Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, January 3, 2011

Doa Laknat Atas Khusrin Munawi Depan Kaabah





Semalam, dengan rasa insaf dan rendah diri, Tulang Besi telah bertindak mengadu kezaliman UMNO dan Barisan Nasional ke atas kerajaan PR Selangor kepada Allah SWT.

SAmbil mencium Kaabah yang mulia, Tulang Besi telah berdoa kepada Allah SWT supaya melaknat dan menurunkan bala ke atas Khusrin Munawi, Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan), Pegawai2 Istana Selangor yang terlibat dan juak2 UMNO yang terlibat di dalam konspirasi menaikkan melantik Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK).

Tulang Besi juga memohon kepada Allah SWT supaya diturunkan bala yang setanding dengan bala yang Allah SWT turunkan kepada kaum Nabi Nuh dan kaum Nabi Saleh. Jadikan hidup mereka tidak senang dan tidak aman buat selama-lamanya.

Tulang Besi telah memohon kepada Allah SWT dihadapan Kaabah yang mulia supaya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dilindungi Allah SWT dari percubaan sabotaj terbaru dari UMNO dan Ketua Setiausaha Negara.

Tulang Besi nyatakan bahawa kami adalah makhluk lemah di depan Allah SWT. Kami tiada kuasa menentang kezaliman serta sabotaj UMNO dan Barisan Nasional yang terbaru ini. Maka, Tulang Besi telah memohon kepada Allah SWT pertolonganNYa serta perlindungNya kerana kekuasaan UMNO dan Barisan Nasional tidak mampu menandingi kekuasaan Allah SWT.

Tulang Besi juga memohon supaya Allah SWT menurunkan bala kepada SUK Perak yang telah memainkan peranan menjatuhkan Kerajaan Negeri Perak. Semoga Allah SWT menurunkan bala yang setanding dengan bala yang diturunkan kepada kaum Nabi Hud.

Ya Allah ya tuhan kami. Bantulah kami. Rahmati kami. Hancurkan musuh-musuh kami sebagaimana kamu menghancurkan kaum-kaum yang telah engkar kepada Mu sebelum ini.

AMIN!!!!!

Tulang Besi

Isu SUK: Khalid dakwa KSN tak hormati fungsi MB, sabotaj Selangor
Oleh G Manimaran
January 01, 2011


KUALA LUMPUR, 1 Jan — Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau kesal kerana Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang didakwanya sengaja membelakangkan proses pemilihan yang telah ditetapkan bagi memilih Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

“Pemilihan Datuk Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Ketua Setiausaha Negara telah mengabaikan proses pemilihan mengikut Nota Amalan Perkhidmatan Awam yang menyatakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri perlu mendapatkan nasihat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peringkat pusat dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Mengikut pengumuman Sidek Isnin lalu, pelantikan Khusrin berkuat kuasa hari ini dan akan mengangkat sumpah 6 Januari.

“Proses pemilihan itu memerlukan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri mengemukakan calon yang sesuai bagi mengisi jawatan berkenaan dan mendapatkan kelulusan Menteri Besar sebelum diserahkan kepada Sultan Selangor untuk diperkenan.

“Selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri memanjangkan nama calon berkenaan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peringkat pusat untuk proses dokumentasi pelantikan,” kata Khalid lagi.

Sehubungan itu tegas Khalid, kerajaan negeri Selangor telah mengambil langkah sewajarnya dengan membentuk sebuah jawatankuasa khas diketuai Speaker Dewan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim untuk menemu duga kesemua lapan calon yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.

Hasilnya menurut Khalid, jawatankuasa tersebut telah memilih tiga calon terbaik berdasarkan jasa-jasa mereka selain kriteria yang diperlukan bagi mengisi jawatan strategik dan paling kanan dalam pentadbiran awam kerajaan negeri Selangor.

