Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, January 11, 2011

"Imam Muda" Memberi Formula Kejayaan Kepada PAS

Program realiti Astro Awani bertajuk "Imam Muda" telah menarik perhatian JUTAAN orang Islam dan Melayu di MAlaysia. Bukan setakat itu, media antarabangsa yang sekular pun kehairanan dan dalam keadaan bingung berkaitan kejayaan program "Imam Muda".

Mereka hairan bagaimana program ini mampu menyaingi populariti program realiti yang lain seperti "Akademi Fantasia" dan sebagainya. Media-media antarabangsa seperti British Broadcasting Corporation (BBC); The Straits Times Singapore; The Wall Street Journal; Associated Press (AP); British Broadcasting Corporation (BBC); Agence France-Presse (AFP); Reuters and ARD Germany TC.

Misalnya, BBC melaporkan:

Show creator Izelan Basar says they are looking for the ideal imam - one who is well versed in spirituality and current affairs.

"There are two levels of audition. One is to ask him lots about religious knowledge and (the) second stage is about current issues and current affairs," he says.

"For example what do you know about (the) environment? What do you know about the monetary system, the economy? That is what we want. An imam who is balanced between the world we live in and the life after."


TERJEMAHAN: Pencipta program, Izelan Basar menyatakan mereka mencari imam yang ideal, yakni seorang yang alim lagi wara' serta mahir dalam isu dan hal semasa.

Ada dua tahap uibakat: Tahap pertama para peserta ditanya banyak soalan berkaitan agama dan tahap kedua ujibakat adalah ujian dari segi isu semasa dan hal semasa.

Sebagai contoh, apa yang anda tahu berkaitan alam sekitar? sistem kewangan, ekonomi? Itu yang kami mahu. Seorang imam yang setara antara dunia dan akhirat"


Panduan ini AMAT berharga untuk PAS. Tanpa PAS perlu berbelanja ratusan ribu untuk membuat kajian, program Imam Muda ini memberi PAS formula yang cukup ampuh bagi menawan pengundi-pengundi Melayu dan Islam dalam pilihyanraya umum yang depan.

Cabaran kepada PAS adalah mengenengahkan saf kepimpinan yang membawa imej "setara/sama berat" antara dunia dan akhirat.

Kalau saf kepimpinan PAS masih lagi melambangkan imej ulama yang duduk di masjid dan beribadah sahaja, PAS hanya akan mampu menarik sokongan dari orang Melayu yang cenderung pada Islam sahaja. Pengundi-pengundi atas pagar sudah tentu menjauhkan diri dari PAS.

UMNO TIDAK MAMPU MENAIKKAN KEPIMPINAN BERIMEJ IMAM MUDA

Kelemahan UMNO adalah kepimpinan UMNO tidak mampu membawa imej "Imam Muda" ini. Barisan kepimpinan UMNO yang penuh dengan cerita-cerita skandal kewangan dan seks sudah tentu longlai dan lemah dalam membawa imej Imam Muda.

Juga, UMNO sebagai parti Khawarij Malaysia sudah tentu tidak mampu menawarkan imej Islam terutamanya setelah mereka menghalalkan judi bola baru-baru ini.

Juga, Presiden UMNO sendiri, Dato Najib Tun Razak, tidak akan mampu membawa imej Islam yang sangat-sangat didahagakan oleh orang Melayu dan rakyat Malaysia.

Inilah yang sangat-sangat ditakuti oleh UMNO dan Najib. Mereka berhempas pulas mahu menarik PAS ke dalam Barisan Nasional kerana mereka tahu sekiranya PAS membariskan kepimpinan persis imej Imam Muda, sudah tentu hayat UMNO akan sampai penghujungnya.

MAMPUKAH PAS MEMBARISKAN KEPIMPINAN YANG SELARAS DENGAN IMEJ IMAM MUDA?

Saya tak berani kata. Pemimpin2 Pemuda dalam PAS lebih suka membawa imej Tok Guru Pondok dan lebih suka bercakap pasal isu akhirat berbanding isu dunia. Jarang kita dengar Ketua Pemuda PAS bercakap berkaitan isu kenaikan harga barang ataupun penswastaan air di Selangor ataupun isu tingginya hutang negara ataupun kejatuhan tahap pelaburan di Malaysia dsbnya. Isu yang suka disentuh Ketua Pemuda PAS adalah isu yang berkaitan dengan akhirat.

Sedangkan rakyat Melayu mahukan seorang pemimpin yang boleh bercakap isu dunia dan akhirat. Itulah sebabnya program Imam Muda menjadi begitu popular.

