Soalan: "Berapa persen...berapa persen jaminan Tuan Guru bahawa PAS dan UMNO tidak akan bergabung di bawah pemerintahan Tuan Guru"
Tuan Guru Haji Hadi:"Wooh...bukan macam meniaga...hahaha...kalau meniaga bolehlah berapa persen"
Soalan: "Tuan Guru 100% Tuan Guru"
Tuan Guru Haji Hadi Awang:"Tak boleh, tak boleh, tak boleh...."
Soalan yang menggamit jiwa sesiapa yang menonton filem ini, mengapa Tuan Guru Haji Hadi tak boleh kata "100%"?
Tiba tiba kita didedahkan dengan berita "Pertemuan Dalam Gelap 2".
Thursday, December 30, 2010
IMBAS KEMBALI: Soalan "Kerajaang Perpaduang" yang Tidak Mahu Dijawab Presiden PAS
Presiden PAS Akui PAS Tidak Pernah "Ditunggang" DAP atau PKR
Jangan dengar cakap saya, dengar sendiri pengakuan Presiden PAS. Dalam keadaan begini pun masih nak jumpa dalam gelap jugak ke? Apa dosa PKR dan DAP pada PAS berbanding UMNO????
Sedih saya ni sangat-sangat.
Wednesday, December 29, 2010
Solat Hajat Setiap Daerah Lantaran Isu Khusrin Munawi Dilantik KSN Selangor
NOTA EDITOR: Apa dosa kerajaan Selangor? Mengapa Najis dan UMNO mahu mensabotaj kerajaan negeri dengan melantik barua mereka bernama Khusrin Munawi. Seorang pegawai JUSA C yang sememangnya TIDAK LAYAK untuk menjadi Ketua Setiuasaha Negeri.
Hakikatnya perlantikan KSU tidak dinyatakan samada dilakukan oleh Sultan atau Menteri Besar mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor.
Bab 3 LII (1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor menyebut:
“Maka hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri; dan perlantikan ke jawatan-jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan.”
Saya mencadangkan supaya Dewan Undangan Negeri Selangor mengadakan sidang tergempar dan meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor supaya menjelaskan siapa sebenarnya yang layak melantik Ketua Setiausaha Negeri.
Bagi saya, ini semua adalah sabotaj UMNO kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Saya mencadangkan supaya Khusrin Munawi tidak dihalang perlantikannya tetapi tugas beliau digantung. Ertinya beliau terus makan gaji tapi tidak boleh berfungsi.
Tulang Besi
Kemelut Perlantikan SUK Selangor
29 Dec 2010 | Current Affairs, Personal | by admin | 18 Komen
Saya mengikuti kemelut terbaru melanda perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor atas beberapa sebab. Pertama, tentulah sebagai rakyat Selangor yang cintakan Perlembagaan. Kedua sebagai wakil rakyat yang berinteraksi dengan perkhidmatan awam Selangor secara berterusan. Ketiga sebagai anak seorang pesara kerajaan.
Bapa saya bekerja dengan Kerajaan Persekutuan sejak beliau tamat belajar pada tahun 1958 hinggalah beliau besara 30 tahun kemudian. Beliau merupakan anggota Malayan Civil Service ketika negara masih baru-baru merdeka, dan bersara sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik semasa memegang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos.
Perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di peringkat Kerajaan Persekutuan. Bab 3 LII (1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor menyebut:
“Maka hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri; dan perlantikan ke jawatan-jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan.”
Justeru kenyataan sesetengah pihak bahawa DYMM Sultan ataupun Menteri Besar mempunyai kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri tidak timbul. Undang-Undang Tubuh tidak menyebut kedua-dua pihak.
Namun tindakan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan perlantikan Pengarah JAIS Dato’ Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor hanya melalui memaklumkan Sultan tanpa memaklumkan Menteri Besar Selangor boleh dianggap melanggar protokol.
Adakah Menteri Besar, Ketua Kerajaan di mana Khusrin akan berkhidmat sebagai pegawai kerajaan paling kanan wajar dimaklumkan melalui media? Undang-Undang Tubuh menyebut bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri harus mengangkat sumpah di hadapan Menteri Besar – menggambarkan hubungan yang sepatutnya wujud antara beliau dan Menteri Besar, bebas tetapi saling hormat-menghormati untuk melancarkan jentera kerajaan.
Protokol sebenarnya, walaupun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang punya kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, tetapi sewajarnya dimaklumkan kepada Sultan dan Menteri Besar sebelum mengeluarkan kenyataan media.
Apatah lagi apabila kita mengambilkira bahawa Khusrin sebagai Pengarah JAIS dikenali dengan sikapnya yang seolah-olah ingin sabotaj Kerajaan Negeri Selangor selama ini.
Ramadan lepas, misalnya, Datuk Seri Najib Tun Razak ingin mengadakan program UMNO di Masjid al-Ihsan, Taman Medan. Hanya ketegasan nazir masjid yang mengikut titah DYMM Sultan yang tidak mahu masjid dipolitikkan berjaya mempertahankan kesucian masjid. Khusrin sendiri terlibat melobi agar program UMNO tersebut dibenarkan, sedangkan sebelum ini pelbagai sekatan dikenakan sekiranya pemimpin PAS atau KEADILAN ingin mengadakan program ilmiah di masjid.
Khusrin jugalah yang engkar dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan menimbulkan kontroversi berikutan lawatan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching ke Surau al-Huda, Kajang. Khusrin diam membisu pula apabila Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan menyampaikan cek di Masjid Sungai Tengi, Hulu Selangor.
Sebelum itu Khusrin ‘menempa nama’ dengan kes penangkapan bekas mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin dalm majlis yang turut dihadiri wakil rakyat Pakatan.
Adakah individu yang sanggup menjadi perkakas politik dan mempermainkan sentimen agama layak menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor?
Kerajaan Negeri sudahpun menghantar tiga calon daripada pegawai-pegawai kanan di negeri Selangor untuk menjadi calon Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru. Ketiga-tiga nama dipilih selepas melalui mekanisme pemilihan Kerajaan Negeri yang sudah dimaklumkan kepada Setiausaha Kerajan Negeri yang ada hari ini.
Dari segi rekod Khusrin juga wajar dipertikai. Khusrin sendiri sekadar dalam gred Jusa C, justeru melangkah Jusa B untuk menjawat Setiausaha Kerajaan Negeri yang bergred Jusa A.
Khusrin sekadar menghabiskan 3 daripada 27 tahunnya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di peringkat Persekutuan, selebihnya beliau cuma berkhidmat di negeri Selangor.
Seolah-olah kelayakan Khusrin hanyalah sikapnya yang memang menentang Kerajaan Negeri yang diambilkira!
Kerajaan Persekutuan kelihatan begitu terdesak untuk mendapatkan semula Selangor dan sanggup mengheret istana semata-mata untuk kepentingan sempit politik mereka.
Di Perak, Dato’ Dr Abdul Rahman Hashim sememangnya Setiausaha Kerajaan Negeri sejak sebelum PRU-12 lagi. Apabila Kerajaan Pakatan Rakyat mengambilalih tampuk pemerintahan Perak, beliau kekal di jawatannya.
Ketika Kerajaan Negeri pimpinan Datuk Seri Nizar Jamaluddin dirampas pada Februari 2009, Dr Rahman memainkan peranan penting untuk memastikan agenda BN terlaksana. Perkembangan di Selangor menyaksikan seolah-olah Najib membuat rancangan yang sama, apatah lagi selepas rombakan pengerusi perhubungan UMNO menyaksikan Najib kekal sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor!
Kerajaan Negeri Kelantan juga menghadapi masalah ketika Datuk Wan Hashim Wan Daud menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri.
Jelas sekali peranan Setiausaha Kerajaan Negeri, sebagai ketua perhidmatan awam di sesebuah negeri amat penting bagi memastikan perjalanan kerajaan. Mustahil Kerajaan Negeri dapat berfungsi dengan baik dengan Setiausaha Kerajaan yang sememangnya mempunyai agenda yang bertentangan dengan Menteri Besar dan Kerajaan Negeri.
Di sebalik sepak terajang politik sempit, kesan kemelut ini ialah semangat Federalisme yang diperjuangkan bapa-bapa kemerdekaan kita dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan semakin punah. Kesannya, jika tidak diubati, akan berpanjangan sehingga membelengu anak cucu kita.
Saya terhibur melihat ada pihak UMNO cuba menyebut tentang Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh dalam hal ini. Jelas sekali mereka tak faham semangat Perlembagaan tersebut. Apatah lagi, apabila menggantung ahli Parlimen, melantik JKKKP mahupun menafikan royalti negeri Kelantan, tak pernah pula UMNO merujuk Perlembagaan!
Sekali lagi saya ulang, jangan ada pula yang cuba mainkan kononnya sesiapa yang mempertikai perlantikan Khusrin sebagai anti-istana. Tindakan Datuk Seri Najib yang mengheret KSN dan Istana Selangorlah yang wajar dipertikai!
« Program ‘Back to School’ di Taman Glenmarie | Hadir di Program Pembasmian Kemiskinan Bandar »
Perjumpaan Dalam Gelap Dgn UMNO Diteruskan oleh "Geng Perpaduang" dalam PAS

Terkejut saya membaca posting Facebook dari YB Abdul Fatah Haron seperti di atas. Saya tak sangka agenda "PERPADUANG" masih wujud. Kalau YB Fatah berani mengeluarkan kenyataan terbuka sebegini, ertinya maklumat ini sudah tentunya sahih dan benar.
Aktiviti perjumpaan dalam gelap sememangnya sedang diteruskan. Maklumat saya dapat dari "dalaman PAS", ianya diteruskan dan ianya berlaku baru-baru ini di Kuala Terengganu. Perjumpaan yang berlaku sebelum Presiden pergi ke London untuk melancarkan PAS Representative Council. Perjumpaan itu telah menjemput Tok Guru Nik Aziz untuk hadzir dan beliau tiba dalam keadaan Presiden dan Timbalan Presiden sedang menunggu bersama-sama Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.
(Sebab apa berlaku di Kuala Terengganu, saya tak boleh terang, bahaya)
Syukur dalam perjumpaan tersebut, Tok Guru Nik Aziz telah "membasuh" semua yang hadzir dengan memberi hujjah yang mantap bahawa masalah umat Melayu di Malaysia adalah berpunca dari UMNO. ALLAHUAKBAR!!!!!!
Saya hairan, bagaimana kepimpinan tertinggi dalam PAS masih mahu berkhalwat dan ber"zina" dengan pemimpin2 UMNO yang telah meluluskan lesen judi bola. Adakah mereka tidak sedar mereka telah memungkiri janji yang mereka buat pada Jun 2009 lepas?
Bukankah keputusan perjumpaan khas Jun 2009 menyatakan isu kerajaang perpaduang telah ditamatkan. (Lihat video di bawah)
TAPI, MENGAPA PERJUMPAAN DALAM GELAP SEPERTI INI MASIH BERLAKU??? Mengapa mahu terus menipu dan memperdayakan ahli-ahli serta penyokong kamu? Sudahlah dulu kamu tipu, sekarang ni kamu mahu menipu lagi?
Kalau kepimpinan PAS tidak dibersihkan dari mereka yang sudah dibeli oleh korporat2 UMNO, selagi itulah PAS akan ditunggang oleh UMNO seperti kuda.
Monday, December 27, 2010
KENYATAAN AKHBAR: Perlantikan SUK Selangor Belum Muktamad
Di bawah adalah kenyataan akhbar berkaitan isu perlantikan Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor yang diwar-warkan dalam akhbar harian. Bagi Tulang Besi, mohon Allah SWT melindungi kerajaan Selangor dari seorang pegawai kerajaan seperti Khusrin Munawi yang tidak teragak-agak melacurkan jentera Kerajaan Negeri untuk kepentingan UMNO. Amin!!!:
.
Kenyataan Akhbar
27 Disember 2010
PERLANTIKAN SUK SELANGOR BELUM MUKTAMAD
Perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebenarnya belum muktamad.
Ini adalah kerana cadangan perlantikan Dato’ Khusrin Munawi oleh Ketua Setiausaha Negara tidak pernah dimaklumkan kepada YAB Dato Menteri Besar, Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim.
Justeru itu, Dato Menteri Besar telah menghantar surat kepada DYMM Sultan Selangor memaklum bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut. Dalam pada itu Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan proses pemilihan bagi jawatan tersebut dengan menubuhkan sebuah panel temuduga sejajar dengan nota amalan (practice notes). Panel tersebut telah memilih tiga nama yang difikirkan sesuai untuk menjawat jawatan tersebut.
