Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, January 3, 2011

Baginda Akui Tiada Kuasa Lantik SUK Negeri Selangor

NOTA EDITOR: Secara mudahnya, keputusan perbincangan Menteri Besar bersama Baginda Sultan Selangor adalah:

1.0 Baginda mengakui tiada kuasa melantik Setiusaha Kerajaan Negeri ekoran pindaan kuasa-kuasa raja tajaan Mahathir pada tahun 1993.

2.0 Baginda mencadangkan Kerajaan Negeri Selangor berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menyelesaikan isu ini secara baik

3.0 Menteri Besar telah mengarahkan Speaker untuk memanggil persidangan khas meminda Undang Undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi mengembalikan kuasa melantik SUK kepada Menteri Besar dan Baginda Sultan.

4.0 Sehingga itu, Khusrin Munawi tidak akan diizinkan menghadiri Mesyuarat Exco dan MTES

Lhatlah betapa hikmahnya cara MB Tan Sri Khalid menangani isu ini. Tiada konfrontasi dan tidak kurang ajar kepada sesiapa pun.

Wallahualam

KENYATAAN AKHBAR3 JANUARI 2011

__________________________________________________________________

TUANKU TITAH PERBINCANGAN SELANGOR – SPA UNTUK PENYELESAIAN TERBAIK

Saya telah mengadap DYMM Sultan Selangor hari ini bagi membincangkan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. DYMM Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan. DYMM Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik. Saya mengucapkan terima kasih kepada DYMM Sultan atas nasihat dan pandangan baginda. Justeru itu, demi kebaikan Negeri Selangor dan menjunjung titah Tuanku, Kerajaan negeri akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan semula calon yang layak, sesuai dan berkebolehan untuk mengisi jawatan tersebut. Sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan SPA, maka kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Dato’ Khusrin Munawi tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor sebagai ex-officio. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri akan mencadangkan kepada Dato’ Speaker untuk mengadakan sidang Dewan Negeri Selangor tergempar bagi meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIMDATO’ MENTERI BESAR SELANGOR



20 comments:

Anonymous said...

Awatnya pr takut sgt....biaq pi la khusrin jadi su krajaan negrI...kenapa mb perlu campur tangan dlm perlantikan pegawai kerajaan...itu bukan hak mb tetapi hak spa....bangangnya kerajaan negeri pakatan rakyat...

giboy said...

"Lhatlah betapa hikmahnya cara MB Tan Sri Khalid menangani isu ini. Tiada konfrontasi dan tidak kurang ajar kepada sesiapa pun."


ohh boy. twisted reality ka

Anonymous said...

Mungkin kamu belum lahir lagi pada 1993. Kuasa perlantikan State Secretary adalah dibawah bidang kuasa Ketua Setiausaha Negara. Ketua Setiausaha Negara adalah KETUA kepada Setiausaha-Setiausaha Negeri.
Sultan tidak pernah melantik SS sejak atau sebelum 1993.
Jadi Khalid ni dah nyanyuk. Kau pun nyanyuk juga sebab tak reti protokol. Lepas ni nak pinda perundangan negeri pulak? Cuba citer sikit macam mana tu? Mana datangnya 2/3 majority ? Lu kira sendiri lah!!! Mungkin si Khalid ni dah cipta clone robot menyamar jadi ADUN BN kot.
Ini lah sewel namanya.

dino.yp@gmail.com said...

hikmah atau tipu helah ?

Anonymous said...

Mohamad Munir dlm press statement cakap lain. Munir cakap Sultan ada kuasa eksekutif untuk menerima perlantikan Kusrin.

Khalid terima nasihat Karpal dari segi undang2. Munir pakai nasihat Hafanizam, lawyer Umno untuk beri pandantan. Jadi sahlah perlantikan Kusrin dibuat olih Umno. Sidik, KSN, hanyalah baruah yg digunakan untuk mengumumkan tu.