Sedar atau tidak, itulah juga sumber kekuatan Tok Guru Nik Aziz sepanjang beliau menjawat jawatan Menteri Besar Kelantan. Beliau bukan sahaja berbicara isu akhirat, beliau juga berbicara isu semasa dan hal ehwal awam. Oleh sebab itu, rakyat Kelantan amat sayang terhadap beliau.

Para perwakilan PAS harus berfikir dengan mendalam terhadap barisan kepimpinan yang mahu mereka kedepankan selepas ini. Seeloknya barisan kepimpinan ini mesti membawa keuntungan yang maksima kepada PAS tanpa perlu PAS bekerja kuat di peringkat akar umbi.

Kejayaan program Imam Muda menunjukkan betapa rakyat Melayu di Malaysia dahagakan kepimpinan yang mahir dalam hal ehwal dunia mahupun akhirat. Kepimpinan yang hanya tahu membicarakan hal dunia sahaja ataupun hal akhirat sahaja tidak mampu menarik sokongan yang maksima kepadanya dari orang Melayu di Malaysia.

Tulang Besi


8 comments:

Anonymous said...

Ramai di dalam PAS yang masih berfikiran memisahkan agama dengan kehidupan agaknya. Ada juga yang berteori supaya tidak memisahkan agama dengan kehidupan, tetapi pada kehidupan sebenar mereka masih cenderung kepada memisahkan agama dengan kehidupan.

lan said...

Saya setuju, konsep ilmu bukan sahaja pada ilmu yg wajib dipelajari tetapi mustahak juga untuk menguasi ilmu2 kehidupan yg lain ie politic, economy dan social etc

Kerana ilmu2 lain ini penting dan perlu dipelajari seiringan dgn ilmu2 wahyu

Syariah + Sunnatullah = kejayaan yg lebih unggul insyaAllah

lan said...

Saya setuju, konsep ilmu bukan sahaja pada ilmu yg wajib dipelajari tetapi mustahak juga untuk menguasi ilmu2 kehidupan yg lain ie politic, economy dan social etc

Kerana ilmu2 lain ini penting dan perlu dipelajari seiringan dgn ilmu2 wahyu

Syariah + Sunnatullah = kejayaan yg lebih unggul insyaAllah

Grand Marquis said...

Sedar atau tidak, itulah juga sumber kekuatan Tok Guru Nik Aziz sepanjang beliau menjawat jawatan Menteri Besar Kelantan. Beliau bukan sahaja berbicara isu akhirat, beliau juga berbicara isu semasa dan hal ehwal awam. Oleh sebab itu, rakyat Kelantan amat sayang terhadap beliau.

Penulis persepsi memang tak perlu berpegang pada fakta.

Cuba bagi bagi tau, apa hal kepakaran nik aziz dalam soal dunia.

MENJ said...

Tulisan TB ini mengingatkan saya kepada bacaan doa lazim ini:

Rabbana, aatina fi-dunya hasanah, wa fil akhiraati hasanah, wa qina azaab an-naar.

Anonymous said...

Imam muda adalah suatu program yang baik. Baik daripada AF, JL, Mentor dll. Sebuah program yang terpuji.

Tapi adakah setiap perkara yang berkait dengan Islam itu adalah PAS. Adakah PAS itu penentu nasib umat Islam di Malaysia?

Saya agak kecewa bilamana Anwar Ibrahim mahu melantik Lim Kit Siang sebagai TPM. PAS dipinggirkan. PAS adalah seperti ‘abang sulung’ dalam PR. Sudahlah tidak dapat menjadi PM, TPM pula diserahkan kepada orang lain.
PAS berjanji mahu jadikan Malaysia Negara Islam. Adakah Kit Siang akan benarkan? PAS berjanji mahu wujudkan Hukum Hudud. Adakah Kit Siang akan benarkan?

Jika mahu kaitkan PAS dengan Islam, maka PAS perlu bertindak agresif. Jangan asyik tunduk kepada segala arahan Anwar dan Kit Siang.

Anonymous said...

Jarang kita dengar Ketua Pemuda PAS bercakap berkaitan isu kenaikan harga barang ataupun penswastaan air di Selangor ataupun isu tingginya hutang negara ataupun kejatuhan tahap pelaburan di Malaysia dsbnya

Tengok dalam facebook Ketua Pemuda PAS.. beliau tidak seperti yang TB tuliskan diatas ni...

Serious Shepherd said...

Anon 2:21 PM, sejak bila PAS dipinggirkan? Bukan ke Presiden MCA kata PM adalah dari PAS ("PAS would be in the captain's seat")?

One brilliant article, Tulang Besi. Harap golongan professional dalam PAS dapat mengambil perhatian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.