Dato’ Menteri Besar kemudiannya telah menghantar tiga nama tersebut kepada DYMM Tuanku Sultan untuk mendapat perkenan. Sehubungan itu, Dato Menteri Besar akan mengadap DYMM Tuanku Sultan pada 29 Disember 2010.
Sekretariat Akhbar
Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor
Ulama Saudi Mengharuskan Orang Islam Merayakan Perayaan Bukan Islam
NOTA EDITOR: Ahli Majlis Syura Ulama Saudi, Dr Ghaith bin Muhammad Al Sheikh Mubarak mengeluarkan fatwa membolehkan orang Islam merayakan perayaan agama lain jika tujuannya untuk menarik perhatian penganut agama lain kepada Islam.
Dengan kata lain, sekiranya kita turut merayakan perayaan, penganut2 agama lain ini akan berlembut hati dengan orang Islam sekaligus melembutkan sikap dan pandangan mereka terhadap orang Islam dan Islam itu sendiri.
Dari pemahaman TUlang Besi, sekiranya perayaan itu semata-mata mahu merayakan perayaan agama lain, hukumnya haram. Namun, sekiranya perayaan itu bertujuan melembutkan hati penganut agama lain kepada Islam, maka mengikut Dr Ghaith, hukumnya adalah harus.
Tak sabar rasanya nak tunggu Dr Yusri Mohammad menggelarkan Dr Ghaith sebagai pengikut PLURALISME AGAMA.
Tulang Besi
Muslims can take part in non-Muslim festivals - paper
Dec 23, 2010 at 13:56
DUBAI - Muslims can take part in religious festivals of other faiths if the purpose of their attendance is to attract non-Muslims to Islam, a senior Saudi scholar said in remarks published on Thursday in the run-up to Christmas.
Dr Ghaith bin Muhammad al-Sheikh al-Mubarak, member of the Council of Senior Ulema (scholars), said by attending festivals of other faiths Muslims could help to “pacify their souls”, according to local daily the Saudi Gazette.
The scholar said when a Muslim rejects an invitation to attend such a festival it could alienate non-Muslims and divert them from the right path, the newspaper reported.
Saudi King Abdullah earlier this year issued a decree stating that only members of the Council of Senior Ulema were allowed to issue fatwas.
The limitation was imposed following a number of fatwas by individual clerics that caused disputes and dissent among Muslims, decree said.
NOTA EDITOR: Ahli Majlis Syura Ulama Saudi, Dr Ghaith bin Muhammad Al Sheikh Mubarak mengeluarkan fatwa membolehkan orang Islam merayakan perayaan agama lain jika tujuannya untuk menarik perhatian penganut agama lain kepada Islam.
Dengan kata lain, sekiranya kita turut merayakan perayaan, penganut2 agama lain ini akan berlembut hati dengan orang Islam sekaligus melembutkan sikap dan pandangan mereka terhadap orang Islam dan Islam itu sendiri.
Dari pemahaman TUlang Besi, sekiranya perayaan itu semata-mata mahu merayakan perayaan agama lain, hukumnya haram. Namun, sekiranya perayaan itu bertujuan melembutkan hati penganut agama lain kepada Islam, maka mengikut Dr Ghaith, hukumnya adalah harus.
Tak sabar rasanya nak tunggu Dr Yusri Mohammad menggelarkan Dr Ghaith sebagai pengikut PLURALISME AGAMA.
Tulang Besi
Muslims can take part in non-Muslim festivals - paper
Dec 23, 2010 at 13:56
DUBAI - Muslims can take part in religious festivals of other faiths if the purpose of their attendance is to attract non-Muslims to Islam, a senior Saudi scholar said in remarks published on Thursday in the run-up to Christmas.
Dr Ghaith bin Muhammad al-Sheikh al-Mubarak, member of the Council of Senior Ulema (scholars), said by attending festivals of other faiths Muslims could help to “pacify their souls”, according to local daily the Saudi Gazette.
The scholar said when a Muslim rejects an invitation to attend such a festival it could alienate non-Muslims and divert them from the right path, the newspaper reported.
Saudi King Abdullah earlier this year issued a decree stating that only members of the Council of Senior Ulema were allowed to issue fatwas.
The limitation was imposed following a number of fatwas by individual clerics that caused disputes and dissent among Muslims, decree said.
Tahniah Kepada Pasukan Malaysia Di atas Kemenangan
Malaysia perlu memenangi piala AFF ini demi membuktikan kepada rakyat Indonesia segala nista dan fitnah yang dilemparkan oleh media, surat kabar, television, radio dsbnya selama ini adalah bohong semata-mata.
Bagi Tulang Besi, kemenangan 3-0 ini masih tipis kerana di Gelora Bung Karno nanti, suasananya berbeza sama sekali.
Di Malaysia keselamatan penyokong Indonesia terjamin 100%. Malahan, 1/4 (atau lebih) stadium dipenuhi penyokong Merah Putih.
Malahan, tiada sesiapa pun dari penyokong Indonesia diapa-apakan. Mereka bebas berpakaian dengan warna Merah Putih mereka. Tiada siapa yang menggangu.
Saya dapat menjamin, suasana toleransi yang sama tidak akan dapat dinikmati oleh penyokong-penyokong Malaysia.
Belum habis permainan, media Indonesia sudah pun memainkan sentimen negatif terhadap Malaysia. Mana mungkin 2-3 orang penyokong bermain laser dan membaling mercun dapat menggangu konsentrasi pemain-pemain Indonesia? Bukannya pemain Indonesia dibaling batu atau kayu? Masa perkara kecil seperti itu mampu mengganggu konsentrasi pemain-pemain Indonesia.
Tapi percayalah, media-media Indonesia yang "dikawal Singapura" ini akan memainkan isu ini dari sekarang sehinggalah ke pusingan kedua nanti. Ditakdirkan Malaysia menang pun, tahap kebencian berjaya disebarkan keseluruh Indonesia seterusnya menguntungkan Singapura.
Kalau ditakdirkan Malaysia menang, saya tidak sabar untuk melihat muka Surya Paloh dan MetroTV di atas segala fitnah yang mereka lempar kepada Malaysia selama ini.
Semoga Malaysia memenangi Piala AFF ini.
Tulang Besi
Sunday, December 26, 2010
Mengapa Agenda Negara Islam PAS GAGAL Menjana Sokongan Dari Rakyat Malaysia?
Masikah saudara/ri sekelian ingat, sebelum pilihanraya 2004, PAS telah mengeluarkan "Dokumen Negara Islam". Dokumen yang tebalnya tidak sampai 100 muka memuatkan garis panduan UMUM berkaitan dengan Negara Islam TANPA menjawab 99% dari persoalan berkaitan negara Islam yang selama ini dinaikkan oleh orang ramai.
Dokumen Negara Islam ini telah dikehadapankan manakala usaha untuk mengenegahkan agenda "PAS UNTUK SEMUA" telah dihalang dan disabotaj oleh golongan ulama atas sebab2yang tiada asas kukuh mahupun sebab yang jitu.
Hasilnya, PAS ditolak MAJORITI rakyat Malaysia. Orang bukan Islam SECARA PUKAL menolak agenda Negara Islam. Dr Mahafiraun mempermainkan konsep itu dengan mengisytiharkan Malaysia sebagai Negara Islam. Padahal, beberapa bulan selepas itu, Dr. mahakutty telah mengeluarkan lesen judi bola untuk VInsetan.
Persoalan yang timbul adalah, mengapa berlaku penolakan secara pukal terhadap pukal sebagai reaksi kepada Dokumen Negara Islam?
BANDING DENGAN PRESTASI PAS 2008
Sebelum 2008, PAS dibawah inisiatif "Geng Erdogan" (seperti yang digelarkan oleh Ustaz Kayu dan geng Terengganu beliau), telah melancarkan beberapa inisiatif:
1.0 Melancarkan slogan "Negara Berkebajikan" sebagai menggantikan slogan "Negara Islam"
2.0 Melancarkan kempen "PAS untuk Semua"
3.0 Mengadakan perbincangan dengan HINDRAFF di waktu semua masyarakat Melayu menolak Hindraff
4.0 Melancarkan beberapa agenda ekonomi
5.0 Memperaktifkan sayap "Bukan Islam" melalui Lujnah Perpaduan Nasional
6.0 Melancarkan manifesto bersama Barisan Alternatif di beberapa negeri
7.0 Mewar-war kan kejayaan Kerajaan Kelantan yang selama ini terpendam dan tidak diketahui rakyat Malaysia.
dan banyak lagi.
Ertinya, sebelum 2008, PAS menunjukkan sikap yang "sederhana" dan "selaras dengan pemikiran majoriti rakyat Malaysia" tanpa mengorbankan prinsip dan syariat Islam.
HAsilnya PAS meraih kejayaan TERBESAR semenjak PAS ditubuhkan pada tahun 1951.
PAS TIADA KREDIBILITI UNTUK MEMERINTAH
Dengan beberapa slogan dan program seperti di atas, imej PAS yang pelik dan terpisah dari masyarakat semakin pulih (kecuali di Terengganu). PAS semakin diterima masyarakat tidak sahaja di kalangan orang Melayu tetapi di kalangan bangsa2 lain.
Apabila Hishamuddin mencium keris di Perhimpunan Agung UMNO, secara otomatik imej PAS menjadi lebih lunak berbanding UMNO. UMNO pula dilihat sebagai extreme dan tidak tahu berkompromi.
Di waktu itu, PAS dilihat mempunyai kredibiliti untuk memerintah berbanding UMNO. Maka majoriti pengundi memberi undi kepada PAS lantaran memberi PAS kejayaan paling besar dalam sejarah PAS.
KONSEP NEGARA ISLAM BERGANTUNG KEYAKINAN RAKYAT KEPADA PAS UNTUK MEMERINTAH
Sedih saya pada sebelum 2004, bagaimana "simplistik" sehingga mereka mengira dengan hanya mengeluarkan sebuah buku yang nipis, mereka boleh meyakinkan rakyat Malaysia yang mereka boleh memerintah.
Kesanya PAS kalah tersungkur pada tahun 2004 serta hampir hilang Kelantan.
Sudah tiba masanya PAS menukar ganti kepimpinan dengan mereka yang diyakini oleh rakyat Malaysia sebagai boleh memerintah kalau mahu melihat agenda negara Islam berjaya.
TULANG BESI
UMNO Guna Ustaz Untuk Sebar Propaganda Nasionalisma
Rupanya UMNO menghantar ustaz2 mereka (yang bukan lulusan agama sangat pun, stkt maahad tahfiz semata-mata) masuk kampung keluar kampung sebar propaganda cetek UMNO untuk menakutkan orang kampung menyokong Pakatan Rakyat.
Di bawah adalah seorang ustaz bernama Kassim Elias, adik kepada ADUN UMNO Batu Kurau yang juga Penasihat Hal ehwal agama kepada menteri Besar Perak. Adiknya Ainon Mardhiah adalah puteri UMNO Bahagia Batu Kurau yang juga seorang guru agama di Sek Sultan Yusof Batu Gajah.
Lihatlah betapa ceteknya hujjah beliau memainkan semangat assabiyyah dan perkauman serta menyebar fitnah dan pembohongan. Sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat, tidak pernah orang bukan Islam mempersoalkan peruntukan serta hak Islam dan Melayu. Apa yang mereka minta hak mereka dihormati juga memandangkan mereka membayar cukai juga.
Saya nak tanya Ustaz ni:
1.0 Adakah orang Cina yang menghalalkan judi di Malaysia?
2.0 Adakah orang Cina menghalalkan arak di Malaysia?
3.0 Adakah orang Cina yang menghalalkan Qazaf di Malaysia?
4.0 Adakah orang Cina yang menghalalkan korupsi di Malaysia?
5.0 Adakah orang Cina yang menghalalkan perzinaan di Malaysia?
6.0 Adakah orang Cina yang menyebabkan undang2 hudud tidak dapat dilaksanakan di Malaysia?
Inilah taktik terbaru UMNO sekarang ini. Mereka menggunakan ustaz2 yang tampak seperti Ustaz PAS tapi sebenarnya agen UMNO menyebarkan propaganda UMNO.
Saturday, December 25, 2010
Menghadapi Krisis Kenaikan Harga, Kelantan Anjur Perkahwinan Perdana
NOTA EDITOR: Syabas kepada Kerajaan Kelantan yang prihatin dengan kesusahan dan kesempitan yang dihadapi oleh rakyat Kelantan. Di zaman krisis inflasi dan kenaikan harga barang ini, Kerajaan KElantan menganjurkan Nikah Perdana melibatkan hampir 100 pasangan.