“Ketika mengumumkan pelantikan Datuk Khusrin, Ketua Setiausaha Negara bukan saja membelakangkan Menteri Besar, malah mengabaikan proses pemilihan calon berdasarkan kredibiliti, kemampuan dan pengalaman,” kata Menteri Besar.

Menurut Khalid lagi, tindakan Sidek bukan sahaja melanggar Perlembagaan, malah tidak bertanggungjawab dan tidak profesional.

“Malah boleh dianggap bermotifkan politik, sebagai salah satu usaha untuk mencabar kredibiliti kerajaan Pakatan Rakyat Selangor,” kata Khalid (gambar).

“Lebih merungsingkan saya, tindakan Tan Sri Mohd Sidek tersebut telah menghantar mesej yang tidak sihat iaitu kemampuan dan pengalaman bukan keutamaan dalam mempromosikan kenaikan pangkat pegawai kerajaan.

“Mesej ini sangat bahaya apatah lagi sememangnya perkhidmatan kerajaan acap kali dikritik sebagai tidak efisyen,” kata beliau lagi.

Khalid memberikan kenyataan rasmi bertulis kedua dalam seminggu ini ketika pakar perundangan dan perlembagaan berpendapat bahawa pelantikan kontroversi Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dilihat menuju krisis perlembagaan jika istiadat mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, yang dijadual akan berlangsung 6 Januari ini, diteruskan.

Pakar-pakar perlembagaan berhujah upacara Khamis depan itu sebagai “tidak sah” memandangkan perlembagaan negeri menyebut bahawa upacara seumpama itu perlu dilaksanakan di hadapan Menteri Besar bukannya Sultan Selangor.

Kerajaan negeri Selangor sebelum ini menegaskan ia mempunyai kata putus dalam menentukan calon Setiausaha Kerajaan Negeri selepas Sultan Selangor memberi perkenan kepada nama yang disyorkan Putrajaya untuk melantik Khusrin.

Khalid yang bercadang untuk menghadap Sultan Selangor Rabu lalu tetapi terpaksa menangguhkan hasrat beliau sebab baginda bercuti sehingga awal minggu depan.

Peguam veteran Karpal Singh berkata, perkembangan itu boleh membawa kepada krisis perlembagaan kerana ia tidak selari dengan perlembagaan negeri.

“Sultan perlu mendapatkan nasihat perundangan daripada penasihat undang-undang negeri sebelum majlis angkat sumpah diteruskan.

“Dalam perkara-perkara macam ini, Sultan bertindak atas nasihat Eksekutif, Tuanku tidak boleh bertindak sendirian. “Perkara yang dikhuatiri ialah jika majlis itu diadakan, ia boleh diisytihar sebagai tidak sah oleh mahkamah,” kata beliau kepada The Malaysian Insider semalam.

Dalam pada itu, pakar perlembagaan Prof A Aziz Bari juga menyifatkan majlis angkat sumpah di hadapan Sultan Selangor sebagai “amalan baru” yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Pada pengetahuan dan pengalaman saya ini kali pertama majlis angkat seumpama diadakan, walaupun saya berpendapat ia hanya satu majlis rasmi semata-mata dan tidak diperlukan,” kata beliau.

Menurut beliau, tiada peruntukan dalam perlembagaan negeri Selangor yang memerlukan pegawai-pegawai kanan negeri mengangkat sumpah di hadapan sultan.

Dalam kenyataan pertama, Khalid berkata pelantikan Khusrin, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru belum muktamad kerana beliau tidak pernah dimaklumkan mengenainya

40 comments:

Anonymous said...

buat rugi duit je gi mekah duk gila politik dunia yang nyata tak islamik dan terpesong jauh..hanya jubah yahudi mabuk yang mengenal manikam...muahahahahah

MADiSYAK said...

Apapun, Allah lebih tahu. Berdoalah untuk kebiakan bukan untuk melaknat orang lain.

Reverie Malaya said...

