Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, January 31, 2011

Agenda Melayu UMNO Cuma Menaikkan Undi Sebanyak 332

Kenaikkan undi UMNO hanya 332 undi. Tidak sampai 1% dari keseluruhan undi yang dibuang. Maknanya setelah segala wang, fitnah, media, SPR yang tidak mahu memanjangkan waktu pengundian, bot penyelamat yang tertumpu hanya kawasan UMNO, qaaf yang berleluasa serta kempen anti Cina dan Anti DAP yang begitu meluas, UMNO cuma dapat menambah undi mereka 332 dari 2008.

UMNO yang memaparkan seolah-olah segala hak Melayu sudah hampir terhapus kerana Pakatan Rakyat memerintah hanya dapat menambah bilangan undi mereka tidak sampai 1%.

Bayangkan semenjak 2008, UMNO tidak habis-habis menyebar fitnah kononnya hak Melayu akan terhapus kerana DAP memerintah di beberapa negeri.

Segala kempen fitnah mereka dijalankan dengan begitu rakus. Namun, di Tenang, di kawasan paling kuat mereka, undi mereka bertambah hanya kurang dari 1%.

Ertinya, amat sedikit orang Melayu yang termakan propaganda mereka kecuali mereka yang memang sudah menjadi penyokong UMNO.

Kenaikan harga barang dan isu Felda tidak mampu menambah undi kepada UMNO. Tiada apa yng ada pada UMNO. UMNO sudah bangkrap kecuali hanya issu kononnya Melayu dalam ancaman.

Kalau pimpinan PR dapat memberi jaminan TIADA HAK MELAYU yang akan hilang kalau PR memerintah, saya yakin Melayu pun ramai akan undi PR terutama di bandar dan setengah bandar.

Tulang Besi




6 comments:

Anonymous said...

ELH DAH KALAH MENGAKU JA LA..SAJA CARI ALASAN TAK MENGAKU ORANG TAK MAU KAT PAS....DOK RASA PAS HEBAT SANGAT, DAH KALAH MALU BESORLA...LEPAS TU KIRA NAK MAKI ORANG....MARHAIN MENTALITI

Anonymous said...

No need 2 worry bro..undi cina utk PAS/Pakatan naik 10%..Najubori went all out utk mimikat CIna..dia suruh Choi Soy Leak hentam Islam utk menakutkan Cina..Tapi Cina bukan kedldai..they know wat to do..Kesian Najubori..Money tak dak..Cina pulak pro Pakatan..double whammy!!..kakakakakaka

Anonymous said...

332 dari lebih 10,000 yang buang undi adalah dalam 3 peratus

Anonymous said...

Macam macam alasan. Saya rasa elok juga semua pakatan fikir macam kau. Biar kalah semua asalkan sedap hati bagi alasan.

Anonymous said...

//Macam macam alasan. Saya rasa elok juga semua pakatan fikir macam kau. Biar kalah semua asalkan sedap hati bagi alasan.//

eh..kita tau Najubori very desperate 4 chinese votes..very desperate..dan dia telah gagal sekali lagi utk memikat pengundi cina..bangsa cina adalah bangsa yg "merdeka" dri segi social ekonomi..mereka tak perlu melutut kpd gomen utk menyara hidup atau utk apa apa pun..jadi,position mereka sgt sgt advantage berbanding melayu dan india..dan Pakatan memberi satu lagi opsen/platform sekuriti utk mereka..

Anonymous said...

Dengar cerita al mamak tongkang zambri nak juai tokey for RM1.8billion..mintak cash pulak..kesian United Morons..so despearte for money..Gopala oh Gopala..kasey choodah dapat kaah?How many million aah?Dulu punya arga RM10M..sekarang dah naik 3x kali kot..wat if,hedge fund managers start to short RM eh?..mampuih lu punya RM..and oo..if y have converted to USD..hehe..lagi centek..fx positions menunjukkan US jatoh lagi woi..no matter which currency u nak "carry trade",in the long run,the paper value of whatever freakin M will jatoh terok terok..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.