Bagi Tulang Besi, ini adalah satu cara yang amat baik untuk menjimat kos dan mengawal masaalah sosial. Seeloknya perkara ini dilakukan di setiap negeri supaya dapat membantu pasangan2 yang menghadapi kesempitan wang.>Kelantan peruntuk RM300 ribu anjur nikah perdana
Salmah Mat Husain
KOTA BHARU, 22 Dis: Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM300,000 bagi menganjurkan program perkahwinan perdana yang julung kali diadakan di Kelantan pada 25 Disember ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar berkata, program berkenaan berkenaan diadakan lebih berbentuk kebajikan bagi membantu golongan belia dan beliawanis berkahwin.
“Peruntukan itu termasuk membiayai mas kahwin, jamuan dan peralatan perkahwinan.
”Seramai 100 pasangan akan mengambil bahagian pada program itu yang akan dirasmikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya di sini.
Menurutnya, mas kahwin sebanyak RM1,000 disediakan kepada pasangan terbabit.
Katanya juga pasangan orang kelainan upaya (OKU) turut mengambil bahagian.
“Kita juga berusaha mendapatkan Emas Dinar sebagai sebahagian dari mas kahwin pada majlis berkenaan,” katanya.
Wan Ubaidah berkata, program berkenaan diadakan bertujuan memberi galakan kepada golongan muda berkahwin bagi mengelakkan mereka terjebak dengan gejala kurang sihat.
Menurutnya mas kahwin sebanyak RM1,000 dicadangkan Menteri Besar supaya umat Islam mendapat keberkatan.
“Jangan menyusahkan soal perkahwinan kerana mas kahwin yang terlalu tinggi boleh mengundang gejala tidak sihat,” ujarnya.
Pada majlis berkenaan pengantin lelaki akan berkumpul di Masjid Muhammadi bermula jam 7 pagi. Kemudian mereka akan diiringi perarakan motosikal klasik dan Persatuan Kereta Viva Kelantan ke Putik.
Manakala pengantin perempuan akan menunggu pasangan masing-masing di Putik. Majlis akad nikah akan disempurnakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Menantu Presiden Nak Keluarkan Dokumen "Garispanduan Tahaluf Siyasi"
Tulang Besi mendapat maklumat sesungguhnya "menantu Presiden" sedang sebuk menyiapkan (atau pun memang sudah siap) sebuah buku atau kertas kerja bertajuk (lebih kurang)"Garis Panduan Tahaluf Siyasi".
Ada kemungkinan kertas kerja/buku ini akan dibentang dalam mesyuarat Majlis Syura PAS Pusat dan sekiranya mendapat sokongan akan dijadikan dokumen rasmi untuk semua ahli-ahli PAS.
Mengikut sumber dalaman Tulang Besi, kertas kerja/buku ini bertujuan menjaga garis sempadan antara keharusan tahaluf dan wala kepada golongan non muslim. Yang jelasnya, tiada siapa dalam PAS yang memberi wala' kepada kepimpinan yang lain dari kepimpinan PAS.
Cumanya bila kepimpinan PAS hendak bersenggama dengan UMNO, maka ahli2 bangun menentang. Itu sahaja.
Bagi Tulang Besi, ini adalah idea yang paling "dangkal" yang pernah diutarakan oleh mana-mana "pimpinan" PAS. Ianya tidak menguntungkan PAS serta tidak menguntungkan dakwah Islamiyyah. Juga, ia menunjukkan Menantu Presiden ini SUUZZAN (sangka buruk) pada ahli2 dan penyokong PAS sehingga menyangka ahli2 PAs tidak dapat membezakan siapa yang diberikan wala' dan siapa yang tidak.
PAS telah bertahaluf banyak kali sebelum ini: Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan sekarang ini Pakatan Rakyat. TIdak pernah berlaku ahli2 PAS sila memberi wala' dan ketaatan. Kalau ada pun cuma Zul Nordin yang membelakangkan PAS dan mementingkan diri sendiri sahaja. Saya nak tanya, mengapa sekarang baru nak sebuk-sebuk mengadakan dokumen ini?
Tulang Besi berspekulasi bahawa dokumen ini dihasilkan lantaran penolakan secara menyeluruh gagasan "Kerajaang Perpaduang" oleh 99% dari ahli dan penyokong PAS. Lantaran, untuk memastikan perkara yang sama tidak berlaku lagi, maka dokumen ini dihasilkan.
Kita perlu ingat, ahli dan penyokong PAS secara borong menolak gagasan perpaduang ini kerana mereka lebih suka dan selesa dengan gagasan Pakatan Rakyat. Maka, tak hairanlah Majlis Syura yang rata-rata pro kepada Perpaduang datang dengan idea seperti ini.
HIJRAHLAH WAHAI AHLI-AHLI PAS SEKELIAN
Bagi saya, idea seperti ini datang dari ahli2 PAS yang TIDAK MAHU BERHIJRAH. Sudah lebih 50 tahun kita berdakwah kepada UMNO. Namun, UMNO masih terus menghalalkan apa yang diharamkan oleh ALLAH SWT. UMNO masih menghalalkan judi, arak, maksiat, hub hiburan, fitnah, qazaf, korupsi dsbnya.
Maka, Allah SWT telah membuka jalan kepada PAS untuk berdakwah kepada orang bukan Islam pula. Siapa sangka Karpal Singh sendiri secara terbuka sanggup berbincang mengenai Negara Islam?
Kalau petanda ini pun tak nampak juga, saya tak tau la petanda apa lagi yang diperlukan.
Tulang Besi
ps Suka Tulang Besi perbetulkan. Sebelum ini Tulang Besi pernah merujuk kepada artikel ini dengan nama "Kod Etika Pakatan Rakyat Untuk Ahli PAS". Tulang Besi telah tersilap menggunakan nama sebenar buku menantu Presiden ini.
Harap maaf.
Friday, December 24, 2010
Madzhab Syafiee Ada Dua: Madzhab Syafiiee Qadim dan Jadid
Soalan ini sering menganggu benak saya. Maka, saya telah bertanya dengan Ustaz Wan Ji.
SOALAN: Yang manakah Madzhab Syafiee yang sebenar: Qaul Qadeem atau Qaul Jadeed
JAWAPAN USTAZ WANJI: qadim atau jadid, ia tetap mazhab Syafie. Dia dikenali sebagai Mazhab Qadim dan mazhab jadid. Qadim, merujuk fatwa2 Imam syafie semasa di baghdad. Jadid merujuk fatwa Imam syafie semasa di mesir.
riwayat2 mazhab jadid Syafie adalah, Al-Buwaiti, Al-Muzani, Ar-Rabi' Al-Jizi, Yunus bin Abdul 'Ala dan Abdullah bin Az-Zubair al-Makki.
riwayat2 mazhab Qadim Syafie adalah, Imam Ahmad bin Hanbal, Abu Sur, Al-Kurabisi dan Az-Za'farani.
Fatwa Imam As-Syafie berubah atau tidak sama antara dua tempat, kerana faktor Tarikh Tasyri', iaitu berbedaan keperluan dan hajat sesuatu tempat. Dan faktor, sampainya riwayat hadis semasa beliau berada di Mesir dan Di baghdad.
sekian
Tulang Besi ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Wan Ji kerana telah meluangkan masa dan tenaga untuk menjawab soalan dari Tulang Besi.
PENDEDAHAN: Isu "Kalimah Allah" Dirancang Oleh UMNO Sejak Awal Lagi
Baru-baru ini Yusri Mohammad menuduh bahawa membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah adalah salah satu contoh amalan pluralisme. Di sini, Tulang Besi bercadang mahu mendedahkan bukti betapa isu Kalimah Allah ini dirancang menjadi isu SEBELUM isunya menjadi isu besar di media dan masyarakat.
Sebelum Tulang Besi dibuang secara kejam dari "Muslim Blogger Alliance"(MBA) pimpinan seorang yang bernama Zainol Abideen@Mahaguru58, Tulang Besi telah mendapat satu emel dari beliau berkaitan dialog MBA bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada masa itu, yakni Zahid Hamidi.
Emel tersebut ada dalam simpanan Tulang Besi dan Tulang Besi bersedia memberikannya kepada sesiapa sahaja yang mahu.
Emel Mahaguru58 itu mendedahkan:
1.0 Dialog itu juga dihadiri oleh Rocky Bru dan Nuraina Samad serta dua orang lagii blogger yang tidak mahu dikenali
2.0 Dialog tertutup tersebut diadakan pada 13 February 2009 di Shangrila Putrajaya
3.0 Turut menghadiri dialog tertutup itu adalah:
3.1 Dato' Hj Wan Mohamad bin Dato' Sheikh Abd.Aziz, PEngarah JAKIM
3.2 Dato' Hj Ibrahim bin Lembut, Pengarah dan Ketua Hakim Mahkamah Syariah,
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.
3.3 Datuk Dr. Syed Ali Tawfik, Pengarah IKIM
3.4 beberapa pegawai-pegawai tinggi yang lain
4.0 Di dalam pertemuan itu, Mahaguru58 melaporkan, Zahid Hamidi telah meminta blogger-blogger membantu pihak beliau untuk mmbersihkan salahfaham terhadap Islam yang disebabkan oleh mereka yang mempunyai agenda tersembunyi untuk menentang Islam dengan mengedepankan agenda yang belum pernah didengari sebelum ini seperti penggunaan nama Allah untuk penerbitan mereka yang bukan Islam itu.
Mahaguru58 melaporkan:
The main subject of discussion centred upon the Minister's wish that
the Malaysian Bloggers especially those of us here in The Muslim
Bloggers Alliance led by me together with All Blogs under Rocky Bru
join forces with the Ministry (Islamic Affairs) and support JAKIM,
IKIM and other related Islamic Affairs Departments to help clear the
misunderstandings being unleashed upon the Malaysian populace by those
who have vested agendas against Islam and the Muslims of Malaysia by
creating this wave of controversy by pushing for such unheard of
demands before to use 'Allah' for their obviously unIslamic
publications, etc.
Kesimpulannya, usaha menentang permintaan Gereja Katolik Sabah dan Sarawak menggunakan nama Allah ini telah diketahui dan dirancang penentangannya oleh UMNO (melalui Zahid Hamidi) lama sebelum kes mahkamah majalah "The Herald" mendapat keputusannya.
Sepatutnya Zahid berbincang dan mencari jalan tengah untuk menyelesaikan masaalah sensitif ini. Namun, Zahid menggunakan blogger-blogger "penjilat" seperti Mahaguru58, Rocky Bru, Nuraina Samad untuk mengeruhkan lagi suasana.
Ini bertujuan untuk menaikkan kemarahan umat Islam kepada bukan Islam seterusnya membolehkan UMNO memainkan sensitiviti orang Melayu dan Islam. Hasilnya kelak adalah peningkatan sokongan orang Melayu dan Islam kepada UMNO.
Itu sahaja. Persoalan samada ianya berdasarkan kepada Al Quran dan Sunnah tidak menjadi hal kepada Zahid Hamidi dan UMNO.
Yang penting isu ini memberi laba kepada UMNO dan BArisan Nasional.
Tak heranlah Yusri Mohammad juga menyokong usaha ini dengsan mengeluarkan "fahaman baru" dalam Islam yang mengharamkan pengunaan nama Allah oleh pengikut agama Samawi.
Saya gelarkan orang seperti Yusri Mohammad ini "Khawarij Moden" kerana mereka lebih suka mengharamkan perkara yang tidak diharamkan oleh Allah SWT dan Rasul SAW.
Kalau betul hendak bertindak, kenapa JAKIM tidak bertindak ke atas Mahaguru58 yang mengikut Tariqat yang telah difatwakan sesat oleh Jakim?
Tulang Besi
(Keseluruhan emal Mahaguru58 boleh dibaca dibawah)
[muslim-bloggers-alliance:766] Mahaguru58 and other Bloggers Dialogue with the Minister in charge of Islamic Affairs, PM's Department
muslim blogger alliance
X
Reply
|
MAHAGURU58
Assalamualaikum dear MBA members. I was invited to a closed door meeting with...
2/14/09
MAHAGURU58Loading...
2/14/09
MAHAGURU58
to MUSLIM
show details 2/14/09
Assalamualaikum dear MBA members.
I was invited to a closed door meeting with Datuk Seri Dr. Hj. Ahmad
Zahid Hamidi, Minister in the Prime Minister's Department and in
charge of Islamic Affairs, Government of Malaysia day before yesterday
at the Shangrila Putrajaya. The meeting took place at 9pm at a
designated meeting hall in the exclusive hotel.
The invitation to me was relayed by Rocky Bru @ Ahiruddin Atan,
President of All Blogs to discuss amongst many other topics, the
problem being created by the publishers of the Malaysian Roman
Catholic Magazine 'Herald' who remain obstinate in using the term
'Allah' to represent their idea of God in their Malay section of their
Christian magazine.
Fellow blogger Nuraina Samad who blogs at http://nursamad.blogspot.com,
the daughter of National Laureate, Allahyarham Tan Sri Samad Ismail,
was also there and two other bloggers who wish to remain anonymous.