Saudara Tulang Besi, mengapa tidak didoakan supaya yang zalim diberikan sifat adil. Yang jahat diberikan sifat baik. Kan lebih baik? Islam mana pernah mengajar doakan laknat kepada saudara semuslim yang lain.

Saudara, tidakkah berlapang dada itu lebih baik daripada bersikap dendam.

Wallahu'alam

Anonymous said...

InsyaAllah Allah akan laknat engko kembali.

parjoe said...

tak doakan sekali ke supaya PAS dapat laksanakan hudud yang di idamkan tuu

Anonymous said...

Pakatan rakyat buta perlembagaan..tak reti baca ker undang2 tubuh kerajaan negeri...dah jelas lagi bersuluh...isu perlantikan ksu negeri bukan dalam bidang kuasa MB....awat bahalol sgt puak puak PR.....dah meroyan kot kerana mereka diambang kejatuhan di PRU 13.....kerajaan selangor memang bakal dirampas tetapi bukan melalui khusrin...ianya melalui kuasa rakyat dipeti undi dalam PRU 13 tahun depan....tunggu jer lah wahai TB atau TULang Babi oiii....

Anonymous said...

Mengamuklah UMNO nanti. Bisinglah ulama kangkung nanti.

Anonymous said...

Ameen...mudah-mudahan Allah makbulkan doa saudara...

Tinta Hitam said...

amin yarabbalalamin..

Anonymous said...

Alhamdulillah... terima kasih Tulang Besi atas doa saudara..

Mudah-mudahan doa saudara ini akan diperkenankan Allah

usin said...

betapalah sesatnya anda situlang besi. dimana otak diletakkan jika laknat yg diminta setanding laknat Allah ke atas kaum Lut atau Hud? dah cukup amalan untuk menerima laknat dari Allah? untuk ulangkaji sejarah, azab Allah bukan sahaja menimpa seseorang, bahkan orang lain yang tidak tahu menahu hal politik. janganlah kebodohan anda dilingkungi nafsu serakah sampai mendoakan insan seagama menerima bala bencana dari Allah. sifat manusia lemah ialah melakukan kesalahan. kalau bn/umno zalim, begitu juga pr yang memerintah beberapa negeri. anda dapat pastikan pr begitu putih bersih? anda lebih pentingkan nafsu dari akal. walaupun tulang anda besi, dengan izin Allah tulang anda boleh lebur. kembalilah ke jalan yang benar. bukan kerana umno/bn @ pr, sebab agama Islam bukan agama politik.

singkong said...

Bro, Khusrin rahmat ke Khusrin Munawi ? Salah doa kang cam mana la pulak

mahaza said...

Khusrin Rahmat tu sapa pulak?

Anonymous said...

Kes3 macam ni membuatkan golongan yang memang dah PR akan terus menebal akan kePRannya. Yang menjadi tanda tanya, apakah kesan kes-kes sebegini kepada yang di atas pagar dan yang tak tebal BNnya.

Grand Marquis said...

Parah bila ada orang macam TB tinggal di Saudi.

Kaabah itu patut dijadikan tempat mendoakan kebaikan sesama manusia, tapi dijadikan tempat melaknat sesama manusia. Nasihat saya pada TB, jangan cepat melaknat kerana silap-silap laknat itu berbalik pada diri anda.

Kepada yang masih tak faham isu SUK, boleh baca di sini

Anonymous said...

yang melantik khusrin adalah KSN dan yang merestukan perlantikan tersebut adalah Sultan
kenapa tuan doakan laknat kepada Khusrin?apa dosa khusrin kepada rakyat dan kepada tuan?
Saya ingin mendoakan supaya doa tuan akan terkena diri tuan sendiri
jangan main2 dengan doa didepan kaabah,ramai yang berniat jahat seperti tuan telah terkena diri sendiri

Wajadiri said...