Kalau ikut Art.52 Undang2 Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, Kusrin tak bolih lapor diri diSekretariat N.Selangor selagi Kerajaan Negeri tidak mempersetuji perlantikan beliau. Art 52 lah yg mewujudkan jawatan SUK. Jawatan ni 'Federal Post' Yang lazimnya dilakukan olih JPA, selagi pegawai persekutuan tidak mendapat kebenaran dari Kerajaan Negeri untuk mengisi jawatan 'State Post' maka penjawat tu tidak bolih melapor diri. Kusrin sepatutnya melapor diri kepad Ketua Pengarah JPA dahulu yg akan menempatkan dia dalam satu 'pool' tetapi memegang jawatan acting Jusa Grade A, sehinggalah isu perlantikannya diselesaikan olih JPA dengan Kerajaan Negeri Selangor. Mesti ada 'black and white the State Gov't consented to such appointment' barulah Kusrin bolih lapor diri.

Anonymous said...

Khalid bersikap macam budak-budak. Pelantikan ini sah. Selama ini pelantikan SUK di negeri lain tidak pernah dipersoal, mengapa sekarang baru nak soal?

Aku rasa, geng PKR Selangor dah takdak modal nak serang BN. Apa saja yang timbul depa nak jadikan modal, termasuklah kes SUK ni. Kes kecik saja, depa nak besarkan buat apa?

Dah la geng PR negeri lain termasuk Lim Kit Siang dan DS Nizar pun dah sound Khalid (Isu haram 1Malaysia & SUK). Nampak gaya, Khalid sudah kesorangan kat sini.

Tu la, dok ikut sangat semua nasihat penasihat ekonomi Selangor RM1 tu.

Grand Marquis said...

Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui ada bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di ibu negara akhir bulan lalu - pertemuan yang dikatakan turut dihadiri beberapa pemimpin PAS, Umno dan Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, Nik Aziz enggan mendedahkan hasil pertemuan itu kerana demi menjaga peraturan yang sepatutnya dilakukan oleh setiap pemimpin.

Petikan Akhbar


Sekarang ni Nik Aziz pun buat pertemuan dalam gelap. Jadi TB tak nak melaknat ke?

Grand Marquis said...

Menipu lagi.

petikan dari sini.

Mengulas mengenai kenyataan akhbar Y.A.B. Dato’ Menteri Besar pada 3 Januari 2011 yang menyatakan D.Y.M.M. Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh SPA adalah kurang tepat. Apa yang sebenarnya berlaku, nama-nama calon untuk jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri telah disembahkan kepada Baginda oleh Jabatan Perkhidmatan Awam yang menjalankan kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan selaras dengan kedudukan Baginda sebagai Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri Selangor. Baginda memberi perkenan kepada salah satu calon yang dicadangkan. Selepas itu, calon tersebut telah dipersetujui oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan melalui surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan melantik mengikut peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Perkara ini telah menjadi amalan (convention) di Negeri Selangor.

Mengenai cadangan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar untuk berbincang dengan JPA atau SPA, D.Y.M.M. Sultan Selangor sebenarnya telah menitahkan sepatutnya Y.A.B. Dato’ Menteri Besar mengadakan perbincangan pemilihan calon ini sebelum calon-calon disembahkan oleh JPA atau SPA kepada Baginda dan bukannya berbincang selepas jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor telah diperkenankan oleh Baginda dan dilantik seterusnya diisi oleh calon yang berkenaan. Tindakan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar untuk berbincang dan memilih calon-calon lain dengan JPA atau SPA setelah calon dilantik adalah tindakan yang tidak wajar diambil kerana boleh menjatuhkan moral dan kredibiliti serta integriti calon yang telah dilantik dan juga boleh mewujudkan satu suasana yang tidak baik dalam perkhidmatan awam Negeri Selangor.

Anonymous said...

Nak kelentong apa lagi? Istana dah keluar statement!
Nak kembalikan kuasa Sultan? DAP setuju ke?
Sultan pun dah bertitah kena dapat perkenan untuk sidang tergempar. DAP kata tak payah .
Apehal TB dengan Pakatan Haram kau ni.???