Also attending on behalf of the Malaysian Government's side was Dato'
Hj Wan Mohamad bin Dato' Sheikh Abd.Aziz, the Director General of
JAKIM, the Islamic Development Department of Malaysia, Dato' Hj
Ibrahim bin Lembut, the Director General and Chief Syarie Judge of the
Syariah Justice Department of Malaysia, Datuk Dr. Syed Ali Tawfik Al
Attas, the Director General of IKIM, the Institute of Islamic
Understanding Malaysia and other top officials of the Ministry
( Islamic Affairs, Prime Minister's Department).
The main subject of discussion centred upon the Minister's wish that
the Malaysian Bloggers especially those of us here in The Muslim
Bloggers Alliance led by me together with All Blogs under Rocky Bru
join forces with the Ministry (Islamic Affairs) and support JAKIM,
IKIM and other related Islamic Affairs Departments to help clear the
misunderstandings being unleashed upon the Malaysian populace by those
who have vested agendas against Islam and the Muslims of Malaysia by
creating this wave of controversy by pushing for such unheard of
demands before to use 'Allah' for their obviously unIslamic
publications, etc.
The Minister has been following postings done by many of us in the
Malaysian Blogosphere and supports the good work that most of us do to
help fight against the enemies of Islam through our respective blogs.
He admits to regularly read me too and also said that many of his
fellow ministers support me and those of us here in the Muslim
Bloggers Alliance.
Rocky Bru and Nuraina Samad are at the moment embroiled in engaging
the Islamophobes out there in our volatile Malaysian blogging scene
and have asked me to join forces with them in clearing the air about
what our stand is against the Christian Catholic magazine usage of
'Allah' to describe their distorted idea of God when in truth they do
not preach what Eesa Alaihis Salam himself preached that is to worship
none other than Allah Subhanahu Wa Ta'ala?
We discussed many things and amongst the ideas mooted was my idea to
first and foremost register our MBA and after that to launch a 'Mobile
Dakwah Unit' national team where we would be using a 3 sided open
panel van to travel to most major cities and rural areas.
Volunteers would then stop these Mobile Dakwah Units at places to be
chosen in major towns and public fields.
We would after Isya' prayers start screening informative documentary
films about what Islam truly is and to help the public gain truthful
information about our Islamic faith.
The screening will be done using projectors and utilize mobile
projection screens when needed or use the area's building walls when
necessary.
Airing informative documentaries through the broadcasting channels
doesn't attract on the field interactions such as what I proposed to
the Minister and the JAKIM, IKIM and Syariah DG's?
We need to return to the basics and approach the public face to face.
We can then after screening such films and documentaries attend to and
answer any questions posed by the public as far as matters such as the
Hudud Laws of Islam, the subject of apostasy as in the cases of Lina
Joy, Subashini and others, this usage of Allah by the Christian
Catholic Herald Magazine, and other matters which are being
misunderstood by the majority of Malaysians, both Muslims and
Disbelievers alike?
By using this direct to the people approach, we will then also be able
to distribute booklets, brochures, informative DVD's and other Islamic
Information material for free to the general public.
The Minister supports this idea of mine and asked me to coordinate
with JAKIM, IKIM and the Syariah Justice Department to work out the
program.
As far as the monetary needs are concerned, the Ministry will help
where it can and Datuk Seri Dr Hj Ahmad Zahid Hamidi asked that we
here in the MBA come up with about 40 dedicated bloggers whom he wants
to join him and the other top government officers in a meeting to
discuss this matter proper.
He also said that he wishes to have those of us who attended the
meeting at Shangrila Putrajaya to be ready to have an audience with
His Majesty, the Yang Di Pertuan Agong soon to address this current
situation where Islamophobia has been festering for quite some time
without the decisive corrective action be taken by those before him?
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi also asked that we work in tandem
with one another and not to let the cat out of the bag for now for we
have enemies both in and out of the ummah.
I am sharing this confidential development with you who are subscribed
to and registered with the MBA in total trust that you will not
disclose about this meeting between myself, Rocky Bru, Nuraina Samad,
those two other bloggers and the Minister and others especially the
Director General's of our nation's top most Islamic Departments
because I need to select and choose those who are willing to be
amongst our top 40 MBA delegation to be invited to the next meeting
with the Minister and others.
I am also giving you notice for each and every MBA member who is
registered with us to update your details in the member profile.
I am going to update the official MBA website with a list of every MBA
member with links to their respective blogs for the general public to
access and view them.
I need each of you dear MBA members to email me with your full list of
personal details for at the moment we do not yet have a proper working
committee to prepare all these.
I know that most of us are terribly busy with our own work and
personal life's but this is Fardhu Kifayyah as far as I am concerned
for the future of our ummah here in Malaysia depends on what we choose
to do in order to see to it that our Deen is protected from the evil
designs of our enemies out there, both declared and covert.
You need to be courageous and be firm when speaking up for Islam.
I need you to be with me in seeing to the proper registration and
formation of this Muslim Bloggers Alliance.
Today, we have come to be recognized as a legitimate representative of
the Muslim Bloggers this side of the world.
The Minister himself has given us his blessings and we stand to be
able to contribute officially as an Islamic NGO and do what we can for
the ummah and the nation using our collective pool of thoughts and
ideas to help our fellow Muslims and Malaysians in general.
I ask that you please email me your full details as per the usual
necessary details needed for registering your membership here in the
MBA:
1. Full name
2. Full blog address
3. Email address
4. Contact Mobile Number
5. Gender
6. Age
7. Profession
We do not have a secretary yet.
For now it is all up to me and Brother Ades has graciously set up and
sponsored our main website. He himself is quite busy with his studies
and I do not wish to burden him unnecessarily.
I'm okay with the setting up of this MBA on my own for now but when we
are all ready to meet and set up our office in actuality, I hope that
those of you who are able to will come forth and do your part by
assuming ownership and taking responsibility for the running of the
MBA proper.
I do not wish to see this MBA die with me. I need you to carry on
after I'm no longer around or unable to if I'm to live to be old and
grey in the real sense of the word. :P
Please resend me your details here to my emails :
admin@themuslimbloggersalliance.org
mahaguru58@gmail.com
Remember, keep this info contained in this email confidential.
I trust you to hold to this in the Name of Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Wabillahi Taufik Wal Hidayah.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Thursday, December 23, 2010
Sepatutnya Lagu Tema UMNO Adalah Lagu Ini
UMNO WAJIB TUKAR LAGU TEMA MEREKA KEPADA LAGU INI (Ehsan Arwah P.Ramlee):
Kamilah penyamun di dalam negeri
Kami penyamun di dalam ini negeri
Kerja merompak mencilok dan mencuri
Tidak memilih mas intan kerbau sapi
Asal yang boleh ku bawak lari
Kami penyamun
Penyamun
Kamilah penyamun di dalam negeri
Kami penyamun cukup berilmu kebal
Pasal mencuri terkenal paling handal
Ayam dan itik semua kami bedal
Siapa melawan ku tunjal-tunjal
Kami penyamun
Penyamun..
Bekas ahli Umno N.Sembilan diugut kerana sertai PKR
NOTA EDITOR: Hairan sungguh-sungguh saya. Dalam keadaan UMNO memainkan isu Melayu selama dua tahun kebelakangan ini, rupa-rupanya propaganda UMNO itu tidaklah berkesan sangat.
40 ahli UMNO keluar UMNO dan masuk PKR di kubu kuat UMNO di Kampong Telok Pelanduk, Port Dickson.
Hasilnya UMNO panik dan buat keputusan untuk mengugut bekas2 ahli UMNO ini.
Yang menarik hati Tulang Besi adalah sebab yang diberikan oleh bekas2 ahli UMNO ini untuk meninggalkan UMNO. Mereka mendapati segala bantuan yang sepatutnya sampai kepada rakyat dipoketkan oleh kroni UMNO.
UMNO Telok Pelandok ini adalah diasaskan oleh datuk kepada Isa Samad.
Kami diugut kerana sertai KEADILAN – bekas Umno
21 Dec 2010
KUALA LUMPUR: Beberapa jam selepas 40 ahli Umno dan MCA Kampung Telok Pelanduk, Port Dickson menyertai KEADILAN baru-baru ini, sekumpulan ahli parti itu khususnya dari Umno mengugut akan menyekat bantuan untuk mereka yang keluar parti.
Jurucakap kumpulan itu, Isa Othman berkata, ugutan itu berlaku kerana pimpinan Umno BN cukup terkejut dengan tindakan drastik masyarakat di kampung itu yang mula berani memperjuangkan hak mereka.
“Umum mengetahui Telok Pelanduk merupakan kubu kuat Umno BN sejak sekian lama dan apabila kami secara beramai-ramai keluar parti, pastinya ia sesuatu yang mengejutkan pihak Umno BN.
“Sebab itu, mereka melakukan ugutan bahawa bantuan kami akan disekat kepada penduduk yang keluar parti walhal berpuluh-puluh tahun kami diabaikan,” katanya kepada Keadilan Daily.
Isa yang juga anggota Umno sejak lebih 30 tahun lalu turut memberitahu bahawa sesuatu yang menghairankan apabila banyak bantuan yang sepatutnya mereka terima selama ini langsung tiada terutamanya kepada warga miskin dan ibu tunggal.
“Berpuluh-puluh tahun hak kami diabaikan dan apabila kami siasat, hanya kroni tertentu sahaja yang menerimanya sedangkan banyak lagi ibu tunggal dan warga emas di kawasan ini dinafikan hak mereka,” jelasnya.
Kumpulan itu meninggalkan Umno pada pertengahan Disember lalu dan menyertai KEADILAN dengan borang mereka diterima sendiri oleh Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Bahrain.
“Itu hanya permulaan dan ratusan lagi ahli Umno BN akar keluar parti secara senyap-senyap selepas ini kerana beberapa penduduk terus diugut jika mengisytihar keluar Umno secara terbuka,” katanya.
Menurut Isa, Telok Pelanduk turut meliputi lima buah kampung dengan jumlah penduduk kira-kira 3,000 dengan lebih 75 peratus daripadanya bersedia menolak Umno BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Berpuluh-puluh tahun kami bersabar dan menderita dan sudah tiba masanya kami bangkit untuk mempertahankan hak kami sebagai mana yang dijamin dalam perlembagaan.
“Merupakan hak kami selaku warga Malaysia untuk memilih parti yang kami sukai dan yakin mampu memperjuangkan hak kami lagipun demokrasi membenarkan ia berlaku,” kata Isa.
Menurut rekod, Telok Pelanduk diasaskan oleh Abdullah Tir yang juga merupakan Datuk kepada Isa.
Khir Toyo Mengaku UMNO Jual Tanah Surau di Rawang

Maklumat yang didapati oleh Tulang Besi dari "contact" Tulang Besi di SUK adalah tanah yang seluas hampir satu ekar itu telah di "gezzete" kan sebagai tanah surau. Juga, itulah satu-satunya tanah milik "Melayu" di Pekan Rawang itu.
Namun, mengikut pengakuan Khir Toyo sendiri dalam blog beliau:
"Kelulusan penjualan tanah kepada SAP Holdings dibuat sebelum tahun 2000 lagi, yang mana ini bermakna ia dibuat sebelum pentadbiran saya"
Ini bererti Khir Toyo mengaku dengan sejelas-jelasnya bahawa tanah yang digazetkan sebagai "tanah surau" itu telah DIJUAL oleh UMNO kepada Tauke.(sila rujuk notakaki)
Mengapa saya kata demikian?
SAP Holdings Sdn Bhd adalah sebuah syarikat dimana pemegang-pemegang saham nya adalah:
Chew Ting Teck, Hung Te Hsin @ Ang Teck Thieng, Siaw Kwee Mow @ Sia Hock Chai, Sip Kew Yin, Tan Kok Yee, Tan Pang Kuan, Chow Soon Tat @ Chew Soon Tat, Chew Teng Meng @ Francis Chew, Chew Siew Ying and Dhew Teng Fook @ Chow Teng Fook.
Bayangkan di waktu penjualan tanah ini dubuat(sebelum 2000 atau pada 2003), UMNO menguasai MAJORITI kerusi DUN di Selangor. Dengan kata lain, UMNO mampu memerintah Selangor pada masa itu TANPA BARISAN NASIONAL.
Namun, tanah Melayu/ISlam tetap tergadai kepada tauke sekalipun UMNO berkuasa dengan penuh pada masa itu.
Soal saya kepada orang Melayu di Malaysia: Apa gunanya kita terus menyokong UMNO?
