bagi 20 jawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Elizabeth Wong mendapat undi tertinggi dengan menerima 10,897 undi.

Ia diikuti Badrulamin Bahron (9,672), Hee Loy Sian (8,473), Khalid Jaafar (7,889), Johari Abdul (7,719) dan Abdul Rahman Yusof (7,719).

Turut dipilih menjawat ahli MPP yang baru adalah Haniza Talha (7,588), Fariz Musa (7,511), Zakaria Abdul Hamid (7,170), Roland Chia Ming Shan (7,095), Siti Aisah Shaik Ismail (6,876), Ismail Yusof (6,332), Latheefa Koya (6,242), S. Kesavan (6,139), Shuhaimi Shafiei (6,095), M. R. Shamugam (5,964), Yusmadi Yusoff (5,810), S. Manikumar (5,789), Mustafa Kamal Yusoff (5,745), Christina Liew (5,707).
Read more!(Selanjutnya)

KESAH BENAR: Isu Kafir Mengkafir

PAS sering dituduh UMNO mengkafirkan UMNO. Tapi, tahukah anda bahawa TIDAK PERNAH walau sekalipun, di dalam mana-mana Ucapan Dasar Presiden semenjak PAS ditubuhkan sehingga hari ini, menyatakan yang UMNO itu kafir?

Hakikatnya, mengkafirkan UMNO itu bukan polisi dan dasar PAS. Ini adalah fakta yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa sahaja.

YANG MULA MENGKAFIRKAN UMNO ADALAH TOK2 GURU PONDOK DI KEDAH DAN KELANTAN

Yang mula mengkafirkan UMNO adalah Tok2 Guru Pondok dari Kelantan dan Kedah semenjak tahun 60an lagi. Isu-isu yang membawa Tok2 Guru ini berijtihad bahawa UMNO kafir adalah:


1.0 Loteri UMNO 1951
2.0 UMNO menghalalkan arak
3.0 UMNO menghalalkan judi
4.0 UMNO menolak hukum shariah Islam dan hukum jenayah Islam
5.0 UMNO menolak Negara Islam
6.0 UMNO menyokong murtadnya Natrah
7.0 UMNO bekerjasama dengan orang bukan Islam untuk menghalang terlaksanya hukum Islam
8.0 UMNO menyebarkan fahaman “Politik Suku Agama Suku” kepada orang2 Melayu Islam
9.0 UMNO menindas institusi-insititusi pondok dan “sekolah2 agama “ rakyat
10.0 UMNO menghalalkan hiburan yang mengkhayalkan
11.0 UMNO membuka kilang arak
12.0 Pemimpin-pemimpin UMNO pada masa itu ramai yang kaki botol dan kaki minum arak
13.0 Pemimpin2 UMNO pada masa itu majoriti meninggalkan solat (kecuali pemimpin2 UMNO dari Johor)

dan banyak lagi sebab-sebab yang membawa kepada ijtihad sedemikian.

Malahan, pada awal tahun 2000, Tulang Besi pernah bertanya kepada salah seorang YB PAS dari Kedah sekarang dan beliau memberitahu Tok2 Guru Pondok ini, walaupun telah tua, masih berpegang dengan ijtihad bahawa UMNO itu kafir. Ertinya mereka tidak pernah berganjak dari ijtihad mereka.

UMNO GELABAH, SALAHKAN PAS

UMNO sudah tentu menggelabah dan berpeluh2 dengan ijtihad yang datang dari Tok-Tok Guru Pondok ini. Rata-rata Tok2 guru ini dihormati dan disegani di atas keilmuan mereka.

Kalau UMNO cuba untuk mendakwa Tok2 guru ini di Mahkamah Syariah, nescaya tiada hakim yang sanggup mendengar kes mereka kerana kesemua hakim2 mahkamah syariah pada masa itu menghormati tok-tok guru pondok ini. MAjoriti mereka adalah anak2 murid kepada tok2 guru tersebut.

Maka, strategi telah dirangka dan akhirnya UMNO membuat cerita fitnah kononnya tuduhan kafir ini datangnya dari PAS dan bukannya dari pondok.

KEBETULAN PONDOK2 ADALAH KUBU PAS

Pada masa itu, secara kebetulan, kubu2 PAS adalah di kawasan yang banyak institusi pondok. Maka, apabila UMNO melayangkan fitnah ini, mudahlah rakyat Melayu mempercayainya. Ini kerana pada tahun 60an rakyat tidak dapat membezakan antara Pondok dengan PAS. Dan oleh kerana media amat jarang pada masa itu, fitnah UMNO ini mudah sahaja ditelan oleh majoriti orang Melayu.

Dan berapa ramaikan orang Melayu pada masa itu yang dapat mendengar UCapan Dasar yang dibaca oleh Yang Dipertua Agung PAS?
Juga, ramai Tok2 Guru pondok pada tahun 60an memegang jawatan dalam PAS, bertanding pilihanraya mewakili PAS, menjadi Ahli Parlimen dan ADUN PAS serta berkempen dan berusaha mengembangkan pengaruh PAS.

Misalnya kerusi Pengkalan Chepa. Waktu Tok Guru Nik Aziz bertanding dalam pilihanraya kecil pada tahun 1967, beliau bertanding kerana wafatnya Tok Guru Haji Ahmad Kerian akibat dari penyakit yang beliau dapat selepas beliau ditahan di bawah ISA. (Soalan kepada UMNO: Tok Guru Haji Ahmad ni kominis jugak ke?). Ertinya, semenjak dahulu lagi PAS adalah parti yang mengangkat martabat ulama dan tok-tok guru, tidak seperti UMNO.

Maka, fakta ini memudahkan lagi UMNO menyebarkan fitnah kononnya PAS mengkafirkan UMNO.

POLISI MENGKAFIRKAN UMNO MERUGIKAN PAS

Hakikatnya, PAS tidak pernah mengkafirkan UMNO. PAS tidak mampu mengkafirkan UMNO kerana ribuan ahli2 UMNO adalah pengundi tegar PAS.

Sebagai contoh, arwah datuk saya adalah seorang pegawai kerajaan. Kalau di RTM pada tahun 60’an dan 70’an, siapa yang tidak kenal “Haji Zainal Bilik Berita”. Semua Menteri2 mahu berkawan dengan beliau. Pernah sekali waktu Tunku Abdul Rahman berucap, arwah datuk saya datang lambat. Arwah Tunku boleh berhenti berucap dan meminta arwah datuk saya duduk di depan.

Di zaman orang2 Melayu naik haji dengan kapal, arwah datuk saya naik Haji bersama rombongan Yang Dipertuan Agung dengan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sungai Besi. Siap arwah datuk saya dapat masuk Kaabah lagi.
Begitu rapatnya arwah datuk saya dengan UMNO dan pemimpin2 UMNO.

Namun, setiap kali pilihanraya umum dan kecil, TIDAK PERNAH arwah datuk saya mengundi Kapal Layar (Perikatan) ataupun Dacing (Barisan Nasional). Arwah datuk saya akan mengundi, secara “default”, lambang Bulang Bintang ( atau Bulan  PAS).
Ertinya PAS tidak mungkin mengeluarkan fatwa demikian kerana ia merugikan PAS sebagai parti yang memerlukan undi. Fatwa yang sedemikian hanya akan menyebabkan ribuan serta puluhan ribu ahli dan penyokong UMNO berhenti mengundi PAS.

UMNO BERJAYA MENYELAMATKAN DIRI MEREKA SEKALI LAGI DALAM ISU KAFIR MENGKAFIR

Akibat penguasaan media yang begitu ketat oleh UMNO, maka UMNO terselamat sekali lagi dalam isu kafir mengkafir ini.
Dan yang masyarakat pandang serong akhirnya adalah PAS kerana masyarakat ramai yang terpengaruh dengan fitnah UMNO ini.

Saya sering mencabar juak-juak UMNO untuk mendakwa PAS di Mahkamah Syariah kiranya benar PAS mengkafirkan UMNO. Seringkali cabaran saya ini tidak berani dijawab oleh juak-juak UMNO kerana mereka tahu tuduhan mereka adalah palsu.

Atapun saya cabar juak2 UMNO supaya bawa SATU Ucapan Dasar PAS yang menyatakan UMNO itu kafir. Saya cabar mana-mana juak UMNO supaya bawa ke hadapan bukti.
Yang UMNO takut adalah sedarnya masyarakat orang Melayu/Islam bahawa tuduhan kafir ke atas UMNO ini sebenarnya datang dari pondok-pondok dan bukannya dari PAS.

Tidak hairanlah UMNO begitu agreasif membunuh pondok-pondok serta sekolah-sekolah agama rakyat kerana takutnya mereka akan terdedahnya rahsia ini.

Semoga artikel ini dapat memberi keupayaan kepada pembaca semua di dalam membuat penilaian dan membezakan yang mana intan dan yang mana kaca.

Wallahualam bissawab
Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Saturday, November 27, 2010

"90% Aduan Adalah Untuk Peringkat Pemilihan Cabang2" - Sumber Dalaman PKR


Begitu banyak tuduhan yang telah dilemparkan oleh media milik UMNO ke atas PKR berkaitan pemilihan parti mereka yang baru sahaja selesai. Saya membuat keputusan untuk menelefon teman saya yang memegang jawatan yang agak tinggi dalam PKR. Kebetulan beliau saya kenali sejak sekian lama sebelum beliau memegang apa-apa jawatan dalam PKR. Ikutilah temuramah singkat saya bersama beliau di bawah. Teman saya itu saya namakan beliau "Saudara X":

Tulang Besi (TB): Assalamualaikum saudara X

Saudara X (SX) : Waalaikumsalam.

TB: Saya ingin bertanya sedikit berkaitan dengan isu yang hangat diperkatakan sekarang ini, yakni isu pemilihan PKR dan benarkah berlaku penyelewengan oleh JPP PKR.

SX: Ya, sebenarnya 90% aduan yang diterima adalah berkaitan pemilihan Cabang PKR. Itupun hanya tinggal 8 atau 9 aduan sahaja lagi yang masih belum selesai. Yang lain telahpun diselesaikan oleh JPP.

Tidak betul tuduhan berlaku penyelewengan sewaktu pemilihan jawatan Presiden, Timbalan Presiden serta jawatan2 yang di Pusat. Kalau berlaku penyelewengan dalam pemilihan Presiden sudah tentu aduan yang maki terima jumlahnya mesti besar. Namun, ternyata 90% aduan adalah untuk peringkat pemilihan cabang


TB: Zaid menarik dari dari bertanding selepas beliau lihat undi kepada beliau dari SAbah kurang. Apakah benar Zaid ini popular di Sabah?

SX: Sebenarnya, Zaid cuma merasa beliau popular di Sabah kerana mendapat sokongan Jeffery Kittigan. Namun, hakikatnya, Joseph sendiri tidak popular dikalangan ahli-ahli PKR keturunan Kadazandusun yang muda. Maka, atas sebab itulah beliau kalah di Sabah.

TB: Ertinya tuduhan Zaid berlakunya penyelewengan itu tiada asas? Sebenarnya beliau benar-benar kalah di Sabah dan beliau ditolak ahli-ahli PKR di Sabah?

