Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, January 31, 2011

Israel Sedang Melobi Obama Untuk Memastikan Mubarak Terus Memerintah Mesir

Tulang Besi baru sahaja mendengar satu temuramah antara seorang wartawan Yahudi dari New York Times bersama BBC. Beliau menyatakan Israel tidak boleh menerima yang lain dari Mubarak untuk memerintah Mesir. Ini kerana mereka tidak mahu parti Islam Mesir, Ikhwan Muslimin, menjadi kerajaan di Mesir.

Bagi Israel, adalah penting bagi mereka Mubarak terus memerintah Mesir. Dan wajiblah kuasa-kuasa besar dunia memastikan Mubarak terus memerintah Mesir.

Maka, Tulang Besi yakin pada waktu ini para pelobi Yahudi di Washington pasti sedang sebuk turun naik pejabat-pejabat Ahli2 Kongress Amerika serta Rumah Putih bagi memastikan sokongan kewangan diteruskan kepada Mubarak dan juga memastikan tentera Mesir terus mendapat bantuan kewangan dari Amerika.

Israel tahu, Mubarak masih boleh bertahan sebagai Presiden kerana tentera Mesir masih memberi sokongan kepada Mubarak. Berbeza di Tunisia, tentera Tunisia adalah penyebab Ben Ali lari ke Arab Saudi apabila mereka menarik sokongan kepada Mubarak.

Dari maklumat yang Tulang Besi dapat semasa di Mesir dahulu, Mubarak telah melakukan pembersihan jeneral-jeneral Mesir sejak beberapa tahun yang dahulu. Jeneral-jeneral yang ada sekarang sememangnya penyokong Mubarak yang totok.

Malahan, tindakan Mubarak melantik beberapa bekas Jenaral dalam kabinet baru beliau adalah kerana mahu memastikan sokongan tentera terus diberikan kepada beliau. Mubarak sedar, selagi beliau mendapat sokongan dari Israel, beliau akan mampu terus memerintah kerana tiada kuasa besar dunia yang berani menyuruh beliau turun takhta.

Walaubagaimanapun, setakat ini rakyat Mesir tidak mengendahkan kehadiran tentera di bandar Kaherah. Malahan ada di kalangan para tentera yang sama-sama berdemo bersama rakyat Mesir.

Ada kereta kebal dan kereta perisai yang ditulis perkataan menghina Mubarak di atasnya. Perkataan-perkataan seperti "Mubarak Undur" dan "Kerajaan Haram" terpampang ditulis di atas kereta perisai dan kereta kebal.

Bagi Tulang Besi, demonstrasi rakyat Mesir ini sudah menyeluruh. Di bandar-bandar kecil juga berlaku demonstrasi inikan pula di bandar besar. Satu masa nanti, rakyat Mesir akan menyerbu pejabat-pejabat kerajaan seterusnya menandakan kejatuhan kerajaan.

Di waktu itu, saya tidak yakin tentera Mesir ada selera untuk menembak para rakyat Malaysia yang berdemo itu.

Saya tidak nampak jalan bagaimana Israel boleh terus memastikan Mubarak terus memerintah Mesir namun kuasa-kuasa besar dunia pasti akan memastikan Mubarak terus memerintah kerana sokongan mereka kepada Israel.

Tulang Besi

1 comment:

Anonymous said...

dalam satu cideo BBC ada menunjukkan yg petani di luar bandar Mesir menyokong Mubarak... sesuatu yg sama dengan Malaysia... sebab info/maklumat alternatif tak sampai kat diaorg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.