Tulang Besi menyokong sangat kenyataan Faekah:
“Fakta jelas mendedahkan siapa yang sebenarnya telah mengorban orang Melayu dan Islam di Rawang. Saya rasa mungkin lebih sesuai penduduk berhimpun di pejabat Umno dan MCA untuk membuat aduan mereka,” kata beliau.
Di waktu mereka kuat pun, hak Melayu tergadai. Apa lagi kita hendak harapkan dengan parti yang reput, korup dan penuh pendustaan ini?
Tulang Besi
notakaki: Khir Toyo cuba menafikan penjualan tanah surau ini dilakukan pada zaman pemerintahan beliau. Padahal, mengikut rekod kerajaan negeri, saham SAP Holdings Sdn Bhd dijual oleh Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) kepada syarikat persendirian pada tahun 2003. Penjualan saham SAP Holdings Sdn Bhd ini sekaligus menyebabkan tanah Melayu di Rawang TERGADAI KEPADA TAUKE.
Saya cabar Khir Toyo menyaman Faekah (SU Politik Tan Sri Khalid) kerana membuat kenyataan ini.
Dan, Datuk Zainal Abidin Sakom adalah salah seorang dalang penjualan tanah yang digazet sebagai tanah surau di Rawang ini. Inilah dia standard Pengerusi Yayasan BAsmi Kemiskinan UMNO. PAtutlah YBK takut kena audit.
Tapak surau diserahkan kepada pemaju sejak lapan tahun lalu
Monday, 20 December 2010 | Ruangan: Berita
RAWANG, 20 Dis - Kerajaan Selangor akan memastikan penduduk di Kampung Melayu, Rawang, mempunyai kemudahan surau walaupun notis perobohan dan pemindahan (Surau Al Hidayah) telah dikeluarkan oleh syarikat pemaju bagi menjalankan projek pembangunan yang telah diluluskan lapan tahun lalu.
Kerajaan Selangor melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini agar penduduk di kampung itu dapat terus menjalankan ibadat seperti biasa.
“Kerajaan Selangor tidak terlibat langsung dengan pelan pembangunan tapak sepertimana yang dituduh oleh mereka yang terlibat dalam demonstrasi semalam, yang diketuai beberapa pemimpin Umno, termasuk Datuk Zainal Abidin Sakom,” kata Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin.
Beliau menjelaskan, tanah yang terlibat dalam projek pembangunan tersebut dimiliki SAP Holdings Sdn Bhd yang akan menjalankan projek tersebut bersama satu lagi syarikat swasta Mahumas Sdn Bhd.
“Zainal sepatutnya selidik dahulu sebelum membuat tuduhan liar. SAP Holdings bukan lagi anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor.
“Pada 2002, Kerajaan Negeri Umno-Barisan Nasional (BN) telah membenarkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) melepaskan saham kepada pihak swasta.
“Beliau terlarang dari segi moral dan perundangan untuk menuduh kerajaan negeri sekarang kerana beliau adalah sebahagian daripada kerajaan yang bukan sahaja melepaskan saham dalam SAP Holdings, tetapi juga telah meluluskan projek tersebut,” kata Faekah menerusi kenyataan akhbarnya hari ini.
Beliau berkata, kerajaan terdahulu telah meluluskan permohonan SAP Holdings dan Mahumas untuk menjalankan projek atas tanah tersebut, termasuk lot yang diwartakan untuk pembinaan surau.
Lembaga Pengarah SAP Holdings Berhad sekarang ialah Datuk Abu Bakar Mohd Amin, Norihan Mohd Bakri, Tan Kok Yee, Chong Fook Sin, chew Siew Ying dan Chew Ting Teck.
“Fakta jelas mendedahkan siapa yang sebenarnya telah mengorban orang Melayu dan Islam di Rawang. Saya rasa mungkin lebih sesuai penduduk berhimpun di pejabat Umno dan MCA untuk membuat aduan mereka,” kata beliau.
Berhubung status gerai-gerai tanpa lesen yang beroperasi di sekitar surau berkenaan, Faekah berkata, laporan awal yang diterima dari Pejabat Daerah Gombak mendedahkan gerai-gerai itu dibina secara haram tetapi sewa dikutip oleh bekas bekas ahli jawatankuasa surau, Bing Selamat Amir, bagi mengisi tabung surau itu.
Bagaimanapun, ahli jawatankuasa baharu surau berkenaan mendakwa kutipan itu tidak pernah disalurkan ke tabung surau.
“Saya menyeru polis dan SPRM membuat siasatan lanjut berkenaan hal ini dan kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor akan memberi kerjasama penuh,” katanya.
Wednesday, December 22, 2010
UMNO/Zainal Sakom Jual Tanah Surau pada Taukeh Cina

Dulu Tulang Besi pernah dedah Majlis Agama Islam Melaka pernah menjual bangunan ada "tauke cina". .
Di Selangor, satu-satunya tanah milik orang Melayu di Rawang rupa-rupanya telah dijual oleh UMNO. Dalam penjualan ini, tokoh UMNO Selangor, Dato Zainal Abidin SAkom terlibat sama.
Tanah tersebut asalnya milik bersama Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB)
melalui SAP Holdings. Pada waktu itu, SAP Holdings adalah ANAK SYARIKAT KDEB.
Namun, pada tahun 2002, KDEB telah menjual saham mereka di dalam SAP HOLDINGS. Pada waktu sekarang, pemegang-pemegang saham SAP Holdings adalah:Chew Ting Teck, Hung Te Hsin @ Ang Teck Thieng, Siaw Kwee Mow @ Sia Hock Chai, Sip Kew Yin, Tan Kok Yee, Tan Pang Kuan, Chow Soon Tat @ Chew Soon Tat, Chew Teng Meng @ Francis Chew, Chew Siew Ying and Dhew Teng Fook @ Chow Teng Fook.
Maka, secara otomatik tanah tersebut jatuh ke tangan SAP Holdings yang dimiliki oleh orang-orang di atas.
Di sinilah kita lihat contoh KETUANAN MELAYU UMNO. Mereka ambil tanah orang Melayu dan jual pada orang lain.
Lepas dah gadai tanah Melayu, mereka cuba tuduh Kerajaan Negeri PR pula yang gadai. Mereka ini benar-benar pendusta dan pembohong.
HIDUP MELAYU!!!! HIDUP UMNO!!!!!
Tulang BesiS'gor BN 'sold out' villagers
Dec 21, 10 10:35am
Land on which the Kampung Melayu Pekan Rawang surau is located was sold to private hands by the Selangor government in 2002, then controlled by BN.
The surau is now slated for demolition, triggering protests.
Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim's political secretary Faekah Husin (left) said the plot was held by SAP Holdings Sdn Bhd, then held by state investment arm Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB).
In 2002, KDEB released its shares in SAP Holdings Bhd to private ownership. The same year, the state government approved a joint-venture project on the land between SAP Holdings and another company Mahamus Sdn Bhd.
In a statement, Faekah said the facts run contrary to claims by Umno leaders who are championing the residents' cause to campaign for the surau to be preserved.
She singled out Zainal Abidin Sakom as among the Umno leaders involved.
“Zainal Abidin has no moral or legal right to accuse the current state government for this mess because he was part of the state administration which not only released rights in SAP Holdings but also approved the project,” she said.
'Umno and MCA responsible'
She also revealed that the current board of directors of SAP Holdings are Abu Bakar Mohd Amin, Norihan Mohd Bakri, Tan Kok Yee, Chong Fook Sin, Chew Siew Ying and Chew Ting Teck.
The company's shareholders are Chew Ting Teck, Hung Te Hsin @ Ang Teck Thieng, Siaw Kwee Mow @ Sia Hock Chai, Sip Kew Yin, Tan Kok Yee, Tan Pang Kuan, Chow Soon Tat @ Chew Soon Tat, Chew Teng Meng @ Francis Chew, Chew Siew Ying and Dhew Teng Fook @ Chow Teng Fook.
Commenting on demonstrations against the state government by Kampung Melayu Pekan Rawang residents, Faekah said they are targeting the wrong party.
“The facts clearly show who had forsaken the rights of the people. Instead of demonstrating against the state, it may be more appropriate for the demonstrators to take their complaint to the offices of Umno and MCA,” she said.
However, she gave an assurance that the state government will work with the Selangor Islamic Affairs Department to find a solution to ensure that Muslims in the village can continue their religious activities.
Tuesday, December 21, 2010
Tulang Besi Naikkan Banner Anti Kenaikan Harga Barang
Syukur alhamdulillah. Malam tadi banner2 Tulang Besi telah dinaikkan di hadapan hapdaan Rozzelle Kota Damansara serta Simpang Seksyen 8, Kota Damansara. Esok, satu lagi banner akan dinaikkan di bulatan Masjid Mujahiddeen, Damansara Utama, inshaalah.
Tulang Besi bukan setakat melancarkan kempen naik banner, Tulang Besi sendiri pun naikkan banner. Inilah sedikit sumbangan Tulang Besi demi memastikan masa depan anak cucu kita tidak digadaikan kepada kroni dan UMNOPUTRA.
Pengalaman Tulang Besi di Indonesia mengajar Tulang Besi, sekiranya negara dicengkam kroni dan nepotisma, rakyat negara tersebut bakal menjadi susah dan papa kedana sehingga ke tahap terpaksa mengemis dan melacur untuk sesuap nasi. Itulah yang akan berlaku kepada Malaysia sekiranya dibiarkan kroni mencengkam ekonomi Malaysia



Dokumentari: Pontianak Sarawak
NOTA EDITOR: Terjawab sudah mengapa negeri-negeri yang kaya dengan petroleum mengalami kes kemiskinan yang terburuk di Malaysia. Negeri yang miskin papa kedana dan tiada hasil seperti Kelantan JAUHHHH lebih baik dari segi menjaga kebajikan rakyat miskin dan tertindas.
BERUBAHLAH, RAKYAT SARAWAK SEBELUM ANDA TERPAKSA MENGEMIS UNTUK SESUAP NASI.
Selamat menonton, dan sebarkan:
And here is the rest of it.
MCA Mahu Syarat Ekuti 30% Bumiputra Dihapuskan. Mana Suara UMNO????
NOTA EDITOR: Kongress Ekonomi Cina anjuran MCA pada bulan Ogos lepas berlalu tanpa isu ini dimainkan. AKhbar penjilat seperti Utusan Meloya dan Berita Hairan tidak langsung memberi komen terhadap kenyataan MCA ini.
Tapi, ke hulu ke hilir UMNO sebar cerita kononnya PR nak gadai hak melayu dan islam. Rupanya, dalam rumahtangga dah mula nak gadai hak Melayu.
Tibalah masanya orang Melayu semua tolak Barisan Nasional. Tolak UMNO. Kalau kerja setakat tanam tebu di bibir, lebih baik kita buang UMNO dan BN ke Laut Cina Selatan.
Betul tak?
Tulang Besi
(Baca laporan FreeMalaysiaToday dgn klik di sini==>)
Peniaga Cina mahu ekuiti Bumi dimansuh
Sun, Aug 15, 2010
Dalam Negeri
chinese economic1_250_220 Oleh Syed Jaymal Zahiid
KUALA LUMPUR: Kongres Ekonomi Cina anjuran MCA, dalam deklarasinya semalam, menggesa dimansuhkan syarat ekuiti 30% Bumiputera secara perlahan-lahan.
Gesaan ini dibuat ditengah-tengah desakan golongan radikal Melayu yang mahu dasar pengagihan ekonomi berasaskan kaum dikekalkan.
Kongres itu berkata, "selari dengan promosi tadbir urus yang baik dan lebih telus" dan "pemansuhan secara perlahan-lahan" kuota berasaskan kaum ini mestilah sejajar dengan amalan sistem tender terbuka supaya semua pihak mempunyai peluang yang adil dan sama rata.
Kuota ekuiti Bumiputera menjadi dilema utama di tengah-tengah sistem ekonomi negara.
Di samping ada pihak yang percaya hak Bumiputera sebagai "kontrak sosial" telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, golongan lain berpendapat dasar ini menjadi penghalang kepada pertumbuhan ekonomi dan menggalakkan rasuah.
Kongres juga menyalahkan orang-orang Melayu kerana gagal bersaing dalam perniagaan dan perdagangan.
Terdahulu, Presiden MCA Dr Chua Soi Lek, menggesa supaya diperkenal dasar yang lebih inklusif berhubung penyertaan bukan Bumiputera dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Ini juga merupakan satu lagi isu yang sensitif di mana golongan radikal Melayu dalam arus perdana politik di mana ramai memikirkan bahawa GLC adalah hak eksklusif Bumiputera, dengan penyertaan yang kecil dari bukan Bumiputera.
Tetapi Chua, yang membaca deklarasi 12 perkara itu, berkata pendekatan yang radikal ini adalah penting untuk merealisasikan seruan Perdana Menteri Najib Tun Razak tentang konsep 1Malaysia.