SX: Benar. Tiada langsung bukti yang beliau bawa berlakunya penyelewengan dalam pemilihan di Sabah

TB: Sebenarnya, saya sendiri gusar akan keberadaaan Jeffery Kittingan dalam barisan kepimpinan PKR. Ini kerana Jeffery ini mempunyai banyak "baggage" dan sejarah lampau beliau mampu menjadi liabiliti yang besar kepada PKR. Lebih baik PKR menaikkan pimpinan2 baru dari kalangan rakyat Sabah dari bergantung kepada pesonaliti Jeffery ini.

SX: Saya setuju. Kekalahan Zaid di Sabah juga membuktikan Jeffery ini tidaklah sepopular yang kita anggap selama ini.

TB: Bagaimana dengan keadaan parti selepas pemilihan PKR ini. Adakah perpaduan PKR terjejas dengan pemilihan yang baru selesai ini?

SX: Tidak. Malahan, dari mood dan kedatangan Konvensyen hari ini, jelas menampakkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan PKR yang ada sekarang ini. Kalau ada kesan pun, kesannya tidaklah sampai menyebabkan berlakunya perpecahan parti seperti yang diharapkan oleh musuh2 di luar.

TB: Utusan ada buat liputan kononnya kedatangan ke Konvensyen menyedihkan?

SX: Utusan dan akhbar lain ambil gambar waktu majlis belum bermula. Tentulah banyak kerusi2 kosong

TB: YB Saifuddin dituduh oleh bekas SU Agung PKR, Salehuddin Hashim, sebagai memalsukan surat pemecatan Jenapala. Apa komen saudara?

SX:Sebenarnya, Salehuddin ni banyak menyimpan surat-surat yang sepatutnya beliau hantar kerana ianya adalah arahan parti. Dengan kata lain, banyak arahan-arahan parti yang beliau sengaja tidak laksanakan. Kes Jenapala ini salah satu contohnya.

Tidak mungkin YB Saifuddin ini memalsukan surat yang selama ini telah wujud dalam fail.

TB: Saya juga ingin menegur Dato SEri Anwar Ibrahim kerana telah mengambil Dato Salehuddin sebagai SU Agung PKR. Ini kerana bapa beliau, Hj Hashim Gera, telah dipecat oleh Dato Asri dari PAS sewaktu arwah bapa beliau menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kerusi Parit selepas 1969. Jelas, kedua-dua bapak borek anak rintik dan mereka tidak tahu erti berorganisasi. Dato Seri Anwar harus lebih berhati-hati memilih calon dan pemimpin lain kali.

SX: No comment


TB: Barisan kepimpinan yang baru dipilih ini jelas menampakkan muka-muka orang muda. Adakah PKR akan berusaha menarik semaksima mungkin sokongan dan undi dari golongan muda dan mereka yang pertama kali mengundi?

SX: Benar. Kami telah pun menyusun strategi dan taktik untuk memastikan bilangan pengundi muda yang mengundi Pakatan Rakyat pada tahap maksima. Inshaalah, akan dilihat program-program ini berjalan dalam masa yang terdekat.

TB: Terima kasih Saudara X kerana sanggup meluangkan waktu untuk temuramah ini

SX: Sama-sama.


Read more!(Selanjutnya)

Si Salehuddin Hashim Cuba Main Wayang Lagi


SAlehuddin Hashim tetiba muncul kembali dengan kenyataan kononnya ada orang memalsukan surat dan tanda tangan beliau. Beliau, yang sedang cuba membela Jenapala Perumal menyatakan surat pemecatan Jenapala itu adalah palsu dan beliau tidak pernah menulis surat tersebut.

Namun, mengikut SU Agung PKR, surat tersebut dijumpai di dalam fail disiplin yang beliau warisi dari SAlehuddin setelah Salehuddin melarikan diri dari PKR. Salehuddin Hashim pula melarikan diri apabila permohonan beliau untuk mendapa jawatan tinggi di Perangsang ditolak oleh MB SElangor dan PKR.

Seterusnya SU Agung PKR, Saiffudin Nasution, MENJEMPUT pihak Polis menyiasat sendiri kesahihan surat tersebut (rujuk rakaman Youtube di bawah).

Tulang Besi sebagai pengelola Malaysiawaves sering mendapat email dari si Jenapala Perumal ini yang memanggil Tulang Besi ke Sidang Akhbar beliau. Dari sumber yang sama juga, Tulang Besi mendapat jemputan ke sidang media si Rahimi Osman. Dari sumber yang sama TUlang Besi mendapat jemputan ke sidang2 akhbar geng2 Zaid.

Maka, Tulang Besi berpendapat Zaid Ibrahim, Jenapala Perumal, Salehuddin Hashim, Rahimi Osman dsbnya ditaja dan ditadbir oleh badan yang sama yang bertujuan mensabotaj PKR dan Pakatan Rakyat. Tak hairanlah Zaid menyerang Anwar Ibrahim secara terbuka walaupun Zaid tiada bukti yang sah untuk membuktikan wujudnya penipuan dalam pemilihan PKR.



Adapun kesah Salehuddin Hashim ni, kita semua tahu. Dia kecewa sebab tak dapat jawatan dalam Perangsang. Tulang Besi telah dedah perangai Salehuddin semenjak Salehuddin ni masih lagi SU Agung PKR lagi (Baca di sini)

Sudahlah Salehuddin, sapa lagi kao nak tipu ni? Takda orang yang termakan dengan penipuan kao. Semua orang dah kenal sapa kao. Elok kao tutup mulut sahaja.

Read more!(Selanjutnya)

Friday, November 26, 2010

Tulang Besi Telah Selamat Pulang Dari Mengerjakan Ibadah Haji, Alhamdulillah (dgn Gambar)

Syukur Alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah SWT kerana kembalinya Tulang Besi dari Tanah Suci Mekah. Sesungguhnya, ibadah haji yang Tulang Besi baru laksanakan ini adalah pengalaman yang amat mencabar dan amat menguji keimanan dan kesabaran. Pengalaman2 yang tidak mungkin Tulang Besi dapat lupakan sepanjang mengerjakan ibadah haji adalah:

1.0 Tulang Besi terpaksa mengambil lebih 4 jam untuk mengerjakan Tawaf Ifadah pada hari ke 12 Dzulhijjah. Pada waktu itu, berpusu2 hujjah datang dari Jumrah dan mahu mengerjakan Nafar Awal. Suasana menjadi lebih buruk apabila turunnya hujan rahmat serta petir yang menyambar. Pada masa itu, ramainya yang mengerjakan tawaf, sehingga Tulang Besi terpaksa mengerjakan tawaf di lorong Saiee'. Ia adalah cabaran yang paling getir yang dihadapi Tulang Besi sepanjang ibadah haji.

2.0 Berjalan berkilo meter jauhnya setiap hari terutamanya menuju ke stesen dan pulang ke khemah dari stesen keretapi. Kaki saya menjadi melecet dan hampir2 tidak dapat melaksana melontar jumrah pada hari ketiga tasyriq. MAlah, Tulang Besi terpaksa membayar dam kerana tidak dapat melaksanakan tawaf wida'.

3.0 Terjangkit influenza dua hari sebelum pulang menyebabkan Tulang Besi demam dan batuk2 serta bersin sehingga sekarang

4.0 Berwukuf di Arafah dalam cuaca yang panas dan amat mencabar. Namun, Tulang Besi bersyukur kerana suasana Arafah yang TUlang Besi lalui telah membantu Tulang Besi membina semangat dan perasaan khusyuk kepada Allah sepanjang perjalanan ibadah Haji.

5.0 Bermabit di Mudzalifah dengan berbumbungkan langit dan bintang2. Bayangkan 4 juta hujjah berkumpul di sebuah tanah yang kecil yang dinamakan Mudzalifah. Maklumat yang saya dapat, ada yang sampai di Mudzalifah ketika hampir waktu Subuh kerana traffic jam yang begitu teruk dari Padang Arafah. Agaknya, sebab itulah Nabi SAW menaikki unta sewaktu Baginda melaksanakan ibadah Haji hatta melontar jumrah pun Baginda lakukan dari belakang unta.

6.0 Di Mina, kami makan kambing dengan kerap. BIla saya buat penyiasatan sedikit, rupanya kambing2 yang kami makan itu adalah kambing dam yang dibayar oleh para Hujjaj. Bayangkan kalau ada 1 juta hujjaj membuat haji tamathu, maka ada satu juta kambing yang disembelih untuk dam.

7.0 Setelah habis Haji, Ustaz Hassan, syeikh kepada rombongan kami, menyatakan bahawa Tawaf Wida' ini hukumnya sunat hatta MENGIKUT MADHAB SYAFIEE. Namun, di dalam kitab2 Feqah di Malaysia, masih ianya dinyatakan sebagai wajib kerana kitab2 di Malaysia menggunakan pendapat Imam Syafiee Qaul Qadeem (pandapat beliau sewaktu beliau di Baghdad). Rupanya, apabila Imam Syafiee berhijrah ke Mesir, beliau telah menukar pendapat beliau dari wajib kepada Sunat selari dengan pendapat Imam Malik. Ini bererti tawaf wida itu hukumnya sunat hatta mengikut Madzhab Syafiee. Saya berharap Tabung Haji membuat kajian dalam isu ini serta mengubah buku2 panduan yang mereka sebarkan kepada ramai setakat ini.

8.0 Tulang Besi bersyukur di kerana selamat mengerjakan ibadah haji

Tulang Besi mengucap syukur kepada Allah SWT berjaya menyempurnakan ibadah haji. Tulang Besi mengucapkan syukur kerana telah dijemput Allah SWT kerana tanpa jemputannya nescaya Tulang Besi tidak akan berjaya melaksanakan ibadah ke lima Islam ini.

Sesungguhnya, ini adalah nikmat Allah yang diberikaan kepada Tulang Besi, hendaknya.

Wallahualam





Berjalan ke stesen keretapi sambil bertalbiah menuju Arafah

Berjalan sambil bertalbiah

Bersesak dalam keretapi sewaktu menuju ke Arafah


Beratur menunggu giliran sebelum menaiki keretapi ke Arafah



Menunggu dengan sabar

Peta Pejalanan Keretapi Mekah


Berjalan dan bertalbiah beramai-ramai



Read more!(Selanjutnya)

Thursday, November 25, 2010

MELAKA: Ibu Ayam Lacurkan Pelajar Sekolah



Dalam sebuk2 Ali Ketam isytihar Melaka sebagai NEGERI MAJU (atau lebih dikenali sebagai Syok Sendiri), rupanya tertangkap beberapa ibu ayam yang melacurkan pelajar2 sekolah.

HAirannya, Melaka adalah negeri di mana UMNO memerintah dengan 2/3. Bila saya sebut UMNO bererti wakil rakyat UMNO sahaja sudah 2/3 dari DUN Melaka. UMNO boleh memerintah Melaka TANPA Barisan Nasional. Kalau tak percaya, lihat di sini.

Maklumat pelajar melacur diri mereka di Melaka saya dah pata lama dahulu dah. Ada ahli keluarga saya yang mengajra di Melaka memberitahu guru2 besar di Melaka telah lama diberitahu untuk mengawasi aktiviti pelacuran cikalangan pelajar sekolah.

Akhirnya tertangkap juga. Jelasnya, apa guna majoriti 2/3 untuk UMNO kalau agama sendiri mereka tidak dapat jaga, seperti yang jelas dilihat di Melaka. Nak harap UMNO laksanakan hudud, jauh panggang dari api.

