Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, January 11, 2011

Isu SUK: UMNO Tak Sedar Perlembagaan Selangor Sudah Dipinda Pada 1993

NOTA EDITOR: UMNO masih merujuk kepada Baginda Sultan Selangor dalam isu perlantikan SUK Negeri. Lupakah mereka bahawa Perlembagaan Selangor telah dipinda pada tahun 1993 oleh Mamak Baginda, Dr Mahathir Muhammad Iskandar Kutty.

Tetapi Mamak Bendahara terlupa untuk mendefinasikan frasa "Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan" kerana ia juga boleh diertikan sebagai "Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri" di bawah Artikel 97(1) yang membuktikan kewujudan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Selangor. Untuk mendefinasikan perkara ini tidak memerlukan Pindaan Perlembagaan tapi hanya kelulusan Enakmen sahaja di DUN. Kelulusan Enakmen tidak memerlukan majoriti 2/3.

Ikuti artikel dari Khalid Samad yang mengandungi fakta-fakta yang berkenaan di bawah:



Perlembagaan Negeri Selangor: Isu Perlantikan Setiausaha Kerajaan

Isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri sedang hebat dibincangkan dikalangan rakyat Negeri Selengor khususnya dan Malaysia secara amnya. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengemukakan isi kandungan perlembagaan Negeri Selangor berhubung perlantikan Setiausaha Kerajaan, sebelum dan selepas pindaan yang dibuat oleh BN pada tahun 1993. Berdasarkan apa yang dikemukakan, tuan-tuan dan puan-puan bolehlah membuat keputusan sendiri akan siapa sebenarnya yang merampas kuasa Sultan dan kerajaan Negeri dan menyerahkannya kepada kerajaaan Pusat.

PERLEMBAGAAN SEDIA ADA SELEPAS PINDAAN

LII.(1) Maka hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri: dan perlantikan ke jawatan-jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan.



PERLEMBAGAAN SEBELUM PINDAAN (Maaf yang dalam BM tiada. Saya catit dalam BI dan terjemah)

LII. (1) His Highness shall on the recommendation of the appropriate Service Commission by instrument under His Sign Manual and the State Seal appoint a person holding whole time office in the public services to be the State Secretary, the State Legal Adviser and the State Financial Officer respectively:

Provided that before acting on the recommendation of the Service Commission His Highness shall consider the advice of the Menteri Besar and may once refer the recommendation back to the Commission in order that it may be reconsidered.



Terjemahan oleh saya

LII. (1) Duli Yang Maha Mulia hendaklah melantik berdasarkan cadangan dari Suruhanjaya Perkhidmatan berkenaan melalui Suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan seorang yang memegang jawatan sepenuh masa dalam perkhidmatan awam sebagai Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri:

Asalkan sebelum bertindak mengikut cadangan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Baginda mempertimbangkan nasihat dari Menteri Besar dan boleh merujuk semula cadangan tersebut kepada Suruhanjaya satu kali untuk ianya dipertimbangkan kembali.



Harap dimaafkan sekiranya terjemahannya tidak setepat yang diinginkan, kerana bahasanya merupakan bahasa undang-undang yang agak rumit. Namun secara dasarnya maksudnya tidak lari, insyaAllah.

Apa yang penting, sebelum 1993, peranan DYMM Sultan disebut dan begitu juga peranan Menteri Besar. Walaubagaimanapun, selepas 1993, pindaan yang dibawa oleh ‘Mamak Bendahara’ yang gila kuasa langsung tidak memberikan apa-apa peranan kepada Sultan atau pun Menteri Besar. Perkara ini tidak hanya melibatkan Setiausaha Kerajaan tetapi juga Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri! Maka inilah sebabnya mengapa DYMM Sultan Selangor bertitah kepada TS MB, bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menolak orang yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan.