Anonymous said...

bayak tahi tahi kalid yang busuk akan berbau disini dan diseluruh SELANGOR bila SUK MULA KERJA ESOK LUSA...PANIK DAH KAU KHALID

Anonymous said...

Bro...najobori n the farksis r trying their level best to maintain ketuanan kote feudal pariah yg dah bangkrup..hahaha..waitlah..all it takes lil bit of short positioning on RM to show who has the real power..

Anonymous said...


Jadi Khalid ni dah nyanyuk. Kau pun nyanyuk juga sebab tak reti protokol. Lepas ni nak pinda perundangan negeri pulak? Cuba citer sikit macam mana tu? Mana datangnya 2/3 majority ? Lu kira sendiri lah!!! Mungkin si Khalid ni dah cipta clone robot menyamar jadi ADUN BN kot.
Ini lah sewel namanya.
.

Undang Undang Tubuh Selangor tak sebut JPA pun.

Kao reti baca ke?

Grand Marquis Makan Babi said...

Apa yang sebenarnya berlaku, nama-nama calon untuk jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri telah disembahkan kepada Baginda oleh Jabatan Perkhidmatan Awam yang menjalankan kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan selaras dengan kedudukan Baginda sebagai Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri Selangor. Baginda memberi perkenan kepada salah satu calon yang dicadangkan. Selepas itu, calon tersebut telah dipersetujui oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan melalui surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan melantik mengikut peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Perkara ini telah menjadi amalan (convention) di Negeri Selangor..

Ni mana punya undang2 mamat ni ikut? Bodoh bahlol

Nak menipu pun jangan lah sampai orang tahu.

Bacalah Undang Undang Tubuh Selangor:

Bab 3 LII (1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor menyebut:

“Maka hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri; dan perlantikan ke jawatan-jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan.”

Orang bofoh bolehlah kao tipu, macam Grand Marquis Tokeh Babi.

Rakyat dah pandai, bukan bodoh macam kaum kao.

Grand Marquis Keturunan Babi said...

<a href="http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/PSC-can-end-selangor-stalemate-by-talking-to-mb-says-lawyer/>“Article 97(1) of the Selangor Constitution establishes a State Service Commission which shall extend to all members of the public service of the State.

“In essence, federal civil servants belong to the Public Services Commission, while Selangor state civil servants belong to the Selangor Services Commission,” the lawyer said.</a>.

Maksudnya JPA TIADA HAK untuk campur tangan perlantikan SUK Selangor.

Perlantikan SUK Selangor adalah di bawah kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam Selangor yang terletak di bawah kerajaan negeri.

Bangang punya Munir. Tampak sangat bodoh tak reti undang-undang.

Orang bodoh macam Grand Marquis Tokeh Babi percaya bulat2.

Almaklumlah dua-dua ekor penipu besar.

Grand Marquis said...

“Maka hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri; dan perlantikan ke jawatan-jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan.”

Ni dah dijawab la dong.

Mengulas mengenai artikel pada 29 haribulan Disember 2010 di dalam akhbar Sinar Harian mengenai “Pelantikan SUK Tidak Semestinya Dibuat SPA” oleh Ahli Dewan Negeri Kampung Tunku, Y.B. Lau Weng San, yang menyatakan pelantikan Setiausaha Kerajaan boleh dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPAN). Walaupun terdapat SPAN di negeri-negeri lain yang boleh melantik Setiausaha Kerajaan, tetapi di Negeri Selangor kuasa pelantikan tersebut adalah dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan (SPA) selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Ada baca ka?

Anonymous said...

Halo Grand Marquis Makan Babi & Grand Marquis Keturunan Babi ,

Habis kenapa Khalid nak pinda undang2 tubuh selangor?
Siapa yang setahun jagung perintah Selangor?

Grand Marquis said...

Anon 9.44

Use your brain. Kalau benda tu "constitutional", dah tentu tak payah nak pindah undang-undang. Apa yang berlaku sekadar menunjukkan Khalid tu sudah terhantuk baru nak terjaga. Macam orang main bola. Dah kena jaring goal, baru nak tukar peraturan permainan.