UMNO sendiri tolak hudud, halakan judi.

MELAKA – Akibat melacurkan pelajar sekolah, dua ibu ayam muda menerima balasan apabila masing-masing dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam. Hakim Zaharah Hussain menjatuhkan hukuman itu terhadap Siti Normaslinda Mohamad Masrol, 22, dan Roslina Md. Snor, 23, selepas meneliti semua fakta kes yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodah Abdul Latiff. Kedua-dua tertuduh dijatuhi hukuman selepas Normaslinda dan Roslina membuat pengakuan bersalah terhadap dua pertuduhan untuk sebutan kes kali kedua...

Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) menafikan badan tersebut mengiktiraf Melaka sebagai negeri maju. OECD mengesahkan bahawa badan tersebut tidak mengiktiraf Melaka sebagai negeri maju kerana ia tidak mempunyai kuasa atau tidak berautoriti untuk membuat pengisytiharan seumpama itu. Apa pula kata Ali Rustam.Putar belit Ali yang mendakwa OECD sebagai badan bebas telah memberikan pengiktirafan bahawa Melaka telah mencapai status negeri maju pada 20 Oktober lalu. Ali menipu rakyat Melakalah kalau begitu.Ali mendakwa Melaka maju, yelahhh maju dari negeri-negeri lain. Melaka maju dengan sekolah hamil, itulah juga yang diiktiraf Rosmah. Negeri-negeri lain mana maju sebegitu. Pelajar-pelajarnya maju dengan perutnya ke depan, majulah tu....
Read more!(Selanjutnya)

Negara Membangun tapi Poket Rakyat Kosong...Apa Faedahnya????



Ikutilah rintihan seorang rakyat Malaysia yang sedang menikmati "Pembangunan" tajaan UMNO dan Barisan Nasional di Malaysia. Dalam pemimpin2 UMNO galak melaungkan mentera pembangunan, nikmat pembangunan pula hanya dirasai oleh segelintir UMNOPUTRA dan kroni2 UMNO.

Rakyat umum terpaksa "kais pagi makan pagi kais petang makan petang" kerana nikmat pembangunan hanya dinikmati oleh kroni dan UMNOPUTRA. Pembangunan UMNO ini hanya mengisi poket2 para kroni dan UMNOPUTRA dan pada waktu yang sama mengambil duit keluar dari poket rakyat MAlaysia.

Nikmatilah falsafah pembangunan UMNO dan BArisan NAsional ini, wahai rakyat Malaysia.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Tahun 80'an, Gaji RM2k Sebulan Sudah Mewah

Apa sudah jadi dengan Malaysia kita ni. Sebelum ada Proton,KLCC, Putrajaya, Wawasan 202 dsbnya, dgn gaji Rm2k sebulan, sesebuah keluarga itu sudah mampu menikmati kehidupan yang mewah. Mana taknya, pada tahun 80'an, kereta Toyota Corrolla yang baru pun baru RM20k sebijik. Maknanya, bayaran sebulan baru dalam RM150-200. Makan pun masa tu tak berapa mahal sangat. Harga rumah teres dua tingkat di Bangsar pada tahun 80an cuma dalam RM50k sebijik (kalau tak salah saya). Ertinya, dengan gaji RM2k sebulan kita mampu beli rumah, bayar EPF, cukai, makan, pakaian, kereta dan pendapatan kita masih lagi bersisa selepas itu. Isteri2 kita pula tidak perlu bekerja. Tak hairanlah, pada masa itu kerani sekolah cuma mendapat gaji RM500 sebulan.

TAPI, selepas projek2 gila dari Dr Mahathir dan UMNO, yang kita lihat barisan kroni2 dan UMNOPUTRA tiba2 menjadi kaya raya. Manakala, kehidupan rakyat terus terhimpit. Kita lihat realiti di hadapan mata kita sekarang.

Pada masa ini, gaji RM5k sebulan MASIH TIDAK MENCUKUPI untuk sebuah keluarga. Namun, kenaikan gaji semenjak tahun 80an adalah sedikit. Tidak hairanlah para isteri2 kita terpaksa bekerja menanggung pendapatan keluarga. Ini kerana kalau setakat RM2k sebulan, cukup suami bekerja. Namun, kalau hendak mendapat RM6k sebulan, maka perlulah kedua2 suami dan isteri bekerja kerana gaji pekerja tidak naik jauh berbanding tahun 80an.

Dengan para isteri2 terpaksa bekerja separuh masa dalam keadaan kos hidup semakin meninggkat, keadaan sosial remaja pun semakin buruk. Penyakit2 sosial remaja yang dahulunya tidak kedengaran sekarang sudah menjadi lumrah.

Cuma yang semakin kaya dan semakin makmur adalah para kroni dan UMNOPUTRA. Semakin rakyat Malaysia terhimpit kehidupan mereka, semakin kaya para kroni dan UMNOPUTRA.

Saudara/ri saksikanlah sendiri falsafah pembangunan UMNO: mengkayakan kroni dan menghimpit rakyat.

Bagi saya, Dr. Mahathir adalah penipu paling besar di Malaysia abad ini. Beliau mampu menipu rakyat Malaysia kerana UMNO sendiri adalah parti penipu.

Terpulanglah pada saudara/ri samada mahu meneruskan dasar mengkayakan kroni/menghimpit rakyat ini. Gaya UMNO memerintah, dalam masa 5 tahun lagi, RM10k sebulan belum mampu menjamin kehidupan yang selesa.

Yang penting yang kaya adalah kroni. Hahahahaha

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, November 23, 2010

Nasib Baik IJN Tak Jadi Diswastakan

Tindakan Pakatan Rakyat Menentang Penswastaan IJN kepada Sime Darby Tepat
Syukur Alhamdulillah, Pakatan Rakyat menentang usaha penswastaan Institut Jantung Negara kepada Sime Darby. Rakyat Malaysia patut bersyukur kepada Allah SWT kerana wujudnya Pakatan Rakyat yang telah berhempas pulas menentang usaha penswastaan Institut Jantung Negara tempohari yang dicadangkan diswastakan kepada Sime Darby.

Mengikut maklumat terbaru yang Tulang Besi dapat dari TheEdge, Sime Darby menghadapi krisis kewangan yang serius sekarang ini. Ikuti ringkasan laporan Sime Darby seperti di bawah:

1. Sime Darby's 7 directors step down in surprising move at AGM
KUALA LUMPUR: In a surprising move at Sime Darby Bhd's annual general meeting on Tuesday, Nov 16, six directors did not seek reelection while one resigned, as the group seeks to steer back into profitability after massive losses from its energy and utilities division. This was the first time that such a large number of its directors had decided not to seek reelection at the AGM on Tuesday, Nov 16.

2. Musa: Sime Darby to take civil action
KUALA LUMPUR: Sime Darby Bhd chairman Tun Musa Hitam said civil action would be taken following the completion of the probe into the losses at its energy and utilities division. He said on Tuesday, Nov 16 legal proceedings would commence before year-end.

Dengan keadaan kewangan yang begitu serius ini, sudah tentulah Sime Darby akan menggunakan IJN untuk menaikkan semula keuntungan mereka. Ini bermakna mereka akan terpaksa mengurangkan bilangan pesakit jantung yang dapat mereka rawati demi memastikan keuntungan mereka naik.

Maka, hasilnya nanti, ramailah rakyat Malaysia yang akan dinafikan hak untuk mendapat perubatan jantung hanya kerana Sime Darby perlu menaikkan kadar keuntungan mereka akibat kerugian serius yang mereka hadapi dalam bidang tenaga and “utilities”.

Syukur Alhamdulillah Barisan Najis tidak menang 2/3. Syukur Alhamdulillah peranan blog dan bloggers dalam politik Malaysia. Syukur Alhamdulillah adanya Pakatan Rakyat yang mengawal lebih 1/3 dari kerusi Parlimen.

RAKYAT MALAYSIA TERUS MENERUS DIROMPAK UMNO

Dalam kes IJN ini, rakyat Malaysia tidak berjaya dirompak kroni dan UMNOPUTRA. Tidak seperti kes-kes lain penswastaan i.e. PERWAJA, PLUS, Lebuhraya2 tol, TNB, bekalan Air, Proton, LRT ( yang tak siap sampai sekarang), Putrajaya, Cyberjaya, harga rumah yang tidak dikawal, KLIA dsbnya.

Ditambah dengan duit Petronas yang dibelanja entah ke mana tapi yang pasti duit Petronas tidak pernah dibelanja untuk kepentingan rakyat. Subsidi petrol pun diorang nak berkira.
Segala projek mengkayakan kroni ini telah menyebabkan harga barang dan keperluan hidup melambung naik. Pada waktu yang sama, gaji dan pendapatan rakyat kekal di takuk lama. Yang mengaut untung dari projek2 ini adalah kroni dan UMNOPUTRA yang mendapat projek “Direct Award”.

TAHUM 80an' DENGAN GAJI RM2k SEBULAN SUDAH BOLEH HIDUP MEWAH

Saudara cuba bayangkan, mengapa dalam tahun 1980’an, mereka yang bergaji RM1800 – RM 2000 boleh hidup mewah dan mampu beli rumah dan kereta. Para isteri pula tidak perlu bekerja dan hanya suami sahaja bekerja. Anak2 tidak menjadi liar, bohsia, mengandung pada umur belasan tahun,

Tapi, dalam tahun2 90’an and 2000’an ini, gaji RM5k sebulan pun tidak mencukupi untuk menampung keperluan keluarga. Kedua2 suami dan isteri bekerja pun, masih tidak cukup.
Ini kerana segala kos hidup yang dahulunya ditanggung kerajaan, sekarang ini dipindah kepada rakyat hanya kerana mahu mengkayakan kroni. Rakyatlah yang menjadi tempat diluahkan segala kos manakala kroni2 menjadi buncit dan kenyang melantak kekayaan Negara.

Harga Proton Wira yang sepatutnya hanya RM20k dijual dengan harga RM60k. Bil Letrik saban kali naik. TOl saban kali naik. Air saban kali naik. Di Selangor, gaji CEO Syabas lebih tinggi dari gaji CEO Bank of China sedangkan Bank of China adalah bank yang ketiga terbesar di dunia. Cara membayar gaji CEO Syabas yang begitu tinggi itu adalah kerap kali menaikkan tariff air.

Apabila harga kereta, harga letrik, harga tol naik, sudah tentulah harga barang kesemuanya naik. Itu logik.

Rakyat Malaysia menanggung hutang kereta sahaja 28% dari pendapatan bulanan mereka. Itu tak termasuk kos makan, pakaian sekolah anak2, perubatan dsbnya.

Dalam pada itu, Institut Jantung Negara, sebuah institusi kerajaan yang menawarkan perubatan jantung specialist yang sesuai dengan kemampuan rakyat Malaysia, juga mahu dirompak kroni2 UMNO. Alhamdulillah, BN berada dalam keadaan tidak kuat pada masa ini tidak seperti sebelum ini. Maka mereka pun tak berani meneruskan misi rompakan mereka.

Kalau tidak, matilah majoriti pesakit2 jantung kita dalam hospital2 kerajaan kerana tidak mampu membayar bil specialist jantung.

Kalau nak anak2 kita menjadi pelacur seperti di Indonesia, teruslah kita menyokong UMNO/BN

Wallahualam

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Sunday, November 21, 2010

Wahai Zaid. Belajarlah dari Tulang Besi

Wahai Zaid, mengapalah kamu begitu angkuh dan sombong sehingga kamu sanggup meninggalkan PKR sekaligus?