"Kongres mendesak kerajaan mengamalkan dasar-dasar yang inklusif dengan meliberalisasi GLC supaya mengambil ahli lembaga pengarah dari berbilang kaum dan tenaga kerja dalam sistem-eko GLC.
"Ini termasuk memberi kontrak kepada syarikat-syarikat tempatan yang layak tanpa mengira komposisi ekuiti," kata bekas menteri kesihatan itu.
Titik perseimbangan
Tuntutan-tuntutan ini meletak Najib dalam keadaan serba salah dalam menghadapi proses membuat keputusan.
Beliau perlu mencari titik perseimbangan di antara mengekalkan sokongan orang-orang Melayu yang radikal atau menghadapi risiko hilang undi Cina. Masyarakat Cina merupakan golongan kedua terbesar para pengundi.
Chua, dalam ucapan penutupnya, secara berseloroh berkata, pertemuannya dengan Najib di kongres pagi semalam membuat Najib keluh, di mana perdana menteri berharap rumusan forum tidak membawa "lebih banyak masalah kepadanya."
"Saya telah bertemu beliau dan memberitahu beliau tentang tuntutan itu dan beliau menasihati supaya saya perlu faham bahawa dengan ekonomi, terdapat isu-isu yang rumit yang perlu kepada titik perseimbangan," kata Chua.
Bagaimanapun, kongres telah berikrar sokongan penuh dan taat setia terhadap pentadbiran Najib dan program-program reformasinya.
Banyak perkara yang ditimbulkan mempunyai persamaan dari segi kelemahan yang dikenalpasti oleh kerajaan, yang memerlukan perhatian segera seperti dasar gaji minima yang komprehensif dan pemotongan subsidi bagi mengurangkan defisit belanjawan yang sangat luas.
Kongres menggesa kerajaan menambah bantuan tunai kepada enterprais kecil dan sederhana (SME), yang disifatkan oleh kongres sebagai kritikal untuk mencapai status negara maju dalam tempuh 10 tahun sepertimana digariskan di bawah Model Baru Ekonomi.
Satu lagi perkara yang ditimbulkan ialah keperluan kepada langkah pro-aktif oleh pentadbiran Najib untuk mengukuhkan usahasama perniagaan Bumiputera-Cina yang tulen dengan mengambil peluang dari kekuatan dan pelbagaian etnik.
Agama UMNO Menghalalkan Qazaf (Tuduh Orang Berzina Tanpa 4 Saksi)
Riuh rendah blogger2 pondan pro UMNO menuduh ADUN Selising berzina. Dibawalah ceramah seorang yang tiada siapa kenali, kononnya beliau sendiri menyaksikan peristiwa khalwat tersebut.
Soalan Tulang Besi adalah : KENAPA TIDAK LAPOR PADA MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN????.
Yang sebok ke hulu ke hilir ceramah apahal? Kenapa takut sangat nak buat laporan pada MAIK, saya pun tak paham? Kita ada undang-undang. Ada sistem. Ada kaedah. Kenapa tak ikut? Kenapa takut nak pastikan prosedur diikuti?
SEBELUM NI PUN DAH BANYAK BENDA HANCING MACAM NI DIKHABARKAN OLEH MEREKA
Ingat tak kes "Khalwat" Dr Halimah Ali? Riuh rendah blogger2 Pondan@UMNO. Kononnya Dr Halimah ditangkap berkhalwat. Padahal pada tarikh dan waktu yang dikatakan Dr Halimah berkhalwat, beliau sedang menghadiri sebuah majlis yang dihadiri ratusan orang. Sampai hari ni tak berani komen puak2 UMNO pasal kes Dr Halimah.
Lepas tu sebelum Pilihanraya Galas, UMNO ONLINE sendiri menuduh calon PAS Galas, Dr Dzulifli, berzina dengan ibu beliau sendiri.
Apa punya bangsa UMNO ni. Agama sendiri pun tak hormat.
Setakat ada sorang ke hulu ke hilir buat ceramah,sapa pun boleh buat. Kalau dah dibayar, apa sahaja mereka sanggup lakukan.
Si Saifoool tu, sampai sanggup bersumpah Al Quran lagi, dalam masjid lagi. Padahal, semua orang tahu, sumpah tu sumpah dusta, sumpah pembohong, sumpah penipu.
Apa nak heran???
Apa nak buat? Agama UMNO menghalalkan Qazaf. Agama Islam mengharamkan Qazaf.
Tulang Besi
Monday, December 20, 2010
Tulang Besi Pun Naikkan Banner Protes Kenaikan Harga Barang (Siri1)
Moga para pembaca yang berdekatan sudi membaca dan melihat banner Tulang Besi ini.
Jom ramai-ramai kita bunuh Dr Mujahid & bakar buku “Menuju PAS Baru”!
(Dari blog Nota Merah@Zainulfaqar)Anak usrah Ustaz Yahya Othman semalam memberitahu, bahawa Ajk PAS Pusat Datuk Abu Bakar Chik (ABC) baru-baru ini ke Kelantan bertemu dengan Yahya.
Dilaporkan ABC menuduh Dr Mujahid Yusof Rawa, anak bekas Mursyidul Am PAS cuba membuat onar dalam “jamaah” dengan menulis “Menuju PAS Baru”.
Mujahid dituduh sebagai “anai-anai” JIM (Jamaah Islah Malaysia) dalam PAS.(Kita tak sedar yang Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Yahya dan banyak lagi pimpinan utama lain bukan asal dari PAS, tetapi bekas ABIM)
Difahamkan tuduhan itu ekoran Mujahid pada “Lekuk Ketiga” seakan mendedahkan kelemahan Hadi dan kepemimpinan Ulama PAS dalam meniti arus demokrasi di tanah air ini.
Yahya yang dikenali sebagai “murabi” dan ikon “Ikhwan” dalam PAS turut didesak supaya meng”haram”kan ahli-ahli PAS dari membaca buku kontroversi itu.
“Yang mengajar Mujahid mengaji al-Quran, yang tarbiah Mujahid masa kecil itu antaranya ana (saya/Yahya) di rumah al-marhum Ustaz Yusof Rawa (bekas Mursyidul Am PAS).
“Baguslah kalau dia kritik ulama PAS sekarang, ulama kita pun ada yang ‘belawok’ (menipu),” jelas Yahya kepada ABC.
Difahamkan, Yahya menyindir kepemimpin ulama tertentu yang menyokong usaha “Kerajaan Perpaduan” antara PAS dan Umno walaupun awalnya menipu ahli-ahli parti, wartawan dan rakyat dengan menafikan “rundingan dalam gelap” itu.
Baru-baru ini, ABC khabarnya menemui Ustaz Fadhli Shaari, Setiausaha Akhbar bagi Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.
Fadhli cuba dihasut supaya meminta Nik Aziz meng”haram”kan penulisan popular Mujahid itu.
Yang menarik, Fadhli mempersoal motif desakan ABC serta menyuarakan rasa tidak bersetuju dengan hasrat tersebut secara tidak langsung.
Bahkan, Fadhli mencadangkan supaya wacana mengenai buku “Menuju PAS Baru” itu dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan pula secara ilmiah dengan menjemput Mujahid memberikan penjelasan buku lalu direspons oleh tokoh-tokoh yang layak.
ABC tidak bersetuju dan meninggalkan Fadhli.
Khabarnya Ajk PAS Pusat Ridhwan Mohd Noor berhasrat menulis satu buku dalam tulisan popular menyanggah karya Mujahid.
Inisiatif itu sebenarnya lebih wajar berbanding inisiatif ABC yang dianggap sesetengah pihak sebagai kaedah “Talibnanisasi”.
Insiatif itu juga lebih baik dari inisiatif menantu Presiden PAS, Zaharuddin Mohamad mengadakan muzakarah Ulama Muda PAS lalu menolak karya Mujahid mentah-mentah kononnya atas disiplin syariah.
Mujahid dalam satu forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor baru-baru ini mempersoal tindakan Zaharuddin menolak karyanya itu.
Zaharuddin yang juga dikenali sebagai Din Ayam dan “Khairy versi PAS” dipertikai kerana tidak menjemput Mujahid dalam muzakarah “misteri” anjuran Ulama Muda PAS itu.
Tak sabar menunggu buku Ridhwan!
Senario ini menggambarkan beberapa pemimpin PAS (khusus dari Terengganu) nampaknya angkuh serta tidak bersedia menerima kritikan dari luar dan dalam parti.
Cukuplah Tun Dr Mahathir dikenali sebagai Mahafiraun disebabkan keangkuhannya waktu jadi PM, jangan kita (PAS) pula dikenali sebagai “Haman” disebabkan enggan menerima buku “Menuju PAS Baru” ini.
Setuju?
Zainulfaqar Yaacob
Bukit Bintang | 3.43 pagi
Kerajaan PR Perak Jatuh. MMC-GAMUDA Dapat Projek RM40billion
Ketahuilah wahai saudara-saudari pejuang, pengorbanan serta perjuangan mu akan dibalas dengan kebaikan oleh Allah SWT. Ketahuilah mereka yang telah menjual maruah mereka demi kekayaan dunia, hidup mereka tidak akan tenang kerana sumpahan dan laknat dari rakyat jelata. Mereka akan terus hidup dalam keadaan runsing dan gundah-gulana. Teruskan doa kamu semoga Allah SWT menghapuskan kezaliman dan kemunafikan ini.
(Bernama) - MMC-Gamuda Joint Venture Sdn Bhd, which has been appointed the project delivery partner (PDP) for the Mass Rail Transit (MRT) project, will be allowed to tender for tunneling works.
"The government felt the exception should be made as the PDP is the only local construction company that has experience in major tunneling works such as in the SMART Tunnel project in Kuala Lumpur and the Kaohsiung MRT project in Taiwan," said Prime Minister Najib Razak today.
However, MCC-Gamuda will not be allowed to tender any of the work packages in the massive project, estimated to be around RM40 billion - the largest infrastructure project in Malaysia's history.
Najib was speaking to reporters at the RMAF base in Subang before his departure to Kuala Terengganu for a one-day official visit.
Nevertheless, Najib said the PDP would still have to compete for the work package with other companies and the award would be given on the basis of merit.
The prime minister also said the cabinet has decided that Syarikat Prasarana Negara Bhd, a fully-owned subsidiary of the Ministry of Finance Incorporated, would be the infrastructure owner of the project while the Land Public Transport Commission would be the supervising authority for the project.
On the appointment of MMC-Gamuda Joint Venture as the project delivery partner, Najib said it was based on the financial standing of the two public listed companies which make up the joint venture and their strong track records and experience in the field of construction and in undertaking huge and complex rail and tunneling projects.
"The PDP will assume the role of a project manager but with the added responsibility of having to deliver the project within an agreed time and cost.
"Any cost over-run and delays in project completion, which are basic common risks in projects, will be borne by the PDP," he added.
Najib said the PDP was not a turnkey contractor and the project would be divided into work packages which would be awarded individually through open tender.
"The government will make the final decision on the awarding of contracts," he added.
KARPAL: Isu Negara Islam Perlu Dibincangkan
NOTA EDITOR: Bagi Tulang Besi, isu Karpal berkata "Negara Islam. Langkah Mayat DAP Dahulu" sudah tidak menjadi isu lagi. Mengapa? Kerana Dato Najib senciri sudah bersetuju dengan kenyataan Najib.
Dato Najib dilaporkan berkata: Pada perhimpunan MCA hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyertai Dr Chua dengan memberi amaran kepada pengundi Cina bahawa tidak mungkin PAS akan mengubah pendiriannya.
“Dr Chua betul dalam memperingatkan anda bahawa mereka (PAS) tidak menyerah dalam pendirian negara Islam mereka. Dan, saya pasti jika ia dilaksanakan, ia akan mengubah cara hidup anda dan memberi kesan ke atas masyarakat Cina,” kata beliau.
Sehubungan itu, Najib menambah, Pengerusi DAP Karpal Singh serba salah apabila satu ketika dahulu bahawa “melangkah mayat saya” berhubung matlamat PAS.
“Itu sebab Karpal berkata ‘melangkah mayat saya’. Saya tidak bersetuju dengan Karpal dalam kebanyakan masa, tetapi kali ini, beliau betul,” kata Najib dalam ucapan perasmian perhimpunan kali ini yang dihadiri 1,764 perwakilan.
Syabas kepada Karpal, semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik untuk kebaikan agama, bangsa dan negara.
Lepas ni Dato Najib pula kena terang mengapa beliau setuju dengan kenyataan Karpal ini.
Tulang Besi
Karpal memang punya kelas tersendiri
Karpal Singh mahu dasar negara Islam yang menjadi isu ‘duri dalam daging’ dalam hubungan Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini diselesaikan dengan segera agar tidak digunakan sebagai senjata oleh musuh-musuh politik mereka.