Saya juga mendoakan perkara yang sama saudara.Sesungguhnya kepada Allah lah tempat kita orang yang dizalimi ini mengadu.Mereka ingat mereka boleh melakukan apa sahaja dengan kuasa mereka ada.Puak laknatullah ini lupa bawa Allah lah yamg memberikan kerajaan dan Alah jualah yang berkuasa menarik kerajaan.Semoga Allah melaknat dan menghancurkan puak puak yang memperlekehkan hukum Allah ini.

Tulang Besi said...

Terima kasih kerana membetulkan TUlang besi.

Khusrin Rahmat tu bekas SU PAS Selangor.

TUlang Besi selalu tertukar Khusrin Rahmat dan Khusrin Munawi sebab dekat2 sama.

Khusrin Rahmat ni orang baik, berjasa kepada ISlam, orang yanmg penyabar, ikhlas.

Tulang Besi said...

reverie malaya,

Orang mcm KSN dan Khusrin Munawi serta UMNO ni org jahat dan sengaja mahu sabotaj kerajaan negeri.

Selayaknya doa orang meminta Allah SWT mengambil tindakan pada si zalim ini.

Zaman Nabi, bukan setakat doa, nabi siap suruh buat qunut nazilah di atas kezaliman.

Tulang Besi said...

Orang2 UMNO kepanasan dalam blog ni. Kesian tengok mereka marah saya doakan laknat kepada mereka.

Jangan takut, kalau kamu tidak zalim, tidak perlu takut dgn doa Tulang besi di hadapan Kaabah.

Anonymous said...

kalau betul pon diorg salah..kau doakanlah supaya Allah berikan hidayah kepada mereka. ape pulak doa minta yang bukan bukan. baik lagi kau doakan umat islam kat aplestin tu sekali.

Anonymous said...

Dah sampai Kaabah, mintalah ampun untuk diri sendiri, kaum keluarga dan Muslimin dan Muslimat. Minta jauhkan dari azab api neraka.

Lupakan politik , lupakan dunia bila menghadap Kaabah. Dunia hanyalah satu permainan kehidupan, akhirat adalah yang kekal abadi.

Anonymous said...

"Blogger Tulang Besi said...

"Orang2 UMNO kepanasan dalam blog ni. Kesian tengok mereka marah saya doakan laknat kepada mereka.

Jangan takut, kalau kamu tidak zalim, tidak perlu takut dgn doa Tulang besi di hadapan Kaabah.

January 3, 2011 3:33 PM"

Saya cadangkan supaya TB membuat doa terhadap Anwar Ibrahim. Kalau Anwar itu seorang peliwat mohon laknat terhadap beliau. Mohon kepada Allah supaya tunjukkan kebenaran. Doa TB kan tak ada hijab? Maklumlah seorang yang tulus dan ikhlas macam TB ni memang makbul doanya.Tambah-tambah kalau depan Kaabah. Mintak turunkan bala macam bala kaum NAbi Lut atas beliau. Kalau Anwar bukan seorang peliwat apa yang nak ditakutkan?

Satu lagi mintak ALlah tunjukkan jalan yang lurus dan benar keapda TB sendiri. Mana tau kot kot TB dah tersasar.Jangan confident sangat apatah lagi kerap menulis itu dan ini, membuka mulut di sana dan disini. Takut-takut kita tersilap langkah.

Satu lagi last one- minta doakan kebun sayur saya subur dan memberikan hasil yang baik dan ayam-ayam saya sihat!!!. Pertolongan dari badan-badan kerajaan yang diterajui oleh UMNO untuk petani macam saya ni memang la bagus dan baik. Tapi keberkatan dari Allah itu penting juga. Tolong doakan ya. Thanks !!!

OCPA said...