Tulang Besi sendiri mempunyai banyak masalaah dengan parti yang Tulang Besi telah menjadi ahli semenjak zaman Arwah Ustaz Yusuf Rawa menjadi Presiden. NAmun, tidak sekali-kali Tulang Besi akan meninggalkan PAS.

Ini kerana, Tulang Besi tidak menyokong PAS kerana kepimpinan mereka. Tulang Besi menyokong PAS kerana perjuangan dan pegangan hidup (akidah) Tulang Besi.

Sebagaimana ramai orang2 PAS marahkan Tulang Besi, namun Tulang Besi tidak berhenti menegur dan mendedahkan kebobrokan segelintir pimpinan PAS yang selama ini menjadi onar dan menjalankan aktiviti2 yang menguntungkan UMNO.

MAlahan, di Padang Arafah baru2 ini pun, TUlang Besi mengangkat tangan yang tinggi di bawah sinaran matahari yang terik memohon Allah SWT (antara lain) membersihkan PAS dari anasir2 UMNO ini supaya PAS suci dari kesyirikan yang selama ini ditaja oleh UMNO.

Maka, adalah sangat2 bodoh bagi Zaid untuk merajuk dan keluar parti. Ia hanya menunjukkan betapa tidak ikhlasnya perjuangan Zaid dan komitmen beliau kepada parti.

Sudahlah bukti pun tak berapa jelas dan segala dakwaan yang beliau buat, rakyat umum masih tertanya-tanya akan sebab sebenar perginya Zahid.

Apa salahnya Zaid kekal sebagai ahli dan kalau ada bukti dedahkan bukti tersebut. Berapa kali Tulang Besi membuat pendedahan dan Tulang Besi membawa bukti bertulis, audio dan video.

Jangan kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga, kata orang tua-tua.

TULANG BESI SUDAH TIADA MASA DEPAN DALAM POLITIK PAS

Apa yang telah dilakukan oleh Tulang Besi selama ini MEMASTIKAN Tulang Besi TIADA HARAPAN untuk menjadi calon PAS dalam pilihanraya umum, pemimpin ataupun apa2 yang berkaitan PAS.

Dan, ada tawaran kepada Tulang Besi untuk menjadi calon parti2 lain, pun Tulang Besi tolak. Tulang Besi istiqamah dalam PAS dan Tulang Besi tidak akan mengorbankan cita2 perjuangan PAS yang diasaskan oleh perbincangan ulama di Seberang Perai pada tahun 1951.

Biarlah Tulang Besi tiada balasan walau sedikit pun dari PAS. Yang penting bagi Tulang Besi, adalah kesyirikan yang ditaja UMNO mesti dihapuskan. Ingat, pada tahun 60'an dahulu, bukan PAS yang mengkafirkan UMNO tetapi Tok Guru2 Pondok dari Kelantan dan Kedah. Tiada satu pun ucapan dasar PAS semenjak Merdeka yang mengkafirkan UMNO. Saya cabar sesiapa sahaja membawa SATU Ucapan Dasar PAS yang menyatakan UMNO Kafir.

Masa PAS jatuh tersungkur dulu pun selepas ditendang BN, berapa banyak wang yang dibelanjakan oleh arwah bapak Tulang Besi di dalam usaha membina balik PAS yang menjadi terlampau lemah hasil dari pengkhianatan UMNO. Sikit pun Tulang Besi tak mintak PAS membayar balik segala pengorbanan ayah Tulang Besi dahulu.

Segala usrah dan kuliah anjuran arwah ayah Tulang Besi yang setiap minggu berulang alik dari KL ke Rembau semuanya memakai ongkos pribadi arwah bapa Tulang Besi. Sampai bapa Tulang Besi meninggal,sedikit pun dia tak minta PAS ganti wang dia.

Kalau siapa nak tau cerita Ayah Tulang Besi berusaha membina PAS Negeri Sembilan pada masa itu, dipersilakan bertanya Ustaz Azizan Abdul Razak, MB Kedah yang ada sekarang. Ini kerana antara ustaz2 yang dibawa oleh arwah abah dahulu menjelajah Negeri Sembilan adalah Ustaz Azizan sendiri (pada masa itu beliau pensyarah UKM).
Takut orang kata TUlang Besi ni pembohong dan mengada-adakan cerita.

Wang yang sepatutnya boleh dibelanjakan untuk keperluan keluarga dibelanjakan untuk membina semula PAS. Terpaksalah Tulang Besi dan adik2 memakai kasut sekolah yang sama untuk 2 tahun berturut-turut. Tulang Besi masih tidak boleh lupa betapa peritnya hidup pada masa itu.

Apabila seorang ayah berjuang PAS, maka seluruh keluarga beliau berkorban sama. Seluruh keluarga beliau berjuang Islam sama.

Yang penting apa yang TUlang Besi buat ini diredhai Allah SWT. Yang penting segala pengorbanan arwah bapa Tulang Besi dibalas dengan syurga oleh Allah SWT terhadap beliau.

DIMANA PUAK FRAKSI UMNO WAKTU PAS DITENDANG MACAM KUCING DAHULU?

Di mana Hasan Ali pada masa itu? Duduk atas kerusi empuk dalam pejabat berhawa dingin di pejabat kerajaan. Gaji tiap2 bulan masuk. Tak perlu risau pasal duit dan sebagainya.

Di mana Nasaruddin Mat Isa masa itu? Sorang pun tak tau, tapi yang pasti beliau tidak merasai keperitan membina PAS yang telah hancur

Di mana Dato Harun Din pada masa itu? Duduk di kerusi empuk sebagai pensyarah UKM duduk di dalam pejabat yang berhawa dingin.

Di mana Roslan SMS masa itu? Takda siapa pun tahu. Barangkali beliau sebuk bermain dengan anak2 polis di kuarters Polis yang beliau diami pada masa itu. Sekarang ni, dengar khabar dah beli kereta baru dan rumah baru nampaknya kawan kita ni.

Sekarang ini, mereka inilah yang terkehadapan mahu PAS bersenggama dengan UMNO. Hakikatnya, mereka sendiri tidak pernah merasa keperitan membina balik PAS sewaktu PAS jatuh tersungkur dulu.

Esok kalau PAS kena tendang, kena khianat lagi, merekalah yang pertama kali cabut. Tinggalah keluarga Tulang Besi dan seangkatan yang berhempas pulas membina balik parti yang telah hancur itu. Nauzubillah.

MASA MENANG SEMUA MENGAKU JADI AHLI PAS

Sekarang ini, Tulang Besi lihat, apabila sudah menang, ramailah yang berpusu-pusu ke PAS. Baru setahun jagung dalam PAS sudah berani menuduh Tulang Besi tidak pandai wala', tidak tahu berkorban, tidak ikut tarbiyyah dan sebagainya. Padahal, Tulang Besi ikut tarbiyyah PAS masa mereka ni kencing dan berak dalam lampin lagi. Ada tu, belum lahir lagi.

Budak hingusan seperti mereka ini, sejarah PAS pun mereka tak khatam. Yang mereka tahu hanya zikir "wala", "wala", "wala". Dalam pada tu, boleh tukar kereta baru, tukar rumah baru dsbnya. PAtutlah galak sangat wala' nya.

Pada ahli2 PAS semua, cubalah faham sebab sebenar Tulang Besi menentang usaha bersenggama PAS-UMNO ini. Kamu tak pernah rasa perit membina PAS sewaktu PAS jatuh tersungkur dulu.

BELAJARLAH ERTI PENGORBANAN WAHAI ZAID

Perkara ini lah yang perlu dipelajari oleh Zaid. Kadang2 kita terpaksa menjadi ahli biasa sahaja demi memastikan perjuangan parti kita kekal di atas landasan yang benar. Itulah pengorbanan kita kepada Malaysia dan rakyat Malaysia (dalam kes PAS pengorbanan TUlang Besi kepada agama).

Wallahualam bissawab.

Tulang Besi



Read more!(Selanjutnya)

Penga

Here is the beginning of my post. And here is the rest of it.

Read more!(Selanjutnya)

Saturday, November 20, 2010

UMNO Hanya Menang di Kawasan Undi POS dan Orang Asli

Assalamualaikum kepada seluruh pembaca Malaysiawaves. Sewaktu Tulang Besi berada di Mina baru-baru ini, Tulang Besi terfikir satu fakta. Kalau dilihat ketiga-tiga kerusi yang dimenangi oleh BN di Semenanjung Malaysia dalam siri-siri Pilihanraya Kecil, UMNO cuma mampu menang di kerusi yang mempunyai bilangan undi pos atau orang Asli yang besar. Misalnya:

Bagan Pinang - UNDI POS yang Besar
Hulu Selangor - Undi orang Asli beserta bilangan undi Pos yang agak besar
memandangkan majoriti MIC cuma 1500 undi++
GALAS - Undi orang Asli yang besar serta pengguanaan Jabatan Hal Ehwal Orang
Asli oleh BN di dalam kempen mereka.

Pihak Pakatan Rakyat MESTI mengambil tindakan yang pro aktif di dalam memerangi fenomena undi pos dan undi orang Asli yang jelas dipergunakan oleh UMNO/BN untuk memenangi kerusi2 mereka.

Sekiranya gagal, nescaya keputusan pilihanraya umum yang depan akan lebih berpihak kepada UMNO dan BN.

Saya cadangkan dedahkan fenomena ini di peringkat antarabangsa.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Saturday, November 13, 2010

Pendedahan Skandal dari Pembaca Malaysiawaves

NOTA EDITOR: Berikut adalah satu surat yang Tulang Besi terima dari seorang pembaca Malaysiawaves. Terserah kepada para pembaca sekelian untuk membuat kesimpulan.Selamat membaca.



(Download Cashflow syarikat Hub Technologies di sini)Apa yang ingin disampaikan dalam maklumat ini ialah bagaimana seorang timbalan menteri menggunakan kuasa untuk kepentingan syarikat tertentu. Awang Adek telah secara langsung mengarahkan agensi-agensi dan syarikat berkaitan kerajaan ‘memberi kerja’ kepada syarikat bernama Hub technologies (M) sdn bhd.

Sejarahnya bermula ketika awang adek menjadi pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB). Sebuah syarikat milik Hussein Bahari dan adiknya Omar Bahari bernama Aora Sdn Bhd, membawa masuk produk pemadam kebakaran Dynamico. Dynamico ialah satu produk pencegah kebakaran dari jenis aerosol. Ketika itu, penggunaan ‘clean agent’ adalah sangat digalakkan di seluruh dunia kerana sifatnya yang lebih semulajadi (boleh terurai dalam udara) dan tidak mengotorkan. Ini sangat berbeza dengan sistem aerosol yang akan meninggalkan kesan serbuk putih yang toksik kepada manusia dan juga bersifat menghakis. Dengan tiada tanggungjawab, Awang Adek ketika itu menggunakan kuasanya untuk memberi projek bernilai jutaan ringgit kepada syarikat Aora Sdn Bhd.