Sehubungan itu, Pengerusi DAP Kebangsaan ini berkata, beliau yakin perkara tersebut boleh dibincangkan dan dicari jalan penyelesaian.
“Saya mahu perkara ini diselesaikan dengan segera supaya tidak dijadikan isu oleh musuh kita,” kata Karpal ketika menggulung perbahasan Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di sini hari ini.
Di akhir ucapan itu, Karpal, 70, yang menggunakan kerusi roda diberikan tepukan gemuruh berdiri oleh para perwakilan konvensyen. Dalam ucapannya Karpal juga menjelaskan bahawa kata-kata ‘over my dead body’ yang dilafazkan pada 1990, tahun PAS mengambil alih kerajaan negeri Kelantan, telah difahami di luar konteks.
“Apa yang saya katakan 20 tahun lalu dibaca di luar konteks. Islam adalah agama rasmi (Persekutuan) dan rakyat agama lain juga ada hak.
“Oleh itu tidak baik untuk mengatakan Perlembagaan Persekutuan membolehkan mengadakan negara Islam, tetapi yang ini boleh dibincangkan, saya tidak mahu BN mengesksploitasikan isu ini... ini boleh dibincang dengan (Mursyidul Am PAS) Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz (Nik Mat), (Presiden PAS) Tok Guru Datuk Seri Abdu Hadi (Awang),” kata beliau.
“Ini adalah satu isu yang harus dibincang dengan segera, kena dipercepatkan,” kata Karpal lagi.
Ketika konvensyen sulung tahun lalu Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Karpal akan terbuka hati untuk menerima idea negara Islam. Kedua-dua Karpal dan Nik Aziz muncul di pentas yang sama dan duduk bersebelahan pada konvensyen Disember 2009.
Karpal berkali-kli menegaskan meskipun DAP semakin selesa membina ikatan kukuh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat manakala parti-parti sekular Umno dan PKR pula giat memikat para ulama, ia masih berpendirian menentang usaha pembentukan sebuah negara Islam.
“Mustahil bagi DAP berkompromi dalam hal ini. Kami tidak boleh kompromi agar negara berubah menjadi negara Islam (jika PR mengambil alih kerajaan pada masa depan),” kata Karpal.
“Ia (Malaysia) sebuah negara sekular. Saya percaya Allahyarham Tunku Abdul Rahman (perdana menteri pertama) pernah menyebut sebelum ini mengenai Malaysia,” kata ahli politik veteran ini Jun lalu.
Karpal sebelum ini pernah menyalahkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengubah realiti sebuah negara sekular menerusi kenyataan-kenyataan politiknya yang dibuat oleh beliau pada masa-masa lalu, yang telah “mengelirukan orang ramai” berkenaan identiti Malaysia.
“Perlembagaan menyediakan peruntukan mengenai perkara ini. Tiada peruntukan dalam perlembagaan yang mengatakan Malaysia sebuah negara Islam.
“Agama rasmi Malaysia ialah Islam tetapi tidak bermakna ia sebuah negara Islam,” kata beliau lagi.
Pada 1990, ketika satu ceramah di Sungai Pinang, akhbar-akhbar memetik beliau sebagai berkata biar PAS membina “negara Islam dengan melangkah mayat saya.”
“Mereka (pemberita) tidak membuat laporan konteks kenyataan saya ketika.
“Saya mengatakan demikian dalam hubungan kepada perlembagaan. Tetapi saya kekal dengan pendirian itu, mengatakan perkara yang sama sekarang,” kata Karpal Jun lalu.
Ikatan antara DAP dan PAS bukan sesuatu yang baru dalam bentuk Pakatan Rakyat. Kedua-dua parti itu pernah menjalin kerjasama dengan mewujudkan Barisan Alternatif pada pilihan raya umum 1999, tetapi gagal meneruskan jalinan ekoran isu negara Islam.
Dalam ucapannya, Karpal juga berkata, Pakatan Rakyat tidak harus membentuk kerajaan pusat jika memenangi pilihan raya umum ke-13 tanpa Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini merupakan Ketua Pembangkang dan ketua umumnya.
“Kita tidak boleh pergi ke Putrajaya (membentuk kerajaan persekutuan) tanpa Anwar,” kata Karpal sambil menambah beliau akan menggunakan segala keupayaan yang ada untuk membebaskan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Karpal merupakan peguam utama kes liwat dihadapi Anwar, yang menurutnya merupakan satu fitnah. Sehubungan itu, Karpal juga mahu parti-parti komponen Pakatan Rakyat memilih calon yang terbaik dan integriti, dan tidak mahu kesilapan pilihan raya umum 2008 berulang.
Malah Karpal juga menyindir Anwar tidak mendengar nasihatnya agar tidak menerima masuk Datuk Zaid Ibrahim, yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru sebagai ahlinya tahun lalu.
“Saya ada beri Anwar amaran, bukan nasihat tetapi dia tak dengar,” kata beliau yang turut mengungkit personaliti Datuk Seri Zahrain Hashim dan Zulkifli Noordin, masing-masing ahli Parlimen Bayan Baru dan Kulim-Bandar Bahru yang keluar PKR awal tahun ini. Oleh itu kata Karpal, Pakatan Rakyat memerlukan pemilihan calon terbaik untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. (The Malaysian Insider)
Sunday, December 19, 2010
Khalid Ibnu Walid Tidak Layak Apa2 Jawatan dalam PAS.
Saya membaca laporan WIKIPEDIA berkenaan dengan kemenangan Islam dalam peperangan di Yamamah (Riyadh, Saudi Arabia) antara tentera Islam dan tentera Musailammah Al Kazzab.
Terdetik dalam hati saya, kalaulah di dalam PAS ada seorang Khalid Ibnu Walid, nescaya PAS akan mampu menang dalam pilihanraya dan memerintah Malaysia.
Begitu tenang dan begitu hebat gaya dan cara Khalid memimpin bala tentera Islam sehingga tentera Musaillamah yang begitu kuat itupun kalah tersunggkur. Dan, Khalid Ibnu Walid ni bukanlah seorang yang alim. Diberitakan beliau cuma menghafal tidak lebih dari 5 surah sahaja sepanjang hayat beliau, yakni, 4 kul dan surah Al Asr.
Tapi, beliau kerap kali dilantik sebagai jeneral oleh para khulafa sehingga Sahabat yang Alim dan Wara seperti Abu Ubaidah Ibnu Jarrah sanggup menyerahkan tampuk kepimpinan tentera kepada Khalid Ibnu Walid sewaktu peperangan Yarmuk tanpa bahas. Abu Ubaidah bukan sahaja seorang sahabat yang alim, hafiz Quran malahan salah seorang sahabat yang dijanjikan syurga oleh Nabi.
Namun, Abu Ubaidah tanpa segan silu menyerahkan tampuk kepimpinan tentera sewaktu menghadapi tentera Rom di Yarmuk. DAN, Allah SWT memberi kemenangan kepada tentera Islam di bawah kepimpinan seorang yang tidak alim dan tidak hafiz seperti Khalid Ibnu Walid
KEPIMPINAN ULAMA MENJAMIN KEMENANGAN?
Kalau mengikut logik mereka yang taksub kepada kepimpinan ulama dalam PAS, sudah tentulah Khalid Ibnu Walid tidak akan menang di dalam setiap pertempuran yang beliau hadapi dan pimpin.
Beliau bukan alim, bukan hafiz, bukan muffassin, bukan pula periwayat hadeeth. Beliau cuma seorang jeneral dan beliau cukup mahir di dalam pekerjaan yang beliau lakukan.
Malahan, para Khualafa Ar Rasyidin pun tidak ragu-ragu memberi beliau tampuk kepimpinan tentera Islam. Tidak pun para Khulafa Ar Rasyidin mempersoalkan latar belakang ke ulamakan Khalid Ibnu Walid.
Di dalam PAS, kalau hendak menjadi pemimpin, mesti ada title "ustaz". Malahan, perkara ini disebut oleh wakil Pemuda sewaktu ucapan penggulungan sewaktu Muktamar di Shah Alam. Wakil Pemuda dengan bangga berkata Pemuda sekarang telah diambil alih kepimpinan oleh ulama.
Dengan kata lain, istilah ulama itu dipergunakan serta diperdagangkan untuk mendapat jawatan dalam PAS. Soal kelayakan atau kepantasan serta kebolehan diletakkan nombor dua. Yang penting ada title Ustaz.
Itu yang pada waktu kita sepatutnya memikirkan jalan menjatuhkan UMNO, adalah seorang tu yang ada hubungan dengan Presiden tengah sebuk mengeluarkan dokumen tentang "Garis Panduan Tahaluf Siyasi". Semua kerana marah kepada ahli2 PAS yang melebihkan Pakatan Rakyat dan menolak "Kerajaang Perpaduang".
Saya yakin, kalau Khalid Ibnu Walid masuk PAS, beliau sudah tentu tidak diizinkan memegang apa-apa jawatan kerana beliau bukan ulama dan beliau bukan Ustaz. Lantas, kalau Khalid masuk PAS, Khalid akan dipastikan tidak memegang apa-apa jawatan kerana beliau bukan ulama.
Tulang Besi
ps Tulang Besi ada terbaca satu pendapat ulama bahawa sebenarnya Khalid Ibnu Walid tidak dilucutkan jawatan. Hakikatnya, pada asalnya, Khalid adalah salah seorang komander di bawah kepimpinan Abu Ubaidah Ibnu Jarrah untuk tentera Islam di Utara. Namun, pada peperangan Yarmuk, Abu Ubaidah telah menyerahkan kuasa kepimpinan Tentera Islam di Utara kepada Khalid Ibnu Walid.
Apa yang dilakukan oleh Saidina Umar adalah mengembalikan semula perlantikan Abu Ubaidah Ibnu Jarrah kerana itu adalah keputusan yang asal. Bukanlah Khalid dilucutkan atau dipecat seperti yang biasa kita dengar kerana di kalangan para Sahabat, soal jawatan ni tak jadi hal. Takda siapa yang lapar jawatan.
Adapun Khalid turun berjuang seperti tentera biasa adalah atas permintaan beliau sendiri. Ini kerana peperangan di Parsi itu adalah peperangan terakhir tentera Islam. Maka, itulah peluang terakhir beliau mendapat Syahid di jalan Allah.
Beliau tetap komander di bawah Abu Ubaidah dan tidak mungkin orang seperti Khalid Ibnu Walid diturunkan pangkat sampai ke tahap prebet oleh Nabi SAW. Dalam keadaan Nabi SAW dan Saidina Abu Bakar meletakkan Khalid di tahap JENERAL, tidak mungkin Saidina Umar meletakkan Khalid Ibnu Walid pada tahap yang lebih rendah berbanding tahap yang telah diletakkan oleh Saidina Abu Bakar dan Nabi SAW. Itu bukan sifat dan perangai Saidina Umar, dgn mudah tidak menghormati keputusan Nabi SAW dan Saidina Abu Bakar.
Wallahualam bissawab
Shiah di Saudi Arabia
Antara propaganda terbaru UMNO dan Barisan Nasional adalah percubaan untuk menuduh PAS sebagai pertubuhan yang berfahaman Syiah.
Di bawah ini adalah gambar sebuah masjid Shiah yang diambil oleh Tulang Besi sewaktu Tulang Besi bekerja di Saudi Arabia satu masa dahulu.
Tulang Besi telah ditugaskan untuk bekerja di Pantai Timur Saudi Arabia. Ini bererti Tulang Besi terpaksa melawat dan bekerja di bandar-bandar yang majoriti penduduknya adalah Shiah. (Ya benar. Saudi Arabia ada ramai pengikut Shiah).
Gambar di bawah adalah gambar sebuah masjid Shiah yang diambil di sebuah bandar bernama "AL Hofuf"(25°23′N 49°35′E). Mengikut penduduk di situ yang ditanya oleh Tulang Besi, penduduk di Hofuf dan kampung2 persekitaran Hofuf adalah majoriti Shiah. Mengikut mereka 75% dari penduduk adalah pengikut Shiah. Ini mengikut apa yang Tulang Besi tanya sendiri kepada orang-orang di situ.
AL QATIF (26°56′N 50°01′E)
Al Qatiff adalah sebuah bandar lagi yang di tepi laut di Pantai Timur Arab Saudi. Di bandar ini, penduduk asalnya 100% Shiah.
Untuk pengetahuan pembaca-pembaca sekelian, di bandar inilah Tulang Besi mendengar azan Shiah buat pertama kali.
Tulang Besi tidak mungkin terfikir bahawa Tulang Besi akan mendengar azan Syiah buat pertama kali di SAUDI ARABIA. Bukannya di Iran atau di Iraq atau di Bahrain TETAPI DI SAUDI ARABIA. Hahahahahahaha.