AMIN !! AMIN !! AMIN !! Yarabbalalamin...
Insyaallah, doa mereka2 yang teraniaya dimakbulkan Allah...
Kalau kamu zalim, maka, bersiap-sedialah menerima balasanNya dan seandainya kamu baik..takyah la merasa takut..Allah maha mengetahui siapa yg zalim dan siapa yg tidak..
Apasal pulak takleh berdoa?
Bukankah doa itu "SENJATA" org Muslim dan Allah tempat kita mengadu?
Tak perlu la minta hancur,minta jadi LEBUR cukup la..
Allahuakbar !!!!

Grand Marquis Tokeh Babi said...

Grand Marquis said...

Kepada yang masih tak faham isu SUK, boleh baca di sini (Artikel Zul Nordin)

January 3, 2011 12:14 PM
.

Kesian GM Tokeh Babi percaya cakap lawyer cabuk Zul Nordin.

Lawyer bodoh macam Zul Nordin tak paham undang-undang.

Mana ada undang-undang Selangor kata SUK di lantik oleh Perkhidmatan Awam???

Bab 3 LII (1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor:

“Maka hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri; dan perlantikan ke jawatan-jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan.”


Ada sebut tak Jabatan Perkhidmatan Awam???? Takda kan.

Eloklah GM Tokeh Babi dgn Zul Nordin ni satu kaum.

HAHAHAHAHAHA

Ni lagi satu gambar GM Tokeh Babi

Anonymous said...

//Eloklah GM Tokeh Babi dgn Zul Nordin ni satu kaum.

HAHAHAHAHAHA

Ni lagi satu gambar GM Tokeh Babi//

Kelasik!!:-):-):-)

Anonymous said...

//Saudara Tulang Besi, mengapa tidak didoakan supaya yang zalim diberikan sifat adil. Yang jahat diberikan sifat baik. Kan lebih baik? Islam mana pernah mengajar doakan laknat kepada saudara semuslim yang lain.

Saudara, tidakkah berlapang dada itu lebih baik daripada bersikap dendam.

Wallahu'alam//

Woi jack S!!Al Quran penuh dgn attribute/sifat dua maha sakti,kuasa wisdom dan kuasa power..kuasa power ini ialah utk menghapuskan,terajang segala macm keiblisan ..ya..sebab tu, simbol islam adalah pedang!... tak caya?..pi refer ugama vedas..dlm vedas,kita dapat confirmation/pengesahan bahawa pure power muncul sebagai supreme divine warrior/wira/satria/pahlawan! ..para rishi/wali vedas jugak berperang dgn haiwan manusia perosak utk merampas kembali cahaya/kuasa drpd mereka..kalu berani siki,pi kovil hindu,tenggok patung Mahakali...mahakali the supreme divine warrior in sheer delight destroying,slaying with pedang and other weapons all the demons,iblis who oppose the Divine..on Mahakali's head is the symbol of the crescent moon..go n have a look..

Grand Marquis said...

TB kata tak nak jawab, tapi jawab jugak. Mana boleh tahan beb...

Kesian GM Tokeh Babi percaya cakap lawyer cabuk Zul Nordin.

Lawyer cabuk tu jugak yang digunakan Anwar Ibrahim selama bertahun-tahun. Kalau Zul tu tak tau undang-undang bererti Anwar tu bangang la lantik lawyer yang tak tau undang-undang.

TB lagi la. Langsung apa kelayakan undang-undang pun tak de, tapi pandai-pandai nak tafsir ikut persepsi dia.

GRAND MARQUIS TOKEH BABI said...

Lawyer cabuk tu jugak yang digunakan Anwar Ibrahim selama bertahun-tahun. Kalau Zul tu tak tau undang-undang bererti Anwar tu bangang la lantik lawyer yang tak tau undang-undang.

TB lagi la. Langsung apa kelayakan undang-undang pun tak de, tapi pandai-pandai nak tafsir ikut persepsi dia.


Kahkahkah GM Tokeh Babi meracau macam orang kena santau.

ORang lain disangka Tulang Besi.

Kesian aku tengok ko, GM Tokeh Babi. makin lama makin mereng.


HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

Urat Dawai said...