Mungkin kerana tidak cukup, Hussein dan Omar Bahari membentuk 1 syarikat baru bernama Hub Technologies (M) Sdn Bhd dan membawa masuk 1 lagi produk aerosol bernama Aerohub. Kali ini mereka mensasarkan lebih banyak GLC dan agensi kerajaan, jabatan-jabatan, badan berkanun dan hospital-hospital dan Kementerian Pertahanan. Awang Adek kali ini menggunakan kuasanya untuk menggerakkan UKAS/3PU – Unit Kerjasama Awam-Swasta untuk mendapatkan projek. Projek terbaru ketika ini sedang dibuat bersama Kementerian Pertahanan.

UKAS atau 3PU bukanlah badan yang mempunyai authority untuk ‘meluluskan’ keberkesanan, kesesuaian atau pun efisiensi produk berkaitan produk pemadam kebakaran. Jabatan BOMBA sendiri TIDAK menakrif produk-produk tersebut sebagai clean agent dan TIDAK BOLEH digunakan di tempat berpenghuni atau ‘occupied area’. Apatah lagi ia boleh menyebabkan kerosakan pada alat dan mesin. Namun kerana kuasa yang ada pada Awang Adek dalam UKAS dan sebagai Timb Menteri Kewangan, projek itu telah diberi kepada Hub Technologies (M) Sdn Bhd.

Telekom Malaysia (TM) juga mempunyai sejarah penggunaan produk pemadam kebakaran aerosol yang tidak baik. Sebuah syarikat lain yang juga membawa produk yang sama dan tetap diberi projek bernilai jutaan ringgit. Kerosakan juga berlaku dan merugikan TM namun tiada laporan dalam akhbar mengenai apa sebenarnya berlaku.

Pada Julai 2010 Hub technologies (M) sdn bhd sekali lagi meminta bantuan Awang Adek. Pada 1hb Julai 2010 Hub technologies (M) sdn bhd didaftarkan di bawah Skim Jejak Jaya Bumiputra (sebuah badan di bawah Kementerian Kewangan) yang kemudian dijadikan platform atau saluran untuk menyampaikan ‘rungutan’ kepada Kementerian.

Ketika ini Awang Adek dikatakan telah memberi arahan kepada-kepada jabatan kerajaan, agensi, badan berkanun anak syrikat kerajaan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan seperti TNB, TM, kementerian-kementerian dan sebagainya untuk menggunakan produk Hub Technologies (M) Sdn Bhd. Kesemua projek-projek ini boleh dianggarkan bernilai puluhan juta ringgit atau mungkin mencecah seratus juta ringgit. Kalau macam ini barulah Hussein Bahari, Omar Bahari dan Awang Adek boleh kenyang.

Apapun nilai yang dibelanjakan oleh kerajaan pastinya kerugian yang berjumlah 2 kali ganda akan ditanggung kerana kerosakan dan penggantian produk baru.

Read more!(Selanjutnya)

Friday, November 12, 2010

Mahkota Hospital Melaka TIdak Izin Pekerja Wanita Pakai Tudung

Rupanya, dalam sebuk-sebuk UMNO ke hulu ke hilir menjaja kononnya hak Melayu semakin tergadai, Islam semakin dalam bahaya, DAP semakin ganas menentang Islam, rupanya dalam negeri Melaka sendiri Islam dihinjak-hinjak.

Beza Melaka berbanding negeri lain dalam Persekutuan Tanah Melayu adalah UMNO menguasai 2/3 kerusi di Dewan Undangan Negeri Melaka. Maksudnya, UMNO mampu memerintah Melaka TANPA Barisan Nasional ataupun parti2 lain.

Namun, dalam negeri yang dikuasai sepenuhnya UMNO ini, hospital Mahkota Melaka telah tidak mengizinkan pekerja wanita mereka memakai tudung. Saya sendiri melihat dengan mata kepala saya betapa pekerja2 wanita ini memakai ID yang ada gambar mereka memakai tudung, tapi di depan saya mereka membuka tudung.

Rupanya, ia adalah arahan rasmi dari pentadbiran Hospital Mahkota Melaka dan ia berlaku di bawah pengawasan kerajaan UMNO Melaka.

Kalau di negeri yang mereka kuasai 100% macam ni pun mereka tidak dapat memperjuangkan hak orang Islam yang begitu mudah, apa lagi yang boleh kita harapkan dari UMNO.

Janganlah sampai kita jadi macam Indonesia. Pekerja2 perempuan diberi arahan secara terbuka untuk tidak memakai tudung. Sekiranya mereka memakai tudung, nescaya mereka dibuang kerja.

Kalau tak salah saya juga, Mahkota Hospital ini juga sebuah Hospital kepunnyaan Singapura.

Ikutilah rakaman perbualan Tulang Besi dengan salah seorang dari pekerja Mahkota Hospital dengan klik di bawah:

Rakaman Perbualan Tulang Besi dengan Pekerja Mahkota Hospital Berkaitan Larangan Pekerja Memakai Tudung
Read more!(Selanjutnya)

Bapa Curi Duit Tabung Masjid Untuk Beli Susu Anak

NOTA EDITOR: Kerajaan Malaysia sebuk dengan membina Menara 100 tingkat sedangkan rakyat menderita kesempitan wang dan kenaikan harga barang. Sehingga seorang bapa di Johor terpaksa mencuri duit masjid semata-mata untuk beli susu anak.

Apa lagi yang hendak kita harap dari UMNO? Segala projek pembangunan UMNO semata-mata untuk mengkayakan kroni dan UMNOPUTRA. Manakala, rakyat biasa seperti kita terpaksa berebut-berebut sisa2 kekayaan negara yang ditinggalkan UMNO.

Habislah kita kalau UMNO terus memerintah.


Seorang bapa juga suami berumur 39 tahun dari FELDA Aping Barat, Johor yang terdesak telah dikatakan mencuri duit tabung masjid di Kota Tinggi hanya semata-mata untuk membeli susu anak telah ditangkap oleh jemaah masjid. Menurut pihak polis bapa tadi tidak pernah mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini dan tiada rekod menagih dadah.

Kalau benarlah cerita ini, ianya sungguh menyedihkan. Mana pergi wang zakat ? Felda bankrap ke tidak ?

Berita ini adalah dari laporan akhbar New Straits Times 11 Nov 2010

'I stole to buy milk for my child'
NST 11 Nov 2010

KOTA TINGGI: Desperation led a 39-year-old man to steal money from a mosque's collection box to buy milk for his child.

District police chief Superintendent Osman Muhammad Sebot said the man was caught by four members of the Al Mutaqin mosque committee at Sedili Besar, near here on Saturday.

A villager was the first to spot the man, at 2.50pm, fishing out notes from the collection box using a thin wire with glue on its tip.

Osman said the villager called an assistant muezzin, who happened to be near the neighbourhood at the time.

The 19-year-old assistant muezzin sought help from three other mosque committee members, and they waited for the man as the latter rode his motorcycle towards Tanjung Sedili.

This led to a 5km-long chase before he was caught and brought to a police station.

Osman said RM395 was seized from the man, along with a metre-long wire and a tin of glue.

During police interrogation, the man claimed that RM280 of the seized money was his and would be used to pay off debts.

He claimed the remaining RM115 was stolen from the mosque.

"He told policemen that he wanted to use the money to buy milk for his child," said Osman.

The suspect from Felda Aping Barat has no previous criminal records, and tested negative for drug use.
Read more!(Selanjutnya)

Banjir Kedah: Muhyiddin Nak Main Wayang Tapi Tak Jadi

Nota Editor: Muhyiddin nak main wayang. Takut rakyat tahu sebab utama banjir Kedah berlaku adalah kerana projek landasan berkembar tajaan UMNO. Buat tuduhan2 liar dan berlakon melawat mangsa. Hakikatnya, Menteri BN sendiri salahkan projek Barisan Nasional terhadap banjir besar ini.

Chor Chee Hong dilaporkan berkata:


Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata projek landasan keretapi berkembar itu diakui menjadi punca banjir buruk kali ini, terutama kerana pelaksanaannya tidak diseiringkan dengan pelan kecemasan jika bencana seperti banjir berlaku.

Beliau mendedahkan bahawa kepincangan yang dicetuskan oleh projek mega itu, telah menyebabkan air menenggelami sebahagian besar kawasan yang tidak pernah dilanda banjir sebelum ini. Dan termasuk dalam kawasan dimaksudkan beliau ialah taman di mana beliau tinggal kini!


Maka, jangalah Muhyiddin berlakon jadi baik. Hakikatnya, bencana ini adalah hasil kerja tangan kamu sendiri yang kuat memberi projek pada kroni dan UMNOPUTRA.

BERENTI BERLAKON WAHAI MUHYIDDIN. SIAPKAN DUIT BAYAR PAMPASAN

Sepatutnya Kerajaan Barisan kena bayar PAMPASAN di atas segala kerosakan dan kemusnahan.

Bayar pampasan kepada petani kerana musnahnya tanaman mereka, matinya ternakan mereka, hancurnya rumah mereka. Bayar pampasan kepada Kerajaan Negeri kerana kerosakan2 ini menyebabkan pendapatan Kedah semakin berkurangan dalam bentuk bayaran cukai. Bayar pampasan kepada pemilik rumah kerana mereka terpaksa membersihkan serta mengecat rumah mereka semula. Bayar pampasan pada surirumah kerana mereka terpaksa bersusah payah membersihkan rumah mereka. Bayar pampasan kepada pekerja am dan "civil servant" kerana menyebabkan produktiviti mereka menurun.

Semua ini adalah hasil dari polisi UMNO yang suka memberi projek pada Kroni dan UMNOPUTRA

KERAJAAN KEDAH DISARAN SEDIAKAN WANG UNTUK MENYAMAN UMNO DAN KERAJAAN BN

Saman mereka2 ini sampai mereka bangkrap. Pastikan mereka bayar pampasan pada semua mangsa banjir tidak kira sesiapa sahaja.

Inilah masanya para kroni bertanggunjawab ke atas kerja mereka. Bila untung kroni kaut, bila rugi rakyat yang tanggung. Sampai bila nak jadi macam ni??????

BANGUN WAHAI RAKYAT MALAYSIA. TUNTUT HAK KAMU!!!!!!!!

Tulang Besi


Kedah belanja RM2 juta bantu mangsa banjir
Ali Hashim

ALOR SETAR, 11 Nov:
Kerajaan Negeri Kedah telah membelanjakan hampir RM2 juta bagi membantu mangsa banjir yang terlibat dalam bencana yang menimpa negeri Kedah baru-baru ini.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada sidang media di sini semalam.

Menurut beliau lagi sumbangan bagi mangsa banjir tersebut telah disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi penyediaan segala bentuk keperluan seperti makanan dan seumpamanya.

"Selain dari bantuan tersebut, tenaga kerja dan logistik turut disediakan bagi membantu banjir yang berpindah ke tempat perpindahan. Namun begitu bagi mereka yang tidak berpindah kemungkinan bantuan dalam bentuk lain akan dipertimbangkan.

"Sebelum ini adanya dakwaan mangsa banjir yang tidak menerima bantuan datangnya dari mereka yang enggan berpindah ke pusat pemindahan yang telah ditetapkan, " katanya lagi.

Azizan juga berkata, sehingga semalam jumlah mangsa banjir yang telah pulang ke rumah adalah seramai 45,583 mangsa yang terdiri dari 11,840 keluarga.

Manakala seramai 12,185 mangsa yang terdiri dari 3181 keluarga masih lagi ditempatkan di 23 buah pusat pemindahan.