Anonymous said...

Grand Pukimak..do u have a brain?Like i said b4,ur malayali style of mental gymnastics shows u r born retard..

Anonymous said...

Kusrin - Kavita Kaur: Selangor KKKGates?
Mengapalah beriya-iya Ketua Setiausaha Negara Sidek Hassan melantik seorang kusrin bertaraf JUSA C ke jawatan JUSA A? Dah habiskan penjawat JUSA B yang layak dinaikkan pangkat ke JUSA A - kelayakan bagi seseorang dilantik ke jawatan Ketua Setiausaha (KSU) di kementerian-kementerian dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Apa istimewa sangatnya seorang kusrin JUSA C di negeri Selangor Kota Darul Ehsan ini. (JUSA: Jawatan Utama Sektor Awam) hinggakan isu pelatikannya mencatat capaian yang tinggi di dunia siber pada awal tahun 2011?

Setelah digoogle ke sana ke mari, satu artikel yang diterbitkan dalam blog Beduk Canang menarik perhatian. Ada sesuatu yang menarik. Satu persoalan yang masih belum menemui jawapan pasti tetapi bayang-bayang terdapat di mana-mana. Tunggulah dalam sehari dua lagi, dunia Internet 1Malaysia akan meriah dengan nama seorang kusrin, kavita kaur dan .....

Anonymous said...

Beduk Canang: Ada apa di sebalik nama Kavita Kaur? (7 Disember 2010)

Apakah sangkut paut pelakon Kavita Kaur dengan dunia politik tanah air mahupun kepada golongan istana di negara ini?

Persoalan ini tentunya kerap bermain-main di minda para pembaca blog terkenal, Tukar Tiub (TT) apabila pengendali blog tersebut dilihat kerap menimbulkan nama pelakon jelita yang juga bekas ratu cantik itu tatkala melaporkan sesuatu isu politik yang melibatkan golongan diraja atau kerabat-kerabatnya.

Blog yang terkenal dengan penyampaian berita dengan gaya bersahaja ini juga kerap menyampaikan berita-berita denga cara tersirat yang memerlukan pembacanya menganalisa atau mencari kebenaran terhadap apa yang cuba disampaikan.

Menurut seorang pengikut setia blog tersebut yang enggan disebutkan namanya, beliau percaya ada sesuatu yang mahu disampaikan oleh TT apabila sering menimbulkan nama Kavita Kaur disamping entri yang membabitkan seseorang raja.

Bagaimanapun sehingga kini, beliau masih belum mendapat jawapan yang jelas berhubung perkara ini kecuali beberapa andaian rakan-rakan lain yang tidak dapat dipastikan kebenarannya.

"Saya masih kabur apa yang cuba disampaikan tetapi saya yakin memang ada sesuatu yang mengejutkan. Lebih-lebih lagi TT tidak akan memasukan nama Kavita Kaur tanpa bersebab.

"Mungkin sengaja ia disampaikan dalam bentuk tersirat begini bertujuan mengelak daripada serangan pihak-pihak tertentu atau pun berhadapan kekangan tertentu yang mungkin berkaitan kebebasan bermaklumat.

"Oleh itu, jika perkara ini menyentuh soal keadilan, kenteraman mahupun moral pemimpin, sebagai rakyat sebuah negara yang cintakan kebenaran, maka menjadi tanggungjawab kita untuk mencari jawapannya kerana kita tentunya tidak mahukan pemimpin yang hipokrit," katanya.

Sebelum ini blog ini beberapa kali berjaya memecah berita baik secara langsung atau tidak langsung berhubung salah laku beberapa pemimpin-pemimpin dalam negara ini.

.... jadi jangan ke mana-mana dalam sehari dua ni... kusrin - kavita kaur (KKKGates) dan dot dot dot bakal mengambil alih kedudukan carta daripada RobengahLeaks.

Bacaan santai: Another leak? From down under... Panas tahun 2011 ni!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.