Tulang Besi masih tidak boleh lupa pengalaman mendengar azan Shiah buat pertama kali.
Di Saudi, apabila masuk waktu solat, semua kedai wajib ditutup. Pada masa mula-mula azan bermula, Tulang Besi pun mulalah bersiap2 dan berkemas. Tiba-tiba dari corong pembesar masjid keluar kalimah:
Ashaduan Ali waliullah 2x
Berderau darah saya pada masa mendengar azan Shiah tersebut. Apa lagi, Tulang Besi "tutup kedai", masuk kereta dan keluar dari bandar Qateef.
Setelah agak2 30 minit, barulah Tulang Besi berhenti di masjid tepi highway (sebab kat Saudi ni highway takda tol) dan solat Zohor.
Kesimpulannya, mereka yang kononnya nak memerangi fahaman Shiah ni perlu bertanya kepada kerajaan Saudi kenapa mereka gagal untuk menukar penduduk Shiah mereka kepada Sunni.
Tulang Besi
ps baru-baru ni penduduk Al Qateef telah menyambut perayaan "AsySyura".
Nabi Pernah Izin Orang Kristian Sembahyang di Masjid Nabawi
Nukilan dari artikel bertajuk
Pluralisme: Masalah metodologi, bukan niat
Shah al-Maududy Dis 18, 10 8:47pm yang diterbitkan oleh Malaysiakini.
Artikel ini adalah berkaitan dengan tuduhan "Sokongan Pluralisme" yang dibuat oleh Yusri Mohammad terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim baru2 ini.
Saya meminta Yusri Mohammad dan kesemua yang menentang fahaman pluralisme supaya nyatakan samada Nabi SAW juga pengamal aliran pluralisme.
Antara lain, Shah Al Maududy menaqal dari Kitab Seerah Ibnu Ishaq:
Ibnu Ishaq dalam kitabnya berkenaan sirah nabawiyyah, mencatatkan peristiwa lawatan satu rombongan Kristian dari Najran ke Madinah, untuk bertemu Nabi SAW. Rombongan tersebut disambut Baginda SAW di masjid Baginda, Masjid Nabawi.
Kristian di masjid
Kebetulan, rombongan tersebut tiba di Masjid Nabawi selepas Asar, yang merupakan waktu sembahyang mereka. Lantas, rombongan Kristian itu bangun untuk mengerjakan sembahyang mereka dalam Masjid Nabawi.
Tatkala para sahabat mahu menegah mereka berbuat demikian, Nabi SAW bersabda, “biarkan mereka (mengerjakan sembahyang mereka)”. Lantas mereka mengadap ke arah timur, lalu mengerjakan sembahyang mereka dalam masjid kedua suci dalam Islam itu!
Peristiwa ini turut disentuh oleh Imam Ibnu Qayyim dalam karyanya Zadul Ma'ad, jilid 3.
Sikap lunak Nabi SAW terhadap bukan Islam, diteruskan oleh para sahabat Baginda. Syaidina Umar r.a sebagai contoh, mengarahkan diperuntukkan daripada Baitulmal, bantuan kewangan tetap kepada salah seorang Yahudi dan tanggungannya (al-Kharaj, karangan Abu Yusuf, ms.26 & Fiqh al-Zakat, karangan al-Qaradhawi, jilid 2, ms.705-706).
Beliau juga mengarahkan diperuntukkan dari Baitulmal bantuan kewangan kepada para pesakit kusta beragama Kristian (Ghair al-Muslimin Fi al-Mujtama' al-Islami, karangan al-Qaradhawi, ms.47).
Pluralisme: Masalah metodologi, bukan niat
Shah al-Maududy Dis 18, 10 8:47pm
Akhir-akhir ini, terdapat ahli akademik cenderung melabel tokoh-tokoh tertentu, sebagai cenderung atau menyokong fahaman pluralisme agama.
Ada tokoh dilabelkan sedemikian, kerana menghadiri satu 'majlis rasmi' kuil Buddha di Kelantan. Seorang lagi tokoh dikaitkan dengan pluralisme, antaranya disebabkan sikapnya yang konsisten membenarkan penggunaan nama Allah oleh bukan Islam.
meccaAda pihak yang menganggap 'kecenderungan melabel' itu sebagai berniat jahat. Tapi, saya tidak beranggapan sedemikian. Saya tidak percaya, ahli akademik yang melabel itu berniat jahat. Saya percaya, ahli akademik tersebut berniat baik dan ikhlas. Iaitu memelihara kesucian agama.
Saya juga tidak mempercayai, 'pelabelan' ini dilakukan dengan niat menggunakan isu akidah, untuk mewujudkan permusuhan di kalangan ahli politik.
Sangat serius
Pada pengamatan saya, 'pelabelan' yang 'sangat serius' ini, berpunca daripada kesilapan metodologi yang diguna pakai, dalam mendiskusi isu-isu agama. Ia bukan isu 'niat jahat'. Ia sebaliknya isu 'ketempangan metodologi'.
Sepatutnya, dalam membuat keputusan berhubung isu-isu agama (sebenarnya dalam semua isu), nas-nas al-Quran dan hadis, hendaklah dirujuk terlebih dahulu.
Kesilapan akan berlaku, apabila yang pertama dirujuk, ialah kemaslahatan umum atau kebimbangan terhadap kedudukan agama. Sementara, nas-nas syarak dikemudiankan.
sitting in a mosqueMetodologi yang salah inilah juga antara faktor tercetusnya 'budaya tahrim', iaitu budaya suka mengharam sesuatu secara melulu.
Akibatnya, mendoakan kesejahteraan keduniaan kepada bukan Islam, haram. Mendoakan keburukan kepada orang-orang Islam yang dianggap zalim, haram. Bukan Islam masuk ke dalam masjid, haram. Menyedekahkan hasil judi kepada fakir miskin, haram…
Semuanya diputuskan sebagai haram, kerana rujukan pertama kepada nas-nas syarak, tidak dilakukan terlebih dahulu.
Jika yang pertama dirujuk ialah nas-nas syarak, saya yakin, tokoh yang menghadiri majlis di kuil Buddha, atau membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah, tidak akan dilabel sebagai cenderung atau menyokong pluralisme. Bahkan, tidak akan ada yang tergamak melabel sedemikian.
masjid jamek mosqueIni disebabkan, apa yang dilakukan oleh Nabi SAW lebih 'dahsyat' daripada sekadar 'menghadiri majlis rasmi di rumah ibadat bukan Islam'.
Ibnu Ishaq dalam kitabnya berkenaan sirah nabawiyyah, mencatatkan peristiwa lawatan satu rombongan Kristian dari Najran ke Madinah, untuk bertemu Nabi SAW. Rombongan tersebut disambut Baginda SAW di masjid Baginda, Masjid Nabawi.
Kristian di masjid
Kebetulan, rombongan tersebut tiba di Masjid Nabawi selepas Asar, yang merupakan waktu sembahyang mereka. Lantas, rombongan Kristian itu bangun untuk mengerjakan sembahyang mereka dalam Masjid Nabawi.
Tatkala para sahabat mahu menegah mereka berbuat demikian, Nabi SAW bersabda, “biarkan mereka (mengerjakan sembahyang mereka)”. Lantas mereka mengadap ke arah timur, lalu mengerjakan sembahyang mereka dalam masjid kedua suci dalam Islam itu!
Peristiwa ini turut disentuh oleh Imam Ibnu Qayyim dalam karyanya Zadul Ma'ad, jilid 3.
Sikap lunak Nabi SAW terhadap bukan Islam, diteruskan oleh para sahabat Baginda. Syaidina Umar r.a sebagai contoh, mengarahkan diperuntukkan daripada Baitulmal, bantuan kewangan tetap kepada salah seorang Yahudi dan tanggungannya (al-Kharaj, karangan Abu Yusuf, ms.26 & Fiqh al-Zakat, karangan al-Qaradhawi, jilid 2, ms.705-706).
Beliau juga mengarahkan diperuntukkan dari Baitulmal bantuan kewangan kepada para pesakit kusta beragama Kristian (Ghair al-Muslimin Fi al-Mujtama' al-Islami, karangan al-Qaradhawi, ms.47).
Lebih dari itu, sesetengah para tabi'in yang terkemuka, memberikan sebahagian daripada zakat fitrah kepada paderi-paderi Kristian. Sesetengah daripada mereka, seperti Ikrimah, Ibnu Sirin dan al-Zuhri pula berpendapat, harus memberi zakat kepada mereka (Ghair al-Muslimin Fi al-Mujtama' al-Islami, ms.47)
Zakat kepada bukan Islam
Menyedari Nabi SAW pernah mengizinkan orang-orang Kristian mengerjakan sembahyang mengikut cara mereka dalam Masjid Nabawi, Syaidina Umar r.a memberikan bantuan kewangan kepada bukan Islam bersumberkan wang Baitulmal, dan ada tabi'in yang mengharuskan wang zakat diberikan kepada bukan Islam.
NONEMenyedari semua ini, adalah amat membingungkan, apabila seseorang itu dilabel sebagai condong kepada fahaman pluralisme, semata-mata kerana menghadiri 'majlis rasmi' di kuil Buddha!
Jika dirujuk nas-nas syarak berhubung penggunaan nama Allah oleh bukan Islam pula, saya yakin, tiada pihak yang sanggup melabelkan mana-mana orang Islam yang membenarkannya, sebagai penganut fahaman pluralisme.
Dalam surah al-Zumar ayat 3, Al-Quran merakamkan ucapan orang-orang musyrik yang menjustifikasikan perbuatan mereka menyembah berhala. Mereka berkata “Kami tidak menyembah atau memujanya (yakni berhala) melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sedamping-dampingnya”(al-Zumar : 3).
Jelasnya, mereka menggunakan kalimah Allah seperti yang dirakam sendiri oleh al-Quran. Dalam ayat di atas, al-Quran tidak menegah mereka menggunakan perkata Allah dalam ucapan mereka itu.
NONESebaliknya, al-Quran hanya menyebut dalam sambungan ayat di atas “Sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta, lagi sentiasa kufur”(al-Zumar :3)
Rujukan kepada nas menemukan kita bahawa, pada zaman Nabi s.a.w, orang-orang bukan Islam bukan sahaja menggunakan kalimah Allah dalam ucapan mereka. Bahkan mereka menggunakan ucapan Bismillahirrahmanirrahim!.
Bismillahirrahmanirrahim
Dalam surat Raja Mesir, Muqauqis yang beragama Kristian kepada Nabi SAW, beliau memulakannya dengan “Bismillahirrahmanirrahim! Kepada Muhammad bin Abdullah (SAW) dari Muqauqis, pembesar Qibti…”(Ibnu Qayyim dalam Zadul Ma'ad, jilid 3, ms.61 & Ibnu Hisyam dalam Sirah Ibnu Hisyam, jilid 2, ms.359).
Tidak terdapat pula sebarang kenyataan yang menunjukkan Nabi SAW membantah penggunaan Bismillahirrahmanirrahim oleh Muqauqis itu.
taman tamadun islam 280906 mosqueDi samping nas-nas syarak yang dinyatakan, kenyataan para ulama juga sangat jelas berhubung soal ini. Contohnya, jumhur ulama mensyaratkan Ahli Kitab (penganut Yahudi dan Kristian) menyebut nama Allah ketika menyembelih binatang bagi menjadikannya halal dimakan oleh orang Islam (lihat tafsiran ayat 5 Surah al-Maidah dalam Tafsir al-Qurtubi).
Justeru, bagaimana boleh dikatakan, orang bukan Islam terutamanya Ahli Kitab, tidak boleh menggunakan kalimah Allah?
Penggunaan nama Allah oleh bukan Islam begitu luas pada zaman kegemilangan Islam, sehingga mereka menggunakannya dalam nama-nama mereka, tanpa ada bantahan dari ulama Islam.
ibrahimi mosque 240205Sebagai contoh, Hibatullah bin Tilmiz, yang merupakan salah seorang cendiakawan bukan Islam pada zaman Abbasiah (Ghair al-Muslimin Fi al-Mujtama' al-Islami, ms.53). Hibatullah adalah gabungan dua perkataan, iaitu Hibah dan Allah.
Berhadapan dengan nas-nas syarak dan fakta-fakta ini, saya tidak faham, bagaimana orang Islam yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah, dilabel sebagai menyokong fahaman pluralisme!
Bagi mengelakkan munculnya 'pandangan-pandangan yang menghairankan' ini, kembalilah kepada metodologi penentuan hukum dalam Islam. Rujuklah al-Quran dan Sunah terlebih dahulu, sebelum merujuk kepada sumber-sumber perundangan lain yang diperakui.