Katanya lagi antara pusat pemindahan yang telah ditutup ialah dalam daerah Padang Terap, Pokok Sena dan Pendang.

(Gambar: Pegawai kanan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah, Zulkifli Yahya melihat bungkusan yang disiapkan sebelum diserahkan kepada mangsa banjir)

Sementara itu 11 pusat pemindahan di Kubang Pasu dan 12 di Kota Setar masih lagi beroperasi sehingga keadaan dipastikan selamat sebelum mangsa banjir dibenarkan pulang kerumah masing-masing.

Beliau juga menyelar Kerajaan Pusat yang cuba mempolitikkan isu bantuan kepada mangsa banjir apabila mendakwa kerajaan negeri tidak mampu untuk menyalurkan sumbangkan kepada mangsa yang terlibat.

"Sebenarnya kita tidak pernah memohon bantuan dari Kerajaan Pusat bagi membantu mangsa banjir di negeri ini. Kita hanya meminta bantuan dari Perak. Manakala Pulau Pinang dan Selangor pula menawarkan bantuan yang berupakan minuman dan bekalan air bersih.

"Perak menyalurkan bantuan yang berupa logistik, lori tangki serta 120 sukarelawan bagi membantu melicinkan perjalanan membantu mangsa banjir. Kita juga berterima kasih kepada mereka kerana sanggup untuk mengenepikan perbezaan fahaman ideologi demi kemanusiaan, " ujarnya lagi.




Read more!(Selanjutnya)

Tanah Melayu Di Penang Terhakis Kerana BN - ADUN BN

NOTA EDITOR: Bukti terbentang sudah. Yang menghancurkan orang Melayu adalah bangsa Melayu sendiri. Tiada kena mengena dengan bangsa Cina, tiada kena mengena dengan India.

ADUN UMNO dari DUN Pulau Betong mengakui:

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Farid Saad (gambar) mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan Umno semasa berkuasa menjadi punca tanah orang Melayu makin berkurangan di Pulau Pinang.


Kalau orang kata taukeh Cina suka beri rasuah, kita kena soal kenapa orang Melayu tu sanggup terima rasuah. Kalau kita kata dadah merosakkan orang Melayu, kita kena soal bagaimana perkara ini berlaku dalam keadaan Polis Di Raja Malaysia dikuasai oleh bangsa Melayu. Kalau kita kata orang Melayu dilanda masaalah buang bayi, kita juga kena soal mengapa perkara ini berlaku dalam keadaan Kementrian Pendidikan dan Majlis2 Agama ISlam semuanya di bawah penguasaan orang Melayu.

Kalau kita persoalkan mengapa orang Melayu ramai tidak berjaya dalam perniagaan, kita juga kena persoalkan mengapa jadi begitu sedangkan Kementrian Kewangan dan bank2 di Malaysia dikuasai orang Melayu?

Cuba berhenti salahkan bangsa lain, cuba kita perbetulkan apa yang tidak betul dengan bangsa kita.

Kempen menyalahkan Cina dan DAP ini adalah propaganda UMNO demi menyelamatkan hayat politik UMNO yang semakin uzur dan tua ini.

Wallahualam

Tulang Besi

Adun BN akui Umno punca tanah Melayu terhakis
Mohd Sabri Said

JELUTONG, 11 Nov:
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Farid Saad (gambar) mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan Umno semasa berkuasa menjadi punca tanah orang Melayu makin berkurangan di Pulau Pinang.

Justeru itu, beliau sebagai generasi muda dalam Umno mahu membaikinya sekaligus memastikan lain-lain tanah yang masih dimiliki orang Melayu tidak diambil untuk pembangunan yang tidak terancang.

"Sebagai generasi muda dalam Umno, saya rasa ia perlu diperbetulkan apakah kesilapan lalu supaya tidak terus menjadi persoalan siapakah pengkhianat sebenarnya," ujarnya pada Debat Perdana Pengkisahan Tanah Melayu di Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian di Kompleks Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, di sini malam tadi.

Justeru, beliau mahu melupakan kisah lama yang ditinggalkan oleh generasi lama Umno yang nyata gagal menyelamatkan kedudukan tanah tersebut.

Dengan niat ikhlas, beliau mengajak semua parti politik Melayu dan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu agar duduk semeja berbincang bagaimana cara terbaik menyelamatkannya.

"Soal parti terpulang pada rakyat. Saya tidak menghalang orang Melayu mahu memilih perjuangan mana yang mereka hendak kerana yang penting ialah ia jaga tanah masyarakat Melayu," kata beliau.

Program anjuran Yayasan Bina Ilmu itu membariskan Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Yusoff Latif sebagai ahli panel.
Read more!(Selanjutnya)

Thursday, November 11, 2010

Tulang Besi Akan Bertolak ke Mekah Besok

Alhamdulillah, Tulang Besi telah selamat sampai ke Saudi Arabia. Tulang Besi telah pun menerima banyak permintaan untuk doa di Padang Arafah termasuk dari seorang pembaca yang bukan beragama Islam.

Inshaalah, hajat saudara/sekelian akan saya tunaikan.Sekiranya masih ada yang mahu mengirim doa, sila email kepada TUlang Besi dengan kadar segera. Rasanya, hanya sampai besok sahaja, Tulang Besi masih mampu mendapat aksess internetan. Selepas itu, Tulang Besi akan memulakan ibadah haji dan biasanya "coverage" akan menjadi "congested". Nak telefon pun susah inikan pula hendak berinternetan.


Inshaalah, doakan kesejahteraan Tulang Besi sewaktu menjalankan ibadah haji ini.

Wassalam.

ps mungkin untuk seminggu ini tiada update dalam blog Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Benarkah Berlaku Penyelewengan Di Dalam Pemilihan Keadilan

Sekarang ini zaman internet, zaman teknologi informasi, zaman perakam suara dalam telefon, zaman kamera dalam handfone, zaman blog, zaman Photobucket, zaman 4Shared Folder, zaman MP3 recorder dan sebagainya.

Ertinya, zaman ini JAUH lebih sukar untuk menutup penipuan dan penyelewengan berbanding dengan "yang telah telah" (kata orang Kedah).

Arakian, kalau benar ada penyelewengan dan penipuan dalam pemilihan PKR seperti yang didakwa oleh Zaid Ibrahim dan Haris Ibrahim (adik beradik ke?), maka saya memohon dengan segala hormatnya untuk mereka mem"publish" bukti tersebut di dalam blog2 mereka untuk ditonton oleh khalayak ramai.

Kalau pihak kepimpinan PKR tidak mahu mengambil kira bukti2 tersebut, biar mahkahmah rakyat yang menentukannya.

Apa yang saya benci adalah Zaid Ibrahim dan Haris Ibrahim menghentam kepimpinan PKR kononnya mereka menipu dan berbohong, tapi SATU HABUK bukti pun kita tidak lihat.

Tak perlu memarahi Anwar, Azmin, Gobala dsbnya. Rakyat Malaysia yang menyokong PKR dan PAS dan DAP bukan bodoh. Kalau kami bodoh, kami akan sokong UMNO.

Tak perlu maki Anwar dan Saifuddin. Cukup dengan kamu membawa bukti yang jelas berlakunya penyelewengan yang dahsyat seperti yang kamu dakwa itu.

Dari kenyataan awal kamu, seolah-olah penyelewengan pemilihan PKR ini laksana pilihanraya umum di Mesir, di mana penyelewengan berlaku depan mata. Tapi, kalau begitu dahsyat dan sadisnya penipuan dalam pemilihan Keadilan, mengapa tiada satu bukti pun yang dipertontonkan kepada khalayak umum.

Para wartawan dari akhbar alternatif juga mengikuti perkembangan pemilihan PKR secara rapat. Namun, tiada satu pun akhbar tersebut melaporkan penyelewengan yang begitu sadis berlaku seperti yang di dakwa oleh kedua-dua anak ibrahim ini.

Jangan kita menang sorak, kampung tergadai. Kalau sayang perjuangan, lebih baik kita menerima kekalahan dengan hati terbuka dan teruskan perjuangan kamu.

Sedih saya melihat gelagat mereka yang tidak mahu menerima kekalahan seperti ini.

Saya tak nafi ada kelemahan dalam perjalanan pemilihan PKR tersebut. Itu semua orang maklum. Namun, berlaku penyelewengan dan tipu undi? Susah saya nak percaya.

Anyways, saya menunggu bukti untuk dikemukakan oleh kedua-dua anak Ibrahim ini.

Terima Kasih

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, November 10, 2010

Pembangunan PAS (rakyat) vs Pembangunan UMNO (kroni)

Berita kadar pengangguran di Kelantan yang terendah di Malaysia mencerminkan wajah sebenar falsafah pembangunan PAS berbanding UMNO. Pembangunan PAS adalah berdasarkan kepada menjaga rakyat miskin dan rakyat susah. Maka, setiap program pembangunan PAS Kelantan adalah mengarah kepada membantu rakyat yang banyak.

Program pembangunan UMNO adalah bertujuan mengkayakan kroni. Kroni kaut sebahagian besar hasil kerajaan dan majoriti rakyat terpaksa berhempas pulas merebut sisa-sisa kekayaan negara yang ditinggalkan oleh kroni2 dan UMNOPUTRA.

Tu sebab di negeri BN, bukan sahaja kadar pengangguran tinggi, tapi yang ada kerja pun tiap2 bulan sesak. MAcamana tak sesak, harga barang makin hari makin naik. Tapi, gaji tak pernah naik.

Harga barang naik sebab pentadbiran UMNO tak pentingkan rakyat. Mereka pentingkan kroni. Jadi, bila kroni nak duit lebih, harga barang dinaikkan dan UMNO tak buat apa2 untuk menghalang.

Hasilnya rakyat semakin menderita duduk bawah UMNO. Dan negeri miskin papa kedana macam Kelantan lebih terserlah keupayaan membantu orang miskin dari UMNO yang kaya raya.

Itulah dia perbezaan falsafah pembangunan UMNO vs PAS.

Sekian

Kadar pengangguran Kelantan paling rendah di Malaysia
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 10 Nov:
Perangkaan terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran di negeri Kelantan adalah paling rendah di Malaysia iaitu 2.2 peratus berbanding dengan kadar nasional iaitu 4.0 peratus.

Menurut laporan yang di keluarkan oleh jabatan itu, bilangan dan kadar pengangguran mengikut negeri, untuk Suku Tahun Pertama 2009 (Q1 2009), Kelantan berada di tempat terbaik iaitu 11,300 sahaja penduduknya menganggur.

Ia diikuti oleh Melaka (2.5 peratus seramai 7,300 penduduk menganggur), Pulau Pinang (2.6 peratus, 18,300 penganggur) dan Pahang (3.0 peratus 18,600 penganggur).

Negeri yang paling tinggir kadar pengangguran di negara ini adalah Sabah dan Labuan iaitu 6.1 peratus di mana 85,000 penduduknya menganggur.

Sebelum ini, pelbagai tuduhan dilemparkan kepada kerajaan negeri Kelantan termasuk kegagalannya menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyatnya.

Kerana itu, kata dakwaan itu, ramai rakyat Kelantan bekerja di luar dari negeri itu.

Sementara itu, mengikut satu blog, Malaysia Wave, yang mendedahkan data ini, beberapa blogger kenalan penulisnya tidak mempunyai sebarang masalah untuk mencari pekerjaan di Kelantan.

