Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, January 25, 2011

BN Ambik Calon yang Dibuktikan Cuai Semasa Menjadi ADO

NOTA EDITOR: Rupanya calon BN untuk DUN Tenang ini pernah dibuktikan menjalankan kerja dengan cuai oleh Mahkamah sewaktu beliau bekerja sebagai ADO.

Malang sekali buat UMNO kerana antara kualiti calon mereka yang dibanggakan oleh UMNO adalah pengalaman beliau menjawat jawatan DO di Pejabat Tanah Daerah Segamat. Tulang Besi pun dah dapat maklumat ini semalam tetapi menunggu pendedahan rasmi dari pimpinan PAS.

Kalau pengalaman calon BN sebagai DO tidak boleh dijadikan hujjah, apa lagi sebab yang wujud untuk memilih beliau???

Buat penat je UMNO/BN keluar poster ni:



Apabila ditanya Malaysiakini, calon BN untuk DUN Tenang itu sendiri tidak menafikan apa yang didedahkan oleh YB SAlahuddin ini.

Azahar: Issue has long been settled

In an immediate reaction, Mohd Azahar (wearing songkok) told Malaysiakini that the matter has been settled in court.

"(PAS) just wants to manipulate this issue," he said.

Asked about Salahuddin's criticism that he is not qualified to be a wakil rakyat based on this incident, Mohd Azahar merely said: "This is just provocation".


Sidang Akhbar boleh ditonton di sini:



Calon BN cuai sebagai ADO
Saidah Hairan

LABIS, 25 Jan: Calon BN untuk Pilihan Raya Kecil Dun Tenang didakwa cuai dalam menjalankan tugasnya sebagai pegawai kerajaan sebelum ini dan pernah disaman kerana melelong tanah tanpa pengetahuan tuan tanah.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub mendedahkan calon BN, Mohd Azahar Ibrahim didapati cuai dan lalai ketika memegang jawatan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat sehingga disaman pada tahun 2004 oleh tuan tanah, Mansor Mohamad.

Katanya, Azahar yang dikenali dengan panggilan Tok Ai telah disaman di Mahkamah Tinggi Muar melalui Saman Pemula No: 24 (L) - 674-2004 berkaitan kes siasatan hartanah HS (M) 535, Lot 2091, Mukim Jabi, Daerah Segamat.

Menurut beliau, disebabkan kecuaian dan kelalaian Azahar yang ketika itu sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat telah mengakibatkan satu Perintah Jualan ke atas hartanah Mansor Mohamad pada 18 September 2009.

"Kerana kecuaian Tok Ai tanah tersebut secara tidak sah telah dilelong pada 1 Disember 2003 dengan harga RM70,000," ujarnya.

Beliau kesal dengan kecuaian Tok Ai yang menyebabkan tuan tanah, Mansor menjadi mangsa kezaliman kerana hartanahnya dilelong kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan beliau.

Justeru kata beliau, disebabkan kecuaian dan kelalaian itu telah mengakibatkan nama baik dan intergriti Pejabat Pentadbir Tanah Segamat terjejas teruk sekaligus menghakis keyakinan rakyat pada ketelusan Pejabat Tanah Daerah Segamat.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Muar, Yang Arif Hakim Dato' Asmadi Asnawi telah membenarkan tuntutan Mansor ke atas Pentadbir Tanah Daerah Segamat pada 29 Januari 2008 dengan kos akibat kecuaian Tok Ai mengendalikan isu tersebut.

Salahudin yang juga Pengarah Pilihan Raya Dun Tenang mempersoalkan mengapa calon yang telah dibuktikan oleh Mahkamah cuai dan lalai dalam melaksanakan tugas awam masih dicalonkan untuk PRK Dun Tenang.

"Tidakkah tindakan Umno ini membuktikan Umno tidak menghiraukan isu integriti dan kompetensi seorang calon bagi mewakili rakyat atau pengundi Dun Tenang," tegasnya.

Beliau yakin dengan pendedahan itu membuktikan bahawa Umno memang sengaja menyembunyikan fakta-fakta tersebut kerana bimbang pengundi Dun Tenang akan menolak calon Umno-BN.

Merujuk rekod buruk Tok Ai, Azahar Ibrahim, PAS yakin dan percaya rakyat Dun Tenang tidak akan tertipu dengan janji-janji manis beliau untuk menyelesikan maalah tanah di Labis.

Ini kerana katanya, fakta dan keterangan tersebut jelas menunjukkan tanah rakyat dengan mudah telah dilelong dengan secara tidak sah.

"Kami menyeru pengundi Dun Tenang jangan gadaikan maruah dan masa depan anak bangsa dengan memilih calon Umno yang terbukti didapati bersalah oleh Mahkamah kerana menganiayai rakyat," tegasnya.

Salahudin menegaskan pendedahan itu bukan merupakan serangan peribadi calon tetapi ia menyentuh isu integriti dan kelayakan Azahar (Tok Ai) untuk menjadi calon di Dun Tenang.

.

4 comments:

Anonymous said...

Mengikut kata bookie judi di Labis, BN akan menang majoriti dari 5500 undi ke 6000 ribu undi...mcm mana nak buat tu TB...tolong kita segera

Yong said...

Adakah orang Tenang masih bersikap letak batang pisang bertanda dacing, mereka akan pangkah batang pisang juga walau di sebelahnya ade manusia baik yang bertanda bulan? Jika beginilah, nasible kau Tenang.

karl said...

Saya tak bersetuju cara Pas berkempen macam ni.

Kalau Pas pun main isu peribadi, apa bezanya Pas dengan Umno?

Anonymous said...

haii senyap tipah GM

biasa laju je komen...hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.