Kalau mengikut teks perlembagaan, maka restu DYMM pun tidak diperlukan, namun secara adat kebiasaan, ianya dipinta. Begitu juga upacara angkat sumpah di hadapan DYMM Sultan. Apabila kedua-dua ini dilakukan, maka ianya digunakan oleh UMNO sebagai sebahagian dari sandiwara mereka untuk mendakwa Dato Khusrin adalah ‘pilihan Sultan’ dan siapa menentang, menentang Sultan.

Oleh yang demikian, apa yang jelas, UMNO tidak mahu mengaku bahawa Dato Khusrin adalah pilihan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia yang di bawah telunjuknya, tetapi dalam masa yang sama ingin sangat berselindung di sebalik Sultan. Tujuannya adalah untuk melagakan Kerajaan PR dengan Sultan dan seterusnya bangsa Melayu. Dengan itu mereka akan melaungkan istilah “Derhaka, derhaka!” Sedangkan jelas dari apa yang tercatit di atas, yang merampas kuasa Sultan pada 1993 adalah UMNO yang dipimpin oleh Mamak Bendahara pada ketika itu. Sikap mengkhianati dan memperkecilkan peranan Sultan terus dilakukan mereka, sehinggalah kini.

Maka pada pendapat saya, pindaan perlembagaan yang dicadangkan oleh kerajaan PR untuk mengembalikan kuasa kepada Negeri, iaitu DYMM Sultan dan MB adalah satu langkah yang bijak. Ianya juga lebih bertepatan dengan konsep Federalisma di mana kuasa dan hak Negeri dihormati oleh Pusat.

Pada masa yang sama ianya memberi peluang kepada UMNO untuk membuktikan kesetiaan serta keikhlasan mereka kepada Sultan dan negeri Selangor itu sendiri dengan mengembalikan kuasa kepada Sultan dan Menteri Besar. Ianya juga memberi mereka peluang untuk menebus dosa-dosa lama.

Bagi saya, sekiranya cadangan pindaan ini ditolak oleh UMNO, maka adalah jelas sekali siapakah pendekar dan siapakah penderhaka.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

5 comments:

SiamangBukit said...

Kenapa baru sekarang nak buat. Dah terhantuk baru nak terngadah. Ini sikap ahli dewan yang tidak effective dan effisyen.
Tapi lantikkan SUK tidak boleh di null and void kerana perlantikan dah sah.Kenapa mesti lantikan itu mesti dengan MB. Kalau nak bagi kuasa bagi kesemua lantikan oleh Baginda Sultan.

Anonymous said...

Org pas memang memamng terror...profesion mereka bertukar mengikut isu...mereka boleh jadi pakar jubur liwat, mereka boleh jadi pakar ekonomi, pakar DNA, pakar arsenik, pakar perang almaunah, pakar perlembagaan pakar undang undang....pendek kata merekalah pakar segala segi...sebab dah pakar sgt tu lah budak PAsTI pun depa rogol....kesian kat penganut pas...

Anonymous said...

Assalamualaikum...Ana bukan org yang hebat atau tinggi ilmu macam Tuan Haji Abdul Rahman Abdul Talib, sahabatku ini. Cuma berpesan sesama Islam. panggillah nama sesama kita dengan nama yang betul atau elok-elok.Tentu kita akan terluka kalau ada orang panggil nama bapa kita, sbg contoh, dengan nama yang kurang enak.Mungkin ada nas2 yang membolehkan kita berbuat demikian, ana tak tahu.Hanya Allah jualah yang Maha Mengetahui.
.............malaizbuck.....

Anonymous said...

Sebelum pindaan 1993 juga ada disebut, cadangan dikemukakan olih 'suruhanjaya perkhidmatan berkenaan'. Ini mestilah merujuk kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri dan bukan SPA. Jadi selepas pindaan, 'suruhanjaya berkenaan' pun mestilah Suruhanjaya negeri kerana SUK itu jawatan negeri dan bukan jawatan federal.

Anonymous said...

.

hope the selangor state govt. can amend the constitution earliest possible so that the sultan and the people can know who is FOR or AGAINST the sultan.

unmo is digging their own hole.

good move PR.

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.