"Teringat saya kepada komen member saya, Topeng Perak satu masa dahulu. Beliau kata beliau pulang ke Kelantan tak sampai 2 minggu dah dapat kerja. Teman baik beliau, si Aduka Taruna, dalam kena hambat dengan polis pun boleh dapat kerja," tulis Abdul Rahman yang menggunakan nama penanya, Tulang Besi.

Tulisnya, negeri yang tidak mementingkan projek-projek gajah putih, tidak mementingkan menara 100 tingkat, tidak mementingkan menara berkembar rupanya kerajaan Kelantan telah menjalankan projek-projek yang membantu peniaga-peniaga kecil dan sederahana.

"Kesannya, peniaga-peniaga kecil dan sederhana di Kelantan mampu mengambil ramai pekerja menyebabkan kadar kemiskinan Kelantan adalah antara yang terendah di Malaysia. Projek-projek membantu kroni ditolak, tapi wang kerajaan negeri digunakan membantu rakyat yang majoritinya peniaga-peniaga kecil dan sederhana.

"Perkara yang sama kita lihat di Amerika sekarang ini. Didapati 90 peratus dari syarikat-syarikat yang mengambil pekerja baru di saat jatuhnya ekonomi Amerika adalah perniagaan yang bersifat kecil dan sederhana. Dikatakan peniaga-peniaga kecil dan sederhana inilah yang akan menyelamatkan ekonomi Amerika dari kehancurkan dan kemusnahan," tulis Rahman dalam Malaysian Wave.

Read more!(Selanjutnya)

Majlis Agama Islam Melaka Jual Bangunan Pada Tokeh Cina

NOTA EDITOR: Dalam sebuk-sebuk UMNO menjual minyak kononnya hak Melayu dan Islam semakin terhakis kerana UMNO lemah, rupanya mereka yang menjual hak Melayu dan Islam.

Mengikut laporan Ketua Audit Negara 2009, Majlis Agama Islam Melaka telah menjual bangunan kepada seorang tokeh Cina bernama BC Lim.

Siapa sekarang ni yang menggadai hak Melayu? PAS ataupun UMNO????

Terima kasih kepada blog Anak Muda Kampung Nak Senang di atas pendedahan ini.

Tulang Besi





Bangunan Majlis Agama Islam Melaka dijual ke Taukeh Cina?






Menggemparkan dan menyedihkan. Laporan Ketua Audit Negara tahun 2009 untuk Melaka mendedahkan tanah dan bangunan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah terjual ke BC Lim Enterprise. Siapa BC Lim ini? Taukeh Cina ke ? Cina DAP ke ? Juga tanah MAIM telah dijual ke Universiti Terbuka Malaysia. Paling pelik sebuah rumah jenis kekal telah dibina atas Tanah BaitulMal tanpa kebenaran MAIM.

Apa nak jadi Melaka ni ? Negeri Maju tapi tanah dan bangunan MAIM dah terjual, dijual, diceroboh ? Apa tunggu lagi , buatlah laporan polis dan SPRM.

Sila baca laporan penuh di laman web Ketua Audit Negara di http://www.audit.gov.my/

MENANG SORAK ! KAMPUNG TERGADAI !

MELAKA MAJU ! MELAKA MAJU ! MELAKA MAJU !
Read more!(Selanjutnya)

PKNS: Selangor Tidak Lindungi Para Koruptor

NOTA EDITOR: Syukur alhamdulillah, Kerajaan Selangor TIDAK AKAN MELINDUNGI mereka yang menyalahgunakan kuasa dan kedudukan mereka. TAPI, kena siasat dulu tak boleh ambik tindakan melulu.

Kalau Selangor di bawah UMNO dan Barisan Nasional, konfirm pegawai2 PKNS ni tidak akan disiasat. Nak buat macamana, bapak borek anak rintik la katakan.


Hahahahaha



Skandal PKNS: Khalid arah siasat, PAS nafi sabotaj Pakatan
Oleh Dzulfikar Mashoor
November 10, 2010


SHAH ALAM, 10 Nov — Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menubuhkan jawatankuasa audit profesional untuk menyiasat pendedahan Adun Hulu Klang Saari Sungib bahawa wujud salah guna kuasa dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) termasuk menaja jamuan majlis perkahwinan angkasawan negara bulan lalu.

“PKNS sudah ada perjanjian integriti, jadi kita sudah tubuhkan satu jawatankuasa audit profesional di MBI (Perbadanan Menteri Besar Selangor),” kata Menteri Besar Selangor pada sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Khalid (gambar) yang juga salah seorang ahli lembaga pengarah PKNS memberitahu, jawatankuasa itu akan menyiasat dakwaan PKNS menaja Jamuan Makan Malam Angkasawan sempena majlis perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor di Pusat Konvensyen SACC.

Jawatankuasa audit itu turut akan menyiasat anasir kronisme apabila sekumpulan pegawai kontrak di bawah anak syarikat PKNS Holdings diberi gaji lumayan berbanding pegawai-pegawai tetap.

Khalid berkata, jawatankuasa audit itu turut akan memberi perhatian pada beberapa memorandum, termasuk daripada Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Che Rosi Che Mat.

“Oleh kerana banyak sangat memorandum itu semua, saya suruh (jawatankuasa) audit berfungsi sekarang, sekarang dia mula menjalankan (siasatan ke atas) kenyataan-kenyataan itu, saya menyuruh dia (jawatankuasa audit) mendengar kedua-dua pihak,” jelas Khalid.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan bahawa kes PKNS akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat).

“Dalam masa yang singkat, saya beri dia (jawatankuasa audit) masa selama dua minggu untuk buat keputusan,” katanya.

“Jika kita mendapati perlu (merujuk pada Selcat) kita buat, kalau kita dapati tak perlu, tak payah, kita akan buat semua ini apabila kita mendapat keputusan (siasatan) dari jawatankuasa audit profesional kita,” kata Khalid.

Seorang lagi ahli lembaga pengarah PKNS, Iskandar Abdul Samad pula selain sependapat dengan Khalid, beliau turut menafikan dakwaan umum kononnya tindakan Saari itu adalah sabotaj PAS negeri.

“Saya rasa kalau wujud unsur sabotaj, kalau mereka (pemberi maklumat) nak jatuhkan kerajaan, mereka tidak memberi kepada YB Saari, mereka akan beri pada (Datuk Seri) Dr Mohd Khir Toyo, Ketua Pembangkang.

“Dunia tanpa sempadan, sesiapa pun boleh buat semua ini, saya rasa mereka buat (dedah) semua ini untuk kebaikan PKNS,” jelas Iskandar yang juga Exco Kerajaan Selangor.

Yang Dipertua PAS kawasan Pandan ini mempertahankan tindakan PAS Selangor membuat desakan terbuka ke atas pentadbiran Khalid supaya menyiasat kes tersebut.

“Memang tindakan yang wajar, sesiapa yang melakukan kesalahan maka perlu dihukum,” tegas Iskandar.

Semalam, Saari ketika sesi perbahasan Bajet 2011 mendedahkan beberapa pegawai kontrak dibayar gaji lumayan sekitar RM10,000 hingga RM24,000.

Shaari turut membangkitkan soal kos sewa, kos perpindahan, kos ubah suai pejabat korporat PKNS yang melebihi RM15,785,552.

Malah Saari turut mempersoal kaedah pelantikan Prof Erman Papzian sebagai perunding PKNS selama enam bulan dengan bayaran RM450,000.

Khalid dijangka akan memberi penjelasan khusus berhubung skandal di PKNS pada sesi penggulungan Bajet 2011 esok.


Read more!(Selanjutnya)

Pengangguran Kelantan PALING RENDAH di MALAYSIA - Jabatan Perangkaan Malaysia

NOTA EDITOR: Dalam sebuk2 UMNO menyebar fitnah kononnya Kelantan mundur dan kelantan paling tak maju, rupanya kadar pengangguran di Kelantan adalah paling rendah di Malaysia.

Teringat saya kepada komen member saya, Topeng Perak satu masa dahulu. Beliau kata beliau pulang ke Kelantan tak sampai 2 minggu dah dapat kerja. Teman baik beliau, si Aduka Taruna, dalam kena hambat dengan polis pun boleh dapat kerja.

nah terbukti kebenaran. Negeri yang tidak mementingkan projek2 gajah putih, tidak mementingkan menara 100 tingkat, tidak mementingkan menara berkembar rupanya keraaan Kelantan telah menjalankan projek2 yang membantu peniaga2 kecil dan sederahana.

Kesannya, peniaga2 kecil dan sederhana di Kelantan mampu mengambil ramai pekerja menyebabkan kadar kemiskinan Kelantan adalah antara yang terendah di Malaysia. Projek2 membantu kroni ditolak, tapi wang kerajaan negeri digunakan membantu rakyat yang majoritinya peniaga2 kecil dan sederhana.

Perkara yang sama kita lihat di Amerika sekarang ini. Didapati 90% dari syarikat2 yang mengambil pekerja baru di saat jatuhnya ekonomi Amerika adalah perniagaan2 yang bersifat kecil dan sederhana. Dikatakan peniaga2 kecil dan sederhana inilah yang akan menyelamatkan ekonomi Amerika dari kehancurkan dan kemusnahan.

Saudara boleh baca sendiri statistik ini di sini ("Kadar Pengangguran Kelantan Paling Rendah di Malaysia- Jabatan Perangkaan Malaysia").

Jangan kita terpengaruh dengan pembohongan UMNO/BN. Sememangnya mereka ini bangsa penipu dan pembohong.

Tulang Besi

Percaya atau tidak Laporan Kadar Pengangguran mengikut negeri di Malaysia untuk suku tahun pertama 2009 mencatatkan bahawa kadar pengangguran di Kelantan ialah yang terendah di Malaysia iaitu sebanyak hanya 2.2%, manakala yang tertinggi ialah di Sabah iaitu 6.1% iaitu ke 14 tertinggi di Malaysia.

Sementara itu untuk Negeri Sembilan kadar penganggurannya ialah ke 11 tertinggi di Malaysia , iaitu sebanyak 4.4%.

(Datuk Seri Najib Tun Razak mahu UMNO serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat.- Utusan Malaysia 17 Okt. 2010)

Sumber pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/11/kadar-pengangguran-sabah-tertinggi.html
Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, November 9, 2010

Tulang Besi Akan Menunaikan Fardhu Haji Tahun Ini, Inshaalah

Seperti yang lepas-lepas, TUlang Besi akan membuka kepada pembaca2 Malaysiawaves untuk menghantar doa-doa yang mereka hendak Tulang Besi baca sewaktu berada di Tanah Haram, terutama sewaktu Wuquf di Padang Arafah. Mengikut yang dipelajari Tulang Besi, doa ketika itu adalah AMAT MUSTAJAB. Malahan, di waktu itu, bagi orang lelaki, adalah sunnah berdoa secara berdiri kerana mengikut contoh Nabi SAW yang berdoa berdiri sambil mengangkat tangan ke langit.

Kepada sesiapa yang mempunyai hajat dan kehendak yang perlu didoakan oleh Tulang Besi, sila email kepada malaysiawaves@rocketmail.com sebelum 6 Dzulhijjah. Kerana selepas 6 Dzulhijjah Tulang Besi sudah tiada aksess kepada email lagi.