Ramai yang condemn TB, tp diri sendiri pon tak betul juga. salinglah "condemn-mengondemn". Sekurang-kurangnya TB ingat Allah. Selalu berdoa pada Allah.

"Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu"(hingga akhir ayat)[Al-Mu'min:40].

TB 'mungkin' orang yg teraniaya di bawah pemerintahan kerajaan yang zalim. Doa orang teraniaya InsyaAllah dimakbulkan. Marilah sama-sama banyakkan doa. Doa kepada Allah bukan kepada Altantuya yer...

Urat Dawai said...

pembetulan
-Al-Mu'min ayat 60

Anonymous said...

Aku takut kat sumpah laknat Tulang Besi ni. Mana tahu sebab dia wali besar maka Allah akan makbulkan doa dia. Habislah UMNO.......

Kelakarlah kau Tulang Besi. Ada lagi orang yang mengaku Islam seperti kau! Aku doakan Allah bagi hidayah kat kau dan dipulihkan otak kau yang dah lama mereng tu. Amin.

Kelakarlah. Labi, labi..... apa kerja yang kau buat tu.

Anonymous said...

Owh.org zalim xyah takut ngn doa TB la ye?So, kalo camtu Anwar pun xyah la takut untuk sumpah mubahalah :p apa la yg TB ni marah sgt sampai nak laknat SUK baru ni? pegilah marah SPA tu.

p/s: yahudi zalimi palestin tu xnak laknat sekali ke?

Anonymous said...

ah ha ..macam ini punya doa pun ada ke ..terlebh UMNO dari UMNO..selalunya UMNO yg buat solat hajat disurau atau masjid utk melknat seseorang,,ini TB yg mengaku sokong Islam..aduh aduh hancurrrr...

Anonymous said...

kristian herakd juga mengadu pada allah juga takcaya tanya khakid gereja dan n.ajis yang sokong allah kristian ni....

Anonymous said...

aku x sokong khusrin. aku orang pas. tapi rahman, hang jangan nak buat cerita tipu, aku x suka. aku kenal housemate hang kat riyadh tu. hang tak pi makkah sama ada semalam atau bila 2 minggu ni.

Anonymous said...

Sayang keMekah berdoa utk melaknat sesama muslim,masya'allah.

putrarahman said...

Siapa Tulang Besi ni. Ya Allah, Ya Tuhan ku, kenapa begini teruk doa yang dipohon oleh Tulang Besi di hadapan Rumah Allah iaitu Kaabah. Dengan siapa dia berguru dan siapa pula yang menjadi pemimpin kepada Tulang Besi ni. Kepada Tok Guru dan Pemimpin kepada Tulang Besi ni, tolong ajar anak murid dan anak buah tuan-tuan ni. Aku dapati dah teruk sangat ni. Kalau tuan-tuan tak ajar dia sekarang, tak mustahil tuan-tuan juga akan didoakan oleh beliau jika ada perselisihan faham dengan beliau.

Anonymous said...

salam TB..
anda adalah insan bertuah dalam pegi ke Mekah..namun bagi saya,anda telah mensia2kan peluang itu dengan membawa hati yang penuh dendam di depan kaabah..jikalau anda yakin dengan perjuangan anda,kenapa anda tidak memohon kepada ALLAH agar kebenaran kes LIWAT ANWAR didedahkan..sayang sekali kerana anda mendoakan kelaknatan keatas musuh politik tetapi bukan musuh ISLAM..saya berdoa agar ALLAH membuka hati anda untuk melihat kebenaran...

Anonymous said...

Barisan Neraka (BN)
“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud: 113). Semoga Allah melaknat ke atas BN serta sekutu2nya di atas kezaliman yang telah mereka lakukan....amin.. Berdoa ialah senjata orang Islam yang paling berkesan. Doa juga adalah ibadah. Orang yang berdoa akan beroleh kejayaan insyallah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.