Bagi Tulang Besi, antara doa yang akan dibaca Tulang Besi adalah:

1.0 Selamatkan PAS dari anasir-anasir UMNO yang menjalankan propaganda UMNO kepada dalaman PAS.

2.0 Musnahkan kesemua golongan pro UMNO dalam PAS dan minta Allah SWT dedahkan segala kemunafikan mereka kepada ahli2 dan rakyat Malaysia.

3.0 Minta Allah SWT turunkan bala yang amat berat dan kemusnahan yang setara dengan bala yang diturunkan kepada Kaum Nuh dan Hud kepada mereka-mereka yang terlibat dalam “Pembelian Wakil2 Rakyat PKR dan DAP”

4.0 Meminta Allah SWT member kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya ke 13 kelak dan memastikan UMNO kalah, inshaalah.

5.0 Memberi hidayat kepada orang bukan Islam di Malaysia untuk menerima hukum syariah dijalankan sepenuhnya kepada orang Islam dan menjinakkan mereka dengan Islam...

Dan banyak lagi

Wallahualam bissawab
Tulang Besi
And here is the rest of it.

Read more!(Selanjutnya)

Monday, November 8, 2010

ZAHID, HARIS. SHOW US YOUR PROOF!!!

It is not my place to comment on the PKR Party elections. But, for me, to simply withdraw and float wild accusations against the party election commission is downright irresponsible.

It is also bad on the image of Pakatan Rakyat as a whole for Zaid and Haris to make unsubstantiated accusation like so.

If there was evidence, Zaid do not need to withdraw from the race. Simply bring forward the evidence to the public and I am very sure the matter will be handled properly by the authorities.

This is the time of internet and web. If there was fraud, it is more difficult to hide them as compared to expose them.

And there rest of Malaysians are more than happy to witness any evidence brought forward by Zahid or HAris or anyone else

Making wild accusations like what we are seeing now will not help Zaid or Haris in promoting their case at all.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Isu Kota Damansara Sarang Maksiat - Satu Penjelasan

Artikel Raja Petra dan Penarik Beca yang terbaru bertajuk "Kota Damansara Berlendir Dosa" menarik hati Tulang Besi. Sebenarnya isu ini telah lama Tulang Besi naikkan kepada salah seorang Ahli Majlis MPSJ yang amat rapat dengan Tulang Besi.

Malahan, Tulang Besi kenal beliau sebagai seorang yang wara' dan kaya raya. Ertinya, beliau tidak perlu kepada rasuah kerana beliau telah pun kaya. Dan beliau tidak mungkin mahu berselindung dan menanggung dosa dari aktiviti2 maksiat.

Saya bertanya kepada beliau:

"Mengapa banyak sangat Pusat2 Urut dan "Cyber Cafe" dalam kawasan MPSJ sejak sekarang ini? Mengapakah tiada tindakan yang tegas dari penguatkuasa MPSJ"


Beliau menjawwab dalam beberapa butiran:

1.0 Pihak penguatkuasa sering mengadakan "rush" dan rampasan barangan dari premis2 berkenaan. Tidak benar penguatkuasa MPSJ tidak mengambil apa2 tindakan.

2.0 Masalaahnya adalah setiap kali dilakukan serbuan, pemilik2 Pusat Urut dan Cyber Cafe ini boleh datang ke MPSJ dan mengambil balik barangan yang dirampas itu.

3.0 Ini kerana undang2 negara tidak memberi kuasa kepada pihak penguasa tempatan untuk merampas barangan dan menyimpannya. Melainkan mereka ada perintah mahkamah.

4.0 Hasilnya, disebabkan kuasa Majlis Tempatan yang terbatas, pemilik2 premis berkenaan boleh terus menerus melakukan aktiviti mereka.

5.0 Tuduhan ahli2 Majlis makan duit dan menghalang penguatkuasa melakukan serbuan dan rampasan adalah bohong semata-mata.

6.0 Diperlukan akta dipinda di peringkat Parlimen untuk memberi kuasa kepada Majlis Tempatan supaya mereka boleh memberi lebih dari saman sahaja.

Itulah yang Tulang Besi dapat dari kawan baik Tulang Besi yang menjadi Ahli Majlis MPSJ.

Sekian

Tulang Besi .
Read more!(Selanjutnya)

Cara-Cara Pemimpin2 PAS Membantu UMNO

Semua orang tahu bahawa UMNO sudah bankrap. Mereka sudah tiada daya penarik untuk menarik sokongan baik dari orang Melayu mahupun bukan Melayu.
Dalam segala hal mereka gagal: pentadbiran, harga barang, korupsi, penjagaan hak Melayu, pentadbiran agama Islam, pentadbiran ekonomi Negara.

Satu-satunya modal yang mereka ada hanyalah : Menakutkan Orang Melayu Kononnya Hak Orang Melayu Semakin Terhakis Kerana DAP Semakin Berkuasa.
Mereka hanya bergantung kepada modal menakutkan orang Melayu kononnya hak mereka telah terhakis di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Mereka menjadikan DAP sebagai BAHAN TAKUT mereka. Mereka pergi ke seluruh ceruk kampung menakutkan orang Melayu kepada DAP.

Pada waktu yang sama, mereka menyebar fitnah kononnya PAS dan PKR dipergunakan oleh DAP. Inilah sahaja modal UMNO yang ada bagi memastikan UMNO terus releven dan boleh terus hidup. Dalam segala isu yang lain, UMNO telah bangkrap

PEMIMPIN PAS PUN TOLONG SAMA SEBARKAN MODAL UMNO KEPADA DALAMAN PAS

Dalam pendedahan saya berkaitan ucapan Dr Harun Din di rumah Hasan Ali beberapa minggu sebelum Pilihanraya Galas, jelas dan terang dari mulut Dr Harun Din sendiri, beliau turut sama menyebarkan propaganda serta fitnah UMNO ini, kononnya DAP akan menghakis serta memusnahkan hak Melayu.

Jelas hujjah Dr Harun Din dangkal kerana beliau hanya mengulangi isu Karpal menolak hokum hudud. Apa yang beliau lupa, MCA, MIC, Gerakan, PPP serta UMNO juga menolak hokum hudud dan hokum syariah Islam.

Dan, tidak hairan orang Islam menolak hokum Islam kerana mereka bukan Islam. Ertinya bukan setakat hokum hudud mereka tolak, malahan keseluruhan Islam termasuk rukun Islam mereka tolak.

Namun, mengapa Dr Harun Din menjadikan isu besar terhadap perkara yang telah lama maklum. Bukan DAP sahaja menolak hokum hudud, UMNO juga menolak hokum hudud. Adakah Dr Harun Din sudah lupa dengan surat Dr Mahathir Mohammad Iskandar Kutty kepada MB Kelantan tempohari?

HASILNYA PROPAGANDA UMNO BERJAYA

Oleh kerana PAS dikawal oleh puak2 Pro UMNO dalam pemilihan yang lepas, maka tiada usaha yang serius dari PAS untuk memerangi fitnah dan mehnah UMNO ini secara serius.
Mana mungkin boleh berlaku usaha yang serius, kerana pemimpin2 PAS sendiri turut menyebarkan fitnah yang ditaja UMNO? Hasilnya, UMNO bermaharajalela menyebarkan fitnah mereka menakutkan orang Melayu dengan perkara yang tidak ada.

Dan PAS hanya duduk dan melihat semata-mata kerana di dalam PAS fitnah yang sama turut disebarkan oleh kepimpinan PAS.

Kita jangan lupa Dr Harun Din sendiri secara terbuka menyokong pendirian UMNO dalam isu penggunaan Kalimah Allah. Dan beliau MELANGGAR KEPUTUSAN PARTI secara terbuka. Tak hairanlah Dr Harun Din membantu menyebarkan fitnah UMNO kepada dalaman PAS.

Hakikatnya, PAS tidak akan mampu mengalahkan UMNO sekiranya mereka turut menyebarkan fitnah yang ditaja UMNO kepada ahli2 dalaman PAS.

Wallahualam

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Banjir Kedah:Menteri BN Salahkan Projek Kerajaan UMNO

Projek Kerajaan UMNO akhirnya terdedah siapa yang untung siapa yang rugi oleh menteri mereka sendiri. Selamat membaca.

MENTERI SALAHKAN PROJEK LANDASAN KERETAPI BERKEMBAR PUNCA BANJIR TERBURUK LANDA KEDAH/PERLIS. PROJEK landasan berkembar yang menjadi antara projek kesayangan bekas Perdana Menteri yang seorang itu, akhirnya disahkan sebagai punca banjir terburuk melanda Kedah dan Perlis sejak minggu lalu.

Dan paling mengejutkan dakwaan itu bukan datangnya daripada parti pembangkang, tetapi daripada menteri kabinet sendiri, Datuk Chor Chee Heung!

Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata projek landasan keretapi berkembar itu diakui menjadi punca banjir buruk kali ini, terutama kerana pelaksanaannya tidak diseiringkan dengan pelan kecemasan jika bencana seperti banjir berlaku.

Beliau mendedahkan bahawa kepincangan yang dicetuskan oleh projek mega itu, telah menyebabkan air menenggelami sebahagian besar kawasan yang tidak pernah dilanda banjir sebelum ini. Dan termasuk dalam kawasan dimaksudkan beliau ialah taman di mana beliau tinggal kini!

"Saya telah tinggal di taman ini sejak 1985 dan tidak pernah air naik sehingga ke dalam rumah. Sekarang air naik empat kaki dalam rumah saya dan kawasan berdekatan," katanya.

Dakwaan Chee Heung yang juga Ahli Parlimen Alor Setar memang ada rasionalnya kerana beliau memahami kawasan terbabit dan rumahnya pula dinaiki air.

Turut didedahkan Chee Heung ialah kegagalan pihak berkenaan menyediakan pelan kecemasan sehingga air banjir tersekat oleh landasan berkembar yang dibina. Aliran air itu kemudian melanda kawasan lain yang tidak sepatutnya banjir.

Beliau yang kecewa dengan keadaan banjir paling buruk berlaku itu bagaimanapun berkata telah memaklumkan masalah yang ditimbulkan oleh projek landasan keretapi berkembar kepada Menteri Pengangkutan, datuk Seri Kong Cho Ha.

Sumber dari Blog

Double-tracking project worsened flood situation in Kedah - Chor

PETALING JAYA: The floods in Alor Setar had been worsened by the electrified double-tracking railway project, Housing and Local Government Minister Datuk Chor Chee Heung said.

He added the outflow of the water was affected by the tracks themselves, adding that contingency plans to allow water to flow out should be in place.

Chor said he had informed Transport Minister Datuk Seri Kong Cho Ha on the matter.

As a result of the poor outflow, areas which were not seriously flooded before were now submerged in several feet of water, he added, citing Taman Lumba Kuda, Taman Golf, Taman Rakyat and Taman Malaysia as examples.

Chor, who is Alor Setar MP, stay with his family in Taman Lumba Kuda.

“My house is now under four feet of water. We have been staying there since 1985, and this is the first time water has come into the house. There had been floods before, but only the roads were inundated,” he said.

Chor had not been back to his house since Thursday as he was visiting other flooded areas and directing the Fire and Rescue personnel on the rescue work.

He said his relatives had to come to offer help to his wife.

Chor also attributed the poor rescue work in the flooded areas to the lack of experience by the PAS-led state government in dealing with the situation.


Read more!(Selanjutnya)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...